Tuesday, April 15, 2014

Agak lama kita tidak berbicara...

Agak lama kita tidak berbicara... 


Alhamdulillah.. Masih dapat kita berbicara sehingga kini. Yang jauh kita dekatkan, yang dekat kita rapatkan... Kalau ada jarum yang patah, jangan disimpan di dalam peti. Kalau ada silap dan salah, jangan disimpan di dalam hati.

Mungkin, kebelangakan ini aku mengalami, ataupun menjalani kehidupan yang berbeza dari awalnya. Tidak seperti kebiasaan. Tidak sewaktu kehidupan bersama nyawa ku yang dahulu. Kehilangannya benar-benar mengosongkan jiwa ku. Ya Allah...

Benarlah kata pepatah, 'berat mana memandang, berat lagi bahu yang memikulnya...' Namun kehidupan harus diteruskan. Maka dalam keadaan menyesuaikan keadaan ini, aku kadang-kala ada.. kadang-kala tiada. Apa yang aku mampu hanya berdoa kepada Allah SWT...

Hari ini, satu sejarah baru untuk aku. Aku dapat melakukan apa yang tidak dapat aku lakukan dikebelakangan ini. Sesuatu yang aku tidak jangkakan, agak cepat pemulihan yang dikurniakan. Bersyukur pada Allah SWT dengan rahmat Mu ini.

Jiwa akan terus kosong jika tiada tindakan untuk kita berubah. Untuk melakukan perubahan memerlukan kekuatan dan semangat... Ayuh! Bermulalah hari ini. Untuk masa depan yang lebih gemilang. Dan mempertahankan apa yang kita ada pada hari ini.

Salam 1Malaysia.

Monday, December 9, 2013

Ramai Orang Bercerita Tentang Catuaba...

AWAS! CERITA HAL LELAKI!

Ramai Orang Bercerita Tentang Catuaba...

Apa benda Catuaba tu? Untuk apa? Pastinya akan ada persoalan itu? Tapi pada mereka yang telah mencubanya. Menggunakannya, pasti akan menceritakan yang hebat tentang Catuaba ini?

Bahan bahan gabungan yang membuatkan produk ini lebih istimewa.

Apa yang aku nak cerita hari ini, tentang makanan kesihatan yang diberi nama Catuaba Nourishing Essence. Ini kata-kata sahabat aku yang memperkenalkan Catuaba ni kepada. Makanan kesihatan ke atau makanan untuk kuatkan seks?

Mungkin ada antara kamu semua yang tahu tentang produk Catuaba ini. Mungkin juga ada di kalangan anda semua yang pernah menggunakan produk ini. Mungkin juga yang masih menggunkannya. Kalau dah tahu, apa kata kita kongsi cerita tentang produk ini dengan yang lain.

Jika perkara seperti di atas ini berlaku. Kenapa kita tidak berusaha untuk mengubahnya.
Fakta ini bukan direka, tetapi ianya adalah kenyataan yang perlu kaum lelaki menanganinya secara serius.

Aku tertarik dengan kesungguhan seorang sahabat aku di pejabat ni. Bukan main dia promote produk ni. Produk ni baguslah. Power siot! Yang penting baik untuk kesihatan. Barang baik. Tak mahal. Harga mampu milik. Tiada campuran dadah. Halal. Bermacam-macamlah dia cerita. Kalau kita dok layan jer mau termangaruh juga. Aku pun layankan jerlah...

Catuaba pokok ajaib katanya...

Tetiba hari ni, aku ter google perkataan Catuaba ni. Mencari fakta disebalik cerita yang sahabat aku katakan tu. Adakah ianya benar-benar menyakinkan atau hanya untuk melariskan penjualan produk Catuabanya itu. Maklumlah, oorang jual ubat ni. Macam-macam cara boleh buat untuk melariskan perniagaannya.

Antara bahan-bahan lain di dalam Catuaba Nourishing Essence.
Produk ini selamat digunakan.
Apa keupayaan produk ini?

