Tuesday, October 30, 2012

MATA TAK BERHIJAB – KELEBIHAN KURNIAAN ALLAH


 

MATA TAK BERHIJAB – KELEBIHAN KURNIAAN ALLAH


Tiba-tiba aku tertarik dengan satu cover buku bertajuk Mata Tak Berhijab daripada penulis Zulkifli Ahmad Idrus. Menarik sehinggakan aku terus mendapatkan satu untuk aku membacanya.

Buku ni diterbitkan oleh Utusan Karya Sdn. Bhd. Hasil daripada cerita-cerita terbaik daripada salah satu majalah terbitan mereka iaitu majalah Mastika.

Tak kisahlah sapapun penulis ataupun penerbitnya. Aku cuma nak tahu apa yang dimaksudkan penulis tentang Mata Tak Berhijab ni daripada pengalaman penulis sendiri.

Mungkin ada antara korang semua pernah mendengar cerita seperti ini. Ataupun ada di kalangan korang yang mempunyai pengalaman sendiri tentang cerita ini. Aku, hanya mahu berkongi pengalaman korang ni semua.

Setelah habis saya membaca buku ini. Saya merenung, lalu beristigfar. Inilah satu hidayah yang Allah kurniakan kepada hambanya yang terpilih. Bukan semua hambanya mendapat kelebihan ini. Aku bersyukur kerana Allah SWT tidak memilih aku.

Kerana apa? Kerana aku mungkin tidak dapat mengawal perasaan aku kalau aku boleh melihat alam ghaib ni. Entah apa akan jadi. Iman kita bukanlah kuat sangat. Maut setiap kali terlihat benda-benda ni terus pengsan. Tak macam penulis yang kuat semangat.

Korang semua yang nak tahu cerita tentang Mata Tak Berhijab ni, eloklah dapatkan segera buku ni di pasaran sekarang dengan harga RM12.90. Aku rasa, korang tak rugi. Dengan apa yang diceritakan di dalam buku ini.

Kalau nak belajar dan mendapatkan ilmu pengetahuan, pasti akan mengeluarkan banyak wang ringgit. Tapi, dengan buku ni, pada yang tak kuat semangat tu, dapatlah belajar serba sedikit cara-cara untuk mengatasinya.

Salam 1Malaysia.

Monday, October 29, 2012

INDAHNYA PERSAHABATAN


INDAHNYA PERSAHABATAN

Dulunya, kita sentiasa bersama,
Pagi petang, siang dan malam
Utara Selatan, Timur dan Barat
Ke mana kita tidak bersama…

Tanah rata, padang rumput,
Lombong dan anak-anak sungai,
Menjadi tempat bermain kita semua
Masuknya Maghrib pulanglah ke rumah.

Keakraban kita semacam bersaudara,
Along, Angah, Acik, Teh dan Acu,
Tak boleh dipisahkan hanya Allah SWT sahaja…
Eratnya tali persahabatan kita.

Kampung dijaga bagaikan mahkota,
Orang luar tidak dibenarkan bermaharaja,
Kekuatan persahabatan menakutkan semua,
Itulah tanda kekuatan kita.

Tapi sekarang semua membawa diri,
Faktor usia dan tanggungjawab sendiri,
Isteri, anak-anak mungkin dibebani,
Sehinga kampung tidak berseri.

Mana.. Mana ikatan persaudaraan yang erat,
Mana.. Mana perginya keindahan ini,

Kini hanya yang tinggal kenangan,
Kenangan yang hanya boleh diceritakan,
Kepada anak-anak sebagai pengubat rindu,
Untuk mereka mengerti erti persahabatan.

Kini yang tinggal hanya aku,
Aku yang hanya mampu untuk bercerita,
Bercerita kepada anak-anak muda,
Betapa pentingnya erti persahabatan.

Iris Amni
30 Oktober 2012

Sunday, October 28, 2012

CERITA HARI RAYA AIDILADHA & IBADAH KORBAN


CERITA HARI RAYA AIDILADHA & IBADAH KORBAN


Imam, ni nama-nama orang yang ambil bahagian...
Bila tiba Hari Raya Aidiladha, pasti korang semua mempunyai pengalaman sendiri. Pasti ada cerita-cerita yang mencuit hati, yang menyakitkan hati dan sebagainya. Apapun pengalaman Raya Aidiladha pada tahun ini pastinya ada pengalaman yang baru.

Setiap kali tiba Hari Raya Aidiladha, pastinya umat Islam di negara Malaysia ini akan melakukan ibadah korban. Ada yang korban lembu, korban kambing, korban unta, korban kerbau dan korban duit ringgit. Ada juga yang terkorban... Tapi apapun tetap melakukan ibadah korban.

Kalau dulunya, di zaman kanak-kanak ku, ibadah korban ini akan dijalankan disebelah rumah aku. Masa tu ada tanah kosong. Tapi sekarang tidak lagi. Ibadah korban dijalankan di tempat lain. Tapi masih lagi dalam kejiranan yang sama. Kumpulan yang sama. Seronok bila kita bergotong-royong satu kampung ni.

Senang jer kau tumbang yer... Memang kau dah berserah...
Yang bestnya, bila tiba Raya Aidiladha ni, aku dapat makan sup gear box. Bahagian yang paling aku gemari adalah gear box, torpedu, tulang rusuk. Korang nak tahu apa tu torpedo? Korang tanyalah otai korang sendiri. Pasti ada jawapannya.

Lagi satu, tukang masak sup kat kampung aku ni memang terbaik. Tempat lain tak dapat nak lawan. Memang power sup dia. Itu yang membuatkan tiap-tiap tahun aku pasti akan menunggu sup dia. Kalau lu orang tak percaya, raya korban tahun depan datang Selayang.

Ikatan kena kemas... Kalau tak buruk padahnya...
Tapi, tahun ini berbeza, aku dan rakan-rakan Selayang Baru mendapat pengalaman baru dengan melakukan ibadah korban dengan sendirinya. Aku bawa kembali perasaan menyambut ibadah korban masa dulu-dulu. Seperti yang aku cakap, dulu ibadah korban ni dibuat di sebelah rumah aku.

Jadi, tahun ni aku buat depan rumah aku. Alhamdullilah, perasaan masa zaman kanak-kanak dulu, terubat sedikit apabila tahun ini aku dapat melakukan ibadah korban ini. Rakan-rakan yang mana dulunya, semua belum berkahwin. Sekarang sudah berkahwin. Dapat balik rasa zaman kanak-kanak semasa memberikan lembu korban makanan di sebelah rumah.

Allahuakbar....
Seronok. Sangat-sangat seronok. Bila semua berkumpul kat umah aku, rasanya macam zaman dulu-dulu tu kembali. Zaman bujang yang tak akan dilupakan. Korang semua pasti ada perasaan seperti ini.

InsyaAllah, tahun depan aku akan usahakan untuk melakukan ibadah korban ini sekali lagi. Kalau rakan-rakan membantu, rasanya tak ada kesalahan untuk aku berusaha melakukannya untuk dan dijadikan aktiviti tahunan bersama rakan-rakan.

Sebelum aku selelsai bercerita. Aku nak ucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ybhg. Datuk Megat Zulkarnain Tan Sri Omardin kerana telah menyumbangkan lembu korban. Terima kasih. Kami orang muda Selayang Baru mendoakan Datuk Megat sentiasa di dalam lindungan Allah SWT serta dimurahkan rezeki yang halal.

Salam 1Malaysia.

Tuesday, October 23, 2012

BILA MELAYU BERBALAH, AGAMA ISLAM DIPERLEKEHKAN!

BILA MELAYU BERBALAH, AGAMA ISLAM DIPERLEKEHKAN!

Sejak kebelakangan ini, sering kali aku baca cerita di akhbar-akhbar, melihat dan mendengar ketika menonton TV juga di internet juga. Agama Islam sering diperlekehkan. Kenapa? Bagaimana ia boleh berlaku? Kenapa tidak ada tindakan yang sewajarnya ke atas orang yang menimbulkan isu ini?

Malaysia sebuah negara majmuk yang berbilang kaum. Semua rasanya faham situasi ini. Bila dah berbilang kaum, mestilah banyak juga agamanya. Betul?

Di manakah mereka ketika Islam dipermainkan?
Korang semua pernah dengar tak pemimpin-pemimpin berbangsa Melayu yang dari zaman Tunku hinggalah zaman Najib menyentuh soal bangsa lain dan agama lain selain agama Islam? Pemimpin Melayu daripada kerajaan mahupun pembangkang, aku rasa tak pernah menyentuh, mempersoalkan hal-hal berkaitan agama ni. Kalau ada tolong perbetulkan.

Aku bukan nak cakap aku ni pandai hal-hal agama ni. Tapi bila sampai satu tahap yang aku rasa dah terlampau. Aku yang tak pandai ni, boleh berfikir yang mana betul dan yang mana salah.

PAS - Parti Islam SeMalaya. Itu kata orang-orang PAS. Dulu, zaman arwah Fadhil Noor aku tabik. Tidak akan bersekongkol dengan orang bukan Islam untuk menubuhkan kerajaan Islam yang sebenar. Tapi sekarang, malas nak komen ler. Tepuk dada tanya Iman.

