Tuesday, November 27, 2012

WARISAN

WARISAN

Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Airmata darah bercampur keingat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesama kita
Cita lenyap di arus zaman

Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Pribumi merintih sendiri

Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutp hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang

Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri

Kita sudah tiada masa
Majulah dengan gagah perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayukan gagah di Nusantara

Monday, November 26, 2012

Konflik Pemikiran Yang Lama dan Baru Pasti ada hati yang terguris…


Kematangan akan mengajar orang-orang muda mengenal erti kehidupan.

Konflik Pemikiran Yang Lama dan Baru, Pasti ada hati yang terguris…

Senario ini pasti berlaku bila masa ada perbezaan pendapat dan pandangan di antara orang lama dan baru. Sehinggakan ada yang terguris hati. Betul ke?

Dalam sesebuah keluarga juga pasti akan berlaku pertikaian atas sesuatu isu yang dibangkitkan. Pandangan berbeza-beza pasti akan ada sehinggakan menghangatkan suasana. Hangatnya suasana ini untuk mencari titik persamaan.

Orang lama, pasti akan memberikan pandangannya dengan cara mereka. Mungkin ada segelintir orang lama yang tahu cara untuk berilmiah secara terbuka dengan golongan orang muda. Tapi, banyak juga orang-orang lama ini hanya suka dengan cara mereka yang lama.

Orang muda perlu belajar daripada pengalaman orang lama. Orang muda perlu dengar dan ambil tahu pandangan orang lama. Orang muda juga perlu menghormati yang tua. Tapi, orang muda juga ada pandangan dan pendirian tersendiri di mana orang-orang lama juga perlu menghormati pandangan itu.

Orang lama sentiasa merasakan orang muda ini, kena sentiasa diberikan pentunjuk, dorongan dan bantuan daripada segala isu. Tapi tidak semestinya semua keputusan itu datangnya daripada orang-orang lama. Orang muda berhak juga membuat keputusan jika ianya wajar.

Kajian yang dibuat untuk mendekati golongan muda...
Adakah mereka orang-orang lama ini lupa yang merekalah telah mendidik orang-orang baru ini. Hantar belajar sampai ke universiti. Tak cukup kat dalam negara. Hantar pula ke luar negara. Apa agaknya IQ orang muda yang diberikan pendidikan ini? Masih tak boleh buat keputusan lagi ke?

Berikan peluang dan ruang kepada kami orang-orang muda membuat keputusan. Agar kami juga dapat mencipta sejarah tersendiri dan pengalaman yang berharga. Ilmu yang paling berguna adalah mendapat pengajaran daripada pengalaman. Bukan orang muda mahu melawan. Bukan kami orang muda mahu menunjukkan kehebatan. Hanya mahukan pengalaman yang berharga.

Kadang-kala emosi mengatasi pemikiran yang rasional di kalangan orang-orang lama. Sehinggakan mainan perasaan yang membantutkan kematangan orang-orang muda untuk lebih berani kehadapan. Mungkin juga akan mengakibatkan hilangnya waris kepimpinan di Malaysia ini.

Perbezaan pandangan dan pendapat pastinya akan berlaku. Orang lama dengan orang lama pun ada yang berbeza pemikiran. Inikan pula orang lama dengan orang muda. Bagi aku, berikan ruang kepada orang-orang muda mencipta pengalamannya sendiri. Kalau tidak, manakan tahu mereka orang-orang muda belajar daripada pengalamannya.

“Yang lama perlu lebih rasional untuk menerima pandangan orang muda. Orang muda perlu sentiasa menghormati pandangan orang-orang lama…”

Salam 1Malaysia.

Thursday, November 22, 2012

MENGENALI IKAN SEGAR


 MENGENALI IKAN SEGAR


Sapa yang ada ilmu ni pasti akan disayangi mak mentuanya. Kalau tak percaya korang pakat-pakatlah belajar cara nak tahu ikan yang segar.

