KORBAN DEMI NEGARA TERCINTA…
Hari minggu yang sepatutnya menjadikan aku satu hari yang
gembira bersama keluarga bertukar hiba dan sedih dengan cerita terkorbannya
anggota pois negara yang telah diserang hendap oleh pasukan penceroboh di Lahad
Datu, Sabah.
Kenapa boleh terjadi pertempuran ini? Kenapa perlu ada
pertumpahan darah? Apa tiada jalan penyelesaian selain mengangkat senjata?
Sudah habis ikhtiar ker?
Diharap kerajaan Filipina mengambil tindakan yang sepatutnya terhadap penceroboh ini. |
Sugul aku. Aku rasa terpanggil untuk mempertahankan tanah
tumpah darah ku ni. Rasa geram dan marah sangat kuat di dalam hati nurani.
Letakkan aku mahu dibarisan hadapan. Agar aku dapat menghapuskan pencoroboh
yang tidak bertanggungjawab ini. Akan ku hunus pucuk senapang tepat dikepala
mereka. Geram! Geram yang tidak dapat aku gambarkan.
Menteri KDN membuat pemeriksaan senjata yang digunakan oleh Polis di Lahad Datu |
Tolong jangan berlembut hati. Nak tunggu berapa ramai lagi anggota keselamatan kita mati? |
Berani sungguh penceroboh ini membuat onar di Malaysia.
Sabah kepunyaan Malaysia. Korang semua kena faham. Kena akur. Sabah bukan
Sultan Sulu punye. Sultan Sulu ni pun kita tak tahu daripada mana asalnya.
Filipina pun tak mengiktiraf mereka. Ni seekor mangkuk mengangkat diri sendiri
menjadi sultan. Perasan tak bertempat.
Askar Sultan Sulu. Senang jer korang nak Sabah. Masuk Sabah pun guna bot pancung jer... |
Aku rasa, pencerobohan ini sudah dirancang. Kalau tak mana
mungkin penceroboh ini berani memulakan serangan terhadap anggota keselamatan
kita. Mereka telah bersedia dalam apa cara sekalipun.
Anggota keselamatan membuat pemeriksaan disetiap jalan keluar masuk Lahat Datu. |
Oleh itu, aku mohon kerajaan Malaysia, membalas dan
menghentikan serangan pemberontak ini dengan serta merta. “Alang-alang mandi
biar basah.” Rasanya, komando-komando dan askar-askar kita sudah bersedia untuk
mempertahankan negara yang tercinta ini.
Kerahkan semua tenaga yang ada. Keluarkan semua senjata yang
kita ada. Bila lagi nak pakai peralatan perang yang canggih-canggih tu. Kita
belipun untuk mempertahankan negara. Beli mahal-mahal kalau tak pakai untuk
tujuan yang sepatutnya sesuatu yang merugikan.
Tak cukup askar-askar, polis-polis, rela-rela dan unit
beruniform yang lain. Kita hantar pulak pendekar-pendekar negara. Rasanya
mereka semuapun dah bersedia untuk dikorbankan demi tanah air tercinta ini.
Jika benarlah dengan apa yang dikatakan ini. Jika benarlah tuduhan ini. Adalah lebih baik Anuwar Ibrahim keluar daripada Malaysia ini. Tak layak untuk dia memijakkan kaki di bumi Malaysia. |
Tak cukup dengan itu, askar-askar sabil, Pekida, Pewaris, Batas,
Badan-badan NGO yang dikatakan bersedia mempertahankan negara rasanya sudah
bersedia untuk berjuang. Inilah masanya untuk mereka berjuang. Ayah-Ayah,
Abang-Abang dan Adik-adik bersiaplah untuk mempertahankan negara tercinta ini.
Empat hari berlalu. Dan setiap hari aku mendengar tentang
cerita terkorbannya anggota kita di medan pertempuran. Masuk hari ini, aku
masih geram dan marah yang amat sangat dengan penceroboh yang membuat huru-hara
ini.
Perkara ini perlu ditamatkan dengan seberapa segera. Jangan
biarkan ia terus berlanjutan sehingga membawa padah buat bumi Malaysia ini. Aku
juga amat yakin dengan anggota keselamatan negara. Mereka mampu mempertahankan
negara ini. InsyaAllah.
Kepada anggota yang telah terkorban demi negara tercinta
ini. Sama-sama kita sedekahkan al-Fatihah. Kepada kaum keluarganya, diucapkan
takziah. Diharap bersabar dan terima dengan redha. Mereka yang terkorban adalah
wira negara Malaysia.
“Berilah aku peluang untuk berbakti kepada tanah air yang
tercinta ini dalam apa bentuk perjuangan sekalipun.”
Salam 1Malaysia.
No comments:
Post a Comment