Dulu aku percaya PAS mampu. Tapi sekarang korang tengok sendiri pemimpin mereka ni?
Yang boleh aku cakap, PAS sama seperti parti politik yang lain. PAS saling tak tumpah dengan UMNO, cuma nak mengaburi mata, dia Islamkan je parti tu. Parti politik ni samalah juga dengan parti-parti yang lain sedara. Termasuklah parti Tupperware tu. Cuma Tupperware tu bukan parti politik jer.

Bila orang bukan Islam membaca ayat Al-Quran dikatakan baik. Bila bangsa lain pandai membaca hadis-hadis dah disamakan dengan Khalifah terdahulu. Apa puye gilalah.

PKR - Parti KeAdilan Rakyat katanya. Yang ni memang adil. Parti ni yang paling bagus kalau korang semua suka hal-hal sama-rata ni. Depan belakang sama jer. Parti ni aku malas nak komen pasal parti ni tiada asas perjuangan. Parti ini hanya mahu pemimpinnya menjadi Perdana Menteri.

Adakah suara daripada pemimpin PKR ini tentang Islam?
Bab perjuangan Agama, Bangsa dan Negara tak ada. Ni parti tin kosong. Parti anak-beranak jerlah. Semua nak berkuasa. Daripada suami, isteri sampai ke anak. Tin kosong. Apa pun tak boleh.

Kawan-kawan aku suka ikut parti ni. Pasal tu tumbang BN kat Selangor PRU lepas. Gila kau tak best!. Kau tak suka ker tempat kau ada rumah urut? Kau tak suka ker kawasan rumah kau banyak kedai kuda? Kau tak suka ker depan rumah kau tu ada kedai game. Seberang jalan jer dah boleh main mesin. Kalau snoker jer tak best.

Parti PKR ni boleh bagi macam-macam kat korang semua berbentuk hiburan. Kau tak suka? Aku suka. Orang gila jer tak suka hiburan ni. Lu orang pikirlah sendiri.

Pemimpin UMNO yang akan menentukan masa depan negara. Persoalannya. Adakah akan tercapai Wawasan 2020?
UMNO - Parti Kebangsaan Melayu Bersatu. Ideologi perjuangan parti jelas. Agama, Bangsa dan Negara. 55 tahun pemerintahan UMNO memang memberikan kesan yang banyak kepada rakyat Malaysia.

Tapi sebaik-baik UMNO ni, ada juga yang silapnya. Masih nak mengulangi kelemahan dan kesilapan masa lalu. Walaupun parti ini parti dominan di dalam BN, tetapi pemimpin-pemimpin yang ada macam takut-taku nak memperkatakan benda yang benar.

Ramai orang marah Tun Mahathir sewaktu pemerintahannya. Tapi kalau nak dibandingankan dengan semua Presiden UMNO yang ada. Perdana Menteri yang hebat adalah Tun Mahathir. Kenapa? Tak betul ker? Memang Tun Mahathir seorang pemimpin yang hebat.

Apapun hari ini, antara ketiga-tiga parti ini. Yang menjadi pemerintahnya adalah UMNO. UMNO perlu menjadi sebuah parti yang benar-benar membawa ideologi perjuangannya Alif Ba Ta. UMNO sebuah parti yang dominan di dalam dalam BN. Jadi kenapa perlu takut? Kenapa UMNO perlu takut menegur parti-parti komponen yang lain? Kenapa?

"Wahai pemimpin ku! Aku mohon kepada mu, jadilah pemimpin yang baik! Sebagai ketua, tegaslah kau dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan ini. Jangan nak sangat kuasa, hingga sanggup melihat agama sendiri diperlekehkan. Jangan sampai menjual bangsa sendiri."

Kenapa takut nak bersuara tentang hak kita. Kenapa mesti berdiam diri walhal perkara ini pasti akan menimbulkan perasaan marah orang-orang Islam di Malaysia ini. Telah ramai hati dan perasaan orang-orang Melayu di dalam UMNO ini telah terguris. Dengan perbuatan daripada parti komponen sendiri. Sampai bila? Nak tunggu dah hancur UMNO ni? Nak tunggu pakatan pembangkang ambil alih?

"CSL - Kalau kau nak meraih undi orang-orang Cina. Bukan ini caranya. Bukan menjadi pengkhianat parti. Cara CSL nilah antara cara-cara nak sabotaj parti. CSL dan rakan-rakan MCA, tolong berhenti bercakap hal orang Melayu. Hal agam Islam. Kau tak layak untuk mempersoalkan hal agama kami. Jangan mengguris hati kami lagi. Cukuplah dengan apa yang bangsa kau telah lakukan! Cukup!"

Aku merayu, sebagai anak Malaysia yang bergama Islam. Aku minta pemimpin-pemimpin UMNO yang ada sekarang ni. Sama ada di peringkat Pusat mahupun Negeri. Tolonglah tegur bangsa lain ni yang bercakap soal agama Islam. Tolong tegur dengan keras dan tegas, supaya bangsa lain ini tidak lagi mempersoalkan agama Islam.

Inilah harapan negara masa depan. Mampukah mereka melakukan lebih baik daripada sekarang?
Jangan jadikan UMNO sebuah parti yang bacul! Jangan jadikan UMNO sebuah parti yang dusta! Jangan jadikan UMNO sebuah parti yang penipu! Walhal ianya terjadi dek kerana pemimpin yang tidak bertanggungjawab!

Salam 1Malaysia.



Monday, October 22, 2012

Masih Adakah Melayu?


Masih Adakah Melayu?


Jika ditanyakan
Masih adakah Melayu?
Jawabkan ‘Ada’…
Jika ditanyakan
Masih wujudkah Melayu?
Jawabkan ‘Ada’…
Jika ditanyakan
Masih adakah rumpun Melayu?
Jawabkan ‘Ada’…

Melayu
Keturunan ku…
Melayu
Darah daging ku…
Melayu
Lambang kedaulatan ku…
Rumpun Melayu
Menjadi saudara mara ku…

Dari hujung rambut
Ke hujung ibu jari kaki…
Di mana saraf darah mengalir
Di dalam tubuh ini…
Malah fizikal dan hati naluri…
Zahir dan batin ku
Adalah Melayu….

Tanah Melayu…
Bermulalah keturunan ku
Semangat dan keberanian
Nenek moyang ku,
Telah memerdekakan
Tanah tumpah darah ku…
Tanah kelahiran ku…

Melayu bukan ‘gorka’…
Melayu bukan  hamba….
Melayu bukan kelas kedua
Mahupun kelas ketiga
Melayu ada kelasnya tersendiri…

Biar langit berdentum…
Kilat sabung menyabung…
Biar tsunami melanda…
Taufan greek mengganas…

Akan ku jemput,..
Ku belai dan ku tatang….
Selembut budaya ku.
Budaya Melayu…

Selagi semangat & darah Melayu
Mengalir dalam tubuh ku..
Selagi nafas tidak terputus..
InsyaAllah…
Dengan nama Tuhan
Yang maha besar…

Tidak akan ku lari…
Tidak akan ku gentar…
Dari manggalas kewajipan
Dan tanggungjawab ku…
Membela nasib
Bangsa dan agama ku…

Jangan…. Jangan….
Jangan sesekali mempersoalkannya.

Maka jika ditanya
Masih adakah Melayu?
Jawabkan ‘Ada’…
Jika ditanyakan
Masih wujudkah Melayu?
Jawabkan ‘Ada’…
Jika ditanyakan
Masih adakah rumpun Melayu?
Jawabkan ‘Ada’…

Penulis: Iris
Tarikh: 5/11/08

Tuesday, October 16, 2012

POLIS MALAYSIA - ZALIM?


POLIS MALAYSIA - ZALIM?


Korang semua dah dapatkan surat khabar Utusan Malaysia hari ni? Rugi kalau tak baca paper Utusan ni. Inilah paper orang Melayu yang dari dulu sampai sekarang memberikan laporan yang benar dan tepat. (Itu kata-kata orang UMNO).

Bukan isu itu yang nak aku ulaskan. Nak aku bincangkan dalam tulisan aku hari ni. Tapi perkara nak aku ulaskan,  yang membuatkan aku tertarik adalah pada gambar yang ditengah-tengah tu. Korang nampak tak? Gambar apa yang di tengah tu?

Pada yang tak beli paper tu, aku citer sikit pasal gambar tu. Seorang polis terlantar di tengah jalanraya akibat dilanggar oleh penjenayah. Dan dua orang rakan setugas sedang memberikan pertolongan cemas.

Pertama sekali aku nak tanya pada diri aku dan korang semua. Kalaulah, yang terbaring tu diri kita sendiri, ataupun ayah kita, ataupun abang atau adik kita, ataupun saudara mara kita, ataupun sahabatbaik kita, ataupun yang ada kena mengena dengan kita. Soalan pertama: Apa rasa diri kita waktu tu? Kedua: Apa tindakan yang kita nak buat? Ketiga: Korang buat soalan sendiri.

"Polis Malaysia zalim. Polis Malaysia memang jahat. Sapa yang jadi polis semuanya anjing kerajaan. Dubuk-dubuk ni semuanya menyusahkan rakyat. Polis Malaysia ni kuat makan rasuah." Korang pernah dengar tak ayat-ayat macam ni? Kalau korang tak pernah dengar, aku pernah dengar.

