Isu Amanat Hadi Terus Menjadi Bualan Rakyat Malaysia. Perlukah Hadi Awang Menjawab?
Hadi perlu jawab persoalan. Hadi didesak tarik balik amanat.
Abdul Hadi perlu tampil beri penjelasan. Semua ini antara tajuk-tajuk yang
mahukan penjelasan daripada Abdul Hadi Awang berkenaan amanatnya yang tersiar
di akhbar-akhbar.
Aku rasa dah sebulan isu ini di mainkan di dalam
akhbar-akhbar tempatan, tv dan di internet. Rasa bosan dan menyampah pun ada.
Korang tak rasa macam tu ker?
Daripada kekerapan isu itu juga, buku Kafirkah Aku? tulisan
C.N. Al-Afghani terus mendapat perhatian. Tiba-tiba menjadi popular. Ramai juga
yang mahu mendapatkan buku itu untuk mengetahui lebih lanjut apakah sebenarnya
yang tertulis di dalam buku itu.
Daripada apa yang aku ketahui, buku Kafirkah Aku? mengupas
dan mendedahkan sejauh mana umat Islam terpengaruh dengan amanat Hadi ini. Dan
mendedahkan kepincangan dalam ahli-ahli dan pemimpin Pas.
Amanat Hadi dalam tulisan Jawi. |
Amanat Hadi yang menjadikan permusuhan sesama Islam dan Melayu. |
Amanat Hadi yang menjadi pegangan orang-orang PAS yang
taksub, berlakulah beberapa perkara yang tidak diingini. Bagaimana seseorang
yang digelar guru boleh mengeluarkan kata-kata sebegitu. Sehingga
memecahbelahkan umat Islam.
Sehinggakan terjadilah perkara-perkara yang rasanya tidak
masuk akal. Haram makan sembelihan orang-orang UMNO. Terjadinya dua iman dalam
satu waktu. Sehingga mendirikan dua masjid berasingan bersebelahan. Tak bayar
zakat fitrah kepada imam UMNO. Macam-macam lagilah.
Benarkah apa yang dikatakan ini berlaku? |
Amanat Hadi juga dikatakan mengorbankan umat Islam seperti
yang kita ketahui, korban Memali. Kenapa sehingga boleh jadi begitu. Begitu
kuatkah amanat Hadi ini. Apa ada pada Hadi? Apakah amanat Hadi ini benar-benar
mengikut syariat Islam? Tepuk dada, tanya iman.
Isu buku ini terus dimainkan. Siapa yang untung? Aku untung?
Kau untung? Hadi Awang untung? UMNO untung atau Pas untung? Orang-orang Islam
untung?
Aku rasa, adalah lebih baik isu ini dihentikan segera dengan
penjelasan dan jawapan yang terbuka daripada Hadi Awang sendiri. Ini perlu
kerana setiap persoalan yang ditimbulkan, mesti ada jawapan untuk diselesaikan.
Hadi Awang perlu jawab, demi agama Islam. Hadi Awang perlu
jawab demi bangsa Melayu.
Jangan biarkan ia berlalu sahaja tanpa sebarang jawapan.
Jangan biarkan umat Islam di negara ini keliru. Jangan biarkan agama Islam
ditempelak.
Perbezaan ideologi politik tu biasa. Ada yang setuju dengan
UMNO. Ada yang setuju dengan PAS. Ada setuju dengan PKR. Dan ada juga yang
setuju dengan DAP. Tapi janganlah perbezaan ini boleh memutuskan tali
persaudaraan sesama Islam.
Keamanan dan kemakmuran negara perlu dijaga. Jangan hanya
dendam peribadi dan ego diri yang tinggi memusnahkan apa yang telah Malaysia
kecapi hari ini. Kemerdekaan Negara tidak seharusnya dimusnahkan dengan hanya
kerakusan merebut kuasa.
Allah SWT Maha Berkuasa. Kenapa sehingga kini,
pemimpin-pemimpin UMNO yang dikafirkan Abdul Hadi awang terus mendapat
keberkatan daripada-Nya. Kenapa UMNO terus kekal menjadi pemerintah di
Malaysia. Kenapa? Bukankah perjalanan hidup kita ini sudah ditentukan oleh-Nya.
Salam 1Malaysia.
No comments:
Post a Comment