Salam Sejahtera... Salam 1Malaysia...
Agak lama rasanya aku tidak menulis di sini. Mungkin ada yang perlu aku uruskan diwaktu terdahulu sehingga aku kurang menghasilkan karya di sini...
Akhirnya, aku merinduinya semula. Aku rindu untuk menaip ayat-ayat, perkataan-perkataan yang mengisi kekosongan jiwa ku.
Allah lebih sayangkan dia daripada aku menyayanginya... Maka itulah ketentuan yang sudah tertulis. Aku redha denga apa yang berlaku sekarang. Cuma aku amat merinduinya sekarang ini...
Tujuh tahun... tujuh tahun Allah SWT meminjamkannya kepada aku. Selama tujuh tahun itu, ialah juga menjadi jiwa raga aku. Sehinggakan aku meletakkan ia sebagai tiang seri rumahtangga aku yang aku bina selama 10 tahun lebih ini.
Apapun, aku bersyukur kepada Allah SWT dengan apa yang telah aku rasai ini. Mungkin tidak semua mahkluknya dapat merasai ujian ini. Inilah kehidupan yang perlu aku nikmati dan rasai.
Terima kasih. Aku Bersyukur kapada Mu...
sedih aina baca. takpa abang boy, dia tunggu abang kat pintu syurga Insha Allah. banyakkan bersabar ya
ReplyDeleteIris anak dan budak yg baik.... dia akan tunggu abg firhat di syurga
ReplyDeleteTerima kasih kerana ingat pada Iris Amni...
ReplyDeleteAl Fatihah
ReplyDelete