Pada yang keluarkan ayat-ayat di atas ni. Cuba kau pikir balik bila kau yang terlantar seperti yang berada dalam gambar tu? Kau pikirlah sendiri. Adakah ayat-ayat zalim, jahat, rasuah, anjing, dubuk dan sebagainya akan keluar dari mulut kau? Korang yang lain pun pikirlah jugak. Jangan nak sedap dengar jer cerita aku ni.

Orang yang menjaga tepi kain orang. Sibuk hal salah laku orang. Memberikan khidmat pertolongan 24 jam sehari. Kes-kes ragut dibantunya. Kes-kes samun pun panggil polis. Kes-kes pergaduhan pun reportkan polis. Kes kemalangan juga polis yang uruskan. Kes pecah amanah, kes rogol, kes dadah, kes kelab malam dan berbagai kes melibatkan jenayah berat mahupun ringan. Polis juga yang tolong siasat. Kan zalim polis ni? Tak jahat ker polis? Jahat ler tu.

Cuba kalau polis ni tak bantu waktu tu. Barulah polis ni baik! Tak jahat! Polis Malaysia ni terbaik sebab tidak memperdulikan hal orang awam!

Tepuk dada tanya iman. Aku sebagai rakyat Malaysia sangat menghargai pengorbanan yang telah diberikan oleh seluruh anggota PDRM selama ini. Bukan sahaja PDRM malah ATM, TUDM, BOMBA, TLDM dan badan beruniform yang lain, yang selama ini telah menghambakan diri untuk menjaga keselamatan dan kedaulatan negara Malaysia.

Jangan kita melihat dengan sebelah mata, menilai orang dari luaran, samakan kucing dengan harimau. Berfikirlah dengan rasional, menilailah dengan kebijaksanaan, berkatalah dengan ikhlas dan jujur.

Zalim di mata tetapi tidak di hati. Salam 1Malaysia.

Monday, October 15, 2012

POKOK PISANG BERASAP


POKOK PISANG BERASAP


Aku teringat kembali kisah kanak-kanak ku sekitar tahun pertengahan tahun 80-an. Masa tu aku berusia 6 tahun. Lama jugalah cerita ni. Nak di imbas pun kabur-kabur gak. Tapi aku cubalah.

Waktu zaman kanak-kanak, antara rakan seangkatan, aku yang terhebat di dalam apa jua bidang. Mengaji, bersukan, berbasikal, berlari, bermain dan sebagainyalah. Segalanya juara.

Ketika itu, aku dan keluarga telah menetap di Selayang Baru. Selayang Baru adalah antara kampung pinggir bandar yang terbaik. Suasan kampung seperti kampung-kampung yang lain dapat dirasai. Cuma tak ada sawah bendang, ladang pokok koko, ladang tebu, dusun durian dan sebagainya seperti di kampung-kampung yang lain. Tapi Selayang Baru adalah kampung yang terbaik.

Kiranya aku membesar di Selayang Barulah. Sehingga sekarang aku masih bermanja di Selayang Baru. Dapat isteripun orang Selayang Baru. Kikiki... Senang aku nak balik raya. Takyah nak gaduh-gaduh.

Aku ada enam sahabat yang rapat. Hapis, Wan, Padil, Sepul, Kamal dan Konjo. Nama-nama ini, telah membesar bersama aku dari kecil hinggalah dewasa. Semuanya dah mendirikan rumahtangga. Cuma Kamal, yang telah terputus hubungan. Tak dapat nak tahu status dia apa sekarang ni. Paling akhir aku jumpa raya dua tahun lepas. Katanya duduk di Puchong, masih bujang. Sekarang tak taulah.

Hapis - Nama sebenarnya Mohd. Hafiz Zakaria. Duduk sebelah rumah aku. Anak Pak Wan & Cik Yah. Dia ni tua daripada aku dua tahun. Dia menjadi orang kuat aku dalam apa jua keadaan. Setia dan taat orangnya. Sehingga mendapat gelaran 'Kambing'.

Gelaran Kambing ni dapat ketika, rumahnya ada buat kenduri kendara. Orang kampung dok sibuk memasak kat belakang kawasan rumahnya. Dia  dan adik-beradik dok memain kat situ. Entah macam mana, tengah dok tolak-tolak kat situ. Hapis terlentang kebelakang dan masuk ke periuk yang sedang masak lauk kari kambing.

Dapatlah si Kambing ni geleran Kambing oleh rakan-rakan seperjuangan.

Wan - Ahmad Redzwan Abdul Rahim nama sebenarnya. Anak Pak Rahim Buncit. Dia ni banyak gelaran. Daripada kecik sampai besar ada jer gelaran baru. Dia ni paling rapat dengan aku. Sampai sekarang aku ngan dia masih bersama walaupun masing-masing sibuk.

Geleran pertamanya Wan Mata Udang. Pasal matanya bulat dan besar sewaktu keciknya. Gelaran terahkir Wan Jenayah. Pasal masa sekolah dulu, dia ni masuk muka depan Metro, buat jenayah kat sekolah. Kikiki... Tapi sekarang dah ok.

Padil - Kalau tak silap nama sebenarnya Mohd. Fadhil Khalid. Anak kepada Pak Khalid Vespa. Padil ni kurang sikit dengan aku. Dia ni kurang sikit gelaran tapi, ada satu perangai waktu kecilnya yang tak boleh belah. Tapi, biarlah rahsia itu antara kita bertujuh sahaja.

Sepul - Namanya Saiful Arshad. Ada dua gelarang. Pertamanya Bibir. Keduanya Kulit. Dua-dua ni masih lekat sampai sekarang. Angkara sahabat jua. Pandai main badminton. Rider piang dulu ni. Dan yang kahwin dulu pun si Kulit ni ler.

Dia ni sahabat baik kepada Padil. Manjang jer nak bergaduh. Ada jer yang tak kena. Tanya yang ini, dia cakap dia tu yang mulakan. Tanya ni pulak, dia cakap dia ni yang mulakan. Macam anjing dan kucing. Aku juga yang jadi orang tengahnya. Hurmm...

Konjo - Dengar nama pastinya korang gerun dan takut. Korang belum tengok orangnya lagi. Kalau korang jumpa dia sekarang ni, aku yakin dan kompom korang terkencing dalam seluar. Badan sasa, muka ganas. Perghhh... tak boleh blah sial. Kalau tak kenal tak payah tegurlah kawan.

Nama sebenarnya Mohd Kherol Said. Keturunan Jawa dia ni. Konjo muda tahun daripada kami semua. Kiranya dia ni adik bongsulah dalam kumpulan kami ni. Dia ni suka bega barang-barang rosak. Tah apa dia buat. Ada yang baik, baik ler. Tapi aku tengok banyak yang jahanam jer.

Aku cerita tentang sahabat aku, ni tadi bukan apa. Pasal nak mulakan cerita zaman kanak-kanak akulah. Nanti korang tak kenal pulak siapa mereka yang aku sebutkan nanti.

Kau cakap, apa jer game yang aku tak main pada waktu kanak-kanak. Korang ada main spider? Ni game paling mencabar minda dan tenaga. Mau taknya, nak kena cari spider ni bukan senang. Sampai ke lombong Selayanglah aku cari. Siap masuk gigi air lagi. Seram siot.

Lombong yang dikatakan terdapat banyak spider yang power tetapi lombong ini berhantu.

Lombong Berhantu

Abang-abang cakap, kalau nak cari spider yang power, kita kena pi cari kat daun pokok nangka di tepi lombong. Kalau setakat cari kat daun sireh. Tak power spider tu.

Lombong yang dah banyak mengorbankan nyawa tu pun jadi tempat aku bermain. Kalau korang tak caya. Pi tanya orang-orang lama kat Selayang, lombong tu berantu ke tidak? Tapi sekarang ni, lombong tu dah tak ada lagi. Dah naik rumah flat.

Aku dan sahabat akan pergi cari spider kat lombong tu waktu petang. Itu jer ada masa terluang untuk kami semua. Itu jer pun waktu untuk kami kanak-kanak ni nak beriadah. Masa lain tak leh. Jadual masa kanak-kanak pun penuh gak. Kalau hari biasa, pagi ke sekolah, petang ke sekolah agama, malam pi menagaji. Kalau hari cuti. Petang baru dapat pi main. Malam masih ada kelas mengaji. (Arwah Tok Wan aku yang mengajar, pasal tu tak ada cuti.)

Seram jer suasana kat lombong tu. Sayup jer. Waktu nak jejak air di gigi lombong tu. Macam-macam doa keluar. Macam-macam ayat al-Quran dibacanya. Tapi, pasal ada kekawan. Rasa takut tu hilang. Pasal semua nak tunjuk hero. Lombong ada hantu pun kita orang langgar.

Akhirnya, aku dan rakan-rakan yang lain berjaya mendapatkan apa yang dihajati. Spider aku warna biru. Taring bukan main besar lagi. Memang best dan power. Kami pun melagakan spider-spider yang kami dapat. Yang pastinya, spider aku menjadi juara. Aku dah tahu sebelum berlawan lagi. Angkuh tak?

Mengaji Di Rumah Tok Wan

Hapis, Wan, Kamal dan Kulit mengaji bersama-sama dengan aku di rumah Tok Wan. Pasal aku cucu kepada Tok Wan,  aku kenalah mengaji dengan cara yang betul. Tak nak malukan Tok Wan aku. Dan aku juga tak nak malu bila kena rotan dengan Tok Wan.

