APA UNTUNGNYA PERHIMPUNAN SHAMSIDAR?
Akhir-akhir ini, Malaysia sering berhadapan dengan masalah
protes jalanan yang dilakukan oleh pihak-pihak yang kononnya memperjuangkan hak
rakyat. Apa yang mereka perjuangkan?
Aku melihat perkara ini semakin hari semakin menjadi-jadi.
Apakah mereka nak lakukan seperti negara-negara Arab? “Hallooo kawan, ni
Malaysialah. Budaya kita tidak sama seperti budaya orang Arab. Kasar. Budaya
kita jauh sopan santunya.”
Apa yang mereka mahu dengan Himpunan Shamsidar baru-baru ini?
Bukankah hanya mahu tunjukan kuasa? Bukankah hanya untuk menakutkan rakyat
dengan sokongan yang diperolehi? Bukankah hanya mahu memperjuangkan hak
individu? Jadi, dimanakah perjuangan rakyat yang digembar-gemburkan tu?
Untuk apa kerajaan Malaysia ini dijatuhkan? Untuk apa? Kalau
ditanya kepada aku. Tiada sebab kita perlu menjatuhkan kerajaan yang
bertanggungjawab seperti ini. Kerajaan yang sememangnya menunaikan
janji-janjinya. Bukan macam kerajaan negeri Selangor yang terang-terang telah
mendustai rakyat Selangor.
Kalau pemerintahan seperti Kerajaan Selangor sekarang ni
hendak di jatuhkan. Aku sokong seratus peratus. Dengan EXCO Kerajaan Negerinya
yang terang-terang menentang laungan azan. Tidak menghormati sensetiviti
orang-orang Islam dan Melayu di Selangor khususnya.
Pemerintahan seperti ini yang harus dijatuhkan. Bukan
kerajaan Malaysia yang berwibawa dan menjaga keharmonian rakyat jelata.
Kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib harus dan wajib kita sokong dan kekalkan
bagi mempertahankan perlembagaan, kesucian agama Islam dan Institusi Raja-Raja
Melayu. Ini wajib kita sebagai rakyat Malaysia pertahankan.
Jangan pula UMNO disalahkan. Terang-terang KeAdilan yang menggantung banner ni... |
Anuwar tidak akan terlepas kali ini... Pandai makan aiskrim yer... |
Himpunan Shamsidar. Untuk apa rakyat jelata diherat
bersama-sama ke dalam himpunan itu? Dengan jutaan rakyat hadir menjadi kambing
hitam, maka Shamsidar terlepas daripada menjadi saksi utama? Kalau tak buat
kesalahan, jangan takut pada keadilan.
Sapa yang untung? Rakyat dapat apa? Kanak-kanak yang tak
berdosa juga diheret bersama berarak ke himpunan ini. Apa punya bangang mak
bapak tah. Bodoh! Ni yang dikatakan ada akal fikiran kurnian Allah SWT, tapi
masih menggunakan kepala lutut untuk berfikir. Pada mak bapak tu,
fikir-fikirlah sama keselamatan anak-anak. Kalau korang dah memang bodoh piang,
jangan ajar anak ikut sama. Ajarlah anak jadi cerdik pandai.
Sekarang ni, himpunan itu pun dah berlaku. Nak cakap apa
dah. Nak sekat pun tak boleh nak larang pun nanti lain jadinya. Aku nak tanya
pada korang semua yang pi. Apa korang dapat pada himpunan tu? Aku tahulah dapat
duit. Maksud aku, apakah himpunan itu memberikan kesan kepada kamu selepas ini?
Kamu jadi PM? Kamu dapat rumah free? Anuwar bagi gaji tiap-tiap bulan tanpa
kerja tetapi kena pi himpunan setiap kali disuruh? Apa kamu dapat?
Apa puye turr!!! Perkara macam ni pun tak dapat nak fikir
secara rasional. Tak tercapai pun matlamat himpunan nak rakyat hadir semarai
satu juta orang. Habis kuat pun yang datang penyokong parti jer. Bagilah 200
ribupun. Masih tak boleh melawan rakyat majoriti yang menyokong kerajaan.
Hallo kawan! Rakyat Malaysia ada berapa ramai? 28.3 jutalah.
Yang datang tu berapa peratus? Korang kira sendirilah berapa ramai lagi yang
tidak menyokong himpunan sana sini tu.
Buat semak jer datang daripada jauh-jauh. Tapi matlamat tak
tercapai. Tapi tak apalah yang dapat duit tu. Boleh ler pi Petaling Street
shopping. Kurang-kurang berbaloi gak pi KL. Ada buah tangan. Ahaks…
Tapi pada yang pi saja ja. Dapat asap ler. Tapi mungkin juga
itu erti perjuangan korang. Perjuangan untuk menjahanamkan negara yang aman dan
makmur. Perjuangan yang hanya mahukan kerosakan negara.
Malulah pada diri sendiri. Cuba tanya pada diri kita, apa
yang kita sudah lakukan untuk menjadikan negara Malaysia ini berjaya? Apa yang
kita sumbangkan kepada negara selama ini? Apa yang sudah kita lakukan untuk
Negara Malaysia yang tercinta? Yang pasti, kita sering melakukan perbuatan
bodoh! Kita sering melakukan kerosakan pada negara kita!
Namun begitu, sebagai manusia kita masih belum terlambat
untuk memperbetulkan keadaan. Kita sering melakukan kesilapan. Tapi, tidak seharusnya
kita terus melakukan kesilapan ini.
“Berakal yang rasional dan matang dalam menentukan hala tuju
diri kita, keluarga, kejiranan dan negara. Pasti membuahkan hasil yang terbaik
yang baik untuk diwariskan untuk anak cucu kita. Bermulahlah sekarang!”
Salam 1Malaysia.
No comments:
Post a Comment