RASANYA DAH BOLEH MERANCANG UNTUK PERGI BERCUTI SELEPAS PRU13...
Salam 1Malaysia… Salam PRU13… Salam Sejahtera…
Yang sibuk untuk berkempen, teruskan berkempen. Yang sibuk
nak ikut calon, teruskan ikut calon. Yang sibuk memasang poster, teruskan
pasang poster tu. Yang sibuk nak memfitnah, teruskanlah usaha ke neraka tu.
Yang sibuk nak memprotes, teruskan usaha untuk protes anda tu supaya berjaya.
Aku pun sibuk gak, sibuk nak menulis dalam blog aku yang tak
seberapa ni. Mungkin agaknya aku kurang sibuk seperti yang lain-lain. Jadi aku
sibukkan diri dengan komputer aku.
Sudah pasti, bulan April ini semua rakyat Malaysia akan
tertumpu kepada PRU13 ini. Mana sahaja kita pergi pasti akan melihat,
mendengar, berfikir dan bercakap soal PRU13.
Sebagai rakyat Malasyia yang bertanggungjawab. Sudah
tentulah ianya mnjadi satu kepastian untuk kita berbicara tentang PRU13.
Bukankah menarik permandangan ini... |
Sesuai membawa keluarga bercuti resort seperti ini. |
Pada sesaiapa yang sukakan laut. Pastinya calet seperti ini menjadi idaman. |
Tapi, hari ni aku nak baercakap pasal PERCUTIAN. Aaa… boleh
tak? Kalau tak boleh pun, apa aku kesah. Suka hati akulah.
Banyak sangat bercakap soal PRU ni pun memeningkan kepala.
Serabut perut dan sebagainya. Jadi untuk mengelak daripada masalah stress itu,
apa kata kita bercakap soal berehat dan percutian pula. Barulah fikiran kita
boleh tenang dan berehat buat seketika.
Aku bukan apa, aku melihatkan satu poster trip percutian
bersama artis di Pulau Redang. Bayarannya pun agak murah. Memang agak menarik
trip ni. Penganjurnya adalah Majalah Mangga. Percutian bersama artis pulak tu…
Perghh terbaik bah!
Agak murah pakej percutian ini. Cuti dengan artis lagi... |
Dapatkan Majalah Mangga terbaru untuk bersama-sama bercuti ke Pulau Redang pada 10-12 Mei 2013 depan. Jangan melepaskan peluang keemasan ini. |
Kau tengok poster yang dan borang yang aku selitkan ni. Apa
sahaja maklumat boleh didapati di dalam borang penyertaan tu. Kalau tak berapa
faham, kau orang semua boleh telefon Mangga untuk mendapatkan kepastian
berkenaan dengan trip ke Pulau Redang ini.
Manalah tahu ada kawan-kawan nak sponser, bolehlah aku pi berehat. Kalau nak bercuti ni, nak berehat aku memang suka tempat-tempat seperti pulau ataupun pantai. Hanya tempat-tempat macam ni jer yang mampu memberikan kepuasan beristirehat. Tenang jer bila dengar angin laut dan ombak memecah pantai.
Kita dah penat berkempen ni, eloklah bawak berehat. Apa salahnya
kita pergi bercuti bersama keluarga. Tak rugipun. Masa berkempen tu, dah tentu
ada yang tinggal anak bini. Tak reti-reti bawak pi bercuti.
Salam 1Malaysia.
No comments:
Post a Comment