Tuesday, March 5, 2013

AKHIRNYA FAIZAL HUSSIEN DIANGKAT SEBAGAI HERO…

Faizal Hussien telah terlalu lama bergelumang  di dalam bidang seni lakonan.

AKHIRNYA FAIZAL HUSSIEN DIANGKAT SEBAGAI HERO…

Pertamanya, aku nak ucapkan tahniah di atas anugerah yang cukup bernilai itu. Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik FFM25 milik Faizal Hussien menerusi lakonan dalam filem Bunohan arahan Dain Iskandar Said.

Selama 31 tahun bergelumang dalam industri seni ini, inilah anugerah yang pertama mengangkat Faizal Hussien di dunia seni perfileman tanah air.

Aku antara peminat setia Faizal Hussien. Bukan Faizal Hussien sahaja yang berbangga dengan anugerah yang diterimanya. Peminat-peminat macam aku ni pun turut berbangga dengan pengiktirafan ini.

Pada malam FFM25 baru-baru ini juga, filem Bunohan telah membolot 8 anugerah, antaranya Anugerah Pengarah Terbaik dan Anugerah Filem Terbaik. Ternyata, Bunohan sebuah filem yang terbaik.

Dari kiri, Zahiril Adzim, Dain, Faizal Hussien dan Pekin Ibrahim yang telah menjayakan Bunohan.

Aku dengar kutipan untuk filem Bunohan di pawagam tidak begitu menggalakkan, tetapi itu bukanlah bermakna Bunohan tidak berkualiti. FFM25 ini membuktikan Bunohan adalah filem yang terbaik di antara yang terbaik.

Pada Faizal Hussien, kau teruskan perjuangan dalam dunia seni ini. Aku pasti, aku dan peminat-peminat kau yang lain akan terus menyokong kau daripada belakang.

“Darah seni yang mengalir dalam badan ku ini telah lama sebati menjadi tukun. Rugi rasanya tidak menggunakannya pada tempat yang sesuai.”

Salam 1Malaysia.

Sunday, March 3, 2013

KORBAN DEMI NEGARA TERCINTA…


 

KORBAN DEMI NEGARA TERCINTA…


Hari minggu yang sepatutnya menjadikan aku satu hari yang gembira bersama keluarga bertukar hiba dan sedih dengan cerita terkorbannya anggota pois negara yang telah diserang hendap oleh pasukan penceroboh di Lahad Datu, Sabah.


Kenapa boleh terjadi pertempuran ini? Kenapa perlu ada pertumpahan darah? Apa tiada jalan penyelesaian selain mengangkat senjata? Sudah habis ikhtiar ker?

Inilah Sultan Sabah! Sekejap cakap suruh balik. Sekejap cakap Sabah dia puye... Tapi ni semua soal duit. Kontrak pajakan Sabah dah selesai Mac ini. Jadi untuk mendapatkan Sabah dah tak boleh, dia suruh asakar-askarnya buat onar.
Diharap kerajaan Filipina mengambil tindakan yang sepatutnya terhadap penceroboh ini.
Sugul aku. Aku rasa terpanggil untuk mempertahankan tanah tumpah darah ku ni. Rasa geram dan marah sangat kuat di dalam hati nurani. Letakkan aku mahu dibarisan hadapan. Agar aku dapat menghapuskan pencoroboh yang tidak bertanggungjawab ini. Akan ku hunus pucuk senapang tepat dikepala mereka. Geram! Geram yang tidak dapat aku gambarkan.

Menteri KDN membuat pemeriksaan senjata yang digunakan oleh Polis di Lahad Datu
Tolong jangan berlembut hati. Nak tunggu berapa ramai lagi anggota keselamatan kita mati?

Berani sungguh penceroboh ini membuat onar di Malaysia. Sabah kepunyaan Malaysia. Korang semua kena faham. Kena akur. Sabah bukan Sultan Sulu punye. Sultan Sulu ni pun kita tak tahu daripada mana asalnya. Filipina pun tak mengiktiraf mereka. Ni seekor mangkuk mengangkat diri sendiri menjadi sultan. Perasan tak bertempat.

Askar Sultan Sulu. Senang jer korang nak Sabah. Masuk Sabah pun guna bot pancung jer...

Aku rasa, pencerobohan ini sudah dirancang. Kalau tak mana mungkin penceroboh ini berani memulakan serangan terhadap anggota keselamatan kita. Mereka telah bersedia dalam apa cara sekalipun. 

Anggota keselamatan membuat pemeriksaan disetiap jalan keluar masuk Lahat Datu.

Oleh itu, aku mohon kerajaan Malaysia, membalas dan menghentikan serangan pemberontak ini dengan serta merta. “Alang-alang mandi biar basah.” Rasanya, komando-komando dan askar-askar kita sudah bersedia untuk mempertahankan negara yang tercinta ini.

Kerahkan semua tenaga yang ada. Keluarkan semua senjata yang kita ada. Bila lagi nak pakai peralatan perang yang canggih-canggih tu. Kita belipun untuk mempertahankan negara. Beli mahal-mahal kalau tak pakai untuk tujuan yang sepatutnya sesuatu yang merugikan.

Tak cukup askar-askar, polis-polis, rela-rela dan unit beruniform yang lain. Kita hantar pulak pendekar-pendekar negara. Rasanya mereka semuapun dah bersedia untuk dikorbankan demi tanah air tercinta ini.

Muka pun komunis. Memang sial cilaka ni. Layaknya di hanyutkan ke laut Cina  Selatan. Dah ramai yang terkorban. Kau nak politikkan isu ni. Memang dasar komunis yang tak sempat nak kena tembak dulu. Patutnya 13 Mei dulu, dia ni dah kena kerat dengan Atuk aku dulu.
Jika benarlah dengan apa yang dikatakan ini. Jika benarlah tuduhan ini. Adalah lebih baik Anuwar Ibrahim keluar daripada Malaysia ini. Tak layak untuk dia memijakkan kaki di bumi Malaysia.

Tak cukup dengan itu, askar-askar sabil, Pekida, Pewaris, Batas, Badan-badan NGO yang dikatakan bersedia mempertahankan negara rasanya sudah bersedia untuk berjuang. Inilah masanya untuk mereka berjuang. Ayah-Ayah, Abang-Abang dan Adik-adik bersiaplah untuk mempertahankan negara tercinta ini.

Empat hari berlalu. Dan setiap hari aku mendengar tentang cerita terkorbannya anggota kita di medan pertempuran. Masuk hari ini, aku masih geram dan marah yang amat sangat dengan penceroboh yang membuat huru-hara ini.

Perkara ini perlu ditamatkan dengan seberapa segera. Jangan biarkan ia terus berlanjutan sehingga membawa padah buat bumi Malaysia ini. Aku juga amat yakin dengan anggota keselamatan negara. Mereka mampu mempertahankan negara ini. InsyaAllah.
Kepada anggota yang telah terkorban demi negara tercinta ini. Sama-sama kita sedekahkan al-Fatihah. Kepada kaum keluarganya, diucapkan takziah. Diharap bersabar dan terima dengan redha. Mereka yang terkorban adalah wira negara Malaysia.

“Berilah aku peluang untuk berbakti kepada tanah air yang tercinta ini dalam apa bentuk perjuangan sekalipun.”

Salam 1Malaysia.