Thursday, January 17, 2013

KALIMAH ALLAH. KENAPA PERLU DIISUKAN?


KALIMAH ALLAH. KENAPA PERLU DIISUKAN?

Mungkin ramai yang tak suka bila aku bercerita mengenai politik. Mungkin juga ada yang suka. Tapi aku nak perjelaskan di sini, aku bukan blogger politik. Aku hanya menulis mengikut kesukaan dan pandangan yang lahir daripada hati sanubari yang ikhlas.

Aku sebenarnya tidak berminat untuk menulis hal-hal politik tanah air. Sebagai orang Islam berbangsa Melayu yang menjadi rakyat Malaysia, rasa tanggungjawab untuk aku sama-sama memberikan sedikit pandagan tentang isu yang berlarutan sehingga ke hari ini semakin membuak-buak.

Apa lagi jika menyentuh hal-hal agama Islam dan bangsa Melayu. Aku bukanlah seseorang yang mempunyai kelayakkan untuk memberikan pandangan tentang isu penggunaan kalimah Allah ini. Tapi, tidak salah sekiranya aku mempertahankan maruah dan kesucian agama aku daripada terus diperlekehkan oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawab.

Sepatutnya isu penggunaan kalimah Allah kepada orang bukan Islam di negara ini tidak dipolitikkan oleh mana-mana pihak. Sama ada kerajaan dan mahupun pembangkang.

Telah jelas dan nyata kalimah Allah seharusnya menjadi hak mutlak kepada orang-orang Islam di negara ini. Kenapa mesti diperisukan? Kenapa mesti dibahaskan? Kenapa mesti diperkatakan?

Perkataan Allah hak orang Islam. Perkataan Allah hak eksklusif orang Islam. Agama lain tidak layak untuk menggunakan kalimah Allah. Kenapa Agama lain tidak faham atau cuba untuk buat tidak faham. Atau ada agenda yang tersembunyi hendak dilakukannya.
Kesucian ayat suci Al-Quran mestilah dijaga.

Teringat kembali pada zaman kecil ku, di mana sewaktu Ustaz yang mengajar pendidikan agama sewaktu persekolahan. Katanya, “Jagalah al-Quran ini seperti nyawa kita sendiri. Kesucian ayat-ayat yang terkandung di dalam al-Quran hendaklah dijaga sebaik mungkin.”

“Jangan sesekali membenarkan rakan-rakan kamu yang bukan Islam mempersendakan al-Quran. Jika ia mahu bejalar tentang Islam dan membaca al-Quran dan memeluk agama Islam. Kita bantulah mereka. Tapi, jika mereka hanya bermain dengan membaca potongan ayat-ayat al-Quran. Maka tamparlah dia.”
Ramai orang Islam di Malaysia menunjukkan rasa marah mereka dengan isu ini.

Itu ustaz aku yang bercakap. Ustaz kau orang aku tak tahulah. Nak beri salam pada rakan-rakan bukan Islam pun tak boleh inikan pula kita nak bagi perkataan kalimah Allah pada mereka untuk digunakan dalam kitab mereka. Fikirlah sendiri.

Aku rasa sedikit terkilan dengan adanya segelintir orang Melayu Islam yang menyokong penggunaan kalimah Allah ini kepada orang yang bukan Islam. Tapi aku lebih terkilan bila ada ulama, guru-guru agama, ilmuan Islam menyokong tindakan ini. Kenapa sampai boleh jadi begitu pemikiran mereka? Subhanallah.

Sehinggalah isu ini dipolitikkan oleh sesetengah pihak yang hanya mahukan sokongan. Hanya mahukan sokongan, sanggup menjual akidah mereka sendiri. Di manakah letaknya pertimbangan dan akal fikiran yang raional. Bukan kita yang berdakwah nanti, mereka yang lebih agresif untuk mendakwah supaya meninggalkan Islam apabila, tuhan mereka adalah sama dengan tuhan kita. Siapa dakwah siapa?
Percanggahan yang mengelirukan umat Islam di Malaysia. Sekejap boleh, sekejap tak boleh...

Apapun, masih ada ulama yang masih mempertahakan hak eksklusif ini. Terima kasih aku ucapkan bagi pihak pewaris aku yang akan datang. Kerana dengan mempertahankan hak eksklusif ini, maka masa depan agama Islam di Malaysia akan terus terjamin. Dan anak-anak serta cucu kita yang akan datang akan terus terbela agamanya.

Aku ingin berpesan kepada diri aku sendiri dan korang semua yang beragama Islam dan sebangsa dengan aku. Bagi mengekalkan agama Islam dan bangsa Melayu terus terjamin di bumi bertuah ini, Malaysia. Kita perlu mempertahankan apa yang kita ada sekarang ini.

“Kini kita cuma tinggal kuasa yang akan menentukan bangsa, Bersatulah hati bersama berbakti. Pulih kembali harga diri…”

Salam 1Malaysia.   

Tuesday, January 15, 2013

JOM FIESTA UTUSAN KARYA KEMBALI DI BANGI…


JOM FIESTA UTUSAN KARYA KEMBALI DI BANGI…


Karnival yang julung kali diadakan, yang sarat dengan aktiviti-aktiviti yang menarik, gerai-gerai pameran, jualan buku-buku, konsert URTV, Ceramah Agama Al-Islam, Info Kesihatan, Demo Masakan dan pelbagai aktiviti lagi.

Kepada anda semua, inilah peluang anda untuk mengenali lebih rapat dengan wartawan-wartawan yang disukai ramai. Semua majalah terbitan Utusan Karya akan mengadakan aktiviti untuk peminat-peminatnya.