Apa yang ku temui berkaitan tentang Catuaba ini adalah adalah nama sejenis tumbuhan di hutan Barzil. Dalam perubatan herba Brazil hari ini, catuaba dianggap sebagai perangsang sistem saraf pusat dengan ciri-ciri afrodisiak. Jadinya kebanyakkan artikel yang aku baca, rata-rata berceritakan tentang perubatan berkenaan mati pucuk dan pemulihan. Tiada kesan sampingan yang telah di sahkan oleh doktor-doktor, pakar-pakar perubatan.


Jika ada rancangan ini, maka ianya sedang dirawat.

Aku berpendapat, produk Catuaba yang kawan aku dok canang ni. Selamat untuk digunakan. Kepada mereka yang mempunyai masalah seperti kencing manis, darah tinggi dan jantung juga selamat untuk digunakan. Dan produk ini juga, dapat membantu merawat penyakit-penyakit itu.

Kepada mereka yang mahu mendapatkan produk ini. Boleh hubungi atau SMS ke no. 019.681.6298. Kalau rasa diri tu mempunyai masalah, jangan malu-malu bertanya. Sekurang-kurangnya kita ikhtiar atau berusaha untuk memperbaiki kelemahan diri kita.

Salam 1Malaysia.




Wednesday, November 20, 2013

Santai Pemuda Gombak di Kelong Fauzi, Lukut...

Santai Pemuda Gombak di Kelong Fauzi, Lukut... 

Terlupa pulak aku nak cerita pasal pengembaraan grup pemuda ni di Kelong Fauzi, Lukut. Dok tengok gambar-gambar lama yang ada dalam simpanan aku, terselak pulak album ni...

Menunggu nama disebut untuk hadiah cabutan bertuah...
Ni dia kelong fauzi di Lukut. Memang best...
Logo trip memancing kali ni.
Juara pancing untuk trip pertama ni dengan tangkapan ikan semilang seberat 1.2 kilo.
Naib juara. Dengan tangkapan ikan daun baru seberat 600 gram. Perambut pun suruh orang lain pasang.
Inilah hasil tangkapan pemancing-pemancing yang kononnya tegar... hehehe

Apa pun, aku tetap suka memancing di kelong ni. Walaupun hasil tangkapan tidak berapa, kelong ni tetap menjadi pilihan aku kalau aku nak pi memancing lagi.


Pada brader Fauzi, terima kasih kerana menyediakan tempat untuk aku melampiaskan otak. InsyaAllah aku dan rakan-rakan akan datang lagi.


Tuesday, November 19, 2013

Bila seorang artis mempersoal kelantangan seorang Menteri!

Bila seorang artis mempersoal kelantangan seorang Menteri!

Nampak sangat IQ artis tersebut hanya IQ berkelas SPM. Itupun dapat gred 3 ataupun SAP jer… Ini yang dikatakan Melayu mudah lupa. Nak cakap tu tengok ler cermin dulu kat mana tahap kita tu?

Tindakan YB Menteri Belia dan Sukan aku amat puji. FAM perlu diperbetulkan. Perlu diperbaharui. Perlu ditranformasi dan juga perlu direform untuk melihat kembali kehebatan bolasepak negara.

Mungkin YB Menteri telah melihat perkara tersebut. Lantas menegur FAM dengan cara YB Menteri. Apa yang salahnya? Apa masalahnya?

Kalau nak cakap YB Menteri kurang ajar? Tak kena cara? Cara YB Menteri tak betul? Wei dol… Sapa kau nak tegur dia?

Kalau setakat lulus SPM kau nak menyalahkan pelajar terbaik Oxford University… cermin-cerminlah diri tu.

Kadang-kadang kita syok mencari kesalahan orang. Kekadang tu mencari kesalahan orang memang kita suka. Kita lupa pulak nak mencari kebaikan orang. Kita lupa pulak menilai kebaikan yang akan orang lain buat.
Walaupun kita berada sebaris dengan orang-orang hebat, tak semestinya kita juga hebat.

Jangan kita berbangga diri apabila kita dikelilingi dengan orang-orang yang hebat, berjawatan dan berpengaruh. Jika kita sendiri yang hebat… itu adalah yang terbaik. Tapi kita tu tak hebat mana pun. Harap boleh menyanyi jer… jagalah bidang nyanyian tu bebaik.

