PRU13 KIAN REDA, ANWAR IBRAHIM MENGOYAN BAGAI NAK GILA!
Barisan Nasional sekali lagi mendapat mandat daripada rakyat
Malaysia untuk menubuhkan kerajaan. Sekaligus membuktikan rakyat sekali lagi
menolak Pakatan Rakyat.
Datuk Seri Najib boleh menarik nafas lega bila BN mendapat
majoriti mudah dengan memenangi 133 kerusi parlimen daripada 222 kerusi yang
dipertandingkan.
 |
Apa lagi fitnah yang nak disampaikan oleh Anwar Ibrahim ni. Bertanggungjawablah sebagai seorang hamba Allah. |
Bagaimanapun aku nak ucapkan tahniah kepada DSN dengan
segala usaha-usaha yang telah dilakukannya untuk kesenangan rakyat Malaysia.
Walaupun tidak mendapat 2/3 majoriti, namun aku berpendapat DSN seharusnya
diberikan pujian di atas kemenangan ini Barisan Nasional.
Aku meramalkan Pakatan Rakyat akan mendapat mandat pada
PRU13 ini kerana dengan cara mereka berkempen, isu-isu yang ditimbulkan dan
persepsi yang dilakukan terhadap sesuatu membuatkan rakyat terpengaruh dan
mempercayainya. Bukan itu sahaja, malah di dunia maya juga menampakkan PR dapat
mengatasi BN hampir 80 peratus.
 |
Kaum Cina kian menampakkan riaknya untuk berkuasa di Malaysia. Hati-hati bang... |
Stratergi PR benar-benar menjadi pada PRU13 ini. Ada satu
ketika aku amat risau dengan keadaan ini yang mana memungkinkan matlamat dan
cita-cita Anwar Ibrahim akan tercapai. Tapi, Anwar dan PR lupa, walaupun
populariti mereka jauh lebih baik daripada BN itu bukanlah satu janji bahawa
mereka akan memenangi PRU13 ini.
Tranformasi DSN sedikit sebanyak membantu BN untuk memenangi
PRU13 ini. Walaupun dikhianati oleh pengundi Cina yang tidak membeikan sokongan
kepada BN, BN tetap menang.
Kepada Anwar, terimalah kekalahan ini dengan hati yang
terbuka. Bersihkanlah hati. Fikirkanlah masa depan anak-anak orang-orang Melayu
di masa akan datang. Jangan khianati mereka ini.
Mungkin anak-anak, cucu-cucu kau akan selamat bila Malaysia
ini huru-hara. Kau mempunyai duit untuk terbang ke mana sahaja. Tapi yang susah
nak pergi ke mana?
Kenapa nak heret rakyat ke jalan, bila cita-cita untuk ke
Putrajaya tidak kesampaian. Jadilah manusia bertanggungjawab. Jadilah manusia
yang beriman kepada Allah SWT. Redhalah dengan keputusan ini.
 |
Apa lagi yang korang nak ni? |
Pada Pakatan Rakyat? PRU13 tellah membuktikan sekali lagi
bahawa insan yang bernama Anwar Ibrahim tidak direstui oleh Allah SWT untuk
memimpin Malaysia yang tercinta ini. Buka mata, buka minda, bukalah mata hati.
Fikirkanlah dengan cara yang waras, yang rasional kenapa? Bagaimana?
Islam hanya satu. Baliklah kepada Al-Quran dan Sunnah untuk
kembali kepangkal jalan. Jalan yang diterangi dengan kebenaran.
Salam 1Malaysia.