Wednesday, February 27, 2013

MEMBURU TALANG DI ONE FANTHOM BANK KLANG


MEMBURU TALANG DI ONE FANTHOM BANK KLANG


Pada yang kaki pancing, sudah pasti mereka pernah dengar perkataan OFB Klang. OFB ataupun One Fanthom Bank ini adalah sebuah rumah api yang terletaknya sejauh sejam menaiki bot laju daripada jeti Pak Samad di Tanjung Harapan, Port Klang.

Team Bangau dah bersiap sedia memburu lautan dalam...
Barang2 dah lengkap boss...
Pose dulu sebelum mabuk...
Jeti Pak Samad...

Lubuk ikan talang ini sering menjadi port para pemancing-pemancing tegar macam aku. Tegarlah sangat. Ahaks...

Lokasi yang selesa, dan udara laut yang nyaman membuatkan tempat ini menjadi tumpuan. Sesekali ikan-ikan selar kuning, selar papan, tamban, tebeliak mata dan kembung masuk suasana menjadi riuh dengan gelagat pemancing yang menggunkan apolo. Ternyata, di sini tempat yang paling baik untuk mereka yang gemar menggunakan apolo.

Rumah Api lama bersebelahan dengan yang baru...
Amacam... lengkap tak kelengkapan perang ni?
Tu dia... bukan main banyak joran.
Apa yang kau belek tu Pis... Kalau tak reti tu buat cara tak reti.
Masa ni yang tak boleh blah... Tergolek gak lah si Tajil kat tangga tu. Nasib baik tak terjun ke laut.
Nampak ke bang?
Ustaz tekun membuat perambutnya... Lesen jangan lupa.
Apolo pun apololah... Ini jer pun yang ada...
Cool jer...
Si Saipol ni pun hanyir gak...
Sessi berguru dengan Nik. Nik ni tour leader kita orang di OFB.
Kau faham tak Minggo? Lepas ni ajar yang lain.

Pada yang pertama kali menggunakan apolo juga pasti tidak akan kecewa jika kena dengan teknik balingan dan sentapan joran. Keseronokkan menggunakan apolo ini terbukti apabila semua pemancing leka sehingga tidak menyiapkan joran untuk memburu talang. Syokkk ooo...

Ruang rehat di OFB. Cukup selesa.
Ruang dapur.
Tempat memancing yang selesa walaupun diwaktu malam.
Masa untuk makan...
Apis bab ni memang di no.1... Orang lain makan baru 2 kali, dia dah masuk kali ke empat.
Apa yang kau buat tu Tajil oi... Sembahyang ker?

Trip kali ni seramai 10 orang yang pergi. Aku, seperti biasa menjadi nakhoda kepada kumpulan kecil ni. Kelengkapan, senjata untuk memburu rasanya semua sudah bersedia. Ini bukannya apa, tidak mahu kecewa lagi.

Pemburuan yang bermula daripada jam 5 petang hinggalah ke jam 5 pagi tidak berhasil. Angin kuat, di samping hujan yang turun lebat membantutkan semangat kami semua. Nampaknya, trip kali ini tidak berhasil lagi.

Ikan yang banyak buat kacau. Apapun tak boleh...
Ikan spesis apa ni?

Tapi, kami tidaklah pulang tangan kosong. Ikan-ikan apolo juga ada yang bersaiz lauk. Cukuplah untuk melembutkan hati yang keras ini. Walaupun ikan buruan tidak berhasil, tetapi terubat dengan ikan-ikan lauk untuk di bawa balik.

Sebelum meninggalkan OFB, kami sempat merakamkan gambar kenangan bersama-sama dihadapan OFB.
Ruang bot pak Samad yang selesa.

Mungkin, trip kali ini boleh dikatakan gagal, tetapi ini tidak akan mematahkan semangat kami semua untuk berhenti memancing. Malah, kami sedang merangcang trip memancing dalam masa yang terdekat ini. Mungkin ke kelong Pozi kot...

