Wednesday, November 21, 2012

Memancing Di Kelong Bagan Lalang



Memancing Di Kelong Bagan Lalang


Teruja rasanya bila kali pertama aku dapat bersama rakan-rakan seangkatan memancing di kelong. Macam-macam aku bayangkan. Dapat ikan itu dan ini. Tempat pun mesti best.

Aku yang cadangkan pada rakan-rakan yang lain untuk pergi ke kelong. Antara kelong-kelong yang aku tengok macam menarik dan sesuai. Google puye google, kelong Bagan Lalang menjadi tempat pilihan.

Antara rakan-rakan yang lain, rasanya aku yang selalu bertuah. Setiap tempat pergi memancing, pasti akan ada hasilnya.

Kali ni aku pergi satu kereta, bersama Tajil, Minggo dan Jojo. Sebenarnya ada lagi pemancing lain tapi disaat akhir tidak dapat pergi.

Jojo antara manusia yang baru berjinak-jinak dalam dunia memancing ni. Katanya, dia tak pernah memancing sehinggalah jumpa grup ni. Orang baru. Belum nak hanyir lagi.

Antara kami berempat ni, orang yang paling berpengalaman adalah Tajil. Otai. Katanya semua lubuk dah diredahnya. Hebat orangnya ni. Hebat kat mana aku pun tak tahulah.

Minggo budak peon opis aku. Dia ni pemancing tegar. Ajak jer ke mana lubuk. Siang ataupun malam. Pasti akan dia sampai. Dia ni memang minat nak mancing. Sorang-sorang pun dia boleh pi layan memancing.

Setelah kami sampai di Jeti Kelong Bagan Lalang ni, kami terus di bawa ke kelong menaiki boat fiber. Kapasiti 8 orang kalau tak silap aku. Puas…

Perjalanan hampir 20 minit daripada darat ke Kelong Bagan Lalang. Dalam hati aku berkata, “Pasti ikan siakap dan kerapu banyak. Best… best…” Rakan-rakan yang lain, masing-masing menyimpan hasrat yang sama. Nak menjadi juara trip mincing kali ni.

Sebesar-besar kelong yang berada di tengah-tengah lautan ini, hanya aku berempat dan dua orang kaki mincing yang datangnya dari Gombak. Jadi berenamlah kami di atas kelong tu.

Kalau tsunami ker, ribut ker, ombak besar ker… kami berenam ni jelah yang ada. Perasaan takut pun ada bila melihat keadaan seperti ini. Seram dibuatnya.

Melihat pada keadaan kelong ini yang berharga RM40 seorang, rasanya dah macam rumah tinggal. Tidak terurus. Kayu penghadang ada yang teah rosak. Boleh membahayakan orang yang memancing di situ. Seram dowh!

Bekalan elektrik dan air bersih ada. Bilik untuk beritirehat, bilik sembahyang, dapur dan bilik untuk membuang hajat pun ada. OK ar… tak risaulah kalau-kalau hajat dah sampai.

Kami pun mulakan memancing sehinggalah ke hari esoknya. Lewat malam barulah umpan udang hidup mengena.  Tarik puye tarik, ikan daun baru menjadi lessen untuk aku pada malam tu.
Nampaknya, aku juga masih King...
Ikan apalah ni... bala daripada Minggo...
Posing jerlah... Tu yang bangau memanjang... hahaha
Macam mana tak bangau... huhuhu
Hasil nelayan katanya...
Nuar popularnya hingga di Kelong Bagan Lalang ni... Tak sangka jadi superman...
Ikan daun baru, gelama dan jenahak katanya...
Lesen tak dapat... udahnya dapat todak...
"Sapa cakap aku tak ada lesen... ni dia todak... hahaha..."
Minggo memang digemari makhluk laut seperti ini...
Team Bangau from UKSB... ahaks
Apapun oklah... Walaupun macam rumah hantu...
Bangau dah bersedia...
Cantik gambar ni.
Akulah juara... Hahaha...

Hasil tangkapan ikan di Kelong Bagan Lalang ni tak berapa cantik. Tapi, aku puas. Puas untuk aku menaikkan ikan daun baru. Dan di sini juga pertama kali aku melihat ikan daun baru ni. Sebelum ni tak kenal ikan pun. Hehehe…

Bagi aku, penggunaan joran memainkan peranan penting. Sekurang-kurangnya, joran sepanjang 9 kaki adalah yang terbaik. Mesin Bannex 4000 memadai digunakan di sini dan tali 50 pound sudah cukup untuk menaikan ikan.

Pelbagaikan umpan. Umpan udang hidup dan anak ikan sangat berguna. Jangan lupa bawa juga umpan ponpon & udang mati. Sangat berguna di masa kecederaan.

“Jangan salahkan umpan jika ikan tidak menyambar, tapi nilaikan kembali kemampuan diri kita adakah sudah bersedia…” Selamat memancing di Kelong Bagan Lalang.

Salam 1Malaysia

3 comments:

  1. blog post yang menarik. penulisan yang sangat santai.. teruskan firhat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. terima kasih kerana sudi membaca..

      Delete