Friday, November 9, 2012

EKSKLUSIF!!!: BILA ISU AGAMA ISLAM DAN ORANG MELAYU TERUS DIDENDANGKAN, SIAPA YANG MENDAPAT UNTUNG?

 

BILA ISU AGAMA ISLAM DAN ORANG MELAYU TERUS DIDENDANGKAN
SIAPA YANG MENDAPAT UNTUNG?


Melayu… Oh Melayu! Tiap-tiap hari cerita pasal pergaduhan orang-orang Melayu. Orang Melayu tu tak betul. Orang Melayu ni mengamalkan Islam liberal. Orang Melayu Islam ni pula dikatakan sekular.

Mana satu betul? Mana satu yang nak diikut? Dah kalau semuanya tak betul. Macam mana pulak tu?

Korang orang-orang politik ni, berhentilah mempolitikkan isu-isu agama. Ramai dah yang berpuak-puak. Ramai yang dah berpecah belah. Korang nak tengok bangsa dan agama lain ker bermaharajalela? Mendapat kuasa di tanah Malayu ni? 

Nampaknya dah semakin teruk aku tengok orang-orang yang nak berebut kuasa ni. Jangan nak menuding jari kepada orang lain kalau diri kita yang buat kesilapan tu. Mengaku bersalah dan minta maaf.

Seminggu ni, aku tengok keluarga Anwar dikeacam dengan hebat. Dibalun dari kiri dan kanan. Atas dan bawah. Seperti kenyataan anaknya Nurul Izzah yang mahukan hak kebebasan beragama digunakan pakai sama rata termasuk oleh orang-orang Melayu.

Sama rata, sama rasa. Depan belakang, sama saja. Tag line untuk parti PKR katanya.

Bila rasa diri kita hebat. Inilah jadinya. Semua orang tak betul. Kita jer yang betul. Semoga kau Izzah mendapat hidayah dari-Nya. Kembalilah bercakap yang benar walaupun pahit hendak kau telan.
Ooo Izzah. Kenapa nak bersusah payah menyelamatkan ayah kau yang rata-rata orang dah memang kenal sangat perangainya tu. Aku pun dah melihat sendiri video china doll tu. Orang buta hati jer yang tak percaya dengan apa yang dilihat.

Kalau Izzah nak jadi wira di Malaysia ni pun. Biarlah orang lain yang buat. Kenapa anak beranak yang nak berkuasa. Kenapa tak ada pemimpin PKR yang lain menafikan atau mempertahankan bukti video tu?

Hari ni kau Izzah, telah membuktikan bahawa seluruh ahli keluarga kau mengamalkan Islam plural. Ini dilihat daripada kenyataan yang telah kau keluarkan sendiri. Jangan nak salahkan orang lain.

Agak-agaklah nak meraih undi rakyat pun. Bukan dengan cara macam ni Izzah. Kau tu lawa orangnya. Kenapa kau memburukkan muka kau yang lawa tu.

Terlajak perahu boleh kita undur. Terlajak makan, habis kuat perut ketat. Terlajak minum boleh kembung perut. Terlanjak kata ni, buruk padahnya. Izzah dah ada insuran?

Aku berpendapat pemimpin-pemimpin Melayu Islam hari ini yang ada di dalam Malaysia seperti penakut. Takut untuk mempertahankan Islam. Takut untuk menegakkan syiar Islam. Takut menegakkan perkara yang benar. Takut untuk mengaku kesilapan. Dan takut ini berpunca daripada ideologi parti politik masing.

Kalau cakap macam ni, nanti orang Cina dan India tak sokong. Kalau kita tegur orang ni, nanti undi mereka tak dapat. Kalau kita keras nanti, bangsa lain terguris hati. Dan sebagainya.
Orang-orang Melayu dah lama terguris hati. Orang-orang Melayu dah lama menyimpan sedih. Sehinggakan orang-orang Melayu sanggup berkongsi apa sahaja dengan bangsa lain di Tanah Melayu ini. Ada bangsa lain kesah? Ada bangsa lain ambil tahu hal ni? Korang ambil tahu tak? Betul…

Kita memang dah lama tahu pasal Karpal ni. Peliknya ramai juga yang masih tak tahu. Huhuhu...
Bila Karpal cakap, “Langkah mayat saya dulu untuk buat Hudud”… Pemimpin-pemimpin PAS diam seribu bahasa. Terketar-ketar telur dua biji dalam seluar tu.

