Tuesday, January 29, 2013

BOLASEPAK NEGARA… MENUJU GEMILANG!


BOLASEPAK NEGARA… MENUJU GEMILANG!

Sebelum aku nak citer sikit pasal bolesepak Negara ni kita ni. Aku nak cakap aku ni penyokong The Red Giant. Selangor Darul Ehsan pasukan yang sering digeruni pihak lawan. Jangan marah arr…

Korang pasti ada sejarah dalam mengikuti perjalanan liga bolasepak negara ni. Betul tak? Pada yang minat pasti bermacam-macam pengalaman yang ada.

Akulah penyokong setia Selangor...

Sewaktu zaman jahiliah dulu. Perghh macam nak ceramah agama pulak. Tu maksudnya zaman gila pi stadium tengok perlawan bola waktu dulu. Sebagai penyokong tegar Selangor, sudah tentunya stadium Merdeka menjadi tempat aku beriadah setiap malam minggu bila ada perlawanan Selangor dengan pasukan lauk yang lain.

Masa zaman aku, Liga Semi-Pro. Masa tu nama-nama besar seperti Dollah Salleh, Zainal Abidin Hassan, Ismail Ibrahim, K. Gunalan dan A. Jayakantan masih bermain lagi. Masa tu ada pemain import yang hebat-habat juga.

Peredaran masa membuatkan rancaknya bolasepak tempatan ada dikelasnya tersendiri. Tahun demi tahun, masa terus berlalu semaraknya bolasepak tempatan seperti air pasang surut.

Rasanya inilah era akhir aku melihat perlawanan bolasepak di stadium... Rasanya ni pada tahun 95.

Tapi, bukan itu yang aku nak ceritakan sangat dalam tulisan aku kali ini. Aku nak menulis tentang gaji pemain-pemain dulu dan sekarang. Sejauh mana perubahan yang telah dibuat. Sejauh mana pemain-pemain mendapat imbuhan daripada usaha gigh mereka menjadi pemain kelab dan negeri. Dulu dan sekarang.

Bukannya apa, kalau dulu. Aku pernah dinasihatkan, menjadi bolasepak kebangsaan tiada masa depan yang baik berbanding menjadi pemain hoki kebangsaan. Lantas semangat untuk terus mencapai cita-cita luntur sama sekali. Akhirnya aku tidak serius dalam sukan bolasepak.

Tapi itu mungkin dulu, bukan sekarang. Apa yang aku nampak gaji pemain-pemain bolasepak sekarang paling kurang pun dalam 10 ribu sebulan. Betul tak? 

Top gila Azman masa ni. Pemain tempatan yang mendapat gaji termahal.

Kalau ikut zaman aku dulu, gaji yang paling rendah adalah penjaga gold an gaji yang paling tinggi adalah penyerang. Kalau tak silap, dulu gaji pemain tempatan yang tinggi Azman Adnan. Berapa tu aku tak pasti. Masa tu pada era 90-an. Azman Adnan tengah top masa tu.

Sekarang dikatakan, gaji pemain tempatan ada yang mencecah sehingga 90 ribu sebulan. Betul ke tidak. Semuanya telah terbukti ianya benar. Safie Sali dibayar gajinya sebanyak RM90 ribu sebulan oleh Johor Darul Takzim. Kenapa? Tak percaya? 

Tuah Safie. Pada adik-adik, bermainlah bersungguh-sungguh supaya dapat menyarung jersi kebangsaan.

Aku dapat tahu lagi, gaji paling rendah pun sekarang dibayar kepada pemain tempatan sebanyak RM10 ribu. Tu kira paling koman ler. Belum masuk elaun jaringan dan sebagainya lagi. Kaya pemain bolasepak sekarang ni. Dah tak macam dulu.

Jadi, aku nasihatkan kepada adik-adik yang memang minat main bolasepak ni. Mainlah. Jadikanlah bolasepak ini sebagai kerja masa depan adik-adik. Zaman sekarang ni, menjadi pemain bolasepak dapat membantu mengubah hidup kita. Macam jadi artis juga.

