Thursday, January 17, 2013

KALIMAH ALLAH. KENAPA PERLU DIISUKAN?


KALIMAH ALLAH. KENAPA PERLU DIISUKAN?

Mungkin ramai yang tak suka bila aku bercerita mengenai politik. Mungkin juga ada yang suka. Tapi aku nak perjelaskan di sini, aku bukan blogger politik. Aku hanya menulis mengikut kesukaan dan pandangan yang lahir daripada hati sanubari yang ikhlas.

Aku sebenarnya tidak berminat untuk menulis hal-hal politik tanah air. Sebagai orang Islam berbangsa Melayu yang menjadi rakyat Malaysia, rasa tanggungjawab untuk aku sama-sama memberikan sedikit pandagan tentang isu yang berlarutan sehingga ke hari ini semakin membuak-buak.

Apa lagi jika menyentuh hal-hal agama Islam dan bangsa Melayu. Aku bukanlah seseorang yang mempunyai kelayakkan untuk memberikan pandangan tentang isu penggunaan kalimah Allah ini. Tapi, tidak salah sekiranya aku mempertahankan maruah dan kesucian agama aku daripada terus diperlekehkan oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawab.

Sepatutnya isu penggunaan kalimah Allah kepada orang bukan Islam di negara ini tidak dipolitikkan oleh mana-mana pihak. Sama ada kerajaan dan mahupun pembangkang.

Telah jelas dan nyata kalimah Allah seharusnya menjadi hak mutlak kepada orang-orang Islam di negara ini. Kenapa mesti diperisukan? Kenapa mesti dibahaskan? Kenapa mesti diperkatakan?

Perkataan Allah hak orang Islam. Perkataan Allah hak eksklusif orang Islam. Agama lain tidak layak untuk menggunakan kalimah Allah. Kenapa Agama lain tidak faham atau cuba untuk buat tidak faham. Atau ada agenda yang tersembunyi hendak dilakukannya.
Kesucian ayat suci Al-Quran mestilah dijaga.

Teringat kembali pada zaman kecil ku, di mana sewaktu Ustaz yang mengajar pendidikan agama sewaktu persekolahan. Katanya, “Jagalah al-Quran ini seperti nyawa kita sendiri. Kesucian ayat-ayat yang terkandung di dalam al-Quran hendaklah dijaga sebaik mungkin.”

“Jangan sesekali membenarkan rakan-rakan kamu yang bukan Islam mempersendakan al-Quran. Jika ia mahu bejalar tentang Islam dan membaca al-Quran dan memeluk agama Islam. Kita bantulah mereka. Tapi, jika mereka hanya bermain dengan membaca potongan ayat-ayat al-Quran. Maka tamparlah dia.”
Ramai orang Islam di Malaysia menunjukkan rasa marah mereka dengan isu ini.

Itu ustaz aku yang bercakap. Ustaz kau orang aku tak tahulah. Nak beri salam pada rakan-rakan bukan Islam pun tak boleh inikan pula kita nak bagi perkataan kalimah Allah pada mereka untuk digunakan dalam kitab mereka. Fikirlah sendiri.

Aku rasa sedikit terkilan dengan adanya segelintir orang Melayu Islam yang menyokong penggunaan kalimah Allah ini kepada orang yang bukan Islam. Tapi aku lebih terkilan bila ada ulama, guru-guru agama, ilmuan Islam menyokong tindakan ini. Kenapa sampai boleh jadi begitu pemikiran mereka? Subhanallah.

Sehinggalah isu ini dipolitikkan oleh sesetengah pihak yang hanya mahukan sokongan. Hanya mahukan sokongan, sanggup menjual akidah mereka sendiri. Di manakah letaknya pertimbangan dan akal fikiran yang raional. Bukan kita yang berdakwah nanti, mereka yang lebih agresif untuk mendakwah supaya meninggalkan Islam apabila, tuhan mereka adalah sama dengan tuhan kita. Siapa dakwah siapa?
Percanggahan yang mengelirukan umat Islam di Malaysia. Sekejap boleh, sekejap tak boleh...

Apapun, masih ada ulama yang masih mempertahakan hak eksklusif ini. Terima kasih aku ucapkan bagi pihak pewaris aku yang akan datang. Kerana dengan mempertahankan hak eksklusif ini, maka masa depan agama Islam di Malaysia akan terus terjamin. Dan anak-anak serta cucu kita yang akan datang akan terus terbela agamanya.

Aku ingin berpesan kepada diri aku sendiri dan korang semua yang beragama Islam dan sebangsa dengan aku. Bagi mengekalkan agama Islam dan bangsa Melayu terus terjamin di bumi bertuah ini, Malaysia. Kita perlu mempertahankan apa yang kita ada sekarang ini.

“Kini kita cuma tinggal kuasa yang akan menentukan bangsa, Bersatulah hati bersama berbakti. Pulih kembali harga diri…”

Salam 1Malaysia.   

No comments:

Post a Comment