Selalunya mula mengaji selepas waktu Maghrib. Semua anak murid Tok Wan akan mulakan mengaji bagi melancarkan bacaan sebelum dipanggil Tok Wan dan Tok. (Tok Wan tok lelaki aku, Tok pula panggilan kepada tok perempuan.)

Semua anak murid lelaki dan perempuan pasti akan mengelak untuk berdepan dengan Tok Wan. Semua nak lari ke Tok. Sebab Tok jarang nak rotan. Tapi yang dah tentu selamat, anak murid perempuan, pasal semuanya pasti akan pergi ke Tok. Kalau Tok tak sihat, baru dorang rasa rotan Tok Wan tu... hahaha pandan muka.

Waktu tahun 80-an tu, kalau waktu malamnya. Jam 9 malam pun dah berembun. Tak macam sekarang. Kul 3 pagi masih huru hara lagi. Bayangkan kul 9 malam dah sunyi sepi.

Belakang rumah Tok Wan aku tu adalah beberapa pokok pisang. Pisang apa, aku tak ingat. Tapi adalah beberapa pokok pisang kat belakang. Dan pokok pisang tu dikatakan berpenunggu. Betul ker tidak aku pun tak tahulah.

Pokok pisang tu juga dikatakan sering berasap bila bulan purnama. Macam mana bulan purnama tu aku pun tak tahu. Mungkin bulan penuh kot. Tak pun bulan mengambang.

Ada juga cerita yang mengatakan telah banyak orang hilang di sebalik pokok pisang tu. Ada yang kata pokok pisang tu boleh menyedut orang. Ada juga cerita yang mengatakan, kalau orang berniat jahat berada di kawasan itu. Pasti orang itu akan dimakan pokok pisang tu.

Masa zaman Jepun, kata orang kawasan pokok pisang tu adalah tempat untuk memancung kepala tawanan. Jadi banyaklah agaknya kepala-kepala yang telah dipenggal di situ. Disebabkan itu, kawasan itu menjadi misteri yang tidak terungkai.

Ada juga orang yang memuja pokok pisang tu untuk mendapatkan bantuan syaitan. Ni semua kerja syirik yang dilakukan oleh orang yang tak beriman. Ni semua kerja gila. Korang jangan ada yang nak memuja pulak. Aku nak cerita jer ni.


Jangan marah arr... Saya anak Malaysia.
Orang puyelah cerita macam-macam pasal pokok pisang tu. Itulah, inilah. Aku... Aku dari kecik sampailah besar, sampai pokok tu kena tebang. Tak ada pulak nampak pokok tu berasap. Yang aku nampak, matpet-matpet lepak hisap rokok kat situ adalah. Hisap dadah gamaknya sekali tu.

Agaknya mungkin terlalu banyak asap rokok dari penghisap rokok tu, menyebakan pokok tu nampak macam berasap kot. Kecoh jer orang kampung ni. Saja nak menakut kanak-kanak supaya tak main kat luar rumah waktu malam.

Ergghh... Seram aku nak cakap. Naik bulu roma aku dah. Dengan bulu-bulu kaki pun dah tegang sekarang ni. Korang seram tak?

Salam 1Malaysia.

Sunday, October 14, 2012

Ku mencari damai…

 

Ku mencari damai…

Hujung di suatu kampung
Bunyi aliran air anak sungai
yang menambat hatiku
Sungguh damai…

Berada di ibukota
Yang penuh hidupan konkrit
Kadang-kadang terdengar aliran air
Dari longkang-longkang buatan
Kusut…. Sungguh kusut…

Zaman…
Semestinya akan berubah
Kemajuan…
Memang meningkat maju
Budaya
Dimakan arus zaman dan kemajuan
Yang membangun tanpa menoleh
Kiri dan kanan
Melihat hadapan dan belakang…

Ingatlah… yang mundur…
Akan terus ditinggalkan…

Apa lagi yang tinggal?
Apa lagi yang hendak ditinggalkan?

Namun….
Naluri manusia
Tidak akan berubah…
Hati manusia
Juga tidak berubah…

Tetap akan mencari
Damai abadi…

Penulis: Iris
Tarikh: 5/11/2008

Friday, October 12, 2012

MUNGKINKAH AKU TERGOLONG DALAM GOLONGAN INI?

MUNGKINKAH AKU TERGOLONG DALAM GOLONGAN INI?


Nyaman sungguh suhu ruang tamu rumah mak aku di Selayang ni. Mau taknya, hujan dari tadi tak berhenti lagi. Bila aku jenguk kat luar, rasanya, macam dah nak senja. Mau hujan ni sampai ke petang. Sejuk ooo...

Dalam dok termenung ni, depan komputer (tengah layan FB). Tetiba aku teringat gelagat orang-orang politik yang aku kenali dan yang pernah aku perhatikan. Bukan sehari dua, tapi rasanya lama juga aku memerhatikan gelagat-gelagat orang2 politik ini.

Jadi, aku pun tetiba nak cerita sikit gelagat-gelagat mereka ni. Macam-macam perangai ada. Ada yang macam ni. Ada yang macam tu. Mungkin ramai dikalangan masyarakat Malaysia yang dah tahu. Tapi, aku nak cerita ini daripada pandangan mata aku sendiri.

Tapi bagi aku, golongan mereka ini yang mewarnai dunia politik tanah air. Rasanya bukan di tempat aku sahaja. Mungkin di semua peringkat cawangan, bahagian di dalam Malaysia ini. Inilah politik Malaysia yang penuh dengan warna-warni.

Tapi bila difikirkan balik, kenapa mesti terjadi sebegini, bukankah politik ini adalah tempat untuk memperjuangkan hak. Memperjuangkan agama, bangsa dan tanah air. Bukankah politik ini juga tempat untuk mentukan kuasa pemerintahan Malaysia. Benda yang serius. Bukan boleh buat memain.

Aku tulis ni bukan nak memalukan sesiapa. Bukan nak mengaibkan sesiapa. Bukan nak cari salah sesiapa. Bukan nak cari pasal dengan sesiapa. Kalau korang terasa, korang di dalam golongan tertentu yang aku ceritakan di bawah ni. Maknanya, cerita aku ni benar. Bukan rekaan.

Kalau dah macam tu, korang perbetulkanlah hati masing-masing. Jangan buat salah dan silap lagi bila menjadi salah seorang ahli politik. Pada yang tergolong di dalam golongan yang hebat macam aku. Usahlah nak berbangga sangat. Tolong perbetulkan mana yang tak betul tu. Boleh?

Aku melihat di dalam warna politik Malaysia ini terbahagi kepada beberapa golongan. Golongan cerdik pandai. Golongan Reformasi. Golongan Tranformasi. Golongan perjuangan ideologi parti. Golongan perjuangkan periuk nasi sendiri. Kenapa? Salah ker? kalau salah tolong betulkan.

Pertamanya golongan perjuangan. Perjuangan agama, bangsa dan tanah air yang tercinta. Golongan ini, cukup susah nak dapat sekarang. Kalau kita pergi ke kampung-kampung, kalau kampung tu ada 100 orang penduduk mungkin akan dapat 2 ataupun 3 orang yang tergolong dalam golongan perjuangan ini.

Susah dah nak dapat sekarang ni. Yang benar-benar masuk politik untuk memperjuangkan yang hak. Aku masuk politik hanya untuk membela agama, bangsa dan tanah air. Aku masuk politik hanya akan bercakap tentang hala tuju bangsa aku, agama aku dan tanah air aku. Aku masuk politik hanya untuk mempertahankan saudara seagama, dan sebangsa ku demi tanah air tercinta. Korang rasa ada lagi ker orang macam ni?

Tapi, ada juga golongan perjuangan, tetapi tidak berpendidikan. Tidak ada wang dan ringgit. Hanya menggunakan pengalaman dan karisma diri sendiri untuk ke tengah dan ke tepi. Golongan ini masih ramai di dalam politik sekarang. Golongan ini jugalah golongan yang akan bersama ideologi partinya sampai bila-bila. Golongan ini juga yang akan mempertahankan agama, bangsa dan tanah air tercinya. Kenapa? Korang tak percaya?

Aku cakap macam ni, berdasarkan pengalaman aku. Aku melihat bagaimana jatuh bangunnya golongan ini di dalam politiknya. Dari awalnya bagaimana, dan pengakhirannya bagaimana. Tapi, hatinya tak pernah berubah sekalipun sepanjang perjuangannya. Walaupun, dihentam dan dicemuh. Aaa... Ini ada pada orang lama. Orang baru-baru ni, tak payah nak citer sangat soal perjuangan ni.

Ada golongan cerdik pandai. Sekarang ni banyak aku melihat golongan ini sedang meresapi ke dalam dunia politik tanah air. Tapi, yang cerdik pandai ni pun kena ingat. Ada dua katagori. Cerdik pandai dalam bidang pelajarannya. Dalam bidang kemahirannya. Tapi satu katagori pulak termasuk dalam katagori cedik pandai menipu. Cerdik pandai dalam putar belit. Cerdik pandai dalam manapulasikan keadaan. Cerdik pandai temberang jer.

Yang ini sangat bahaya. Bukan sahaja bahaya pada parti. Bahaya pada negara. Kalau orang macam ni yang menjadi pemimpin negara. Subhanallah. Rasanya pada masa itu, mungkin kita sedang dijajah kembali. Mungkin juga nama Malaysia ini sudah bertukar nama. Kita tahu. Mungkin ia akan berlaku. Golongan seperti ini sedang hampir menghampiri kekuasaan politik Malaysia. Kita perlu berjaga-jaga.