Ada juga yang dah macam artis. Selebriti sukan katanya. Nak glamor pun boleh, asalkan mutu permainan kena jaga. Jangan nanti ada penyokong yang bersuara.

Apapun, inilah zaman untuk mengembalikan kehangatan, semarak dunia bolasepak temapatan. Sama-samaah kita menyokong usaha-usaha kerajaan dan terutamanya FAM bagi menaikan mutu bolasepak negara.

“Liga Bolasepak Malaysia memerlukan sokongan kita semua untuk terus mengorak langkah menuju ke arah kegemilangan. Marilah kita sama-sama mengembalikan semangat Harimau Malaya.”

Salam 1Malaysia.

Sunday, January 20, 2013

APA UNTUNGNYA PERHIMPUNAN SHAMSIDAR?



APA UNTUNGNYA PERHIMPUNAN SHAMSIDAR?


Akhir-akhir ini, Malaysia sering berhadapan dengan masalah protes jalanan yang dilakukan oleh pihak-pihak yang kononnya memperjuangkan hak rakyat. Apa yang mereka perjuangkan?

Aku melihat perkara ini semakin hari semakin menjadi-jadi. Apakah mereka nak lakukan seperti negara-negara Arab? “Hallooo kawan, ni Malaysialah. Budaya kita tidak sama seperti budaya orang Arab. Kasar. Budaya kita jauh sopan santunya.”

Apa yang mereka mahu dengan Himpunan Shamsidar baru-baru ini? Bukankah hanya mahu tunjukan kuasa? Bukankah hanya untuk menakutkan rakyat dengan sokongan yang diperolehi? Bukankah hanya mahu memperjuangkan hak individu? Jadi, dimanakah perjuangan rakyat yang digembar-gemburkan tu?

Untuk apa kerajaan Malaysia ini dijatuhkan? Untuk apa? Kalau ditanya kepada aku. Tiada sebab kita perlu menjatuhkan kerajaan yang bertanggungjawab seperti ini. Kerajaan yang sememangnya menunaikan janji-janjinya. Bukan macam kerajaan negeri Selangor yang terang-terang telah mendustai rakyat Selangor.

Kalau pemerintahan seperti Kerajaan Selangor sekarang ni hendak di jatuhkan. Aku sokong seratus peratus. Dengan EXCO Kerajaan Negerinya yang terang-terang menentang laungan azan. Tidak menghormati sensetiviti orang-orang Islam dan Melayu di Selangor khususnya.
Apabila ulama meminta menjauhkan daripada himpunan Shamsidar. Apa yang berlaku?

Pemerintahan seperti ini yang harus dijatuhkan. Bukan kerajaan Malaysia yang berwibawa dan menjaga keharmonian rakyat jelata. Kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib harus dan wajib kita sokong dan kekalkan bagi mempertahankan perlembagaan, kesucian agama Islam dan Institusi Raja-Raja Melayu. Ini wajib kita sebagai rakyat Malaysia pertahankan.

Jangan pula UMNO disalahkan. Terang-terang KeAdilan yang menggantung banner ni...
Anuwar tidak akan terlepas kali ini... Pandai makan aiskrim yer...
Kak Wan terus membisu hal rumahtangganya. Eloklah macam tu...

Himpunan Shamsidar. Untuk apa rakyat jelata diherat bersama-sama ke dalam himpunan itu? Dengan jutaan rakyat hadir menjadi kambing hitam, maka Shamsidar terlepas daripada menjadi saksi utama? Kalau tak buat kesalahan, jangan takut pada keadilan.
Mereka inilah yang dikatakan mendapat upah RM200 tu... huhuhu

Sapa yang untung? Rakyat dapat apa? Kanak-kanak yang tak berdosa juga diheret bersama berarak ke himpunan ini. Apa punya bangang mak bapak tah. Bodoh! Ni yang dikatakan ada akal fikiran kurnian Allah SWT, tapi masih menggunakan kepala lutut untuk berfikir. Pada mak bapak tu, fikir-fikirlah sama keselamatan anak-anak. Kalau korang dah memang bodoh piang, jangan ajar anak ikut sama. Ajarlah anak jadi cerdik pandai.