Buat aku gelak jer berguling-guling bila baca cerita dia ni. Sian…

Belajar untuk kita mendapat ilmu. Ilmu akan menjadikan kita berpengalaman. Penagalaman itu menjadikan kita orang yang hebat. InsyaAllah…

Saya sokong YB Khairy Jamaluddin, Menteri Belia dan Sukan selagi dia membuat perkara-perkara yang baik untuk memajukan sukan untuk tanah air. Malaysia Boleh!

Majulah Sukan Untuk Negara.


Monday, October 28, 2013

Ucapan Yang Pertama Sebagai KP Selayang Baru...

Bukan semua orang berpeluang untuk mendapatkan pengalaman ini. Hanya mereka yang bertuah dan terpilih sahaja yang dapat merasainya. Dan ini jugalah yang akan menjadi pengalaman untuk di masa akan datang.

Bacalah teks ucapan yang saya karangkan untuk berucap di hadapan masyarakat dan ahli-ahli UMNO Cawangan Selayang Baru di Mesyuarat Agung Cawangan Selayang Baru 2013 baru-baru ini.




Bismillahirahmanirahim…

Terima kasih kepada kekanda pengerusi majlis, mantan Ketua Pemuda Umno Cawangan Selayang Baru - Farid Iqbal Omar.

Yang Berbahagia dan disayangi Bonda Pengerusi Tetap UMNO Cawangan Selayang Baru, Hajah Fauziah Abdul Rauf.

Yang Berbahagia, Lagi dikasihi dan disayangi, Ayahanda Ketua UMNO Cawangan Selayang Baru – Tuan Haji Omar Manan

Yang Berbahagia, juga disayangi Ayahanda Tim. Ketua Cawangan – Tuan Haji Abdul Rahim Abdul Karim

Barisan Pegawai dan Ahli Jawatankuasa UMNO Cawangan

Yang Berbahagia, Ketua Wanita UMNO Cawangan, Bonda Hajah Fatimah Bakar dengan barisan ahli jawatankuasa

Yang Berbahagia, Ketua Puteri UMNO Cawangan, Adinda Maiztul Aqma bersama barisan ahli jawatankuasanya

Ahli-ahli Jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO Selayang Baru

Selamat datang juga kepada wakil-wakil UMNO Bahagian, Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Gombak

Tidak lupa juga kepada Wakil Pemantau yang akan memantau perjalanan mesyuarat kita pada hari ini.

Ketua-Ketua Cawangan, Wanita, Pemuda Dan Puteri UMNO

Dan yang paling utama, ibu-ibu, bapabapa, kakak-kakak, abang-abang dan adik-adik yang ada di hadapan saya ini yang menjadi tunjang kepada wadah perjuangan UMNO Cawangan Selayang Baru selama ini.

Barisan hadapan kepimpinan UMNO Cawangan Selayang Baru.
Ketua Pemuda yang baru ditabalkan menyampaikan ucapan.
Semoga gandingan ini dapat menghasilkan sesuatu yang positif untuk UMNO Cawangan, khususnya di peringkat pemuda.
BUAH PAUH DI TENGAH BENDANG
JADI DAGANGAN DI TENGAH LAMAN
TUAN PUAN DATANG BERTANDANG
BARISAN AJK ALU-ALUKAN…
 

INDAH BERBALAM SI AWAN PETANG,
BERARAK DI CELAH PEPOHON ARA;
PEMANIS KALAM SELAMAT DATANG,
AWAL BISMILLAH PEMBUKA BICARA…


1. Alhamdulillah, segala puji bagi Tuhan Penguasa Semesta Alam, kerana dengan rahmat dan izin-Nya, sekali lagi kita dapat berkumpul di hari yang penuh keberkatan ini bagi menunaikan kewajipan kita sepertimana yang termaktub dalam Perlembagaan Parti.

KALAU TIDAK POHON BERANGAN
TIDAK PUYUH KE TASIK CHINI
KALAU TIDAK KERANA PERJUANGAN
TIDAK KITA BERKUMPUL DI SINI.


