Kematangan akan mengajar orang-orang muda mengenal erti kehidupan. |
Konflik Pemikiran Yang Lama dan Baru, Pasti ada hati yang terguris…
Senario ini pasti berlaku bila masa ada perbezaan pendapat
dan pandangan di antara orang lama dan baru. Sehinggakan ada yang terguris
hati. Betul ke?
Dalam sesebuah keluarga juga pasti akan berlaku pertikaian
atas sesuatu isu yang dibangkitkan. Pandangan berbeza-beza pasti akan ada
sehinggakan menghangatkan suasana. Hangatnya suasana ini untuk mencari titik
persamaan.
Orang lama, pasti akan memberikan pandangannya dengan cara
mereka. Mungkin ada segelintir orang lama yang tahu cara untuk berilmiah secara
terbuka dengan golongan orang muda. Tapi, banyak juga orang-orang lama ini
hanya suka dengan cara mereka yang lama.
Orang muda perlu belajar daripada pengalaman orang lama.
Orang muda perlu dengar dan ambil tahu pandangan orang lama. Orang muda juga
perlu menghormati yang tua. Tapi, orang muda juga ada pandangan dan pendirian
tersendiri di mana orang-orang lama juga perlu menghormati pandangan itu.
Orang lama sentiasa merasakan orang muda ini, kena sentiasa
diberikan pentunjuk, dorongan dan bantuan daripada segala isu. Tapi tidak
semestinya semua keputusan itu datangnya daripada orang-orang lama. Orang muda
berhak juga membuat keputusan jika ianya wajar.
Kajian yang dibuat untuk mendekati golongan muda... |
Adakah mereka orang-orang lama ini lupa yang merekalah telah
mendidik orang-orang baru ini. Hantar belajar sampai ke universiti. Tak cukup
kat dalam negara. Hantar pula ke luar negara. Apa agaknya IQ orang muda yang
diberikan pendidikan ini? Masih tak boleh buat keputusan lagi ke?
Berikan peluang dan ruang kepada kami orang-orang muda
membuat keputusan. Agar kami juga dapat mencipta sejarah tersendiri dan
pengalaman yang berharga. Ilmu yang paling berguna adalah mendapat pengajaran
daripada pengalaman. Bukan orang muda mahu melawan. Bukan kami orang muda mahu
menunjukkan kehebatan. Hanya mahukan pengalaman yang berharga.
Kadang-kala emosi mengatasi pemikiran yang rasional di
kalangan orang-orang lama. Sehinggakan mainan perasaan yang membantutkan
kematangan orang-orang muda untuk lebih berani kehadapan. Mungkin juga akan
mengakibatkan hilangnya waris kepimpinan di Malaysia ini.
Perbezaan pandangan dan pendapat pastinya akan berlaku.
Orang lama dengan orang lama pun ada yang berbeza pemikiran. Inikan pula orang
lama dengan orang muda. Bagi aku, berikan ruang kepada orang-orang muda
mencipta pengalamannya sendiri. Kalau tidak, manakan tahu mereka orang-orang
muda belajar daripada pengalamannya.
“Yang lama perlu lebih rasional untuk menerima pandangan
orang muda. Orang muda perlu sentiasa menghormati pandangan orang-orang lama…”
Salam 1Malaysia.
No comments:
Post a Comment