Sekarang ni, himpunan itu pun dah berlaku. Nak cakap apa dah. Nak sekat pun tak boleh nak larang pun nanti lain jadinya. Aku nak tanya pada korang semua yang pi. Apa korang dapat pada himpunan tu? Aku tahulah dapat duit. Maksud aku, apakah himpunan itu memberikan kesan kepada kamu selepas ini? Kamu jadi PM? Kamu dapat rumah free? Anuwar bagi gaji tiap-tiap bulan tanpa kerja tetapi kena pi himpunan setiap kali disuruh? Apa kamu dapat?

Apa puye turr!!! Perkara macam ni pun tak dapat nak fikir secara rasional. Tak tercapai pun matlamat himpunan nak rakyat hadir semarai satu juta orang. Habis kuat pun yang datang penyokong parti jer. Bagilah 200 ribupun. Masih tak boleh melawan rakyat majoriti yang menyokong kerajaan.

Hallo kawan! Rakyat Malaysia ada berapa ramai? 28.3 jutalah. Yang datang tu berapa peratus? Korang kira sendirilah berapa ramai lagi yang tidak menyokong himpunan sana sini tu.

Buat semak jer datang daripada jauh-jauh. Tapi matlamat tak tercapai. Tapi tak apalah yang dapat duit tu. Boleh ler pi Petaling Street shopping. Kurang-kurang berbaloi gak pi KL. Ada buah tangan. Ahaks…

Tapi pada yang pi saja ja. Dapat asap ler. Tapi mungkin juga itu erti perjuangan korang. Perjuangan untuk menjahanamkan negara yang aman dan makmur. Perjuangan yang hanya mahukan kerosakan negara.

Malulah pada diri sendiri. Cuba tanya pada diri kita, apa yang kita sudah lakukan untuk menjadikan negara Malaysia ini berjaya? Apa yang kita sumbangkan kepada negara selama ini? Apa yang sudah kita lakukan untuk Negara Malaysia yang tercinta? Yang pasti, kita sering melakukan perbuatan bodoh! Kita sering melakukan kerosakan pada negara kita!

Namun begitu, sebagai manusia kita masih belum terlambat untuk memperbetulkan keadaan. Kita sering melakukan kesilapan. Tapi, tidak seharusnya kita terus melakukan kesilapan ini.

“Berakal yang rasional dan matang dalam menentukan hala tuju diri kita, keluarga, kejiranan dan negara. Pasti membuahkan hasil yang terbaik yang baik untuk diwariskan untuk anak cucu kita. Bermulahlah sekarang!”

Salam 1Malaysia.

Thursday, January 17, 2013

KALIMAH ALLAH. KENAPA PERLU DIISUKAN?


KALIMAH ALLAH. KENAPA PERLU DIISUKAN?

Mungkin ramai yang tak suka bila aku bercerita mengenai politik. Mungkin juga ada yang suka. Tapi aku nak perjelaskan di sini, aku bukan blogger politik. Aku hanya menulis mengikut kesukaan dan pandangan yang lahir daripada hati sanubari yang ikhlas.

Aku sebenarnya tidak berminat untuk menulis hal-hal politik tanah air. Sebagai orang Islam berbangsa Melayu yang menjadi rakyat Malaysia, rasa tanggungjawab untuk aku sama-sama memberikan sedikit pandagan tentang isu yang berlarutan sehingga ke hari ini semakin membuak-buak.

Apa lagi jika menyentuh hal-hal agama Islam dan bangsa Melayu. Aku bukanlah seseorang yang mempunyai kelayakkan untuk memberikan pandangan tentang isu penggunaan kalimah Allah ini. Tapi, tidak salah sekiranya aku mempertahankan maruah dan kesucian agama aku daripada terus diperlekehkan oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawab.

