BOLASEPAK NEGARA… MENUJU GEMILANG!
Sebelum aku nak citer sikit pasal bolesepak Negara ni kita
ni. Aku nak cakap aku ni penyokong The Red Giant. Selangor Darul Ehsan pasukan
yang sering digeruni pihak lawan. Jangan marah arr…
Korang pasti ada sejarah dalam mengikuti perjalanan liga
bolasepak negara ni. Betul tak? Pada yang minat pasti bermacam-macam pengalaman
yang ada.
Akulah penyokong setia Selangor... |
Sewaktu zaman jahiliah dulu. Perghh macam nak ceramah agama
pulak. Tu maksudnya zaman gila pi stadium tengok perlawan bola waktu dulu.
Sebagai penyokong tegar Selangor, sudah tentunya stadium Merdeka menjadi tempat
aku beriadah setiap malam minggu bila ada perlawanan Selangor dengan pasukan
lauk yang lain.
Masa zaman aku, Liga Semi-Pro. Masa tu nama-nama besar
seperti Dollah Salleh, Zainal Abidin Hassan, Ismail Ibrahim, K. Gunalan dan A.
Jayakantan masih bermain lagi. Masa tu ada pemain import yang hebat-habat juga.
Peredaran masa membuatkan rancaknya bolasepak tempatan ada
dikelasnya tersendiri. Tahun demi tahun, masa terus berlalu semaraknya
bolasepak tempatan seperti air pasang surut.
Rasanya inilah era akhir aku melihat perlawanan bolasepak di stadium... Rasanya ni pada tahun 95. |
Tapi, bukan itu yang aku nak ceritakan sangat dalam tulisan
aku kali ini. Aku nak menulis tentang gaji pemain-pemain dulu dan sekarang.
Sejauh mana perubahan yang telah dibuat. Sejauh mana pemain-pemain mendapat
imbuhan daripada usaha gigh mereka menjadi pemain kelab dan negeri. Dulu dan
sekarang.
Bukannya apa, kalau dulu. Aku pernah dinasihatkan, menjadi
bolasepak kebangsaan tiada masa depan yang baik berbanding menjadi pemain hoki
kebangsaan. Lantas semangat untuk terus mencapai cita-cita luntur sama sekali.
Akhirnya aku tidak serius dalam sukan bolasepak.
Tapi itu mungkin dulu, bukan sekarang. Apa yang aku nampak
gaji pemain-pemain bolasepak sekarang paling kurang pun dalam 10 ribu sebulan.
Betul tak?
Top gila Azman masa ni. Pemain tempatan yang mendapat gaji termahal. |
Kalau ikut zaman aku dulu, gaji yang paling rendah adalah
penjaga gold an gaji yang paling tinggi adalah penyerang. Kalau tak silap, dulu
gaji pemain tempatan yang tinggi Azman Adnan. Berapa tu aku tak pasti. Masa tu
pada era 90-an. Azman Adnan tengah top masa tu.
Sekarang dikatakan, gaji pemain tempatan ada yang mencecah
sehingga 90 ribu sebulan. Betul ke tidak. Semuanya telah terbukti ianya benar.
Safie Sali dibayar gajinya sebanyak RM90 ribu sebulan oleh Johor Darul Takzim.
Kenapa? Tak percaya?
Tuah Safie. Pada adik-adik, bermainlah bersungguh-sungguh supaya dapat menyarung jersi kebangsaan. |
Aku dapat tahu lagi, gaji paling rendah pun sekarang dibayar
kepada pemain tempatan sebanyak RM10 ribu. Tu kira paling koman ler. Belum
masuk elaun jaringan dan sebagainya lagi. Kaya pemain bolasepak sekarang ni.
Dah tak macam dulu.
Jadi, aku nasihatkan kepada adik-adik yang memang minat main
bolasepak ni. Mainlah. Jadikanlah bolasepak ini sebagai kerja masa depan
adik-adik. Zaman sekarang ni, menjadi pemain bolasepak dapat membantu mengubah
hidup kita. Macam jadi artis juga.
Ada juga yang dah macam artis. Selebriti sukan katanya. Nak glamor pun boleh, asalkan mutu permainan kena jaga. Jangan nanti ada penyokong yang bersuara.
Ada juga yang dah macam artis. Selebriti sukan katanya. Nak glamor pun boleh, asalkan mutu permainan kena jaga. Jangan nanti ada penyokong yang bersuara.
Apapun, inilah zaman untuk mengembalikan kehangatan, semarak
dunia bolasepak temapatan. Sama-samaah kita menyokong usaha-usaha kerajaan dan
terutamanya FAM bagi menaikan mutu bolasepak negara.
“Liga Bolasepak Malaysia memerlukan sokongan kita semua
untuk terus mengorak langkah menuju ke arah kegemilangan. Marilah kita
sama-sama mengembalikan semangat Harimau Malaya.”
Salam 1Malaysia.
No comments:
Post a Comment