Akupun kurang mahir bab nak tahu ikan segar ke tidak. Nama jer kaki pancing, tapi bila ke pasar jenuh gaklah nak menilik ikan mana yang terbaik.

Pada yang berpengalaman, bolehlah berikan tunjuk ajar kepada aku dan rakan-rakan yang lain. Supaya kita semua tidak ditipu oleh peniaga-peniaga dipasar tu.

Ikan segar yang dijual di pasar-pasar tani... Kan susah nak memilih yang mana segar...
Ikan yang segar selalunya tidak akan hancur bila dipotong. Betul ke?
Orang berniaga ni, ikan seminggu pun dikatanya masih segar. Kita tak tahu ni, beli jer terus. Sampai kat umah kena hamun dengan bini pasal beli ikan dah tak berapa elok. Ikan dah tak fresh katanya.

Orang cakap. Bukan aku yang cakap. Kalau nak tahu ikan tu segar ataupun tidak, lihat pada insangnya. Jika masih berwarna merah. Maknanya ikan tu masih ikan yang segar dan elok.

Ada juga yang melihat pada mata ikan. Yang ni aku tak berapa nak ada skill. Sebab bila aku tengok mata ikan tu, semuanya sama jer. Tak ada beza.

Tip yang lain, seperti memegang pada badan ikan tu. Kalau dah lembik. Tak payah belilah. Dah tentu ikan tu ikan dah tak berapa nak fresh. Kalau keras, ikan tu masih dalam keadaan baik. Korang semua ada cara lain tak untuk mengenali ikan segar ni?

Itu tips untuk membeli ikan di pasar-pasar. Tapi bagaimana pula kita nak tahu ikan-ikan yang telah dimasak di restoran-restoran dan kedai-kedai makan segar ataupun tidak?

Kawan aku cakap, contohnya ikan kembong masak cabai. Ikan yang fresh, isinya mesti putih bersih. Tah betul ke tidak aku pun tak tahu. Tapi itu katanya.

Kalau mengikut pengalaman aku, kalau makan di restoran. Kebiasaannya aku akan order ikan kerapu. Masak stim limau ker… Tiga Rasa ker… Masak cili ker… Isinya pasti putih berseri. Bersinar-sinar gaklah isinya. Manis isinya pasti dapat korang rasa.

Tapi kalau ikan yang tak segar, isinya tak berapa nak berseri. Rasanya juga tak berapa nak manis.

Jika ada tip-tip daripa korang semua yang berpengalaman. Bolehlah kita berkongsi bersama. Mungkin ada antara korang yang boleh memberikan tunjuk ajar yang lebih baik untuk kita semua.

“Ada orang pandai memancing ikan, tapi tak semestinya orang itu mengenali ikan-ikan yang dipancing…”

Salam 1Malaysia. 

Wednesday, November 21, 2012

Memancing Di Kelong Bagan Lalang



Memancing Di Kelong Bagan Lalang


Teruja rasanya bila kali pertama aku dapat bersama rakan-rakan seangkatan memancing di kelong. Macam-macam aku bayangkan. Dapat ikan itu dan ini. Tempat pun mesti best.

Aku yang cadangkan pada rakan-rakan yang lain untuk pergi ke kelong. Antara kelong-kelong yang aku tengok macam menarik dan sesuai. Google puye google, kelong Bagan Lalang menjadi tempat pilihan.

Antara rakan-rakan yang lain, rasanya aku yang selalu bertuah. Setiap tempat pergi memancing, pasti akan ada hasilnya.

Kali ni aku pergi satu kereta, bersama Tajil, Minggo dan Jojo. Sebenarnya ada lagi pemancing lain tapi disaat akhir tidak dapat pergi.

Jojo antara manusia yang baru berjinak-jinak dalam dunia memancing ni. Katanya, dia tak pernah memancing sehinggalah jumpa grup ni. Orang baru. Belum nak hanyir lagi.

