PONTIANAK SERANG UTUSAN...
Baru jer habis Jom Fiesta Utusan Karya baru-baru ini, dengan pemeran mistik, Sri
Utusan digemparkan dengan cerita hantu yang mengganggu pekerja-pekerja di sini.
Pameran hantu, barangan antik dan unik di Jom Fiesta Utusan
Karya yang sudah habis pamerannya, rupanya disambung pula dengan pameran
pontinak di bilik air di bangunan Sri Utusan.
Gempar satu kompleks. Rata-rata sekarang ini semuanya sedang
menceritakan tentang hal ini. Bukan seorang yang terkena, dah dua tiga orang
yang ternampak mahkluk ciptaan Allah ini. Seram…
Aku pun dah naik seram dengan cerita ni. Minta pada Tuhan,
janganlah dipertemukan dengan pontianak yang diceritakan itu.
Cerita ini mungkin ada asasnya, kerana telah disahihkan
dengan seorang yang mempunyai keistimewaan dalam hal ini. Ingat lagi pada
penulis buku Mata Tak Berhijab? Pasti kau orang semua ingatkan.
Pada karnival Jom Fiesta baru-baru ini, Utusan Karya juga
telah menjemput penulis buku Mata Tak Berhijab ini ke karnival ini untuk
bertemu dengan peminatnya. Pada masa-masa terluang, beliau juga telah dibawa
kebeberapa kawasan sekitar kompleks Sri Utusan ini untuk melihat sama ada
mahkluk-mahkluk ciptaan Allah ini ada tak di sini.
Jelas dan nyata, penulis itu mengesahkan terdapat di
beberapa kawasan disekitar kompleks sri Utusan ini mempunyai penghuninya. Kau
orang nak percaya tak? Kalau tak percaya, kau orang datang dan lihatlah
sendiri.
Aku tak boleh nak berikan kawasan mana yang dikatakan
berpenghuni itu atas permintaan pemberi maklumat. Ini juga mungkin daripada
aspek keselamatan pekerja. Takut-takut ada pulak pekerja yang berhenti kerja.
Kejadian pertama selepas selesai Jom Fiesta berlaku ketika
seorang pekerja wanita masuk ke dalam tandas. Katanya, ia melihat pontinak itu
sedang mencangkuk di mangkuk tandas sambil memakan napkin wanita. Pad wanitalah
tu kot.
Dengan rambutnya panjang berurai, tangan berdarah, mukanya
hodoh sudah cukup membuatkan pekerja wanita itu demam selama seminggu. Sib baik
sudah kembali bekerja seperti sedia kala sekarang ni. Syukur kepada Allah SWT.
Kejadian kedua pula, belaku di dalam tandas lelaki. Seorang
pekerja lelaki yang OKU dikatakan melihat dari arah belakang makhluk tu ketika
dia masuk ke tandas.
Lalu memberi tahu kepada rakan-rakannya dengan menggunkan
khidmat SMS. Berpakaian putih, rambut panjang sampai ke lantai yang memang
menyeramkan. Tapi, tidak ada apa-apa yang berlaku kepada pekerja lelaki itu.
Kejadian seterusnya dikatakan, pekerja kilang telah
teserempak dengan makhluk itu di atas simpanan kotak-kotak di stor. Ianya
dikatakan pontianak. Apapun kesahihannya masih belum pasti kerana pekerja itu
belum kembali bekerja kerana masih lagi terkejut dengan kejadian itu.
Pada aku, selagi kita tidak diganggu. Tidak diusik, selagi
itu kita tidak perlu membuat apa-apa tindakan. Dia dengan dunia dia, kita
dengan dunia kita. Tapi, jika dia sudah mula mengusik anak cucu nabi Adam, maka
haruslah kita memulakan langkah untuk mempertahankan dan menghapuskannya.
Pada kau orang di luar sana, berhati-hatilah dengan mahkluk
seperti ini. Kata orang lama, orang yang mencari pasti tidak bertemu, tapi
dalam tidak sedar ia ada di depan mata.
Orang-orang di kompleks Sri Utusan, sekarang ini sedang
berdoa agar dijauhkan daripada ditimpa perkara-perkara yang tidak diingini ini.
Minta jauh daripada gangguan syaitan.
Pada yang sukarelawan untuk membantu menghalau atau
menangkap hantu ini bolehlah datang sendiri di sini. Aku tak campur dalam
urusan ini. Seram dowh…
“Orang tua ada berpesan, hidup di dunia ini jangan cari
pasal tak tentu hal. Kelak nanti bermacam pasal dan hal yang datang kepada
kita.”
Salam 1Malaysia.
No comments:
Post a Comment