Thursday, November 1, 2012

BR1M 2.0 SUDAH BOLEH DIMOHON

Ini adalah contoh borang yang sah yang boleh didapati di laman sesawang Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia.

BR1M 2.0 SUDAH BOLEH DIMOHON

Berita gembira pada mereka yang layak untuk menerima BR1M. Pada yang tidak layak, kita tengok jerlah mereka yang layak.

Kenapa nak tunggu lama-lama, mohonlah sekarang. Pada pemohon yang baru dapatkan borang BR1M 2.0 di Pejabat LHDN yang terdekat. Mungkin di pejabat tok penghulu pun boleh dapat borang ni. Kalau nak tahu, cuba korang pi tanya.

Tapi kali ni, cara untuk memohon BR1M 2.0 ini lebih mudah. Korang semua boleh memohon secara online di laman web Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) iaitu www.hasil.gov.my http://www.hasil.org.my/index.php Senang jer, masuk dan daftarkan maklumat anda di sana.

Pada pemohon lama, anda juga kena mengisi borang yang baru. Ini kerana ada maklumat-maklumat baru yang perlu dikemaskini. Seperti no.acc bank dan bank apa yang kita menyimpan. Seperti yang saya hubungi pihak LHDN, katanya pemohon lama juga perlu menghantar borang untuk mendapatkan maklumat baru.

Pada pemohan lama, jangan korang ingat tak perlu isi lagi. Kang ada yang komlen pulak. Macam-macam ayat keluar... "kenapa tahun ni saya tak dapat. Tahun lepas saya dah mohon." Macam mana nak dapat, borang baru tak diisi.

"Leceh betullah kerajaan ni, nak bagi duit kat rakyat pun nak kena macam-macam..." "Kenapa nak kena daftar lagi. Hari tu cakap tak perlu isi apa-apa borang lagi?" "Menyusahkan betul kerajaan ni, nak kena isi borang lagi..." dan pastinya akan bermacam-macam kelohan daripada korang semua.

Jadi, pada pemohon lama tu, jangan jadi bodoh sombong. Tanya orang-orang yang tahu tentang BR1M ni. Nak lagi tepat hubungi sendiri LHDN di talian hotline - 1-300-88-3010. Jangan malu-malu nak bertanya. Nanti orang lain dah dapat, kita merungut tak tentu pasal pulak.

Pada yang layak, mohonlah hak anda sebagai rakyat Malaysia. Dan sebagai rakyat Malaysia, berterima kasihlah kepada pihak kerajaan.

Salam 1Malaysia.

No comments:

Post a Comment