Antara kami berempat ni, orang yang paling berpengalaman adalah Tajil. Otai. Katanya semua lubuk dah diredahnya. Hebat orangnya ni. Hebat kat mana aku pun tak tahulah.

Minggo budak peon opis aku. Dia ni pemancing tegar. Ajak jer ke mana lubuk. Siang ataupun malam. Pasti akan dia sampai. Dia ni memang minat nak mancing. Sorang-sorang pun dia boleh pi layan memancing.

Setelah kami sampai di Jeti Kelong Bagan Lalang ni, kami terus di bawa ke kelong menaiki boat fiber. Kapasiti 8 orang kalau tak silap aku. Puas…

Perjalanan hampir 20 minit daripada darat ke Kelong Bagan Lalang. Dalam hati aku berkata, “Pasti ikan siakap dan kerapu banyak. Best… best…” Rakan-rakan yang lain, masing-masing menyimpan hasrat yang sama. Nak menjadi juara trip mincing kali ni.

Sebesar-besar kelong yang berada di tengah-tengah lautan ini, hanya aku berempat dan dua orang kaki mincing yang datangnya dari Gombak. Jadi berenamlah kami di atas kelong tu.

Kalau tsunami ker, ribut ker, ombak besar ker… kami berenam ni jelah yang ada. Perasaan takut pun ada bila melihat keadaan seperti ini. Seram dibuatnya.

Melihat pada keadaan kelong ini yang berharga RM40 seorang, rasanya dah macam rumah tinggal. Tidak terurus. Kayu penghadang ada yang teah rosak. Boleh membahayakan orang yang memancing di situ. Seram dowh!

Bekalan elektrik dan air bersih ada. Bilik untuk beritirehat, bilik sembahyang, dapur dan bilik untuk membuang hajat pun ada. OK ar… tak risaulah kalau-kalau hajat dah sampai.

Kami pun mulakan memancing sehinggalah ke hari esoknya. Lewat malam barulah umpan udang hidup mengena.  Tarik puye tarik, ikan daun baru menjadi lessen untuk aku pada malam tu.
Nampaknya, aku juga masih King...
Ikan apalah ni... bala daripada Minggo...
Posing jerlah... Tu yang bangau memanjang... hahaha
Macam mana tak bangau... huhuhu
Hasil nelayan katanya...
Nuar popularnya hingga di Kelong Bagan Lalang ni... Tak sangka jadi superman...
Ikan daun baru, gelama dan jenahak katanya...
Lesen tak dapat... udahnya dapat todak...
"Sapa cakap aku tak ada lesen... ni dia todak... hahaha..."
Minggo memang digemari makhluk laut seperti ini...
Team Bangau from UKSB... ahaks
Apapun oklah... Walaupun macam rumah hantu...
Bangau dah bersedia...
Cantik gambar ni.
Akulah juara... Hahaha...

Hasil tangkapan ikan di Kelong Bagan Lalang ni tak berapa cantik. Tapi, aku puas. Puas untuk aku menaikkan ikan daun baru. Dan di sini juga pertama kali aku melihat ikan daun baru ni. Sebelum ni tak kenal ikan pun. Hehehe…

Bagi aku, penggunaan joran memainkan peranan penting. Sekurang-kurangnya, joran sepanjang 9 kaki adalah yang terbaik. Mesin Bannex 4000 memadai digunakan di sini dan tali 50 pound sudah cukup untuk menaikan ikan.

Pelbagaikan umpan. Umpan udang hidup dan anak ikan sangat berguna. Jangan lupa bawa juga umpan ponpon & udang mati. Sangat berguna di masa kecederaan.

“Jangan salahkan umpan jika ikan tidak menyambar, tapi nilaikan kembali kemampuan diri kita adakah sudah bersedia…” Selamat memancing di Kelong Bagan Lalang.