Sepatutnya isu penggunaan kalimah Allah kepada orang bukan Islam di negara ini tidak dipolitikkan oleh mana-mana pihak. Sama ada kerajaan dan mahupun pembangkang.

Telah jelas dan nyata kalimah Allah seharusnya menjadi hak mutlak kepada orang-orang Islam di negara ini. Kenapa mesti diperisukan? Kenapa mesti dibahaskan? Kenapa mesti diperkatakan?

Perkataan Allah hak orang Islam. Perkataan Allah hak eksklusif orang Islam. Agama lain tidak layak untuk menggunakan kalimah Allah. Kenapa Agama lain tidak faham atau cuba untuk buat tidak faham. Atau ada agenda yang tersembunyi hendak dilakukannya.
Kesucian ayat suci Al-Quran mestilah dijaga.

Teringat kembali pada zaman kecil ku, di mana sewaktu Ustaz yang mengajar pendidikan agama sewaktu persekolahan. Katanya, “Jagalah al-Quran ini seperti nyawa kita sendiri. Kesucian ayat-ayat yang terkandung di dalam al-Quran hendaklah dijaga sebaik mungkin.”

“Jangan sesekali membenarkan rakan-rakan kamu yang bukan Islam mempersendakan al-Quran. Jika ia mahu bejalar tentang Islam dan membaca al-Quran dan memeluk agama Islam. Kita bantulah mereka. Tapi, jika mereka hanya bermain dengan membaca potongan ayat-ayat al-Quran. Maka tamparlah dia.”
Ramai orang Islam di Malaysia menunjukkan rasa marah mereka dengan isu ini.

Itu ustaz aku yang bercakap. Ustaz kau orang aku tak tahulah. Nak beri salam pada rakan-rakan bukan Islam pun tak boleh inikan pula kita nak bagi perkataan kalimah Allah pada mereka untuk digunakan dalam kitab mereka. Fikirlah sendiri.

Aku rasa sedikit terkilan dengan adanya segelintir orang Melayu Islam yang menyokong penggunaan kalimah Allah ini kepada orang yang bukan Islam. Tapi aku lebih terkilan bila ada ulama, guru-guru agama, ilmuan Islam menyokong tindakan ini. Kenapa sampai boleh jadi begitu pemikiran mereka? Subhanallah.

Sehinggalah isu ini dipolitikkan oleh sesetengah pihak yang hanya mahukan sokongan. Hanya mahukan sokongan, sanggup menjual akidah mereka sendiri. Di manakah letaknya pertimbangan dan akal fikiran yang raional. Bukan kita yang berdakwah nanti, mereka yang lebih agresif untuk mendakwah supaya meninggalkan Islam apabila, tuhan mereka adalah sama dengan tuhan kita. Siapa dakwah siapa?
Percanggahan yang mengelirukan umat Islam di Malaysia. Sekejap boleh, sekejap tak boleh...

Apapun, masih ada ulama yang masih mempertahakan hak eksklusif ini. Terima kasih aku ucapkan bagi pihak pewaris aku yang akan datang. Kerana dengan mempertahankan hak eksklusif ini, maka masa depan agama Islam di Malaysia akan terus terjamin. Dan anak-anak serta cucu kita yang akan datang akan terus terbela agamanya.

Aku ingin berpesan kepada diri aku sendiri dan korang semua yang beragama Islam dan sebangsa dengan aku. Bagi mengekalkan agama Islam dan bangsa Melayu terus terjamin di bumi bertuah ini, Malaysia. Kita perlu mempertahankan apa yang kita ada sekarang ini.

“Kini kita cuma tinggal kuasa yang akan menentukan bangsa, Bersatulah hati bersama berbakti. Pulih kembali harga diri…”

Salam 1Malaysia.   

