Meraikan Maulud Nabi SAW
Bersyukur kepada Allah SWT kerana aku berpeluang sekali lagi
meraikan hari keputeraan Nabi Muhammad SAW pada tahun ini.
Aku berfikir seketika, apabila setiap kali tiba hari
keputeraan ini Nabi SAW ini, pastinya semua umat Islam di Malaysia khusus
meraikannya dengan pelbagai macam program.
Antaranya mengadakan ceramah agama, berzanji, perarakan dan
seterusnya makan dan minum. Kenduri sana sini. Merata-rata kita akan kedengaran
bunyi orang berselawat. Kuat ikatan ukhwah semasa itu.
Perarakan sambutan Maulud Nabi dahulu. |
Zaman sekarang, kita masih lagi berarak untuk meraikan Maulud Nabi SAW. |
Kanak-kanak juga mengambil bahagian dalam perarakan ini. |
Itulah Malaysia yang aman dan makmur serta dilimpahkan
rezeki yang banyak. Pastinya semua umat manusia di Malaysia ini akan mendapat
rezeki masing-masing.
Pihak kerajaan juga telah mengaturkan pelbagai program untuk
meraikan hari kelahiran Nabi Muhammad SAW ini untuk kita semua khususnya
orang-orang Islam di Malaysia.
Macam-macam program untuk pelbagai peringkat umur. Lelaki
dan juga perempuan. Daripada pagi sampailah ke petang. Bukan setakat di
Putrajaya sahaja. Setiap negeri mengadakan program.
Selain berdakwah, ini menunjukkan Malaysia adalah sebuah
negara Islam yang berdaulat. Kerajaan juga konsisten menjalankan program
sedemikian setiap tahun.
Jika kita semua bangsa Melayu bersatu, dan menginsafi diri daripada sejarah Nabi Muhammad SAW. Pastinya, bangsa Melayu akan terus dipandang tinggi. Malaysia akan dihormati oleh dunia luar.
“Perpaduan mesti berkekalan bagi menjadikan Malaysia negara
Islam yang berintegriti.”
Salam 1Malaysia.
No comments:
Post a Comment