CERITA HARI RAYA AIDILADHA & IBADAH KORBAN
Imam, ni nama-nama orang yang ambil bahagian... |
Setiap kali tiba Hari Raya Aidiladha, pastinya umat Islam di negara Malaysia ini akan melakukan ibadah korban. Ada yang korban lembu, korban kambing, korban unta, korban kerbau dan korban duit ringgit. Ada juga yang terkorban... Tapi apapun tetap melakukan ibadah korban.
Kalau dulunya, di zaman kanak-kanak ku, ibadah korban ini akan dijalankan disebelah rumah aku. Masa tu ada tanah kosong. Tapi sekarang tidak lagi. Ibadah korban dijalankan di tempat lain. Tapi masih lagi dalam kejiranan yang sama. Kumpulan yang sama. Seronok bila kita bergotong-royong satu kampung ni.
Senang jer kau tumbang yer... Memang kau dah berserah... |
Lagi satu, tukang masak sup kat kampung aku ni memang terbaik. Tempat lain tak dapat nak lawan. Memang power sup dia. Itu yang membuatkan tiap-tiap tahun aku pasti akan menunggu sup dia. Kalau lu orang tak percaya, raya korban tahun depan datang Selayang.
Ikatan kena kemas... Kalau tak buruk padahnya... |
Jadi, tahun ni aku buat depan rumah aku. Alhamdullilah, perasaan masa zaman kanak-kanak dulu, terubat sedikit apabila tahun ini aku dapat melakukan ibadah korban ini. Rakan-rakan yang mana dulunya, semua belum berkahwin. Sekarang sudah berkahwin. Dapat balik rasa zaman kanak-kanak semasa memberikan lembu korban makanan di sebelah rumah.
Allahuakbar.... |
InsyaAllah, tahun depan aku akan usahakan untuk melakukan ibadah korban ini sekali lagi. Kalau rakan-rakan membantu, rasanya tak ada kesalahan untuk aku berusaha melakukannya untuk dan dijadikan aktiviti tahunan bersama rakan-rakan.
Sebelum aku selelsai bercerita. Aku nak ucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ybhg. Datuk Megat Zulkarnain Tan Sri Omardin kerana telah menyumbangkan lembu korban. Terima kasih. Kami orang muda Selayang Baru mendoakan Datuk Megat sentiasa di dalam lindungan Allah SWT serta dimurahkan rezeki yang halal.
Salam 1Malaysia.
No comments:
Post a Comment