2. Bertepatan dengan suasana Syawal, saya dan seluruh kepimpinan Pemuda Cawangan mengucapkan selamat menyambut Hari Raya dan memohon maaf zahir dan batin kepada semua pihak, sekiranya ada tersilap kata atau terlanjur laku. Atas itu, saya secara peribadinya, sekali lagi menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf atas segala salah dan silap selama ini. Sesungguhnya, inilah peluang dan ketika yang terbaik, untuk kita merapatkan saf, membuang yang keruh dan mengambil yang jernih, serta saling maaf-memaafi bagi kita semua bergerak ke hadapan untuk berbakti pada nusa dan bangsa.

BANYAK MASA ANTARA MASA
TIADA TANDINGAN SAATNYA INI
JARI DISUSUN MAAF DIPINTA
TEGUH IKATAN SEIKHLAS HATI


3. Pada majlis yang penuh mulia ini juga, izinkan saya mewakili seluruh ahli Pergerakan Pemuda, secara rasminya merakamkan ucapan setinggitinggi terima kasih kepada bekas Ketua kita, Kekanda Farid Iqbal, atas jasa dan sumbangan kepada Pergerakkan Pemuda Cawangan selama ini. Beliau juga seorang insan berjiwa besar yang telah menyerahkan tampuk kedudukan kepada generasi baru.

KALAU ADA SI BUNGA RAMPAI
KIRIMKAN SAYA BUAT PENYERI
JASA TUAN TIDAK TERNILAI
SELURUH ALAM MENJADI SAKSI


Tuan-tuan dan puan-puan,

4. Kehadiran anda semua pada hari ini pastinya dengan semangat dan komitmen yang jitu kepada perjuangan parti. Sewajarnya, kita menginsafi bahawa kita, insan yang serba kerdil ini telah diberikan amanah dan tanggungjawab berada di dewan yang mulia ini. Hadirnya jasad dan roh kita bukan atas nama individu dengan kepentingan diri sendiri. Hadirnya kita di sini adalah bernawaitukan kepada Allah SWT, bagi mendukung dan memperkasakan institusi UMNO.

Tuan-tuan dan puan-puan,

5. Kita sebenarnya berada di persimpangan jalan yang cukup penting dalam perjuangan UMNO. Pilihan yang kita ambil akan menentukan jatuh bangun parti menjelang cabaran paling besar dalam sejarah kita. Pilihanraya Umum ke-14 (PRU-14) adalah pertarungan survival bagi UMNO dan Barisan Nasional. Pakatan Pembangkang akan cuba memberi pukulan maut kepada kita setelah berjaya menafikan majoriti dua pertiga di Parlimen pada pilihanraya yang lepas. UMNO dan BN hanya ada tiga tahun untuk membuktikan kepada rakyat bahawa kita masih merupakan pemimpin dan pentadbir yang terbaik untuk negara… yang mampu memenuhi aspirasi rakyat.

6. Cabaran sekarang memerlukan kebijaksanaan untuk kita mengurus persekitaran politik yang jauh berbeza daripada kebiasaan sebelum ini. Kita berhadapan dengan pengundi yang lebih berpendidikan dan terdedah kepada dunia. Mereka lebih mudah membuat perbandingan akan tahap pencapaian dan amalan politik di Malaysia dengan negara-negara lain. Ramai daripada kumpulan ini merupakan generasi muda… hampir sembilan juta dari pengundi pada PRU-14 nanti terdiri daripada pengundi muda. Generasi ini tidak boleh dipaksa untuk menyokong kita dengan hujah bahawa mereka patut berterima kasih dan bersyukur kepada UMNO dan BN. Pendekatan tersebut mungkin boleh digunapakai dahulu tetapi bagi generasi muda sekarang mereka mahu tahu apa yang boleh UMNO dan BN laksanakan dan bukan apa yang telah serta pernah dilaksanakan.