Tuesday, January 15, 2013

JOM FIESTA UTUSAN KARYA KEMBALI DI BANGI…


JOM FIESTA UTUSAN KARYA KEMBALI DI BANGI…


Karnival yang julung kali diadakan, yang sarat dengan aktiviti-aktiviti yang menarik, gerai-gerai pameran, jualan buku-buku, konsert URTV, Ceramah Agama Al-Islam, Info Kesihatan, Demo Masakan dan pelbagai aktiviti lagi.

Kepada anda semua, inilah peluang anda untuk mengenali lebih rapat dengan wartawan-wartawan yang disukai ramai. Semua majalah terbitan Utusan Karya akan mengadakan aktiviti untuk peminat-peminatnya.

Artis-artis popular tanah air juga turut serta untuk menjayakan Jom Fiesta Utusan Karya. Anda jangan ketinggalan. Bermula 24 Januari 2013 hingga 27 Januari 2013. Buka pada 10.00 pagi hingga 10.00 malam selama 4 hari.

Dapatkan info aktiviti di majalah-majalah terbitan Utusan Karya.

Salam 1Malaysia.

Monday, January 14, 2013

BILA BEKALAN AIR TIADA… KUALA LUMPUR KEMBALI KE TAHUN 80-an…



BILA BEKALAN AIR TIADA… KUALA LUMPUR KEMBALI KE TAHUN 80-an…


“Biar elektrik tak ada, jangan air. Air kalau tak ada, bukan main susah dibuatnya. Nak basuh jubur pakai apa? Tak kan nak kesat kat lantai ataupun dinding jer…” kata-kata orang ramai yang sering kita dengar.

Nak ikutkan memang logik. Kalau diberi pilihan, baik aku pilih air daripada api elektrik. Kalau setakat tak ada kipas dan lampu pada waktu malam. Masih mampu kita harung. Kalau tak ada air, nak basuh berak kat mana?

Rasanya, hampir 10 hari masalah bekalan air ke rumah aku tidak ada. Bukanlah air paip tu tak ada lansung. Selama 10 hari tu, semua penghuni di blok tu ambik air kat bawah menggunakan paip air yang disediakan untuk kegunaan orang ramai untuk majlis-majlis kenduri-kendara. Nasib baik ada. Tidaklah teruk sangat sampai nak kena ambik daripada lori tangki Syabas.

Banyak gaklah cerita, perangai yang ada di blok aku ni. Benda bagus pun ada, benda tak bagus pun ada gak… Yang bagusnya, semua jadi sepakat. Daripada aku tak kenal jiran, dah aku kenal semuanya. Bantu membantu, dan mengeratkan tali silaturahim. Kan bagus tu.

Dalam bagusnya, pasti ada juga yang tak bagus. Rambut sama hitam, hati sapa yang tahu. Betul tak? Tapi, kita kalau nak berjiran ni, kenalah layan. Supaya tidak bermasam muka.

Bila tiada bekalan air ni, teringat sewaktu zaman kanak-kanak aku. Masa tu duduk rumah setinggan di Selayang Baru. Satu paip air berkongsi hampir 20 biji rumah. Berebut paip ler...

Dalam sepuluh orang pasti akan ada seorang yang kuat membangkang jer. Pepatah yang senang nak ingat, dalam 10 orang tu pasti ada seorang yang suka tuang solat. Betul tak?

Apapun, bila bekalan air ni terganggu, aku rasa susuk badan aku dah semakin tegap. Perut semakin ke dalam. Lengan semakin membesar dan panjang. Ini semua akibat daripada kerja-kerja amal aku selama 10 hari mengangkat air dari tingkat bawah ke tingkat 4.

Pesanan ringkas untuk yang nak kurus tu. Jangan makan ubat merapu dan mahal-mahal. Buat jer kerja-kerja amal macam aku ni, pasti akan kurus. Kurus dengan tahap kecergasan badan yang terbaik. Otak pun sihat gak.