Ni dia pak Samad... Tegap orangnya, tapi mulut boleh tahan haram...  Apapun terima kasih pak Samad.
Waktu ni, Apis dah terceret... kah kah kah...
Sapa kata tak ada hasil? Ini saya puye...

"Kalau dah taik tu, taik jugak. Ajaklah ke mana pun, pasti akan sampai puye..."

Rezeki... Syukur kepada Allah SWT.
Rezeki untuk trip ini.
Salam 1Malaysia.

Tuesday, February 19, 2013

INI BARU BETUL-BETUL... LAWAK!!!

INI BARU BETUL-BETUL... LAWAK!!!

Ada yang suka baca buku cerita hantu. Ada yang suka baca majalah hiburan. Ada pulak orang suka baca cerita semasa. Dan ada yang suka cerita-cerita politik. Tak ramai yang suka membaca buku-buku agama. Tapi yang pasti, pengikut cerita-cerita jenaka dan lawak pasti ada.

Aku lebih suka membaca cerita-cerita yang mempunyai fakta. Ringkas, tepat dan padat kerana aku ni katagori yang malas membaca jugak. Hehehe.. Tapi, dalam sehari pasti aku akan membaca, tidak kira cerita apapun.

Pada korang yang suka dengan komik kartun, dapatkan sekarang buku Siri Lawak Terbaik Mastika Siri 1 dan Siri 2. Pastinya kedua-dua buku ini akan membuatkan korang ketawa sampai terkentut. Tak percaya! Pi beli sebuku dulu.

Yang ni buku siri 2. Aku mals nak cakaplah... korang try sendiri...

Buku Siri Lawak Terbaik Mastika ni diterbitkan oleh Utusan Karya Sdn. Bhd. Ini juga adalah projek khas majalah Mastika. Dan dijual dengan harga RM7.00. Jadi apa tunggu lagi. Pi ler cari kat kedai-kedai berhampiran anda.

"Ketawa membuatkan rasa resah anda akan hilang. Usahalah untuk membuatkan diri kita ketawa."

Salam 1Malaysia.

Wednesday, February 6, 2013

Tahniah Aizat & Yuna!


Tahniah Aizat & Yuna!

Keunikan lagu Terukir Di Bintang nyanyian Aizat (penyanyi asal Yuna)  membuatkan ianya menjadi Juara di Anugerah Juara Lagu ke 27 mengetepikan 11 lagu yang lain.

Aku suka tengok style Aizat membawa lagu Terukir Di Bintang. Memang kreatif dan Aizat sendiri memiliki daya tarikan untuk membawa lagu itu menjadi juara.

Tahniah juga pada Hafiz yang terus mempertahankan Anugerah Vokal terbaik. Hafiz memang penyanyi yang baik. Kepada yang lain, mereka semua telah membuat yang terbaik.
Anugerah Juara Lagu 27 antara paling terbaik dalam sirinya. Tahniah TV3.

Pujian juga harus diberikan kepada penerbit rancangan TV3 yang bagi aku, AJL27 ini benar-benar menampakkan kelainan. Macam aku yang melihatnya daripada kaca TV, sungguh mengujakan. Memang kreatif. Terbaik jika dibandingkan dengan yang lepas-lepas.
Persembahan menarik daripada Ombak Rindu...

Antara lagu-lagu yang dipertandingkan seperti Idola (Azlan & the Typewriter), Pelangi Senja (Stacy), Anak Kampung (Jimmy Palikat & One Nation Emcee), Ombak Rindu (Hafiz & Adira), Tanpamu (Amir Jahari), Lagu (Bed Room Sentuary), Teman Pengganti (Black & RJ), Ku Akui (Hafiz), Simetri (Hazama & Amy Seach), Andai Ku Bercinta Lagi (Mojo) dan Patah Seribu (Shila Amzah).

Salam 1Malaysia.

Meraikan Maulud Nabi SAW



Meraikan Maulud Nabi SAW

Bersyukur kepada Allah SWT kerana aku berpeluang sekali lagi meraikan hari keputeraan Nabi Muhammad SAW pada tahun ini.

