Tuesday, March 5, 2013

AKHIRNYA FAIZAL HUSSIEN DIANGKAT SEBAGAI HERO…

Faizal Hussien telah terlalu lama bergelumang  di dalam bidang seni lakonan.

AKHIRNYA FAIZAL HUSSIEN DIANGKAT SEBAGAI HERO…

Pertamanya, aku nak ucapkan tahniah di atas anugerah yang cukup bernilai itu. Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik FFM25 milik Faizal Hussien menerusi lakonan dalam filem Bunohan arahan Dain Iskandar Said.

Selama 31 tahun bergelumang dalam industri seni ini, inilah anugerah yang pertama mengangkat Faizal Hussien di dunia seni perfileman tanah air.

Aku antara peminat setia Faizal Hussien. Bukan Faizal Hussien sahaja yang berbangga dengan anugerah yang diterimanya. Peminat-peminat macam aku ni pun turut berbangga dengan pengiktirafan ini.

Pada malam FFM25 baru-baru ini juga, filem Bunohan telah membolot 8 anugerah, antaranya Anugerah Pengarah Terbaik dan Anugerah Filem Terbaik. Ternyata, Bunohan sebuah filem yang terbaik.

Dari kiri, Zahiril Adzim, Dain, Faizal Hussien dan Pekin Ibrahim yang telah menjayakan Bunohan.

Aku dengar kutipan untuk filem Bunohan di pawagam tidak begitu menggalakkan, tetapi itu bukanlah bermakna Bunohan tidak berkualiti. FFM25 ini membuktikan Bunohan adalah filem yang terbaik di antara yang terbaik.

Pada Faizal Hussien, kau teruskan perjuangan dalam dunia seni ini. Aku pasti, aku dan peminat-peminat kau yang lain akan terus menyokong kau daripada belakang.

“Darah seni yang mengalir dalam badan ku ini telah lama sebati menjadi tukun. Rugi rasanya tidak menggunakannya pada tempat yang sesuai.”

Salam 1Malaysia.

No comments:

Post a Comment