Tuesday, July 9, 2013

Kelebihan Bulan Ramadhan dan Sunnah ketika berpuasa

Selamat Berpuasa kepada semua muslimin dan muslimat...


Bulan mulia bulan Ramadan tiba lagi. Bersyukur kepada Allah SWT kerana memberi peluang sekali lagi kapada aku untuk menyambut Ramadan kali ini. Alhamdulillah...





Dikesempatan ini, aku ingin memohon ampun dan maaf kepada semua sahabat2 dan kenalan di FB serta khususnya kepada pembaca blog ini. Mungkin disepanjang perkenalan kita, ayat-ayat dan penulisan saya di blog dan FB ada mengguris hati dan perasaan sahabat semua.

Tidak terlintas di hati ini ingin melukakan perasaan sahabat2 semua. Mungkin kadang kala, keadaan dan masa, ada ayat-ayat yang terkeluar di luar batasan dan jangkaan.

Maka dengan itu, aku memohon ampun dan maaf daripada semua kesilapan yang aku lakukan. Dengan sengaja mahupun tidak sengaja. Dengan tersurat mahupun tersirat.

Selamat menyambut bulan yang mulia... Ramadan al-Mubarak.

Salam 1Malaysia.

Friday, July 5, 2013

Konsert Metallica bakal gegarkan Kuala Lumpur!!!



Konsert Metallica bakal gegarkan Kuala Lumpur!!!


Pada peminat-peminat Metallica jangan melepaskan peluang untuk mendapat tiket konsert Metallica Life In KL pada 21 Ogos 2013 ini....  Cepat brader-brader semua!

Aku pun macam nak percaya dengan tidak, kehadiran kumpulan rock terbesar dunia ni ke Malaysia. Dulu, ada ura-ura nak sampai, tapi akhirnya terbatal. Ni sekali lagi ada bunyi. Jangan tak jadi udah ler.

Kerajaan Malaysia bagi pula kali ni yer. Kalau tak silap dulu, kerajaan Malaysia yang tidak membenarkan kumpulan Metallica ini mengadakan konsert di Kuala Lumpur.

Mungkin disebabkan kumpulan ini mengadakan konsert untuk sambutan Aidilfitri kot... Macam dalam video kat atas tu... Tu yang kerajaan Malaysia lepaskan.

Apapun, brader-brader semua dapatkan tiket dengan harga yang paling murah RM198...  di galaxy.com.my. Jumpa di sana...

Salam 1Malaysia.