Monday, December 24, 2012

POPULARNYA KOREA!!! APA KURANGNYA MALAYSIA?

Apa yang korang tahu tentang produk Korea? Aku pasti jawapannya pasti sama dengan jawapan yang akan aku berikan.

Kalau tak silap aku, popularnya Korea ini daripada kehadiran drama romantis paling popular di Malaysia satu ketika dahulu. Drama Winter Sonata. Betulkan?

Walaupun pada ketika itu, pelakon yang membintangi drama Winter Sonata langsung tidak dikenali di Malaysia, tetapi drama ini mencatatkan rating yang tinggi pada ketika itu.

Winter Sonata, drama TV yang menjadi kegilaan rakyat Malaysia satu ketika dahulu.

Setelah kegilaan drama ini, rakyat Malaysia juga kerap melancong ke Korea untuk menyaksikan sendiri tempat-tempat yang menarik seperti di dalam drama Winter Sonata. Hebat bukan pengaruh drama Korea ini?

Sekaligus mempopularkan dua industri mereka iaitu Industri perfileman dan perlancongan. Mungkin para karyawan filem Malaysia boleh mempelajari sesuatu daripada orang-orang Korea ini.

Tidak cukup dengan itu Korea terus popular dengan industri alat elektrik dan elektronik. Kali ini, jenama Samsung pula membawa Korea ke serata dunia. Betulkan?

Kalau korang tak percaya, cuba buat kajian sendiri. Sedikit info yang aku dapat, mengatakan bahawa, setiap daripada 5 buah rumah di Malaysia pasti sebuah rumah daripadanya akan ada barangan elektrik berjenama Sambung. Ini bancian yang telah saya lakukan secara rawak.

Popularnya Samsung dengan mengeluarkan TV Plasma, LCD, LED, LED 3D dan membuktikan jenama Samsung ini akan mendahului kuasa teknologi yang terkini. Zaman sekarang, orang suka beli barangan yang terkini. Betulkan?

TV LED jenama Samsung yang menjadi buruan orang ramai.
Kecanggihan teknologi Samsung membuatkan ramai orang tertarik untuk memiliki TV jenamanya.
Terbaru dari Samsung. Smart TV Full HD LED. Naik susah nak menyebutnya.

Itu baru aku citer pasal TV yang dikeluarkan oleh Samsung. Belum mesin basuh, penghawa dingin, set audio rumah, peti ais dan berbagai lagi.

Malah nama Samsung juga popular pada mereka yang suka pada alat-alat gadjet. Telefon mudah alih, komputer riba dan sebaginya.

Alat-alat gadjet keluaran Samsung sudah semestinya menjadi kegilaan orang-orang Malaysia ni. Kecanggihan dan teknologi terkini membuatkan telefon berjenama Samsung ini menjadi rebutan. Kita tak payah citer yang mahal-mahal macam Galaxy NoteII, SIII dan Tab. Hanya dengan Samsung Colby, mencatat jualan yang tertinggi di Malaysia. 

Note II yang sedang hangat di pasaran.
Galaxy S juga menjadi pilihan rakyat Malaysia.
Corby daripada Samsung yang terlaris di pasaran Malaysia.

Pernah tengokkan Samsung Colby macam mana. Sebuah telefon smart fon yang mampu dimiliki oleh semua rakyat Malaysia. Sebab itulah jenama Samsung ini begitu  popular di serata dunia.

Akhirnya, negara Korea menjadi bualan. Di seluruh dunia menceritakan tentang kehebatan produk daripada Korea sekarang ini. Golongan atas, pertengahan dan bawah, semuanya akan bercakap mengenai Korea.

Tidak cukup dengan itu, industri pengeluran kenderaan Korea kini menjadi siulan. Sekarang ni, kalau di Malaysia, tengok pada kereta Sonata, pasti semua kan menyimpan hasrat untuk memilikinya. Kerata Sonata keluaran Hyundai Motor ini sebuah kereta yang sangat hebat. 