Golongan cerdik pandai dalam bidang pendidikannya pula cukup kurang dalam dunia politk tanah air sewaktu ketika dahulu. Tetapi, sekarang tidak lagi. Ini kerana mungkin meraka ini sudah terbuka mindanya. Ataupun sudah lapang dadanya untuk menjadi seorang pejuang di tanah air sendiri. Ataupun hanya digunakan sebagai batu loncatan kepada orang yang berkepentingan. Ini berlaku.

Pada golongan ini, nasihat aku, jangan terus langgar orang-orang lama yang berada di dalam saf perjuangan yang sama. Masuk bagilah salam. Belajarlah juga daripada bawah. Kalau pemuda, belajar-belajarlah susun kerusi dan meja, gantung bendera, ikat kemas tali rentang. Yang puteri pula, belajarlah dari ibu-ibu lembutnya tangan dan lidah seorang wanita. Barulah cantik. Seperti kanak-kanak. Tak akan boleh berlari selagi dia tak berlajar merangkak, bertatih dan berjalan.

Tapi sekarang ini, aku percaya golongan cerdik pandai dalam pendidikan ini adalah golongan yang amat penting bagi menentukan kepimpinan di masa akan datang. Ini kerana, dunia tanpa sempadan sekarang membuatkan pendidikan adalah penting bagi menentukan hala tuju negara.

Yang ni aku malas nak cakap. Golongan kaki projek. Nama gelaran aku bagi kat dorang ni 'Mamat Fail'. Mereka ni masuk dalam dunia politik mencari peluang dan ruang. Memang Allah SWT menyuruh kita mencari rezeki yang halal. Tak payahlah masuk mana-mana parti politik kalau nak cari rezeki. Politik tempat memperjuangkan ideologi parti.

Kalau asyik dok cerita projek. Tiap-tiap hari bawak fail. Mana amanah yang telah kau bawa, yang kau pikul. Di mana tanggungjawab kau sebagai ahli parti. Sebagai pemimpin. Orang sekeliling mengharapkan membawa suarasa akar umbi. Membawa permasalahan yang timbul. Tapi, Mamat Fail ni, asyik dok bawak fail ke hulu ke hilir. Maaf ler kalau ada yang terasa hati. Ini pandangan aku dari hati nurani.

Bagi aku, tak perlulah orang-orang yang nak meniaga ni masuk politik. Terbabas, terkeluar dari landasan arah perjuangan mereka.. Dah memang terang-terang tersasar. Projek, projek, projek... Fail, fail, fail... macam haram.

Ada juga kaki projek ni yang bagus. Misalnya dia menggunakan kuasa yang ada pada dia sebagai pemimpin politik untuk mendapatkan projek menaikan taraf jalan kampung dia, membuat pembangunan di kawasan dia, memperluaskan sistem parit. Buat dewan seberguna untuk kemudahan orang kampung. Penyelengaraan percuma. Dia tanggung. Sampai musim perayaan, bagi pulak duit raya kat orang kampung, buat kenduri kendara. Apa yang dia dapat, dikongsi bersama dengan masyarakat. Kalau macam ni, tak apalah.

Yang akhirnya, golongan orang kaki bodek. Yang ni aku meyampah tahap cipan. Tapi tak ada orang-orang yang macam ni pun tak seronok gak. Tak ada tempat boleh nak maki. Sebabnya, kaki bodek ni selalu dijadikan tempat orang maki. Lepaskan gram. Dan macam-macam lagi. Kaki bodek ni jugalah seorang yang suka membawa cerita. Jaja cerita buruk orang kat sana. Nanti dia datang kat kau, di citer pulak buruk musuh kau tu. Sudahnya kau pun bagi RM20 kat dia. Ini ada. Berlaku juga dalam politik tanah air.

Jika nak diceritalah, golongan-golongan ahli politik ini memang tak habis. Jadi cukuplah dulu untuk aku menulis hari ni. Hujan pun macam nak berhenti dah.

Buat pilihan yang tepat. Mana hala yang hendak dituju.
Jadi pada korang yang nak jadi ahli politik, jadilah. Tapi kenal, dan yakinlah golongan mana yang perlu korang masuk untuk menjadi ahli politik yang sebenar. Supaya, kau orang semua tak akan menyesal bila berada di dalam sebuah parti politik.

Ingat, kita bukan memperjuangkan hak kita sahaja. Kita memperjuangkan hak semua. Keluarga dan masyarakat. Tolong jadi ahli politik yang tidak mementingkan diri sendiri. Jika di dalam hati sudah mempunyai sifat yang mementingkan diri sendiri. Lupakan lah tentang nak jadi ahli politik.

Sekian. Salam 1Malaysia.

Thursday, October 11, 2012

PONING... PONING & PONING

PONING... PONING & PONING

Nampaknya akhir bulan ni, menjadikan aku hari-hari yang sibuk. Sampai sekarang aku blur, tak tahu nak buat yang mana dulu. Tolong!... Ya Allah! Kau permudahkanlah segala urusan ku. Semoga ianya semua berjalan dengan lancar dan teratur. Dan akhirnya menjadikan segala kerja-kerja ku berjaya cemerlang.

Bermula dengan minggu ni. Membuat kertas kerja untuk program Kenduri Rakyat. Nak hantar ke JASA untuk mohon peruntukan. Tak habis dengan kertas kerja, surat-surat permohonan untuk peruntukan juga aku siapkan semalam.

Kalau nak cerita memang tak habis sehari ni. Tapi aku cuba short kan seberapa yang mungkin. Jangan korang semua tak faham pulak.

Tarikh 19 Oktober 2012 akan datang, aku akan buat jamuan BBQ Gasasan Pemuda Selayang Baru. Syaratnya aku kena kumpulkan seramai yang mungkin belia-belia, pemuda-pemuda yang ada dalam kawasan Selayang Baru ni. Korang rasa, korang boleh bantu aku tak kumpulkan budak?

26 & 27  Oktober 2012 ni korang tahu tak tarikh apa? Apa daa... itupun tak tahu. 26 Oktober 2012 kan kita akan menyambut Hari Raya Aidilahda. Itu pun tak tahu. Choii... Pasal nak menyemarakan Hari Raya Aidiladha kali ni, aku buat program rakyat untuk kampung aku.

Ni yang tengah poning ni. Merata nak mencari dana. Mencari garam dan gula. Semuanya untuk rakyat. Sampai diri aku sendiri pun aku lupa nak menjaga. Tapi tak apa, aku lebih suka membantu rakyat Malaysia ini. Salam 1Malaysia.

Lantas, aku pun membuat keputusan untuk memanggil AJK Pemuda aku untuk membincangkan perkara-perkara ni. Aku buat mesyuarat khas pada hari Sabtu, 13 Oktober 2012 ni, jam 9.30 malam kat rumah bapak aku kat Selayang. Mungkin dengan cara ini akan dapat menyelesaikan serba sedikit masalah kecil yang tak perlu aku fikirkan lagi.

Gatal sangat. Tu yang kena buat kerja lebih. Elok-elok tak perlu buat apa-apa, dah banyak kerja. Tapi tak apa, aku suka kerja amal ni.

Korang kira berapa hari lagi nak tinggal? Hari ni dah 11hb... Sabtu 13hb... Program BBQ Gagasan Pemuda 19hb... seminggu jer masa yer... dan tambah lagi seminggu untuk program Kenduri Rakyat. Memang superb arr aku ni. Kan?

Dalam pada masa yang sama, bila dok memikir hal program yang itu dan yang ini, aku juga tengah membuat kerja hakiki ku di pejabat. So... dapat tak korang bayangkan macam mana keadaan aku sekarang ni? Tak nampak lagi? Tak apa, itu tak penting sangat.

Aku nak bagi tau korang sesuatu sebenarnya. Yang sebenar dan benarnya sekarang ni aku tengah menaip cerita poning.. poning dan poning ni untuk korang. Hahaha... ada aku kesah!

Kah! KAH! KaH! Gelak sepuas hati sampai hilangkan tekanan...

Kah!KAH!KaH!...

Kalau poning macam mana pun, bab nak bagi salam jangan dilupakan. Salam Sejahtera. Salam 1Malaysia.

Tuesday, October 9, 2012

CERITA SERAM BILA NAK JUAL RUMAH

Baru-baru ni, aku berpengalaman menjadi ejen hartanah. Tah macam mana aku boleh ke line tu pun tak tahulah. Tapi apapun banyak cerita yang mencuit hati, cerita kelakar dan sampai cerita seram pun ada. Ini yang dikatakan pengalaman di luar batasan.

Seronok gak jadi ejen ni hartanah ni kalau kena caranya. Tapi kita kena pandai bercakap dan menyakinkan pihak pembeli sebaik mungkin. Kena faham dengan selok belok firma guaman juga. Sebabnya, jadi ejen hartanah ni, pasti akan melibatkan melibatkan diri dengan firma guaman.

Bila aku diberitahu oleh mentua ku, yang rumahnya hendak dijual. Aku terus bertanya kepada mentua ku, "Mak, kenapa nak jual rumah tu pulak? Berapa nak jual?

