Monday, January 7, 2013

Anak Ku Ke Darjah Satu… Pengalaman Baru Untuk Aku


Anak Ku Ke Darjah Satu… Pengalaman Baru Untuk Aku

3 Januari masuklah anak aku yang sulung ke dunia persekolahan. Dunia pembelajaran yang serius daripada pra sekolah dahulu. Pengalaman… cukup untuk aku sehari di sekolah bersamanya.

Kalau nak ikutkan, pengalaman ini bermula seawal bulan 12 yang lalu. Di mana aku dan isteri sibuk membuat persiapan Iris Amni untuk ke sekolah. Macam-macam ada. Tapi aku bersyukur, anak aku ni tak banyak ragam sangat. Tapi kadang kala tu ada gaklah darah aku naik.

Sekarang anak aku sudah masuk darjah 1. Pejam celik… pejam celik… dah darjah satu anak aku. Sungguh cepat masa berlalu. Rasanya macam baru jer si Iris ni belajar berjalan.

Aku bersyukur kepada Allah SWT kerana memberikan aku rezeki untuk aku menyekolahkan anak-anak aku. Kalau tidak diizinkan-Nya, pasti anak ku tidak dapat bersekolah seperti anak-anak yang lain.

Dengan rezeki yang diberikan, dapatlah juga aku dan isteri memberikan yang terbaik dan termampu untuk anak ku mendapat pendidikkan yang sempurna. Dapat beli baju sekolah, dapat beli beg sekolah, dapat beli kasut sekolah, dapat beli alat tulis dan bermacam-macam keperluan untuk ke sekolah.

Iris Amni cukup gembira dengan apa yang dia dapat. Pasti ianya menjadikan semangat untuk Iris belajar bersungguh-sungguh. Aku pun dah pesan, “Papa nak nombor 1. Ingat, papa nak Iris dapat nombor 1 sahaja. Faham?”

“Faham.” Jawab Iris sambil menganggukkan kepalanya.
Semoga Iris Amni dapat menyesuaikan diri di alam persekolahan.
Rasanya, tak salah kalau kita juga berterima kasih dengan kerajaan yang memberikan ruang dan peluang untuk anak-anak kita mendapat pendidikan dengan sempurna. Cara kerajaan meningkatkan taraf pendidikan di sekolah-sekolah nampaknya berjaya.

Dahulunya, ibubapa dibebani dengan masalah yuran, pembelian buku teks. Tapi sekarang tidak lagi. Semuanya disediakan oleh kerajaan. Semuanya subsidi kerajaan Barisan Nasional. Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah SWT.

Anak-anak kita ditempatkan di sekolah yang baik dan sempurna. Keselamatan terjamin. Mempunyai pengawal keselamatan. Ciri-ciri keselamatan juga terbaik. Ini semua hasil daripada kebijaksanaan dan keprihatinan pemimpin-pemimpin kita untuk melihat anak-anak kita diberikan pelajaran yang terbaik.

Semoga anak papa dan anak-anak yang lain mendapat ilmu dan pengalaman yang terbaik di sekolah. Gunakanlah ruang dan peluang yang diberikan ini dengan sebaik mungkin.

“Kita akan nampak kosong pada kain yang putih kerana tiada upaya untuk berfikir. Untuk mewarnai kain yang putih itu kita perlu belajar dan diajar untuk menggunakan daya kreatif kita…”

Salam 1Malaysia.

2 comments:

  1. walaupun pernah jumpa sekali je dengan iris, aina tahu dia ni memang cerdik pandai orangnya. Takziah buat abang boy sekeluarga. Iris tunggu abang dan isteri di pintu Syurga, inshaAllah .

    ReplyDelete
  2. Tahun ni naik darjah enam dah la ye :)

    ReplyDelete