7. Yang pasti, lanskap politik tanahair amat berlainan dengan aliran maklumat yang bebas samada melalui media masa atau media baru. Pemodenan negara dengan infrastruktur canggih seperti jalur lebar dan telekomunikasi mudah alih bukan hanya meningkatkan produktiviti ekonomi negara tetapi juga memberi kesan kepada kesedaran dan kematangan politik rakyat.

8. Inilah persekitaran terkini… lebih bebas, terbuka, muda, terdidik dan kosmopolitan. Kaedah berpolitik di abad ke 21 ini menuntut kepada perubahan sepertimana perubahan zaman yang telah berlaku. Persekitaran yang mencabar ini dan masa yang teramat suntuk menuntut kita untuk bergerak sepanjang waktu, tanpa noktah, tanpa rehat kerana survival kita bergantung kepada keputusan PRU-14 nanti.

9. Justeru, saya amat bersetuju dengan pendekatan yang dilakukan, melalui transformasi generasi oleh Ketua Pergerakkan Pemuda UMNO Malaysia, Saudara YB Khairy Jamaluddin, atau lebih dikenali dengan panggilan KJ di kalangan Pemuda UMNO.

10. Apakah yang telah KJ lakukan? KJ telah memperkenalkan Rukun Pemuda sebagai asas kepada transformasi kita. Lima rukun ini, iaitu bersatu, berprinsip, inklusif, relevan dan proaktif, menggariskan satu falsafah kerja yang baru serta meletakkan garis panduan kepada pergerakan kita untuk mencapai matlamat kemenangan sokongan generasi muda.

11. Bersatu bermaksud bahawa asas kekuatan kita adalah perpaduan dan gerak kerja berpasukan, membariskan semua ahli Pemuda dalam saf perjuangan yang kukuh. Berprinsip pula bermakna bahawa Pemuda tetap berpegang teguh kepada perjuangan asas UMNO bagi menegak, mempertahan dan memartabatkan agama, bangsa dan tanah air. Inklusif pula bermakna aktiviti dan program kita menjangkau parti dan merentasi perbezaan agama dan bangsa. Relevan membawa maksud bahawa segala program, medium penyampaian, gaya bahasa dan saluran maklumat hendaklah menepati citarasa golongan yang disasarkan. Akhir sekali, Proaktif merupakan piawaian budaya kerja di mana segala perancangan dan tindakan hendaklah dibuat tanpa menunggu arahan terutama dalam hal ehwal kebajikan rakyat sebelum ia menjadi kronik hingga dieksploitasi oleh pembangkang.

12. Oleh yang demikian, saya dan barisan ajk Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Selayang Baru yang baru ditabalkan, sangat-sangat mengharapkan sokongan dan bantuan daripada semua ahli-ahli UMNO Cawangan ini agar dapat melakukan transformasi ini.

13. Saya merayu, kepada ibu-ibu, bapabapa yang ada di dalam dewan yang mulia ini, daftarkanlah anak-anak yang sudah berumur 18 tahun menjadi ahli UMNO. Bawa mereka ke majlis-majlis UMNO. Kalau pemuda, kenalkan kepada saya, serta barisan ajk yang ada. Kalau wanita, perempuan… pun boleh kenalkan. Tiada masalah. Apabila cukup 21 tahun, tugas ibu-ibu dan bapa bapa juga mengingatkan anak-anak mendaftarkan diri sebagai Daftar Pemilih. Perkara ini yang penting. Kalau setakat jadi ahli UMNO tapi tak boleh pi mengundi pun tiada guna. Cerita politik atas bawah, kiri kanan. Bila kita tanya, “Kau dah daftar ke daftar pemilih?” “Belum.” Jawabnya selamber jer.

14. Saya dan barisan ajk pergerakkan pemuda akan memastikan dua perkara ini akan diuruskan dengan baik dan berjaya. Dengan bantuan dan sokongan daripada ibu-ibu dan bapa-bapa! Pertamanya Penambahan keahlian UMNO Cawangan. Khususnya golongan orangorang muda. Kedua, memastikan semua ahli-ahli UMNO Cawangan yang sudah berumur 21 tahun ke atas telah didaftarkan sebagai Daftar Pemilih. Ini saya akan pastikan.

