Thursday, November 29, 2018

MOVE ON... UTUSAN KARYA TINGGAL KENANGAN


Assalamualaikum... Salam kepada semua sahabat2, kenalan2, stalker2 dan mereka yang tercari-cari di mana aku berada ketika ini. Kepada anda semua, aku masih sihat dan gembira disamping keluarga tercinta. Alhamdulilah...

Syukur pada Allah SWT, saat dan ketika ini aku masih mampu untuk mengetuk panel key board yang berada di hadapan ku ini. Di saat hati serba macam perasaan. Tapi... inilah perjalanan ceritanya...

2003... Pada bulan November, aku telah menyertai sebuah syarikat yang baru ditubuhkan. Dan syarikat itu adalah anak syarikat kepada Kumpulan Utusan Berhad yang diberi nama Utusan Karya Sdn. Bhd. yang terletak di Shamelin Perkasa.

Sebelum itu, satu sesi temuduga diadakan di syarikat tersebut. Aku terpilih dan juga beberapa orang yang lain turut melalui proses tersebut. Sewaktu sampai di sana, aku adalah orang yang terakhir dan kalau tak silap mereka nak berhenti berehat untuk waktu makan tengah hari. Tetapi, disebabkan aku yang terakhir, maka mereka menerukan sesi temuduga itu.

Masuk sahaja dibilik temudaga tersebut, aku kelihatan ada 5 orang panel daripada pihak syarikat. Aku jadi cemas. Selama ini, sesi temuduga paling ramai pun dalam 3 orang. Itupun dah cuak. Ini pulak 5 orang. Emmm...

Setelah masuk, aku disapa dengan suara yang besar... seorang lelaki berbadan besar dan agak serius mukanya. Duduk bersebelahan dengan seorang wanita yang di tengah antara mereka. "Haa... tunggu apa lagi tu. Duduklah."

Aku pun duduk dan terus sampaikan salam kepada semua yang ada. Setelah aku perkenalkan diri dan cerita serba sedikit latar belakang dan pengalaman ku. Lantas aku terus menghulurkan naskah contoh majalah dan akhbar tabloid dari syarikat lama yang aku kerja.

"Sijil-sijil lain sebagai sokongan ada tak? U bawak ni jer untuk interbiu ni?" kata wanita yang duduk di tengah itu.

"Apalagi yang Puan dan Encik-encik perlukan. Bukankah inilah adalah contoh yang terbaik untuk saya. Bidang saya DTP Artis. Dan naskah ini adalah hasil daripada saya sendiri. Daripada muka depan sampailah belakang. Saya harap, ini sudah mencukupi untuk menyakinkan Puan dan Encik-Encik sekalian untuk saya bekerja di sini." jawab aku dengan penuh kenyakinan. (poyoo)

Seminggu selepas sesi temuduga itu, aku mendapat surat untuk membuat pemeriksaan kesihatan, dan selang seminggu surat tawaran bekerja di Utusan Karya SDN. BHD. pun menyusul. Sila lapor diri di Utusan Karya SDN. BHD. pada sekian tarikhnya... Alhamdulillah...

Aku sangat teruja dan aku juga menanamkan semangat semoga syarikat ini adalah syarikat yang terakhir bagi diri sehingga usia pencen ku. Melihatkan prospek dan hala tuju syarikat ketika itu sangat memberangsangkan, maka aku juga mula menyesuaikan diri dengan gaya kerjanya di sana.

Sekejap!... tapi bukan itu yang aku nak cerita hari ini. Hari ni aku nak cerita pasal 15 tahun pengalaman pahit dan manis semasa bersama di Utusan Karya ni... 15 tahun menjadi keluarga Utusan Karya. 15 tahun jugalah menjadi keluarga besar Kumpulan Utusan... Kalau nak cerita, mau sampai subuh gamaknya. Tapi aku ambil yang penting-penting jer...

Selain, menjadi Grafik Artis selama 15 tahun, aku juga memegang jawatan-jawatan penting semasa di Utusan Karya ni. Aku ni aktif sikit orangnya. Semua orang aku berkawan. Boss sampailah yang tukang sapu sampah aku berkawan. Maklumlah aku ni orang yang suka ramai kawan dan berpersatuan. Bagi aku tak rugi kalau berkawan dengan ramai orang. Dalam 10 orang tu mesti ada  seorang yang tak sekepala. Tu biasa. Tak semua akan satu kepala.

Utusan Karya ni, staf dia ada yang lama dan baru. Tak semuanya kekal macam aku dan 2 lagi rakan sekerja aku di sini. Maksudnya, antara orang terawal di Utusan Karya ni yang tinggal 3 orang selain dengan budak2 barulah. Sewaktu awal kemasukkan aku di Utusan Karya ni, kita ada 6 orang Grafik Artis yang hebat dan yang paling hebat tinggal 3 jer sekarang.

Dah.. dah... kelaut pulak rasanya cerita ni... Hahaha...

Sebahagian staff UKSB anak-anak kelahiran Selangor...