"Adala pasal yer. Pak Cik nak pakai duit kot. Kau tolong mak, tanyakan ada sesiapa yang nak beli tak? Harganya mak nak jual RM180,000.00. Pak Cik nak RM170,000.00. Pandai-pandai kau ler," jawab Mak mentua aku dengan panjang lebar.

Pada mulanya, aku macam tak berapa nak berminat. Esoknya, ketika aku sampai di opis, aku buka website mudah.com.my. Aku pun try cari rumah di kawasan rumah mak aku tu. Bila aku tengok harga yang diiklankan di dalam mudah.com, kesemuanya berharga RM198,000.00 ke atas. Ada kot yang satu tu harganya RM195,000.00.

Contoh yang aku iklankan gambar rumah yang nak dijual tu dalam mudah.com.


Tetiba aku dapat idea. Aku pun copy gambar rumah daripada mudah.com tu. Terus aku daftar untuk iklankan rumah untuk dijual. Harga RM192,000.00. Hehehe... cerdik tak? Korang kira lah sendiri berapa untung yang akan aku dapat.

Bukan aku iklankan kat mudah.com jer, kat FB wall aku pun aku update status. Pergh... sambutan, macam pisang goreng panas. Hari pertama jer ada dekat 6 orang yang menelefon aku. Semua nak pembeli. Ada satu tu ejen macam aku gak.

Pembeli yang pertama tu, namanya Hadi. Orang utara muda lagi. Dah kahwin dan anak seorang. "Salam abang, Saya Hadi nak tanya tentang rumah di Selayang tu. Memang nak di jual ke? Harga dia boleh runding lagi ker bang?" Hadi tanyakan tentang rumah tu.

"Hadi. Rumah tu memang nak jual. Hadi berminat ker nak membeli. Bab harga tu, susah sikit ler nak cakap. Hadi servey dulu harga rumah yang abang nak jual tu dengan rumah2 lain di situ. Abang rasa, harganya yang paling rendah." Jawab aku.

Hadi terus nak melihat rumah tu dan menanyakan, "Abang, kalau saya nak tengok rumah tu boleh? Bila boleh saya datang tengok rumah?"

"Hadi kalau nak datang hari Sabtu dan Ahad. Kalau hari kerja, Hadi kena datang kul 10.00 malam. Abang sibuk sikitlah." Jawab aku macam dah jadi ejen 10 tahun pengalaman.

"Kalau macam tu, saya datang hari Jumaat malam ni. Boleh tak bang?" Hadi bertanyakan macam dah tak sabar nak beri deposit kat aku.

Jawab aku, "Boleh Hadi, tak ada masalah. Hadi datang dalam kul 10.00 malam yer."

Dalam masa yang sama, sebelum aku iklankan di dalam FB dan mudah.com, aku pun reseach gak cara macam mana nak buat perjanjian awal ni. Rupanya, kalau korang nak tahu, untuk membeli rumah ni kena siapkan duit deposit sebanyak 10%. Pertama kita kena bayar duit booking sebanyak 3% daripada harga rumah. Kedua bayar 7% lagi selepas membuat pertukaran nama pada SNP. Barulah cari bank atau along untuk buat pinjaman. Kalau ada cash paling mudah untuk membeli rumah.

Daripada apa yang aku search, kaji... cara-cara ejen ni mendapatkan pembeli, ikat dulu dengan wang booking 3% tu. Kalau dah ikat, perjanjian kira dah ada duit ler tu. Kalau Pembeli tak jadi beli atas sebab-sebab tertentu. Duit booking tu dah tak dipulangkan. Kira burn ler. Kan dah untung. Betul tak? Aku pun pratikkan kemahiran aku dengan info yang dah aku dapat.

Adalah beberapa orang lain yang menanyakan tentang rumah yang aku nak jual tu. Selepas daripada Hadi, da seorang perempuan call aku menanyakan tentang rumah ni. Dah jual ke belum? Boleh tengok rumah ker? Boleh kurangkan harga rumah tak?

Macam-macam pertanyaan ditanyanya. So, aku pun suruh dia datang pada hari yang sama dengan Hadi. Sorang kul 9.30 malam sorang lagi jam 10.00 malam. Senang, aku deal sekali jer... 

Ok. Setakat sampai kat sini. Korang rasa aku boleh ker dapatkan buyer untuk beli rumah tu? Adakah aku layak menjadi ejen hartanah yang berkaliber dan kacak?

Hadi sampai rumah aku jam 9 malam. Bersama-sama rombongan cik kiyah yer... adik beradik ipar dan mak mentuanya. Hati aku dah mula seronok apabila keluarga Hadi ni menunjukkan respon positif terhadp rumah ini.

"Kalau tanya Mak Cik, kira dah jadi ler. Tapi bukan mak cik yang nak beil. Anak-anak mak cik yang nak beli. Rumah ni cantik. Mak Cik memang dah berkenan." - Respon Mak Mentua Hadi yang sangat seronok apabila melihat rumah yang cantik.

Pembeli yang kedua aku bawa pi tengok rumah, sampai jam 10.30 malam. Yang call aku tu perempuan, tapi dia datang dengan ibu dan bapa serta suaminya.

"Saya rasa saya suka rumah ni bang. Bab duit tu, saya rasa tiada masalah. Tunggu isteri saya ni buat jawapan. Saya tahu, dia tengah memikirkan lagi tu." - Lelaki yang kononnya isteri kepada budak perempuan yang call aku.

Mak bapak perempuan tu pun dah ok. Macam seronok sangat bila lihat rumah yang dah diubah-suai ni. "Nak, kalau kau setuju, kau bagi abang ni duit booking tu dulu. Kang melepas kat orang lain," Bapa kepada perempuan tu memberikan semangat.

Selang 2 hari, ada satu budak muda juga yang teringin sangat untuk membeli. Sampai tak sabar-sabar nak tengok rumah. Sekejap-sekejap call aku. Nakkan kepastian. Aku pun set satu malam untuk menunjukkan ruang rumah kepada mamat ni.

Rabu, 26 Oktober 2012.  Hari ni nak tunjuk rumah kat pembeli muda nilah. Waktu aku balik dari kerja bersama isteri aku. Aku singgah makan kat kedai mek, Taman Selayang. Tengah tunggu makanan sampai, Mamat muda ni dah call, katanya dia dah sampai di hadapan rumah.

"Kau tunggu situ jap, sekejap lagi abang sampai. Abang tengah makan kat Taman Selayang ni. Boleh?" Aku minta dia tunggu sekejap.

Setengah jam kemudian, aku pun sampai kat rumah tu. Aku tengok mamat tu datang dengan awek dia. Agaknya lama dia tunggu kat situ. Tapi yang bagus yer, budak tu bukan main ceria lagi. Manis jer mukanya.

"Assalamualaikum, maaflah abang lambat, Dah lama sampai ker?" Salam ku kepada mamat muda ni.

"Waalaikumsalam. Masa saya call abang tadi tu, saya dah sampai dah." Jawab mamat tu.

Aku pun tunjukkan ruang dalaman rumah kepada mamat tu dengan awek dia. Katanya mereka berdua kerja di Bank. Dalam hati aku, mungkin rezeki mreka berdua nilah. Senang dorang nak dapat pinjaman bank. Tup...tup... selepas melihat keseluruhan rumah. Mamat tu pun nak bayar booking. Tapi aku minta bayar pada hari Sabtu dengan alasan nak siapkan dokumen sikit sebagai bukti ikatan.

Punca-punca macam ni yang buatkan aku seram nak jadi ejen. Beriya-iya pada awalnya. Tapi bila ada campurtangan pihak ketiga jadi lain pulak. Dah aku siapkan dokumen, tiba-tiba tak jadi. Nak angin satu badan rasanya.

Pada malam yang nak sain dokumen perjajian tu, mamat muda yang nak jadi pembeli rumah, talah membawa mak mentua dan adik mak yer sekali. Mak mentua dia, bukan main loghat. Salam pun tak bagi, banyak komplen pulak. Masuk bilik orang pun tak sapa. Dia tak nampak ker Mentua aku pun ada kat umah tu. Sial lah... Puihhh!...

Kalau kau hebat mana pun, kaya mana sekalipun. Dah masuk rumah orang bagilah salam. Janganlah poyo sangat. Dah aku ngan mak mentua aku jadi macam tunggul jer. Beradaplah sikit mak cik oi. Kita orang timur. Ada adab dan budaya. Choii...

Bila melihatkan gelagat mak mentuanya tu. Aku dah dapat agak, mamat muda ni pasti tak jadi nak bayar duit booking. Aku pun kenyit mata kat mak aku, dah boleh masuk tidur. Dia tak jadi nak ambik ni. Dia silap bawak orang, dia bawak plumber. Nak cek pembentungan rumah ni elok ker tidak. Huhuhu.

Kan aku dah cakap jadi ejen hartanah ni pun seram. Kita pasti akan jumpa bermacam-macam perangai. Nasib baik aku baru bawak tiga pembeli. Kalau tak, dengan aku-aku naik gila.

Yang si Hadi, tak bayar booking, tapi minta aku tunggu. Budak perempuan tu senyap selepas balik dari melihat rumah. Yang dok telefon, masih ada menanyakan rumah. Bila nak dapat pembeli yang benar-benar mahukan rumah pun entahlah. Bersabar jelah.