Aku berfikir seketika, apabila setiap kali tiba hari keputeraan ini Nabi SAW ini, pastinya semua umat Islam di Malaysia khusus meraikannya dengan pelbagai macam program.

Antaranya mengadakan ceramah agama, berzanji, perarakan dan seterusnya makan dan minum. Kenduri sana sini. Merata-rata kita akan kedengaran bunyi orang berselawat. Kuat ikatan ukhwah semasa itu.
Perarakan sambutan Maulud Nabi dahulu.
Zaman sekarang, kita masih lagi berarak untuk meraikan Maulud Nabi SAW.
Kanak-kanak juga mengambil bahagian dalam perarakan ini.

Itulah Malaysia yang aman dan makmur serta dilimpahkan rezeki yang banyak. Pastinya semua umat manusia di Malaysia ini akan mendapat rezeki masing-masing.

Pihak kerajaan juga telah mengaturkan pelbagai program untuk meraikan hari kelahiran Nabi Muhammad SAW ini untuk kita semua khususnya orang-orang Islam di Malaysia.

Macam-macam program untuk pelbagai peringkat umur. Lelaki dan juga perempuan. Daripada pagi sampailah ke petang. Bukan setakat di Putrajaya sahaja. Setiap negeri mengadakan program.

Selain berdakwah, ini menunjukkan Malaysia adalah sebuah negara Islam yang berdaulat. Kerajaan juga konsisten menjalankan program sedemikian setiap tahun.


Jika kita semua bangsa Melayu bersatu, dan menginsafi diri daripada sejarah Nabi Muhammad SAW. Pastinya, bangsa Melayu akan terus dipandang tinggi. Malaysia akan dihormati oleh dunia luar.

“Perpaduan mesti berkekalan bagi menjadikan Malaysia negara Islam yang berintegriti.”

Salam 1Malaysia.

Tuesday, February 5, 2013

PONTIANAK SERANG UTUSAN...


PONTIANAK SERANG UTUSAN...


Baru jer habis Jom Fiesta Utusan Karya baru-baru ini, dengan pemeran mistik, Sri Utusan digemparkan dengan cerita hantu yang mengganggu pekerja-pekerja di sini.

Pameran hantu, barangan antik dan unik di Jom Fiesta Utusan Karya yang sudah habis pamerannya, rupanya disambung pula dengan pameran pontinak di bilik air di bangunan Sri Utusan.

Gempar satu kompleks. Rata-rata sekarang ini semuanya sedang menceritakan tentang hal ini. Bukan seorang yang terkena, dah dua tiga orang yang ternampak mahkluk ciptaan Allah ini. Seram…

Aku pun dah naik seram dengan cerita ni. Minta pada Tuhan, janganlah dipertemukan dengan pontianak yang diceritakan itu.

Cerita ini mungkin ada asasnya, kerana telah disahihkan dengan seorang yang mempunyai keistimewaan dalam hal ini. Ingat lagi pada penulis buku Mata Tak Berhijab? Pasti kau orang semua ingatkan.

Pada karnival Jom Fiesta baru-baru ini, Utusan Karya juga telah menjemput penulis buku Mata Tak Berhijab ini ke karnival ini untuk bertemu dengan peminatnya. Pada masa-masa terluang, beliau juga telah dibawa kebeberapa kawasan sekitar kompleks Sri Utusan ini untuk melihat sama ada mahkluk-mahkluk ciptaan Allah ini ada tak di sini.

Jelas dan nyata, penulis itu mengesahkan terdapat di beberapa kawasan disekitar kompleks sri Utusan ini mempunyai penghuninya. Kau orang nak percaya tak? Kalau tak percaya, kau orang datang dan lihatlah sendiri.

Aku tak boleh nak berikan kawasan mana yang dikatakan berpenghuni itu atas permintaan pemberi maklumat. Ini juga mungkin daripada aspek keselamatan pekerja. Takut-takut ada pulak pekerja yang berhenti kerja.

Kejadian pertama selepas selesai Jom Fiesta berlaku ketika seorang pekerja wanita masuk ke dalam tandas. Katanya, ia melihat pontinak itu sedang mencangkuk di mangkuk tandas sambil memakan napkin wanita. Pad wanitalah tu kot.

