Wednesday, November 7, 2012

PENGALAMAN SURF DI KUALA TERENGGANU

Pemancing tegar UKSB katanya... Ahaks

PENGALAMAN SURF DI KUALA TERENGGANU

Korang mungkin ramai yang tak tahu. Antara kelebihan dan kebolehan aku dalam skil memancing. Memancing juga sebenarnya menjadi antara hobi aku sejak dari kecil. Tapi sampai besar tak lah pro mana.

Mungkin ramai yang meminati aktiviti luar seperti aku ni. Betul tak? Kalau tak, takkan kedai apek kat Pudu tu memanjang jer ade orang kunjungi.

Banyak juga tempat-tempat yang aku telah redah untuk memuaskan nafsu memancing aku ni. Laut, sungai, muara, jeti, tebing pantai dan termasuk juga di kolam-kolam memancing. Kalau nak diceritakan semuanya, mungkin aku boleh buat satu novel khas buat pemancing-pemancing tegar di Malaysia ni.

Tapi, kali ni aku nak berkongsi pengalaman dengan korang semua tips atau cara-cara memancing di pantai-pantai Terengganu serta di muara sungai. Tak lah hebat sangat, tapi boleh ler pakai untuk masa-masa kecemasan.

En. Sam
Pertama sekali aku nak ucapkan terima kasih kepada En Sam, MD di Tanjung Vista Kuala Terengganu yang sudi melayan aku dan rakan-rakan memancing di sana. Kalau tak ada En. Sam ni, tak ke laut kami semua.

Betul kata otai-otai, pertama kita kena tahu apa yang kita buru. Kita kena kaji tempat yang kita nak memancing tu. Baru kita tahu apa peralatan yang perlu kita bawa.

Kalau kita tidak mengkaji terlebih dahulu, alamatnya tak memancing ler.

Surfing di pantai Terengganu ni memang menarik. Kita boleh memburu ikan-ikan seperti ebek, senangin, pari dan kerapu bara. Ikan-ikan lazim seperti semilang, gelama dan duri pastinya akan menjadi lesen pada pemancing yang mangkou. (Pemangcing yang tak dapat ikan). Tapi lebih sedap dengan panggilan bangau.

Bangau pun bangaulah, yang penting aku dapat mencuci tali pancing aku di dasar laut. Feel memancing tetap aku dapat di Terengganu ni.

Untuk memancing di pantai, elok benarlah kita mencari peralatan yang sesuai dengan tempatnya. Joran 15 kaki adalah yang terbaik selain  12 kaki. Pancang jangan lupa dibawa. Larat ke kita nak memegang batang jorang sepanjang masa. Tali pancing kalau boleh pakai ler 50 pound ke atas. Takut nanti kita dapat ikan yang besar. Kalau dapat.

Mesin juga memainkan peranan. Dapatkan juga mesing yang besar sikit sekurang-kurangnya tali pancing kita tu panjangnya 150 meter ke atas.

Aku gunakan mesin Bannax 4000 spinning. Berat sikit ar… Tali pancing 60 pound super thin. Tali tangsing jer. Perambut panjangnya satu setengah depa. Mungkin bagi aku ini teknik yang terbaik.

Minggo sedang sibuk dengan dengan tali perambot yer... Aku dah surf dulu... hahaha

Inilah kawasan tempat kami memancing, berhadapan dengan tempat berlansungnya Monsun Cup di Kuala Terengganu.
"Biasanya ikan apa yang boleh kita dapat di sini En Sam?"
Ni yang dikatakan tegar. Tengah panas terik tepi laut pun sanggup memancing... Bangau...
Apa masalah tu Hanapi? Ini antara pemancing baru dalam grup ni
Tu dia... 15 kaki dengan mesin multiplayer. Pun boleh surfing dol...

Selain, dari kelengkapan. Umpan juga memainkan peranan penting. Aku gunakan umpan hidup. Udang dan anak ikan. Selain itu, umpan mati seperti udang dan sotong juga boleh digunakan. Umpan kena dipelbagaikan. Tengak mana yang galak, itu kita gunakan.

Jika memancing di muara sungai pula. Siakap putih dan siakap merah menjadi buruan pemancing-pemancing di sana. Jika kena pada waktunya, anda juga akan memperolehi senangin. Terbaik wokkk!

Untuk memancing di muara, eloklah pada waktu air pasang besar. Jangan korang pi waktu air surut. Takut nanti hanya belukang jer yang ada.

Banyak tempat-tempat memancing di Kuala Terengganu ni. Antara tempat yang paling releks, di belakang Astaka, berhampiran dengan pasar paying. Memancing di tebing. Di lengkapi dengan tempat duduk dan bumbung untuk berteduh.

Muara sungai berhadapan tempat berlangsungnya Monson Cup. Kita akan memancing di pantai dengan teknik surfing. Tempat paling best untuk korang memancing ni. Pancang jangan lupa bawak.

Selain itu, di persisiran pantai Batu Buruk. Sekarang dah ada benteng. Atas benteng tu tempat paling sesuai untuk memancing. Tapi kena ada kenalan di sana. Baru boleh pi sampai hujunng benteng tu.

Selamat mencuba. Satu mutiara kata dari aku untuk korang semua. “Kepuasan memancing bukanlah hanya dari hasil tangkapan, tetapi daripada usaha kita untuk mendapatkan hasil itu.”

Salam 1Malaysia
  

No comments:

Post a Comment