Salam 1Malaysia

Tuesday, November 20, 2012

ADIK DOAKAN KEHANCURAN BN, ABANG MURTADKAN UMNO!




ADIK DOAKAN KEHANCURAN BN, ABANG MURTADKAN UMNO!


Apa yang telah dikatakan oleh Nik Aziz seorang yang dipanggal Tuan Guru ini amat menyedihkan. Aku tak dapat nak menerima apabila seorang yang dianggap mulia ini memurtadkan sahabat lain dengan hanya berbeza pandangan poltik.


Tak cukup dengan itu, adiknya pula mendokan kehancuran untuk UMNO dan BN. Siapakah orang-orang dalam UMNO tu? Bukankah orang-orang Melayu dan beragama Islam.


Semakin jauh pendirian PAS apabila aku melihat mereka semakin terdesak untuk mendapat kuasa dunia ini. Semakin lama semakin tersasar rasanya. Tapi aku bukan Tuhan untuk menentukan kebenaran ini.

Bagi aku, sudah sampai masanya untuk Nik Aziz ini dinasihatkan supaya berundur. Takut-takut ni pelbagai dakwaan yang tidak sepatutnya akan dikeluarkan lagi yang hanya melemahkan umat Islam dan bangsa Melayu di Malaysia ini.

Pemimpin PAS seharusnya patut lebih menunjukkan keIslamannya. Mendoakan kemusnahan untuk sahabat seIslam yang lain tidak mencerminkan seorang mukmin yang baik. Bukankah lebih cantik jika mendoakan kebaikkan walaupun untuk musuh kita.

Islam macam mana yang PAS bawa? Islam apa? Orang yang jahil macam aku tertanya-tanya. Adakah PAS ini memperjuangkan Islam? Islam yang macam mana PAS perjuangkan? Bukankah al-Quran dan Sunnah pegangan kita sebagai umat Islam?

Kalau ditanya kepada aku. Aku yang mewakili orang-orang muda, rasanya PAS sudah jauh tersar dari perjuangan asal. Tersasar dek kerana kerakusan untuk ke Putrajaya. PAS sudah hilang seninya.

PAS akan releven apabila PAS keluar daripada pakatan haramnya bersama DAP dan PKR. Selagi PAS bersama di dalam pakatan haram mereka, maka akan keluarlah lagi perkataan-perkataan, ayat-ayat yang tidak rasional daripada pemimpin-pemimpin mereka.


Aku puji sikap Najib, memberikan jawapan balas dalam keadaan yang tenang dan sentiasa senyum dengan apa berlaku. Kematangan Najib dalam soal ini adalah lebih baik daripada pemimpin-pemimpin PAS yang berwatakan alim.

Siapa yang memahami Islam di sini? Siapa yang lebih Islamik? Siapa yang memperjuankan Islam? Siapa yang mencerminkan orang mukmin yang sejati. Siapa? Akukah? Kaukah? Atau diakah?

Aku bukan Tuhan untuk menentukan siapa yang benar dan siapa yang salah. Aku hanya mampu tersenyum dan berdoa supaya Allah SWT memberikan pentunjuk dan hidayah.

Salam 1Malaysia.


Monday, November 19, 2012

SELAMAT PENGANTIN BARU!

Tahniah Farid Kamil... semoga berbahagia ke anak cucu.

SELAMAT PENGANTIN BARU!

Selamat Pengantin Baru! Kepada semua yang bakal mendirikan rumahtangga pada musim cuti sekolah ni. Kalau dah mampu tu, eloklah sangatlah tu.

Korang mesti cakap aku ni mengarutkan? Apahal citer pasal rumahtangga pulak. Tak ada citer lain ker?

Ada aku kesah! Blog aku. Aku puye sukalah! Korang yang suka, baca. Yang tak suka, jangan baca. Baca artikel yang korang suka jer.

Suka aku tengok bila Farid Kamil dan Diana Danielle telah disatukan dan menjadi pasangan suami isteri. Tahniah! Melepas aku… huhuhu.