Hadirin sekalian,

15. Marilah kita barisan sayap, Wanita, Pemuda dan Puteri berdiri teguh di belakang Ketua dan Timbalan Ketua kita, marilah kita bersama-sama mempertahankan Kerajaan kita yang tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas, yang telah mengharungi pelbagai badai gelora bersama namun tetap tidak berganjak dari prinsip asas perjuangan – yang kekal bersama-sama dalam keadaan susah dan senang, yang bekerja keras untuk membangunkan negara, tanpa perlu menabur janji-janji palsu semata-mata untuk menjadi Kerajaan di bumi yang tercinta ini.

BANYAK KELUK KE PENARIK,
KELUK TUMBUH POHON KUINI;
NAN ELOK BAWALAH BALIK,
NAN TAK ELOK TINGGALLAH DI SINI.


BUNGA DEDAP DI ATAS PARA,
ANAK DUSUN PASANG PELITA;
KALAU TERSILAP TUTUR BICARA,
JEMARI DISUSUN MAAF DIPINTA.


16. Sedarlah, kita kini berada di persimpangan perjuangan. Inilah masa dan detiknya, kita – golongan muda bersatu menjadi nakhoda zaman, memacu perjuangan ke arah ketamadunan yang terbilang. Ayuh, bangkitlah, bangkitlah kita semua menyahut cabaran, menerajui harapan, menunaikan tuntutan demi kelangsungan agama, bangsa dan negara.

Hidup UMNO!
Hidup UMNO!
Hidup UMNO!

Tuesday, October 22, 2013

Al-Fatihah untuk Iris Amni

Asslamualaikum...

Salam Sejahtera... Salam 1Malaysia...

Agak lama rasanya aku tidak menulis di sini. Mungkin ada yang perlu aku uruskan diwaktu terdahulu sehingga aku kurang menghasilkan karya di sini... 

Akhirnya, aku merinduinya semula. Aku rindu untuk menaip ayat-ayat, perkataan-perkataan yang mengisi kekosongan jiwa ku.

Allah lebih sayangkan dia daripada aku menyayanginya... Maka itulah ketentuan yang sudah tertulis. Aku redha denga apa yang berlaku sekarang. Cuma aku amat merinduinya sekarang ini...


Tujuh tahun... tujuh tahun Allah SWT meminjamkannya kepada aku. Selama tujuh tahun itu, ialah juga menjadi jiwa raga aku. Sehinggakan aku meletakkan ia sebagai tiang seri rumahtangga aku yang aku bina selama 10 tahun lebih ini.

Apapun, aku bersyukur kepada Allah SWT dengan apa yang telah aku rasai ini. Mungkin tidak semua mahkluknya dapat merasai ujian ini. Inilah kehidupan yang perlu aku nikmati dan rasai.

Terima kasih. Aku Bersyukur kapada Mu...

Tuesday, July 9, 2013

Kelebihan Bulan Ramadhan dan Sunnah ketika berpuasa

Selamat Berpuasa kepada semua muslimin dan muslimat...


Bulan mulia bulan Ramadan tiba lagi. Bersyukur kepada Allah SWT kerana memberi peluang sekali lagi kapada aku untuk menyambut Ramadan kali ini. Alhamdulillah...





Dikesempatan ini, aku ingin memohon ampun dan maaf kepada semua sahabat2 dan kenalan di FB serta khususnya kepada pembaca blog ini. Mungkin disepanjang perkenalan kita, ayat-ayat dan penulisan saya di blog dan FB ada mengguris hati dan perasaan sahabat semua.

Tidak terlintas di hati ini ingin melukakan perasaan sahabat2 semua. Mungkin kadang kala, keadaan dan masa, ada ayat-ayat yang terkeluar di luar batasan dan jangkaan.

Maka dengan itu, aku memohon ampun dan maaf daripada semua kesilapan yang aku lakukan. Dengan sengaja mahupun tidak sengaja. Dengan tersurat mahupun tersirat.

Selamat menyambut bulan yang mulia... Ramadan al-Mubarak.

Salam 1Malaysia.