PAS perlu lantang bersuara. PAS perlu menjadikan ianya parti yang benar-benar memperjuangkan agama Islam. PAS perlu menunjukkan kuasa PAS yang sebenar dalam gabungan mereka. 

Bukan cakap kat rakyat, PAS parti Islam. Undi PAS masuk syurga. Mengarut ler korang ni. Nak raih undi orang Melayu Islam bukan ini caranya. Biar cerdik sikit. Jangan jadi pemimpin dungu.

Itupun berhajat nak bersatu lagi dengan DAP. Walhal dah terang-terang DAP ni parti komunis. DAP ni bersifat cauvinis. DAP terang dan jelas menentang Islam. Tak faham-faham lagi? Kiranya kalau undi DAP bermakna menentang Islam.

Pemimpin PKR. Tak perlu cerita ler. Dah memang parti tu tak memperjuangkan Islam pun. PKR hanya memperjuangkan hak sama rata. Yang belakang tu sambung sendiri.

Pasal tu pemimpin mereka ni boleh keluarkan kenyataan-kenyataan yang memecah belahkan orang-orang Melayu Islam di Malaysia ni. Nak-nak Pak Nuar Ibrahim. Depan bangsa Cina cakap untuk sokongan bangsa Cina. Depan orang-orang India, diapun boleh jadi India. Ni bukan lidah bercabang. Ni dah tak ada lidah gamaknya.

Orang-orang UMNO pun bermsalah gak. Takut nak menegur parti komponen lain bila berhubung kait memainkan isu agama. Takut nanti tak dapat undi juga. Kita kena jaga keharmonian dan perpaduan konon. Pooodahhh!!!

Perpaduan macam mana? Perpaduan yang hanya menyakitkan perasaan orang-orang Melayu. Perpaduan yang mengguris hati orang-orang Melayu. Semua hipokrit. Hipokrit yang hanya membuatkan orang-orang Melayu menjadi lemah.

Kau sibuk hal agama Islam kenapa? Sepatutnya kau tumpu pada PRU13, cara bagaimana bangsa kau nak sokong parti kau tu. Bukan menyalak tak tentu pasal.
Buat malu jer kat bendera UMNO. Harap ada keris tak bersarung. Tapi bila isu-isu agama, bangsa, korang takut nak bercakap. Takut nak menegur. Jangan jadi pemimpin bacul ler. Kalau tak mampu nak meperjuangkan agama, bangsa dan tanah air jangan jadi pemimpin. Duduk kat rumah jaga bini masing-masing.

Perpaduan perpaduan jugak. Tapi, tegaslah dalam memperjuangkan ideologi parti. Aku nak tanya pemimpin-pemimpin UMNO? Apa yang korang juangkan sekarang ni? Apa yang korang cuba mempertahankan sekarang?

Orang Melayu dah banyak mengalah. Hak-hak orang Melayu dah lama dikongsikan dengan bangsa lain. Kenapa masih nak usik. Kenapa masih lagi tak puas dengan apa yang dah korang semua nikmati bersama.

Bagi aku, tak kiralah parti apa. Tak kiralah kau orang mana. Tak kiralah kau kaya ke miskin. Selagi kau orang Melayu beragama Islam, wajib dan menjadi tanggungjawab kau mempertahankan kesucian agama daripada diperlekehkan oleh bangsa lain.

Orang-orang Melayu perlu bersatu. Orang-orang Melayu perlu sekata dalam hal-hal agama dan bangsa. Orang-orang Melayu perlu bertanggungjawab mempertahankan hak hak orang bangsa Melayu dan Islam agama rasmi Malaysia.

Ada ulama yang sudah memberikan respon. Tapi bagaimana pula dengan yang lain. Sebulat suaralah mempertahankan kesucian agama Islam. Kami orang muda sedang menilai.
Malaysia sebuah negara Islam. Tanah Melayu ini juga telah di Islamkan semenjak Tanah Melayu diMerdekakan. Hanya dengan bersatunya orang-orang Melayu akan dapat mempertahankan kesucian Islam di tanah tumpahnya darah ku Malaysia.

“Kesucian Islam perlu dijaga… Jangan biarkan bangsa lain terus menerus bercakap soal ini. Buruk padahnya…”

Salam 1Malaysia.

No comments:

Post a Comment