Kalau boleh biarlah bekalan air ni tak ada selama 6 bulan, sudah pasti bentuk badan aku menjadi asal seperti usia romeo ku. Hahaha…

Apa sebenarnya yang berlaku? Apakah benar loji Syabas mengalami kerosakan? Ataupun bekalan air bersih sudah tidak mencukupi? Atau ini semua mainan politik? Apa sebenarnya yang berlaku disebalik gangguan bekalan air ini?

Kalau ikut cakap orang ramai. Bermacam-macam cerita adanya. Itu, ini, dia, kau, aku, mereka… tapi tiada juga jalan penyelesaian sehingga hari ini. Nak cari salah, atau nak cari penyelesaian? Kita renungkan bersama-sama.

Bekalan air daripada Syabas sangat-sangat membantu rakyat. Tapi pihak pengurusan Syabas perlu lebih efisen menangani masalah bekalan air di rumah-rumah flat. Bagaimana caranya untuk memudahkan warga emas yang duduk di tingkat atas untuk memikul air.

Aku bersyukur, dengan ketiadaan air ini sekarang ini. Aku mengenali kejiranan aku. Hati budi mereka seorang demi seorang. Yang muda perangai macam ni. Yang tua perangainya macam tu.

Keduanya, aku rasakan kecergasan badan dan fizikal ku. Dengan aktiviti beberapa malam ini, membuatkan tubuh badan aku sihat. Jika ia berterusan pasti ia membuatkan aku terus sihat.

Ketiganya ujian ini sudah tentu untuk menguji tahap kesabaran aku. Sesungguhnya aku memang seorang yang mempunyai sifat sabar tahap gaban.

Dato Razali mencuba bekalan air bersih yang dihantar ke kawasan yang mengalami masalah air.

Pada pihak yang bertanggungjawab, khususnya Syabas. Aku mewakili masyarakat yang menagalami masalah air memohon agar pihak Syabas mencari jalan penyelesaian yang sebaik mungkin dan secepat yang boleh. Supaya rakyat tidak merasa beban dengan masalah air ini.

Kepada kerajaan pula, berusahalah untuk membantu orang ramai yang mengalami masalah air ini. Pergilah ke rumah-rumah mereka dan berikanlah bantuan dengan sewajarnya. Orang-orang tua, sangat memerlukan pertolongan sewaktu ini. Mana mungkin mereka mampu mengangkat baldi yang berisi air dari tingkat bawah naik ke tingkat atas. Walaupun setingkat.

Pada orang politik, kau orang teruskanlah bermain politik. Politikkanlah isu air ini. Biarkan rakyat terus terseksa. Biarkanlah rakyat terus merana. Allah Maha Berkuasa!

“Teringat aku di zaman setinggan di Selayang Baru pada awal 80-an. Beratur dan bergilir-gilir mengangkat air di salah sebuah rumah yang mempunyai paip air. Berkejar-kejar dengan abang aku, sewaktu di simpang tiga rumah, berdentum dengan motosikal. Aku OK, orang yang langgar aku masuk longkang. Kesian.”

Salam 1Malaysia.

Monday, January 7, 2013

Anak Ku Ke Darjah Satu… Pengalaman Baru Untuk Aku


Anak Ku Ke Darjah Satu… Pengalaman Baru Untuk Aku

3 Januari masuklah anak aku yang sulung ke dunia persekolahan. Dunia pembelajaran yang serius daripada pra sekolah dahulu. Pengalaman… cukup untuk aku sehari di sekolah bersamanya.

Kalau nak ikutkan, pengalaman ini bermula seawal bulan 12 yang lalu. Di mana aku dan isteri sibuk membuat persiapan Iris Amni untuk ke sekolah. Macam-macam ada. Tapi aku bersyukur, anak aku ni tak banyak ragam sangat. Tapi kadang kala tu ada gaklah darah aku naik.

Sekarang anak aku sudah masuk darjah 1. Pejam celik… pejam celik… dah darjah satu anak aku. Sungguh cepat masa berlalu. Rasanya macam baru jer si Iris ni belajar berjalan.

