Monday, April 8, 2013

PENGHORMATAN KEPADA ARTIS-ARTIS GRAFFITI MALAYSIA...

PENGHORMATAN KEPADA ARTIS-ARTIS GRAFFITI MALAYSIA...

20 dan 21 April ini, satu aktiviti yang menggalakkan anak muda dalam seninya yang tersendiri akan diadakan di Taman Permata, Hulu Kelang anjuran JASA. Kepada artis-artis Graffiti diberikan penghormatan untuk menunjukkan bakat dan hasil kreatif mereka untuk dipertontonkan di sepajang jalan MRR2.

Kreatif anak muda seperti ini seharusnya diperkembangkan.

Pada kau orang yang kreatif dan suka melukis dinding-dinding bangunan, inilah peluang kau orang semua menunjukkan bakat. Jangan ketinggalan, makan minum disediakan, 8 tin spray percuma diberikan dan TOKEN. Tema Graffiti adalah BUDAYA SENI 1MALAYSIA (Patriotik).

Sesiapa yang berminat boleh berhubung terus dengan FY - 019-3422121. Pendaftaran dibuka sekarang. Terbuka kepada semua anak muda dan semua anak bangsa.

Salam 1Malaysia.

RASANYA DAH BOLEH MERANCANG UNTUK PERGI BERCUTI SELEPAS PRU13...



RASANYA DAH BOLEH MERANCANG UNTUK PERGI BERCUTI SELEPAS PRU13... 

Salam 1Malaysia… Salam PRU13… Salam Sejahtera…

Yang sibuk untuk berkempen, teruskan berkempen. Yang sibuk nak ikut calon, teruskan ikut calon. Yang sibuk memasang poster, teruskan pasang poster tu. Yang sibuk nak memfitnah, teruskanlah usaha ke neraka tu. Yang sibuk nak memprotes, teruskan usaha untuk protes anda tu supaya berjaya.

Aku pun sibuk gak, sibuk nak menulis dalam blog aku yang tak seberapa ni. Mungkin agaknya aku kurang sibuk seperti yang lain-lain. Jadi aku sibukkan diri dengan komputer aku.

Sudah pasti, bulan April ini semua rakyat Malaysia akan tertumpu kepada PRU13 ini. Mana sahaja kita pergi pasti akan melihat, mendengar, berfikir dan bercakap soal PRU13.

Sebagai rakyat Malasyia yang bertanggungjawab. Sudah tentulah ianya mnjadi satu kepastian untuk kita berbicara tentang PRU13.

Bukankah menarik permandangan ini...
Sesuai membawa keluarga bercuti resort seperti ini.
Pada sesaiapa yang sukakan laut. Pastinya calet seperti ini menjadi idaman.


Tapi, hari ni aku nak baercakap pasal PERCUTIAN. Aaa… boleh tak? Kalau tak boleh pun, apa aku kesah. Suka hati akulah.

Banyak sangat bercakap soal PRU ni pun memeningkan kepala. Serabut perut dan sebagainya. Jadi untuk mengelak daripada masalah stress itu, apa kata kita bercakap soal berehat dan percutian pula. Barulah fikiran kita boleh tenang dan berehat buat seketika.

Aku bukan apa, aku melihatkan satu poster trip percutian bersama artis di Pulau Redang. Bayarannya pun agak murah. Memang agak menarik trip ni. Penganjurnya adalah Majalah Mangga. Percutian bersama artis pulak tu… Perghh terbaik bah!

Agak murah pakej percutian ini. Cuti dengan artis lagi...
Dapatkan Majalah Mangga terbaru untuk bersama-sama bercuti ke Pulau Redang pada 10-12 Mei 2013 depan. Jangan melepaskan peluang keemasan ini.

Kau tengok poster yang dan borang yang aku selitkan ni. Apa sahaja maklumat boleh didapati di dalam borang penyertaan tu. Kalau tak berapa faham, kau orang semua boleh telefon Mangga untuk mendapatkan kepastian berkenaan dengan trip ke Pulau Redang ini.

Manalah tahu ada kawan-kawan nak sponser, bolehlah aku pi berehat. Kalau nak bercuti ni, nak berehat aku memang suka tempat-tempat seperti pulau ataupun pantai. Hanya tempat-tempat macam ni jer yang mampu memberikan kepuasan beristirehat. Tenang jer bila dengar angin laut dan ombak memecah pantai.

Kita dah penat berkempen ni, eloklah bawak berehat. Apa salahnya kita pergi bercuti bersama keluarga. Tak rugipun. Masa berkempen tu, dah tentu ada yang tinggal anak bini. Tak reti-reti bawak pi bercuti.

Salam 1Malaysia.

Friday, April 5, 2013

5 HAL KENAPA MESTI PILIH PAKATAN RAKYAT


 5 HAL KENAPA MESTI PILIH PAKATAN RAKYAT

 1.  Tidak bersatu hati dalam memperjuangkan hak rakyat. Masing-masing ada cita-cita sendiri.
 
 
2.  Parti yang hanya suka membuat provokasi, adu domba yang mengelirukan pemikiran rakyat.
 
3.  Pemimpin-pemimpin yang ada di dalam Pakatan Haram ini hanya mengejar cita-cita peribadi. Bukan memperjuangkan hak rakyat. (Satu keluarga nak kuasa)
 
Dalam Pakatan Haram ini, semuanya anak-beranak nak berkuasa. Sampah!
 
4.  Setiap kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin mereka selalunya tidak sama dan tidak konsisten. Ada yang nak ‘A’. Ada pula yang kata ‘B’. Poning...
 
5.  Terbukti Pakatan Haram tidak menunaikan janji mereka dalam PRU12 yang lepas. Selangor contoh yang terbaik.
 
Iklan ni membuktikan Pakatan HARAM hanya suka menabur janji palsu untuk meraih undi.
Adakah rakyat Selangor masih mahu mengundi Pakatan Haram di PRU13 ini setelah MB Selangor mengatakan Manifesto bukan janji dan ikatan yang perlu ditunaikan?
Banyak sangat isu yang tak mampu MB nak selelsaikan.
Siapa kata Pakatan Haram bila memerintah, semua benda akan turun. Cukai pintu kenapa dinakan seiap tahun? Bukankah ini juga satu pembohongan kepada rakyat?
Kebenaran pasti akan menang...
Kamu semua fikirkanlah sendiri...
Bila melihat keadaan ini, tak hairanlah kenapa mereka tidak mempertahankan kalimah Allah daripada diguna pakai oleh semua orang.
 
Salam 1Malaysia.

Wednesday, April 3, 2013

AKHIRNYA... TEKA-TEKI PEMBUBARAN TELAH TERJAWAB


AKHIRNYA... TEKA-TEKI PEMBUBARAN TELAH TERJAWAB


Hari ni, 3 April 3013 bersamaan hari Rabu telah terjawab sudah persoalan yang sering kita dengar akhir-akhir ini. Bubar sudah Parlimen Malaysia untuk memberikan ruang demokrasi terus subur di bumi ini.

Sekarang hanya tunggu pengumuman daripada SPR untuk menetapkan tarikh pembuangan undi pula. Dan juga bila tarikh penamaan calon akan berlansung.

Kalau dilihat senario yang sedang berlaku di Selangor, boleh aku gambarkan kesemua parti politik sudah bersedia untuk melancarkan kempen besar-besaran mereka.

Boleh dikatakan semangat untuk menghadapi PRU13 sudah lama menyala dalam setiap jentera parti. Cuma, butang ‘On’ belum dihidupkan sahaja. Jadi hari ini semuanya akan berjalan lancar.

Sebuah parti pasti memngharapkan jentera mereka bergerak untuk memastikan kemenangan...

Kepada rakyat seluruh Malaysia, hari ini juga kamu semua telah diberikan mandat dan kuasa untuk menentukan hala tuju negara Malaysia ini. Kamu jugalah yang akan menentukan nasib masa depan diri dan keluarga kamu. Kuasa yang diberikan ini adalah di atas kesuburan demokrasi berparlimen di Malaysia ini.

Jangan kita menyalah gunakan kuasa yang diberi ini. Gunakanlah kuasa kita ini dengan rasional. Dengan fikiran yang terbuka. Gunakan pijak pandai kita sebagai rakyat Malaysia yang berbudi bahasa. Gunakan akal yang waras untuk menentukan nasib kita di masa hadapan.

Jangan pula demokrasi ini dikhinati. Jangan pula demokrasi ini dicemari dengan kuasa yang kita ada. Sama-samalah kita menjaga demokrasi ini untuk masa depan kita yang lebih baik.

Aku sebagai rakyat Malaysia, akan memilih Barisan Nasional. Ini jelas kerana Barisan Nasional telah menjalankan tanggungjawabnya selama ia mentadbir negara. Kesungguhan pentadbiran kerajaan Barisan Nasional melakukan tranformasi untuk memenuhi hati rakyat Malaysia membuatkan aku yakin Barisan Nasional mampu mentadbir negara dengan baik.

Antara Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat... Siapa yang bakal menerajui negara akan datang?

Apa yang telah Datuk Seri Najib lakukan dalam tempoh empat tahun ini memberikan impak yang sangat besar terhadap rakyat Malaysia. Kesungguhannya melihatkan ia ikhlas dalam mempejuangkan nasib rakyat Malaysia.

Kenapa perlu kita tukar kerajaan yang lain sedangkan kerajaan yang sedia ada benar-benar menjaga kebajikan rakyat Malasyia. Kenapa kita mesti tukar kerajaan sedangan kerajaan yang ada ini telah melakukan yang terbaik untuk masa depan negara Malaysia dan rakyatnya.
Kenapa mesti nak tukar?

Wanita menjadi harapan untuk sebuah parti itu menang pada PRU13 ini.

Perlu ke nak tukar dengan alasan ada dua tiga menteri yang salah guna kuasa? Perlu ke nak tukar dengan hanya termakan hasutan dan fitnah yang tidak berasas dilemparkan kempada Barisan Nasional? Perlu ke nak tukar kononnya kerajaan Barisan Nasional tak berpegang pada Al-quran dan Sunnah? Perlu ke nak tukar? Perlu ke?

Aku diberikan markah 10-0 untuk kebaikan kepada kerajaan Barisan Nasional. Aku kan berikan 8 mata. Kalau boleh disenaraikan semua perkara yang kerajaan BN lakukan, dalam 100 perkara mungkin hanya 1 atau 2 perkara sahaja yang bermasalah. Aku tak nampak kejaraan BN ni yang bermasalah. Mungkin ada pihak yang lebih bermasalah daripada kerajaan Barisan Nasional ini.  

Sekali lagi aku nak bagi tau kepada semua, undi aku akan bersama Barisan Nasional. Aku tak dapat nak nak mengubah undi aku kerana di Selangor sendiri, pengalaman telah mengajar aku. Ayuh! Bersama-samalah dengan aku untuk memastikan negara yang kita cintai ini akan kekal aman.

Salam 1Malaysia.