Bila artis ni, semua rakyat Malaysia akan mengikuti ceritanya. Dan pasti akan lebih dipopularkan daripada cerita rakyat kebanyakkan.

Artis bahagia. Artis tak bahagia. Artis bercerai. Artis dapat anak. Artis itu dan ini. Namapun dah artis, pasti cerita mereka akan dipopularkan walaupun cerita itu ada yang akan memalukan artis itu sendiri.

Biasalah. Nak jual majalah. Mesti kena ada cerita yang panas. Yang hot. Citer yang boleh jual. Kalau tak tutup arr majalah.

Macam-macam ada. Tapi apapun aku nak cerita pasal perkahwinan. Memang seronok bila kita dapat mendirikan rumahtangga ni. Kalau nak cerita pengalaman aku mendirikan rumahtangga ni. Tak cukup tebal buku teks tu. Nak kena buat jilid pulak. Seronok… Tak caya tanya Farid Kamil.

Ini gambar Ayah dan Ibu aku sewaktu mereka bersanding dulu.
Yang ini pula gambar aku dan isteri melangkah ke alam rumahtangga... Alhamdulillah.
Cuma aku nak kongsi sedikit pengalaman. Sebelum nak mencirikan rumahtangga tu, perkukuhkanlah iman. Kekuatan iman kita akan menjadi tiang seri rumahtangga kita.

Kukuhkan juga ekonomi. Zaman sekarang ni, duit belaka. Kita tak boleh nak nikah anak orang free jer. Masa nak akad tu dah tentu nak kena bayar mas kahwin. Duit jurunikah pun kena siapkan dalam envlope.

Dua perkara ini penting bagi perjalanan seterusnya di alam rumahtangga. Kalau tak caya, kau tanyalah Ustaz. Kalau malu bertanya sesat jalan. Tapi kalau dah memang pemalu tegar. Kau SMS jer soalan tu.

Seronok Chong Wei... Orang no.1 negara datang di majlis resepsi dia. 
Tahniah juga pada pemain badminton negara Datuk Lee Chong Wei dan Datin Mei Choo, Zakry dan pasangannya. Selamat pengantin baru diucapkan. Semoga kekal keanak cucu.

Kepada seluruh rakyat Malaysia yang akan mendirikan rumahtangga akhir tahun ini, juga diucapkan tahniah. Semoga berbahagia dan kekal ke anak cucu.

“Kebahagiaan akan hadir bila suami isteri dapat mengawal nafsu dan beriman kepada Allah SWT…”

Salam 1Malaysia. 

Friday, November 16, 2012

CAHAYA ISLAM



CAHAYA ISLAM

Azalinya Islamlah ia,
Seputih helaian kain sifatnya,
Tidak tercemar, tidak ternoda,
Dek kerakusan kuasa penentu masa.

Nilai-nilai murni mula diserap,
Diajar dan didik kerohanian dan kebatilan,
Agar ia terus dilandasan yang benar,
Agar ia tidak tergelincir walaupun seinchi.

Namun iman tidak dapat diwarisi,
Iman tidak boleh dijual dan dibeli,
Iman perlu dicari dan dihayati,
Agar iman menjadi pendiding dalam diri.

Peredaran masa menjadi rintangan,
Berlawanlah ia nafsu dan iman,
Yang lemah pasti akan kecundang,
Yang teguh pasti akan dijulang.

Kenapa perlu dipersoal lagi,
Kenapa perlu diragukan,
Soal Aqidah dan Islam,
Agama yang tiada bandingan…

Akan hilanglah iman,
Akan tepesonglah akidah,
Akan sepilah syiar Islam
Jika terus dipersoalkan.

Siapa yang bertanggungjawab?
Akukah? Engkaukah? Atau diakah?