Malah Hyundai juga telah dikenali dunia. Sehinggakan pada perlawanan bolasepak Euro yang lalu, syarikat Hyundai ini menjadi penaja utamanya. Aku pun suka gak dengan kereta Hyundai Sonata. Cun giler…

Selain Hyundai, Kia Motor juga antara pengeluar kereta daripada Korea yang mengikut kesesuaian zaman. Kia Forte antara kereta yang popular di Malaysia. Betul tak?

Kereta idaman, Sonata
Hyundai juga telah mengubah reka bentuk kereta mereka untuk disesuaikan dengan zaman sekarang.

Tapi, ada lagi keluaran bari daripada Kia Motor yang telah menambat hati aku sekarang ni. Kia Optima K5… korang pernah tengok tak kereta ni? Dia ala-ala Hyundai Sonata gak. Tapi lagi sportylah. Aku dapat duit dari langit nanti pasti akan aku beli Kia Otima K5 ni. Tunggu…

Kia Sportage sebuah kenderaan SUV daripada Kia
Kia Optima K5 yang menjadi kegilaan aku. Ahaks.
Proton dan Perodua perlu mengikut jejak langkah dua Syarikat dari Korea ini untuk memajukan dan terus mejadi kereta popular di Malaysia ini. Hasilkanlah kereta-kereta yang memikat hati orang ramai untuk memilikinya.

Apalagi yang popular produk daripada Korea ni? Popularnya bukan setakat di Malaysia sahaja. Popularnya sehinga ke seantero dunia.

Ya. Yang paling baru dan hangat. Sudah pastinya indusrti music mereka. K-Pop! K-Pop telah banyak membawa perubahan ketara kepada anak-anak muda Malaysia. Dari segi musik dan fesyen.

Sehinggakan majalah-majalah hiburan hebat tanah air seperti URTV, HAI, Mangga dan Media Hiburan terpaksa memasukkan cerita-cerita artis K-Pop untuk melariskan jualan majalah mereka.

Satu dunia PSY popular.
Nak cakap hensem, tak hensem pun.
Kumpulan Big Bang yang popular di Malaysia.
Super Junior antara pelopor kumpulan K-Pop.
Gadis manis Korea yang sangat hot!
Popularnya Korea dengan Wonder Girls.

Mana tidaknya, artis K-Pop Psy yang popular dengan tarian kudanya. Telah memecah rekod dunia. Vedio di YouTube telah memecah 1 bilion orang yang melihatnya. Hebat Psy menunjukkan hebatnya sebuah Negara Korea. Korea berjaya mempopularkan keseluruhan produk mereka.

Malaysia juga apa kurang. Proton dikenali dunia. Satu ketika dahulu dunia perfileman juga dikenali dunia dengan lagenda Allahyarham P. Ramlee. Dunia musik juga dikenali dunia dengan semangat patriotiknya Sudirman.

Malaysia juga popular dengan adanya KLCC dan Menara KL.
Sekarang ini, Proton juga mengeluarkan kenderaan yang hebat. Buktinya Preve ini mencapai tahap antarabangsa.

Malah negarawan ulung, Tun Dr. Mahathir Mohamed, telah membawa Malaysia jauh untuk dunia mengenali Malaysia. Dengan adanya KLCC, Menara KL, Bandar Bersejarah dan sebagainya. Era kepimpinan Tun Dr. Mahathir, Malaysia adalah Negara yang paling hebat di Dunia.

Negara lain pasti akan kalah kalau dengan masakan orang Malaysia. Inilah hebatnya Malaysia ku.

Cuma apa yang aku risaukan sekarang ini, bolehkah genarasi yang akan datang mempertahankan kehebatan ini. Bolehkah generasi baru ini menghebatkan lagi Malaysia di mata dunia.

Salam 1Malaysia.

No comments:

Post a Comment