Apa yang aku nak cakap ni adalah betapa uniknya Utusan Karya ni. Betapa istimewanya syarikat ini. Walapun ada yang baru masuk, seperti mereka juga adalah orang lama di Utusan Karya. Hubungan  di antara kami semua amat baik. Bab kerja tu biasalah. Boss kekadang datang boosy dia... kita pun menyampah. Tapi bab kerja, bab berkawan bersahabat di luar lingkungan kerja ni semua ok.

Aku dengan boss boleh bergurau.. boleh makan-makan sekali.. boleh bersukan sekali.. kekadang dalam rundingan CA tu... aku siap perli-perli boss... sampai hentak meja pun ada... puye tegang. Tapi, inilah uniknya Utusan Karya, keluar jer dari bilik rundingan, kita boleh borak dan bergurau seperti biasa. Boss Boss yang ada kat Utusan Karya ni kebanyakkan yer semua baik-baik.

Kita boleh tubuh kelab sukan dan kebajikan  untuk buat program silaturhaim antara staf. Kau rasa syarikat kau kerja sekarang ni, boleh buat masak-masak, kenduri-kendara, rewang antara staf? Aku tanya jer? Kalau ada baguslah. Ni nak citer, aku dan rakan-rakan di sini buatkan program syarikat, event syarikat. Bila buat Jom Fieta.. orang-orang yer kita staf ni. Yang wartawan yer.. yang grafik yer.. yang akaun yer... semua ni bergabung jadi krew.

Bukan setakat tu jer, Open House syarikat. Kita jugalah yang buat. Dah macam kerja krew event pun ada. Masing-masing dah ada pengalaman nak buat event. Semua ilmu ini diperolehi hanya di Utusan Karya. Tak dapat tempat lain dek. Jadi yang ambik VSS tu tak perlu risau yer. Anda sudah banyak pengalaman sewaktu berkhidmat di Utusan Karya ni.

Ular kesayangan staff UKSB...

Pada awalnya aku ada cerita yang syarikat ni di Shamelin Perkasa. Tapi pada tahun 2007, syarikat berpindah di Sri Utusan Bangi. Maka, kami beramai-ramai jugalah berpindah ke Bangi dengan kawasan dan keadaan yang baru. Juga suasana kerja yang baru.

Mula-mula pindah tu ada gak rasa macam tak berapa best jer Bangi ni. Tapi, lama-lama, semua dah sesuaikan diri dengan keadaan sekekeling, akhirnya jadi lagi best opis kat Bangi ni. Tempat makan bukan main banyak. Best-best pulak tu. (Biasalah, makan perkara wajib ooo).

Bila kat Bangi ni, aku bercampurlah juga dengan team Pemasan dan team Pengeluaran. Di sebabkan aku ni peramah dan mulut manis. Maka ramailah kenalan aku. Bab ni, kawan-kawan lain tak boleh ikut. Aku tengok, cara rakan-rakan opis aku ni, berkawan dengan kelompok dia jer. Mereka tak berapa mesra dengan Jabatan-Jabatan lain yang ada dalam Utusan Melayu ni. Banyak Jabatan ada, sehingga boleh buat Sukan Antara Jabatan lah selang 2 tahun.

Kita pun mulalah mengemas apa  yang patut...

Bila kita kat Bangi ni... macam-macam lah lagi jadinya... Aku bertambah kawan. Aku makin aktif. Aku semakin liar... opss... Bab liar tu tak ada ek. Macam-macam program aku dan rakan-rakan sepejabat lakukan. Bersukan, memancing, main bola, main badminton, main congkak dan batu seremban. Rapat macam keluarga sendiri. Hebatkan Utusan Karya.

Lepas ni, sudah pasti aku akan merindui semua yang berlaku di Utusan Karya ni. Rindu kawan-kawan main karom... Rindu lepak ngan kawan-kawan kat kantin sewaktu minum petang... Rindu main bola sama-sama... Rindu dengan telatah Latip Burgiba... Rindu dengan kerenah Minggo yang asyik nak borak jer... Rindu pada semuanya.

Dah tak ada gang main karom ni...

15 tahun mengharunginya bersama-sama... akhirnya, keputusan syarikat untuk mengurangkan pekerja terpaksa dilaksanakan. Demi mempertahankan Kumpulan Utusan ini, aku meletakkan masa depan ku dengan mengambil VSS yang telah ditawarkan.

Ini adalah kerja-kerja ku sewaktu di Majalah Hai...

Bukan senang untuk aku membuat keputusan waktu itu. Memilih sama ada untuk menerima tawaran atau terus bersama Utusan Karya. Sedikit sebanyak faktor kekalahan BN pada PRU14 turut menyumbang kepada pengecilan kos di Kumpulan Utusan ini. Tapi, hidup perlu diteruskan. Aku juga perlu bina masa depan yang lebih baik. Maka, mungkin... mungkin tindakan aku betul dengan menerima tawaran VSS ini.

Buat rakan-rakan ku sekalian, Aku mohon maaf di atas segala kesalahan yang telah aku lakukan selama ini, dari perbuatan, percakapan, sentuhan yang sengaja mahupun tak sengaja, sehingga mengguris hati dan perasaan kalian semua. Maaf ku pohon dari hujung rambut ke hujung kaki.

Yang baik datangnya dari Allah SWT... dan yang buruk itu datangnya dari aku makhluk-Nya.

- fy
Tumbprint terakhir... Selamat tinggal bunga ku...