Helaian putih yang suci,
Maka zatkanlah ia dengan al-Quran
Dan terangilah ia dengan Sunnah
Pasti tiada apa akan diragukan.

Siapa yang bertanggungjawab?
Akukah? Engkaukah? Atau diakah?

Iris Amni
16/11/2012

Staff Day UKSB 2012 – Kuala Terengganu

Staff Day UKSB 2012 – Kuala Terengganu

Baru-baru ini, dua bas warga UKSB telah berkunjung di negeri yang kaya dengan hasil petroleum dan gas. Terengganu Darul Iman.

Kami semua ke sana kerana atas urusan rasmi melawat Pejabat Menteri Besar. Dan yang tak rasminya Utusan Karya mengadakan staf day untuk pekerjanya.

Malam Khamis – Jumaat – Sabtu – Ahad – Isnin pagi baru kami sampai balik ke Bangi. Kalau nak ikutkan, trip tu, 3 hari, 2 malam. Tapi kalau di kira hari macam berlebih jer.

Bacaan doa sebelum berangkat ke Kuala Terengganu.
Selamat datang ke Kuala Terengganu.
Masa untuk sarapan pagi.
Tak sabar nak memancing bila tengok boat ni...
Nasi Dagang. Terbaik dari ladang... Superb.
Brader yang ni juru pandu arah boat aku... Bagus lawak dia ni.
Bukan main seronok dapat duduk kat belakang sekali.
Bengkel kapal-kapal nelayan.
Kapal nelayan yang rosak menunggu giliran untuk dibaiki.
Kawasan Pulau Duyung inilah tempat Monsun Cup dijalankan.
Pose... jangan tak pose... Jangan terlentang ke belakang sudahlah.
Abang-abang gagah perkasa yang menjadi jurucakap ketika kami semua menaiki boat meyusuri muara Kuala Terengganu.
Terima kasih yer... Melayan kami semua.
Antara masjid-masjid replika yang ada di Taman Tamadun Islam, Terengganu.
Replika Masjid Al-Aqsa
Bukan main lentik kau Yus...
Santai petang tele-match...
Amacam! Korang tak percaya?
Meja artis katanya... semua orang di meja ni menyumbangkan suara.
Rezeki Ambo... Dalam tak nak pegi tu...
Liar naib juara karaoke
Nuek Juara karaoke UKSB 2012... Duit dah dapat, harammm rasa...
Queen yer? Huhuhu...
Kings katanya...
Staf UKSB bergambar kenangan bersama Hai O... depan restoran dia di Kuala Terengganu.
Minggo dapat budu bukan main peace lagi... Ahaks
Bersiap sedia untuk berjuang.
Pemancing Tegar UKSB terbaik...
Champion team...
Sebagai tanda penghargaan, terimalah...
Tu jelah kejo ko Ambo... BBM tak henti-henti...
Nampaknya begitu fokus mendengar taklimat pembangunan negeri Terengganu.
Di hadapan bangunan MB Terengganu. MB tak ada, tangkap gambar bangunan jerlah.


Bab program ni tak yah cakaplah, macam-macam ada. Lawatan, shopping, sukaneka, pertandingan karaoke, pertandingan persembahan berkumpulan, BBQ ala tepi laut, Dinner ala malam gala. Macam-macam lah. Penuh ler jadual kat sana.

Dalam pada penuh jadual tu, ada gak yang tambah program lagi. Grup pemancing tegar UKSB lah. Apa lagi. Boleh gak selak program memancing kat sana. Walaupun jadual dah padat.

Gambar-gambar ni mana yang ada. Korang tengok jelah. Kalau rasa tak cukup. Tengok FB aku. Banyak lagi gambar semasa di sana.

Apapun Terengganu adalah tempat yang korang kena pi lawat. Tahun depan tahun melawat Terengganu. Jangan lepaskan peluang. Mungkin banyak acara-acara yang telah disediakan untuk korang ketika berada di sana.

Salam 1Malaysia.