Monday, November 5, 2012

KEROPOK LOSONG BEST DARI TERENGGANU



KEROPOK LOSONG BEST DARI TERENGGANU

Baru-baru ni aku ke Terengganu bersama rombongan opis. Kami ada staf day di sana. Banyak gak cerita yang aku nak kongsi pengalaman dengan korang semua apa yang aku buat dan dapat di Kuala Terengganu ni.

Yang dah tentu berbagai aktiviti dapat aku lakukankan di Kuala Terengganu selama 3 hari di sana. Pancing semestinya menjadi aktiviti riadah yang pasti aku tak akan lepaskan peluang di sana. Tapi bukan cerita pancing yang nak aku sampaikan hari ini.

Hari ni aku nak cerita pasal keropok losong. Orang sana panggil keropok losong. Kalau orang kampung aku panggil keropok lekor atau keropok gondek. Tempat korang aku tak tahulah apa panggilannya.

Antara menu makanan yang aku idamkan sebelum aku ke Kuala Terengganu ni adalah keropok lekor nilah. Selain nasi dagangnya. Memang tak rugi. Krepok lekor di Terengganu ni memang yang terbaik. Pastinya tak akan ada di KL ni. Bukan saja keropoknya yang sedap, pencicahnya pun terbaik.

Ni signboard kedai keropok lekor yang aku cakap tu di Kelulut.
Ada satu kedai di Kelulut yang menjual keropok losong ni. Rasanya pun sedap. Tempat ni menjadi tempat persinggahan rombongan kami untuk membeli keropok losong untuk dibawa pulang. Aku sempat gak tapau 6 bungkus untuk bagi kepada Mama, Babah, Isteri dan anak-anak aku.

Kalau lambat, kompom kena beratur der...
Di Kelulut ni, panggilan kedainya keropok losong 008. Kalau lambat turun daripada bas, kompom kena beratur panjang. korang tengok ler gambar tu sendiri. Selain menjual keropok lekor kedai ni juga menjual keropok keping, ikan kering dan bermacam-macam yang lain.

Kalau korang tak nak, susah-susah masuk kampung losong tu, korang singgah jer kat Kelulut ni. Dah tentu senang, menghala jalan balik ke KL.

Salam 1Malaysia.

1 comment: