Monday, January 14, 2013

BILA BEKALAN AIR TIADA… KUALA LUMPUR KEMBALI KE TAHUN 80-an…



BILA BEKALAN AIR TIADA… KUALA LUMPUR KEMBALI KE TAHUN 80-an…


“Biar elektrik tak ada, jangan air. Air kalau tak ada, bukan main susah dibuatnya. Nak basuh jubur pakai apa? Tak kan nak kesat kat lantai ataupun dinding jer…” kata-kata orang ramai yang sering kita dengar.

Nak ikutkan memang logik. Kalau diberi pilihan, baik aku pilih air daripada api elektrik. Kalau setakat tak ada kipas dan lampu pada waktu malam. Masih mampu kita harung. Kalau tak ada air, nak basuh berak kat mana?

Rasanya, hampir 10 hari masalah bekalan air ke rumah aku tidak ada. Bukanlah air paip tu tak ada lansung. Selama 10 hari tu, semua penghuni di blok tu ambik air kat bawah menggunakan paip air yang disediakan untuk kegunaan orang ramai untuk majlis-majlis kenduri-kendara. Nasib baik ada. Tidaklah teruk sangat sampai nak kena ambik daripada lori tangki Syabas.

Banyak gaklah cerita, perangai yang ada di blok aku ni. Benda bagus pun ada, benda tak bagus pun ada gak… Yang bagusnya, semua jadi sepakat. Daripada aku tak kenal jiran, dah aku kenal semuanya. Bantu membantu, dan mengeratkan tali silaturahim. Kan bagus tu.

Dalam bagusnya, pasti ada juga yang tak bagus. Rambut sama hitam, hati sapa yang tahu. Betul tak? Tapi, kita kalau nak berjiran ni, kenalah layan. Supaya tidak bermasam muka.

Bila tiada bekalan air ni, teringat sewaktu zaman kanak-kanak aku. Masa tu duduk rumah setinggan di Selayang Baru. Satu paip air berkongsi hampir 20 biji rumah. Berebut paip ler...

Dalam sepuluh orang pasti akan ada seorang yang kuat membangkang jer. Pepatah yang senang nak ingat, dalam 10 orang tu pasti ada seorang yang suka tuang solat. Betul tak?

Apapun, bila bekalan air ni terganggu, aku rasa susuk badan aku dah semakin tegap. Perut semakin ke dalam. Lengan semakin membesar dan panjang. Ini semua akibat daripada kerja-kerja amal aku selama 10 hari mengangkat air dari tingkat bawah ke tingkat 4.

Pesanan ringkas untuk yang nak kurus tu. Jangan makan ubat merapu dan mahal-mahal. Buat jer kerja-kerja amal macam aku ni, pasti akan kurus. Kurus dengan tahap kecergasan badan yang terbaik. Otak pun sihat gak.

Kalau boleh biarlah bekalan air ni tak ada selama 6 bulan, sudah pasti bentuk badan aku menjadi asal seperti usia romeo ku. Hahaha…

Apa sebenarnya yang berlaku? Apakah benar loji Syabas mengalami kerosakan? Ataupun bekalan air bersih sudah tidak mencukupi? Atau ini semua mainan politik? Apa sebenarnya yang berlaku disebalik gangguan bekalan air ini?

Kalau ikut cakap orang ramai. Bermacam-macam cerita adanya. Itu, ini, dia, kau, aku, mereka… tapi tiada juga jalan penyelesaian sehingga hari ini. Nak cari salah, atau nak cari penyelesaian? Kita renungkan bersama-sama.

Bekalan air daripada Syabas sangat-sangat membantu rakyat. Tapi pihak pengurusan Syabas perlu lebih efisen menangani masalah bekalan air di rumah-rumah flat. Bagaimana caranya untuk memudahkan warga emas yang duduk di tingkat atas untuk memikul air.

Aku bersyukur, dengan ketiadaan air ini sekarang ini. Aku mengenali kejiranan aku. Hati budi mereka seorang demi seorang. Yang muda perangai macam ni. Yang tua perangainya macam tu.

Keduanya, aku rasakan kecergasan badan dan fizikal ku. Dengan aktiviti beberapa malam ini, membuatkan tubuh badan aku sihat. Jika ia berterusan pasti ia membuatkan aku terus sihat.

Ketiganya ujian ini sudah tentu untuk menguji tahap kesabaran aku. Sesungguhnya aku memang seorang yang mempunyai sifat sabar tahap gaban.

Dato Razali mencuba bekalan air bersih yang dihantar ke kawasan yang mengalami masalah air.

Pada pihak yang bertanggungjawab, khususnya Syabas. Aku mewakili masyarakat yang menagalami masalah air memohon agar pihak Syabas mencari jalan penyelesaian yang sebaik mungkin dan secepat yang boleh. Supaya rakyat tidak merasa beban dengan masalah air ini.

Kepada kerajaan pula, berusahalah untuk membantu orang ramai yang mengalami masalah air ini. Pergilah ke rumah-rumah mereka dan berikanlah bantuan dengan sewajarnya. Orang-orang tua, sangat memerlukan pertolongan sewaktu ini. Mana mungkin mereka mampu mengangkat baldi yang berisi air dari tingkat bawah naik ke tingkat atas. Walaupun setingkat.

Pada orang politik, kau orang teruskanlah bermain politik. Politikkanlah isu air ini. Biarkan rakyat terus terseksa. Biarkanlah rakyat terus merana. Allah Maha Berkuasa!

“Teringat aku di zaman setinggan di Selayang Baru pada awal 80-an. Beratur dan bergilir-gilir mengangkat air di salah sebuah rumah yang mempunyai paip air. Berkejar-kejar dengan abang aku, sewaktu di simpang tiga rumah, berdentum dengan motosikal. Aku OK, orang yang langgar aku masuk longkang. Kesian.”

Salam 1Malaysia.

No comments:

Post a Comment