Wednesday, April 3, 2013

AKHIRNYA... TEKA-TEKI PEMBUBARAN TELAH TERJAWAB


AKHIRNYA... TEKA-TEKI PEMBUBARAN TELAH TERJAWAB


Hari ni, 3 April 3013 bersamaan hari Rabu telah terjawab sudah persoalan yang sering kita dengar akhir-akhir ini. Bubar sudah Parlimen Malaysia untuk memberikan ruang demokrasi terus subur di bumi ini.

Sekarang hanya tunggu pengumuman daripada SPR untuk menetapkan tarikh pembuangan undi pula. Dan juga bila tarikh penamaan calon akan berlansung.

Kalau dilihat senario yang sedang berlaku di Selangor, boleh aku gambarkan kesemua parti politik sudah bersedia untuk melancarkan kempen besar-besaran mereka.

Boleh dikatakan semangat untuk menghadapi PRU13 sudah lama menyala dalam setiap jentera parti. Cuma, butang ‘On’ belum dihidupkan sahaja. Jadi hari ini semuanya akan berjalan lancar.

Sebuah parti pasti memngharapkan jentera mereka bergerak untuk memastikan kemenangan...

Kepada rakyat seluruh Malaysia, hari ini juga kamu semua telah diberikan mandat dan kuasa untuk menentukan hala tuju negara Malaysia ini. Kamu jugalah yang akan menentukan nasib masa depan diri dan keluarga kamu. Kuasa yang diberikan ini adalah di atas kesuburan demokrasi berparlimen di Malaysia ini.

Jangan kita menyalah gunakan kuasa yang diberi ini. Gunakanlah kuasa kita ini dengan rasional. Dengan fikiran yang terbuka. Gunakan pijak pandai kita sebagai rakyat Malaysia yang berbudi bahasa. Gunakan akal yang waras untuk menentukan nasib kita di masa hadapan.

Jangan pula demokrasi ini dikhinati. Jangan pula demokrasi ini dicemari dengan kuasa yang kita ada. Sama-samalah kita menjaga demokrasi ini untuk masa depan kita yang lebih baik.

Aku sebagai rakyat Malaysia, akan memilih Barisan Nasional. Ini jelas kerana Barisan Nasional telah menjalankan tanggungjawabnya selama ia mentadbir negara. Kesungguhan pentadbiran kerajaan Barisan Nasional melakukan tranformasi untuk memenuhi hati rakyat Malaysia membuatkan aku yakin Barisan Nasional mampu mentadbir negara dengan baik.

Antara Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat... Siapa yang bakal menerajui negara akan datang?

Apa yang telah Datuk Seri Najib lakukan dalam tempoh empat tahun ini memberikan impak yang sangat besar terhadap rakyat Malaysia. Kesungguhannya melihatkan ia ikhlas dalam mempejuangkan nasib rakyat Malaysia.

Kenapa perlu kita tukar kerajaan yang lain sedangkan kerajaan yang sedia ada benar-benar menjaga kebajikan rakyat Malasyia. Kenapa kita mesti tukar kerajaan sedangan kerajaan yang ada ini telah melakukan yang terbaik untuk masa depan negara Malaysia dan rakyatnya.
Kenapa mesti nak tukar?

Wanita menjadi harapan untuk sebuah parti itu menang pada PRU13 ini.

Perlu ke nak tukar dengan alasan ada dua tiga menteri yang salah guna kuasa? Perlu ke nak tukar dengan hanya termakan hasutan dan fitnah yang tidak berasas dilemparkan kempada Barisan Nasional? Perlu ke nak tukar kononnya kerajaan Barisan Nasional tak berpegang pada Al-quran dan Sunnah? Perlu ke nak tukar? Perlu ke?

Aku diberikan markah 10-0 untuk kebaikan kepada kerajaan Barisan Nasional. Aku kan berikan 8 mata. Kalau boleh disenaraikan semua perkara yang kerajaan BN lakukan, dalam 100 perkara mungkin hanya 1 atau 2 perkara sahaja yang bermasalah. Aku tak nampak kejaraan BN ni yang bermasalah. Mungkin ada pihak yang lebih bermasalah daripada kerajaan Barisan Nasional ini.  

Sekali lagi aku nak bagi tau kepada semua, undi aku akan bersama Barisan Nasional. Aku tak dapat nak nak mengubah undi aku kerana di Selangor sendiri, pengalaman telah mengajar aku. Ayuh! Bersama-samalah dengan aku untuk memastikan negara yang kita cintai ini akan kekal aman.

Salam 1Malaysia.

No comments:

Post a Comment