Seorang pembeli namanya Omar, nak tengok rumah pada hari Sabtu, 29 September 2012. Aku tak ada masa tu pi Melaka dengan kedua orang tua ku. Yang ada emak mentua kusahaja di rumah. Jadi aku suruh Omar ni jumpa terus dengan tuan tanah.

Hari Jumaat, dah dekat seminggu, Omar call aku, dia setuju nak beli rumah tu. Jadi dia nak datang bayar duit booking dulu. Jadi aku pun set jumpa di rumah dengan mak dan aku sekali pada hari Sabtu jam 3.00 petang.

Alkisah yer, pagi Sabtu tu selepas aku hantar isteri aku pi kerja, aku jemputlah kekasih gelapku keluar dari wad. Banyaklah kerja aku pada pagi Sabtu tu. Dah selesai kerja-kerja aku pada jam 2.00 petang, aku pun balik ke ruamh menunggu Omar datang.

Akhirnya, aku berjaya mendapatkan pembeli. Lega hati aku setelah Omar adalah pembeli yang benar-benar ikhlas. Dan rumah tu juga adalah rezeki untuk Omar sekeluarga.

Malam tadi, termenterailah perjanjian antara Mak Mentua aku dengan Omar. Rezeki dari Allah SWT. Kita manusia kenalah berusaha untuk mendapatkanya. Jangan hanya pandai bercakap, tapi tiada usaha untuk menyakinkan pihak pembeli.

So selapas Omar dan keluarganya pulang. Aku pun tolong kirakan wang yang diberikan kepada mak. Hasilnya aku pun menerima komisen aku sembanyak RM50.00. Alhamdullah.

Kalau anda rasa yakin untuk menjadi ejen hartanah ni, belajarlah dan buka buku-buku berkaitan selok belok menjadi ejen hartanah. Mungkin ini akan menjadikan ada lebih bergaya dan kaya. Kalau kena caranya.

Sekian. Salam 1Malaysia.

Sunday, October 7, 2012

UNTUK APA KITA BERSUKAN?

Bersukan untuk kesihatan. Bersukan untuk menjadi atlet negara. Atau bersukan untuk sekadar mengisi masa lapang untuk berjumpa rakan-rakan.

Apapun tujuan kita, matlamat dan visi yang pelbagai. Kita seharusnya kena bersukan, melakukan senaman untuk menjaga kesihatan diri supaya kita sentiasa cergas dan sihat.

Tapi kita harus beringat, sukan yang macam mana kita nak main. Bolasepak, futsal, badminton, lumba lari, jogging, tenis, ping-pong dan macam-macam sukan lain. Kita perlu memilih sukan yang bersesuaian dengan diri kita ni. Jangan main langgar jer... silap2 bukan jadi sihat, sakit lagi dapat.

Pagi minggu semalam, aku telah memulakan satu langkah yang agak bijak. Betul-betul bijak. Aku telah bersukan bersama abang Izhar dengan bermain sukan Tenis. Ya! Tenis. Kenapa kau tak percaya?

Tenis adalah antara sukan yang aku tidak pernah main dari dulu sampai ler tahun ni. Kali pertama aku bermain tenis pada bulan Jun 2012 baru-baru ini. Itupun atas sebab tak cukup pemian untuk mewakili pasukan ofis aku. So aku pun main untuk pihak syarikat.

Jatuh hati aku dengan sukan ini, sejak kali pertama aku mememang raket tenis dan bermain dalam perlawanan antara jabatan tempat aku kerja. Masa tu pertandingan diadakan di Jalan Duta. Memang aku jatuh cinta dengan sukan ni. Releks, tenang, cool, macho, dan hensem sapa yang main tenis ni. Nak-nak orang yang dah hensem macam aku main, lagi nampak sukan tenis ni best.

Rentetan daripada kejadian di Jalan Duta tu, aku, abang Izhar dan Zamani telah berbincang bersama-sama. Ketika tu kita bertiga lepak di Restoran Hamedia Desa Pandan. Cerita punye cerita, lepak-puye lepak... terkeluar cerita nak bersukan. Pada mulanya, abang Izhar ajak main ping pong. Tanya tempat kat mana boleh main ping pong.

Aku terus dengan bangganya menyelak, "daripada kita main ping pong, apa kata kita main tenis. Barang pun dah ada. Amacam?"

"Boleh boy, abang pun dah beli barang, kasut tapi tak main lagi. Boy tanyakan kat Kompleks Sukan Kampung Pandan tu. Berapa sewanya?" Abang Izhar sokong candangan aku dengan muka kontrol hensem.

"Tak payah susah-susah nak sewa bang, kita main free kat rumah kakak. Kuaters Tentera tu ada gelanggang tenis. Nanti saya tanyakan kakak," aku pun terus datang semangat nak bersukan ni.

"Zamani kau macam mana? Kau boleh datang pagi tak?" Abang Izhar bertanyakan kepada Zamani sama ada dia bersedia ke untuk menjadi ulam minggu ni.

Zamani pun menjawab dengan nada yang tak kompom, "Main tenis, argh... Boleh la..."

Daripada pertemuan kami bertiga di Restoran Hamedia Desa Pandan tu, maka terlaksanalah satu perkara yang sangat sihat untuk aku. Daripada tiap-tiap pagi minggu aku terbongkar bertukar kepada aktiviti sihat. Bersukanlah aku selama 2 jam pagi tu.

Apa kaitan dengan tajuk, tentang cerita ni? Jadi jawapan dan kesimpulannya. Mulakanlah langkah untuk bersukan. Aktiviti ini pastinya sihat. Bukan sahaja untuk menjaga kesihatan, malah kita dapat membuang tabiat lama yang kurang sihat tu.

Kita juga akan dapat mencari rezeki daripada perjumpaan rakan-rakan ketika bersukan bersama-sama. Manalah tahu, ada rakan yang memang sering membawa dokumen-dokumen untuk memberikan projek.

Pada anda semua yang nak join main tenis pada hujung minggu, bolehlah menghubungi saya. Kalau nak join ler. Tapi yang tak pandai main jer. Yang dah pandai pi main sendiri. Ahaks...

Sekian. Salam 1Malaysia. Salam Sihat Untuk Semua....

Thursday, October 4, 2012

PUISI UNTUK KEKASIH


Kekasih Ku…

Terpesona tutur bahasa
Sopan santun berbudi bahasa
Budaya Timur menimbulkan rasa
Pasti diri ku tidak berputus asa…

Kejelitaan mu tidak dapat nilaikan…
Tiada tandingan yang dapat ku ungkapkan…
Memang telah menjadi suratan
Engkau dan aku ditemukan.

Beribu batu akan ku berlari,
Tanah yang rata akan ku gali
Hati batu akan ku bawa lari
Mencari cinta yang hakiki.

Wajah mu ibarat bidadari
Kemesraan mu amat kurasai
Tidak sanggup berpisah walaupun sehari
Cukuplah seksa yang ku alami ini.

Dihitung hari semakin pendek…
Dihitung waktu semakin singkat…
Dihitung umur semakin pendek…
Dihitung ajal semakin singkat.

Alangkah dengkinya waktu…
Alangkah jahatnya masa.

Setelah menatap mu…
Seminit kurasakan sehari.
Bila kau bersamaku…
Sehari bagaikan setahun.

Alangkah indah cinta ini…
Cinta yang suci,
Apabila lahir dari hati…
Hati yang luhur dan ikhlas.

Andai kau berpisah dengan ku
Matiku hanya sia-sia.

- FY

BERDOALAH UNTUK ZURIAT YANG AKAN LAHIR....

Bila lihat anak orang, teringat anak kat rumah... Nengok pulak bini orang teringat bini sendiri. Tapi tak semua lelaki macam. Ada juga ayat yer begini... "Tengok anak orang, teringat anak sendiri. Tengok bini orang, lupa bini kat umah"...

Hahaha... kalau macam tulah bunyi yer. Bahaya! Bahaya!... eloklah beringat cepat. Takut nanti ada yang tunggu dengan kuali kat umah tu... hahaha.

Berbalik kepada tajuk... Kenapa kita perlu berdoa untuk zuriat kita? Kenapa? Kalau tak berdoa tak keluar ker? Kalau tak berdoa, nanti baby tu tak jadi ker? Tapi apapun persoalan yang timbul, kita sebagai ayah perlulah berdoa untuk kebaikan zuriat yang akan lahir.

Bukannya apa, takut nanti keluar jer dah boleh berlari. Pi mencuri pulak tu. Dah habis dia mencuri rumah kawan, dia pi rompak pulak anak kawan. Dah Habis dia rompak anak kawan tadi. Ditingalnya kat tepi jalan... kesian anak kawan tadi. Dah kena menanggung pulak 9 bulan... bapak entah ke mana.

Waktu isteri aku nak melahirkan anak yang pertama. Waktu tu dah kecemasan. Perlu di bedah segera, kerana denyutan jantung baby tidak kedengaran. Tak gila... anak pertama aku dah nak keluar macam tak jadi pulak... aku macam nak rebah juga bila doktor katakan begitu. Nasib baik kuat semangat.

Tapi takpa, bila dah doktor kata macam tu, aku pun setuju memberikan kebenaran untuk di bedah. dalam kepala otak teringat pula otai2 sembang. Ada satu ayat bunyinya begini, "... Kalau isteri yang bersalin normal nanti, minta doktor jahit lebih sikit, baru kembali macam anak dara. Tapi kalau bedah lagi cantik, masih original..."