Aku bersyukur kepada Allah SWT kerana memberikan aku rezeki untuk aku menyekolahkan anak-anak aku. Kalau tidak diizinkan-Nya, pasti anak ku tidak dapat bersekolah seperti anak-anak yang lain.

Dengan rezeki yang diberikan, dapatlah juga aku dan isteri memberikan yang terbaik dan termampu untuk anak ku mendapat pendidikkan yang sempurna. Dapat beli baju sekolah, dapat beli beg sekolah, dapat beli kasut sekolah, dapat beli alat tulis dan bermacam-macam keperluan untuk ke sekolah.

Iris Amni cukup gembira dengan apa yang dia dapat. Pasti ianya menjadikan semangat untuk Iris belajar bersungguh-sungguh. Aku pun dah pesan, “Papa nak nombor 1. Ingat, papa nak Iris dapat nombor 1 sahaja. Faham?”

“Faham.” Jawab Iris sambil menganggukkan kepalanya.
Semoga Iris Amni dapat menyesuaikan diri di alam persekolahan.
Rasanya, tak salah kalau kita juga berterima kasih dengan kerajaan yang memberikan ruang dan peluang untuk anak-anak kita mendapat pendidikan dengan sempurna. Cara kerajaan meningkatkan taraf pendidikan di sekolah-sekolah nampaknya berjaya.

Dahulunya, ibubapa dibebani dengan masalah yuran, pembelian buku teks. Tapi sekarang tidak lagi. Semuanya disediakan oleh kerajaan. Semuanya subsidi kerajaan Barisan Nasional. Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah SWT.

Anak-anak kita ditempatkan di sekolah yang baik dan sempurna. Keselamatan terjamin. Mempunyai pengawal keselamatan. Ciri-ciri keselamatan juga terbaik. Ini semua hasil daripada kebijaksanaan dan keprihatinan pemimpin-pemimpin kita untuk melihat anak-anak kita diberikan pelajaran yang terbaik.

Semoga anak papa dan anak-anak yang lain mendapat ilmu dan pengalaman yang terbaik di sekolah. Gunakanlah ruang dan peluang yang diberikan ini dengan sebaik mungkin.

“Kita akan nampak kosong pada kain yang putih kerana tiada upaya untuk berfikir. Untuk mewarnai kain yang putih itu kita perlu belajar dan diajar untuk menggunakan daya kreatif kita…”

Salam 1Malaysia.

Thursday, January 3, 2013

KETAGIHAN ROKOK YANG DINAFIKAN...


KETAGIHAN MEROKOK YANG DINAFIKAN...

Apa tidaknya. Kebanyakan perokok pasti akan menafikan bahawa tabiat merokok ini bukan dikatagorikan sebabagai penagih. Sebaliknya tabiat ini boleh ditinggalkan pada bila-bila masa.

Persoalannya, adakah mereka yang menjadi perokok ini meninggalkan tabiat ini? Bila nak berhenti merokok? Sampai bila? Bukankah ketagih namanya bila sukar untuk berhenti merokok?

Apapun, rokok menimbulkan bermacam-macam persoalan di Malaysia ini. Daripada hukum hakamnya, imejnya, jenamanya, masalahnya dan macam-macam lagi. Tapi yang pasti, rokok membahayakan kesihatan.

Rokok daun masih mendapat sambutan.
Dunhill antara jenama yang popular di Malaysia.
Dengan kenaikan harga rokok, rokok-rokok seludup, tiruan mula mendapat tempat di pasaran Malaysia.

Aku lihat, kerajaan telah berbuat bermacam-macam kempen kesedaran tentang gejala merokok ini. Macam-macam cara untuk mengubah tabiat orang-orang yang suka merokok ni. Berjuta-juta duit kerajaan habis untuk menyedarkan orang ramai tentang bahayanya merokok ini. Tapi, hasilnya ado!

Rakyat Malaysia tidak menghiraukan kenaikan harga rokok.
Bahaya rokok! Terang lagi bersuluh...