Dengan rambutnya panjang berurai, tangan berdarah, mukanya hodoh sudah cukup membuatkan pekerja wanita itu demam selama seminggu. Sib baik sudah kembali bekerja seperti sedia kala sekarang ni. Syukur kepada Allah SWT.

Kejadian kedua pula, belaku di dalam tandas lelaki. Seorang pekerja lelaki yang OKU dikatakan melihat dari arah belakang makhluk tu ketika dia masuk ke tandas.

Lalu memberi tahu kepada rakan-rakannya dengan menggunkan khidmat SMS. Berpakaian putih, rambut panjang sampai ke lantai yang memang menyeramkan. Tapi, tidak ada apa-apa yang berlaku kepada pekerja lelaki itu.

Kejadian seterusnya dikatakan, pekerja kilang telah teserempak dengan makhluk itu di atas simpanan kotak-kotak di stor. Ianya dikatakan pontianak. Apapun kesahihannya masih belum pasti kerana pekerja itu belum kembali bekerja kerana masih lagi terkejut dengan kejadian itu.

Pada aku, selagi kita tidak diganggu. Tidak diusik, selagi itu kita tidak perlu membuat apa-apa tindakan. Dia dengan dunia dia, kita dengan dunia kita. Tapi, jika dia sudah mula mengusik anak cucu nabi Adam, maka haruslah kita memulakan langkah untuk mempertahankan dan menghapuskannya.

Pada kau orang di luar sana, berhati-hatilah dengan mahkluk seperti ini. Kata orang lama, orang yang mencari pasti tidak bertemu, tapi dalam tidak sedar ia ada di depan mata.

Orang-orang di kompleks Sri Utusan, sekarang ini sedang berdoa agar dijauhkan daripada ditimpa perkara-perkara yang tidak diingini ini. Minta jauh daripada gangguan syaitan.

Pada yang sukarelawan untuk membantu menghalau atau menangkap hantu ini bolehlah datang sendiri di sini. Aku tak campur dalam urusan ini. Seram dowh… 

“Orang tua ada berpesan, hidup di dunia ini jangan cari pasal tak tentu hal. Kelak nanti bermacam pasal dan hal yang datang kepada kita.”

Salam 1Malaysia.  

Sunday, February 3, 2013

ERTI SABAR…

ERTI SABAR…


Pelbagai cobaan kau harungi,
Engkau tabah menhadapinya,
Pelbagai dugaan yang kau lalui,
Engkau sabar mengharunginya.

Tidak semua mempunyai kekuatan ini,
Hanya manusia yang istimewa di sisi-Nya.
Tidak semua yang akan mendapat dugaan ini,
Hanya mereka yang bertaqwa kepada-Nya.

Iman menjadi landasan,
Kekuatan iman jualah yang mengawal,
Hanya dengan iman engkau dapat menahan,
Iman jualah mutiara.

Segala ujian hanya pada manusia yang dikasihi-Nya,
Segala dugaan hanya pada manusia yang dekat pada-Nya.

Mengawal nafsu untuk manusia bertaqwa,
Daripada terus dihanyut dunia semata,
Supaya manusia tiada yang lupa,
Akhirat jualah tempat kita.

Manusia yang sabar,
Pasti mendapat hidayah-Nya,
Manusia beriman,
Pasti syurga ganjarannya.

Pastikan kesabaran menjadi sifat manusia,
Agar tiada yang akan rosak binasa,
Dunia tiada sengketa sesama manusia,
Aman sejahtera hingga ke hujung nyawa.

Manusia bertamadun tiada sengketa,
Mengawal emosi, amarah dengan akalnya,
Menjadikan dunia aman hendaknya,
Menyekat Syaitan daripada menjadi raja.

Namun tidak semuanya kamu begitu,
Yang dangkal pasti akan terus digunakan,
Makan dek hasutan makhluk perosak dunia,
Kerana iman tidak lekat di hati mereka.

Maka kamu nilailah,
Erti sabar diri sendiri.

Iris Amni
1/1/13