Selepas aku membenarkan untuk melakukan pembedahan, doktor terus membawa isteri dan anak yang masih dalam perut tu ke dalam bilik pembedahan. Aku tidak dibenarkan masuk. Memang hospital kerajaan tidak membenarkan suami masuk ke dalam bilik pembedahan.

Takpa lah... ni anak yang pertama. Nak cool kan diri, cakap yang positif jer. Aku pun tunggu kat luar dewan pembedahan tu. Hampir 45 minit, baby di dalam bekas/katil baby keluar dari bilik pembedahan. Alhamdulillah... aku bersyukur kepada Allah kerana selamatkan anak aku tu.

"Nurse, anak saya ni lelaki ker perempuan? Jawab nurse tu, "Tengohlah sendiri... Ok, baby ni akan masuk wan NICU buat sementara waktu. Kalau tuan nak azankan baby, datang ke wad NICU kat hujung sekali."

Saya tanya lagi, "Nurse, isteri saya macam mana?

"Isteri encik masih berada di dalam, nanti bila dia dah sedar baru dia akan keluar dari bilik pembedahan ni," jawab nurse tu.

Ikuti sambungan cerita ini di masa akan datang...

Berdoalah untuk kebaikan, kekayaan, kesihatan, keimanan dan semua yang baik. Kerana dari doa itu, saya bersyukur anak yang pertama sihat sehingga sekarang. Dah berumur 6 tahun.. tahun depan dah nak darjah satu.

Sekali lagi, berdoalah untuk mendapat hidayah dari-Nya... Salam 1Malaysia.

Wednesday, October 3, 2012

BAGET 2013 - UNTUK GULA-GULAKAN RAKYAT?


Sebenarnya selepas dari pembentangan Bajet 2013 oleh Perdana Menteri Malaysia, aku dah nak berikan respon... tapi, bila banyak kerja dan urusan di pejabat, aku pun terlupa.

Ada baik yer juga bila aku lewat memberikan respon tentang bajet ni. Banyak sikit dapat info daripada orang-orang muda... macam2 perangai, macam2 pendapat... dan macam2lah yang lihat positif dan negatifnya pandangan orang terhadap baget ni.

Apapun tahniah diucapkan kepada kerajaan. BR1M 2.0... bukannya untuk orang2 yang dah berumahtangga dan berpendapatan RM3000.00 ke bawah. Orang bujang pun dapat gak... Alhamdulillah... pada orang2 bujang berumur 21 tahun ke atas tu, bersyukurlah dengan apa yang akan anda terima.

Siapa kata orang kerajaan tak untung. Hari ni lihatlah sendiri. Bonus jer setahun setengah. Tak nak bersyukur lagi ker? Aku banyak dah dengar cerita hal2 orang yang bekerja dengan kerajaan ni. Yang banyak menentang kerjaan ni pun, orang yang bekerja dengan kerajaan... orang yang kerja dengan swasta tak banyak yang menentang... kalau dia nak menentang pun, tak ada salahnya. Bukan dengan hasil duit kerajaan dia hidup.

Aku dapat banyak pandangan yang negatif juga, banyaknya daripada orang2 gomen... apa lagi yang dia nak. Kenaikan gaji... dah naik. Bonus... dapat lebih tahun ni. Keistimewaan dan pelbagai macam bentuk bantuan, semuanya orang gomen yang dapat dulu.

Bagi aku, bersyukurlah dengan apa yang dah dapat. Orang kat luar, masih ramai yang susah. Yang daif. Kenapa mereka masih bersyukur dengan kerajaan sekarang ni.

Balik kepada Baget 2013. Ada yang mengatakan, inilah gula2 untuk PRU13. Ada yang katakan Baget 2013 ini baget anak manja. Ada juga yang mengatakan bajet kali ini tidak ada peruntukan untuk pembangunan agama Islam. Ada juga yang mengomel, buat apa bagi rebet untuk smart fon. Kalau nak aku tulis semua, memang tak cukup page blog ni. Cukup kot sebagai gambaran.

Ok... halloo rakyat Malaysia yang tercinta. Baget ni bukan hanya sekali. Tiap2 tahun kerajaan akan membentangkan baget. Kenapa perlu nak banyak komplen walhal diri sendiri tak pernah menyumbang apapun kepada tanahair tercinta. Baget ni disesuaikan dengan keadaan semasa dan yang bersesuaian dengan keuntungan masa hadapan. Jangan risau, selagi kerajaan yang sedia ada ni memerintah, pasti rakyat tidak sesekali dipinggirkan. Pasti akan dapat merasai kenikmatannya bersama.

Baget 2010... kalau tak silap, (tolong betulkan kalau salah) bila PM membentangkan baget, mengecualikan cukai barangan kemas... berapa ramai masa tu orang bercakap. Tapi selepas itu, ada orang bunyi tak? Akhirnya, kebaikan juga yang rakyat dapat selepas daripada bajet tersebut.

Apa yang aku lihat dan dengar serta aku teliti... Aku buat perbandangan... ternyata Bajet 2013 ini mempunyai rasionalnya. Semua golongan mendapat faedah, semua golongan akan mendapat kebaikan. Dan yang paling memberikan kesan adalah kepada golongan orang muda. Golongan muda mendapat banyak faedah daripada bajet ini.

PRU13 menanti dihadapan, pada semua rakyat Malaysia kalau nak baget 2014 lebih baik. Buatlah pilihan terbaik. Salam 1Malaysia.

Tuesday, October 2, 2012

PENARIK KERETA - APAKAH PEKERJAAN YANG HAKIKI UNTUK MEREKA INI?

Tetiba aku nak bercerita pasal penarik kereta, bila aku terbaca di sub-heading Utusan Malasyia keluaran hari Selasa, 2 Oktober 2012. Tajuknya, "Penarik Kereta sembunyikan kenderaan di hutan." Tetiba teringatkan Vitara V6 aku... huhuhu

Bila citer pasal penarik kereta, mulalah kita bayangkan mereka ni seorang yang gangster, orang jahat, suka paww orang dan bermacam-macam lagi. Walhal penarik kereta ini adalah salah satu pekerjaan yang jujur dan ikhlas... Tak caya tanya Bell...

Aku pun ada beberapa pengalaman dengan orang2 tarik kereta ni. Dulu... dulu, pernah juga  aku menjadi salah satu kumpulan geng tarik kereta ni. Itu dululah... zaman bujang2. Seronok apa jadi penarik kereta. Kalau tarik satu kereta dapat RM300 hingga RM500... kau tak nak ker?

Jadi, kenapa ramai remaja dan orang2 muda macam aku suka kerja seperti ni. Pertamanya, ia memberikan pendapatan yang lumayan. Kedua, kerjanya mudah. Ada eksiden jer, berebutlah pi tarik. Ketiga dapat pahala tolong orang dalam kesusahan. Keempat, kerja yang tidak dikongkong mana2 bos... cuma ada tukang cek set... 'clocking'... tu yang boring sikit... sibuk jer mamat yang cek tu...

Perkara-perkara di atas ini, antara penyumbang kenapa orang muda macam aku suka kerja2 seperti ini. Nak-nak lagi, waktu kerja lebih kepada malam... jadi tak perlulah bangun pagi2 buta... Orang pi kerja subu sepiee... yang ni balik kerja azan subuh... Faham-faham jelah dowh...

Bagi aku, kerja sebagai penarik kereta ni kerja yang jujur. Kalau niat kita ikhlas dalam menjalankan tugas, pastinya kerja kita tu akan jadi baik. Kalau niat dah jahat, jadi polis ker, peguam ker, doktor ker apapun yang hebat2... pasti akan jadi jahat. Tak perlu tunggu jadi penarik kereta nak jadi jahat.

Walaupun kereta Suzuki Vitara V6 WFM8996 aku masih budak2 penarik kereta ni tak pulangkan. Tah kat mana dia pi sorok. Paling akhir yang aku denga dah sampai ke dalam felda Jengka, Pahang... huhuhu... kalau dah masuk felda ni, pepaham jelah der... Walaupun macam tu perangai dorang ni. Janganlah kita pandang serong pada mereka. Mereka ikhlas untuk mencari sesuap nasi.

Kesimpulannya, pada orang ramai jangan memandang seorang terhadap mereka yang menjadi penarik kereta. Dan pada penarik kereta, beringat-ingatlah bila nak poww owner kereta tu... jangan salan orang der. Salam 1Malaysia.

Monday, October 1, 2012

Salam, salam  sejahtera kepada semua... mungkin catatan ini dapat memberikan sedikit imbasan mengenai saya yang empunya blog. Saya tidaklah pandai menulis seperti blogers2 yang lain. Cuma saya nak share serba sedikit apa yang saya tahu, apa yang saya lalui sepanjang menjadi hamba Allah SWT.

Untuk pengetahuan semua, blog ini adalah untuk saya meluahkan pendapat dan pandangan. Selain itu, mungkin blog ini juga menjadi tempat saya menyampaikan apa yang saya lalui setiap hari... mungkin ada cerita kelakar, mungkin juga ada cerita seram dan berkemungkinan mempunyai kepelbagaian cerita.

So, mulai hari ini dan seterusnya... nantikan cerita2 yang menarik, ringan dan berat, sejuk dan hot!... untuk kita suka-suka, berhibur, mencari pengalaman di luar batasan... bye...