Dinaikan harga rokok. Perokok masih lagi membeli dan menghisapnya. Tak dapat hisap rokok yang mahal, dibelinya rokok yang murah. Entah dari mana datangnya produk rokok murah ni. Berbagai jenama dan citarasa dijual di pasaran gelap.

Tak cukup dengan kenaikan harga rokok. Kerajaan mensyaratkan kepada syarikat pengeluar rokok mencetak gambar amaran yang ngeri di luar kotak rokok. Kalau ikut logik akal, bila kita tengok gambar yang dipaparkan itu sudah pasti kita akan terus berhenti. Tapi, perokok tegar ini buat macam tak ada mende jer. Huhuhu…

Di Malaysia, sering kita lihat di papan-papan iklan kempen tidak merokok seperti ini.
Sekolah-sekolah juga memainkan peranan kempen Tak Nak Rokok!.

Bukan main besar iklan ni. Tapi masih tidak ada kesedaran.
Contoh bahana merokok yang digambarkan di kotak-kotak rokok.
Iklan Tak Nak Merokok! Merata-rata ada. Iklan di billboard, surat khabar, TV dan radio sentiasa ada. Kenapa masih ramai perokok di Negara ini? Kenapa?

Sehingga Majlis Fatwa Kebangsaan telah megeluarkan fatwa bahawa merokok adalah haram. Pun masih ada orang Islam yang buat tak tahu jer. Buat macam halal jer perkara yang haram. Bukankah ketagih namanya tu.



Adakah cara kerajaan melakukan kempen-kempen kesedaran ini salah? Ataupun adakah ini semua salah kerajaan?

Kau yang merokok. Kau nak salahkan kerajaan pulak! Apa puye turr… Kepala dunga. Salah diri sendirilah. Yang kau dah tahu merokok tu membahayakan kesihatan, memudaratkan, gejala yang tidak baik… kenapa kau pilih untuk menjadi perokok?! @#$%^&*…

Keluar berbagai jenama rokok elektronik bagi membantu perokok berhenti merokok.
Adakah dengan keluarnya rokok elektronik ini dapat menyelesaikan masalah perokok tegar.

Cara apa lagi yang mampu mengubah minda, mengubah pemikiran orang-orang yang tergolong dalam kumpulan perokok ini? Kalau difikirkan balik, buang duit jer kerajaan buat kempen itu, kempen ini. Biar jelah pada mereka yang suka pada kemudaratan ini. Dah teruk besok, berhentilah dia hisap rokok.

Pandangan-pandangan daripada mereka merokok, merokok memberikan ketenangan, memberikan idea, menghilangkan stress, dapat mengawal berat badan dan membantu seseorang itu kurang mengantuk apabila sedang melakukan kerja.

Rencana berkaitan bahaya rokok murah.
Macam-macam cerita tentang rokok. Masih ramai juga yang merokok.
Rokok tiruan memang bahaya. Tapi asalkan murah, pun tak apa.
Jika benar perkara ini, kenapa mesti mahu dihalang mereka daripada merokok? Biarlah mereka dengan dunia mereka. Kerana perokok juga menyumbangkan sesuatu kepada negara. Betul ke? Lu pikirlah sendiri.

Gejala sosial di kalangan pelajar sekolah sering dikaitan dengan merokok juga.
Bukan main santai lagi.
Tidak kurang dengan pelajar perempuan. Sama naik jer.

Kalau dah rasa diri tu jer yang betul. Mana nak tahu ada kesilapan yang dilakukan. Memanjang jerlah betul apa yang kita lakukan walaupun perkara yang kita lakukan itu sebenarnya salah.

Apapun, kerajaan telah memainkan peranan mereka bagi memulihkan kembali perokok-perokok untuk membuang gejala yang tidak sihat ini. Sekurang-kurangnya, 1 daripada 100 orang perokok akan ada kesedaran masalah merokok ini.

“Kenapa mesti memilih jalan yang gelap, sedangkan jalan yang terang masih ada untuk kita laluinya.”

Salam 1Malaysia.