Tuesday, November 20, 2012

ADIK DOAKAN KEHANCURAN BN, ABANG MURTADKAN UMNO!




ADIK DOAKAN KEHANCURAN BN, ABANG MURTADKAN UMNO!


Apa yang telah dikatakan oleh Nik Aziz seorang yang dipanggal Tuan Guru ini amat menyedihkan. Aku tak dapat nak menerima apabila seorang yang dianggap mulia ini memurtadkan sahabat lain dengan hanya berbeza pandangan poltik.


Tak cukup dengan itu, adiknya pula mendokan kehancuran untuk UMNO dan BN. Siapakah orang-orang dalam UMNO tu? Bukankah orang-orang Melayu dan beragama Islam.


Semakin jauh pendirian PAS apabila aku melihat mereka semakin terdesak untuk mendapat kuasa dunia ini. Semakin lama semakin tersasar rasanya. Tapi aku bukan Tuhan untuk menentukan kebenaran ini.

Bagi aku, sudah sampai masanya untuk Nik Aziz ini dinasihatkan supaya berundur. Takut-takut ni pelbagai dakwaan yang tidak sepatutnya akan dikeluarkan lagi yang hanya melemahkan umat Islam dan bangsa Melayu di Malaysia ini.

Pemimpin PAS seharusnya patut lebih menunjukkan keIslamannya. Mendoakan kemusnahan untuk sahabat seIslam yang lain tidak mencerminkan seorang mukmin yang baik. Bukankah lebih cantik jika mendoakan kebaikkan walaupun untuk musuh kita.

Islam macam mana yang PAS bawa? Islam apa? Orang yang jahil macam aku tertanya-tanya. Adakah PAS ini memperjuangkan Islam? Islam yang macam mana PAS perjuangkan? Bukankah al-Quran dan Sunnah pegangan kita sebagai umat Islam?

Kalau ditanya kepada aku. Aku yang mewakili orang-orang muda, rasanya PAS sudah jauh tersar dari perjuangan asal. Tersasar dek kerana kerakusan untuk ke Putrajaya. PAS sudah hilang seninya.

PAS akan releven apabila PAS keluar daripada pakatan haramnya bersama DAP dan PKR. Selagi PAS bersama di dalam pakatan haram mereka, maka akan keluarlah lagi perkataan-perkataan, ayat-ayat yang tidak rasional daripada pemimpin-pemimpin mereka.


Aku puji sikap Najib, memberikan jawapan balas dalam keadaan yang tenang dan sentiasa senyum dengan apa berlaku. Kematangan Najib dalam soal ini adalah lebih baik daripada pemimpin-pemimpin PAS yang berwatakan alim.

Siapa yang memahami Islam di sini? Siapa yang lebih Islamik? Siapa yang memperjuankan Islam? Siapa yang mencerminkan orang mukmin yang sejati. Siapa? Akukah? Kaukah? Atau diakah?

Aku bukan Tuhan untuk menentukan siapa yang benar dan siapa yang salah. Aku hanya mampu tersenyum dan berdoa supaya Allah SWT memberikan pentunjuk dan hidayah.

Salam 1Malaysia.


3 comments:

  1. doa utk kehancuran umno smpi buat solat hajat beramai-2.. tapi doa utk keselamatan org islam di palestine tak ada pula.. doa org pas bkn utk org islam.. tapi untuk kepentingan politik..

    ReplyDelete
  2. umno buat cerita pendek jetu..cuba kita buka dari awal baru kita faham tujuan pas, sekurang-kurangnya mereka ke jalan allah untuk menolong umat islam yg byk terpesong,dari umno asyik ingat dunia je dari akhirat, akhirat mesti dilebihkan dahulu dari dunia yg xada apa untuk umat manusia hanya utk seronok je pada tren masa kini,saya harap anda akan mendapat hidayah pada allah, perbanyakan solat jemaah di surau, masjid atau pun dimana saja. agar kita fahami dan bersama orang-orang yg beriman utk menuju kejalan allah swt.

    ReplyDelete
  3. orang islam terlalu ramai kita lihat...tetap yang nak amalkan solat yang diperintah oleh allah berat nk buat. hanya ada nama seorang islam,tapi iman lemah, harini jemaah-jemaah dari pas akan usaha untuk membantu umat2 islam agar mereka mendapat kesedaran. MINTA JASA BAIK TUAN JANGANLAH BURUK-BURUKAN JEMAAH PAS ,MEREKA BERSUNGGUH-SUNGGUH UNTUK MEMBANTU RAKYAT UNTUK KEJALAN ALLAH SWT.

    ReplyDelete