Artis-artis popular tanah air juga turut serta untuk menjayakan Jom Fiesta Utusan Karya. Anda jangan ketinggalan. Bermula 24 Januari 2013 hingga 27 Januari 2013. Buka pada 10.00 pagi hingga 10.00 malam selama 4 hari.

Dapatkan info aktiviti di majalah-majalah terbitan Utusan Karya.

Salam 1Malaysia.

Monday, January 14, 2013

BILA BEKALAN AIR TIADA… KUALA LUMPUR KEMBALI KE TAHUN 80-an…



BILA BEKALAN AIR TIADA… KUALA LUMPUR KEMBALI KE TAHUN 80-an…


“Biar elektrik tak ada, jangan air. Air kalau tak ada, bukan main susah dibuatnya. Nak basuh jubur pakai apa? Tak kan nak kesat kat lantai ataupun dinding jer…” kata-kata orang ramai yang sering kita dengar.

Nak ikutkan memang logik. Kalau diberi pilihan, baik aku pilih air daripada api elektrik. Kalau setakat tak ada kipas dan lampu pada waktu malam. Masih mampu kita harung. Kalau tak ada air, nak basuh berak kat mana?

Rasanya, hampir 10 hari masalah bekalan air ke rumah aku tidak ada. Bukanlah air paip tu tak ada lansung. Selama 10 hari tu, semua penghuni di blok tu ambik air kat bawah menggunakan paip air yang disediakan untuk kegunaan orang ramai untuk majlis-majlis kenduri-kendara. Nasib baik ada. Tidaklah teruk sangat sampai nak kena ambik daripada lori tangki Syabas.

Banyak gaklah cerita, perangai yang ada di blok aku ni. Benda bagus pun ada, benda tak bagus pun ada gak… Yang bagusnya, semua jadi sepakat. Daripada aku tak kenal jiran, dah aku kenal semuanya. Bantu membantu, dan mengeratkan tali silaturahim. Kan bagus tu.

Dalam bagusnya, pasti ada juga yang tak bagus. Rambut sama hitam, hati sapa yang tahu. Betul tak? Tapi, kita kalau nak berjiran ni, kenalah layan. Supaya tidak bermasam muka.

Bila tiada bekalan air ni, teringat sewaktu zaman kanak-kanak aku. Masa tu duduk rumah setinggan di Selayang Baru. Satu paip air berkongsi hampir 20 biji rumah. Berebut paip ler...

Dalam sepuluh orang pasti akan ada seorang yang kuat membangkang jer. Pepatah yang senang nak ingat, dalam 10 orang tu pasti ada seorang yang suka tuang solat. Betul tak?

Apapun, bila bekalan air ni terganggu, aku rasa susuk badan aku dah semakin tegap. Perut semakin ke dalam. Lengan semakin membesar dan panjang. Ini semua akibat daripada kerja-kerja amal aku selama 10 hari mengangkat air dari tingkat bawah ke tingkat 4.

Pesanan ringkas untuk yang nak kurus tu. Jangan makan ubat merapu dan mahal-mahal. Buat jer kerja-kerja amal macam aku ni, pasti akan kurus. Kurus dengan tahap kecergasan badan yang terbaik. Otak pun sihat gak.

Kalau boleh biarlah bekalan air ni tak ada selama 6 bulan, sudah pasti bentuk badan aku menjadi asal seperti usia romeo ku. Hahaha…

Apa sebenarnya yang berlaku? Apakah benar loji Syabas mengalami kerosakan? Ataupun bekalan air bersih sudah tidak mencukupi? Atau ini semua mainan politik? Apa sebenarnya yang berlaku disebalik gangguan bekalan air ini?

Kalau ikut cakap orang ramai. Bermacam-macam cerita adanya. Itu, ini, dia, kau, aku, mereka… tapi tiada juga jalan penyelesaian sehingga hari ini. Nak cari salah, atau nak cari penyelesaian? Kita renungkan bersama-sama.

Bekalan air daripada Syabas sangat-sangat membantu rakyat. Tapi pihak pengurusan Syabas perlu lebih efisen menangani masalah bekalan air di rumah-rumah flat. Bagaimana caranya untuk memudahkan warga emas yang duduk di tingkat atas untuk memikul air.

Aku bersyukur, dengan ketiadaan air ini sekarang ini. Aku mengenali kejiranan aku. Hati budi mereka seorang demi seorang. Yang muda perangai macam ni. Yang tua perangainya macam tu.

Keduanya, aku rasakan kecergasan badan dan fizikal ku. Dengan aktiviti beberapa malam ini, membuatkan tubuh badan aku sihat. Jika ia berterusan pasti ia membuatkan aku terus sihat.

Ketiganya ujian ini sudah tentu untuk menguji tahap kesabaran aku. Sesungguhnya aku memang seorang yang mempunyai sifat sabar tahap gaban.

Dato Razali mencuba bekalan air bersih yang dihantar ke kawasan yang mengalami masalah air.

Pada pihak yang bertanggungjawab, khususnya Syabas. Aku mewakili masyarakat yang menagalami masalah air memohon agar pihak Syabas mencari jalan penyelesaian yang sebaik mungkin dan secepat yang boleh. Supaya rakyat tidak merasa beban dengan masalah air ini.

Kepada kerajaan pula, berusahalah untuk membantu orang ramai yang mengalami masalah air ini. Pergilah ke rumah-rumah mereka dan berikanlah bantuan dengan sewajarnya. Orang-orang tua, sangat memerlukan pertolongan sewaktu ini. Mana mungkin mereka mampu mengangkat baldi yang berisi air dari tingkat bawah naik ke tingkat atas. Walaupun setingkat.

Pada orang politik, kau orang teruskanlah bermain politik. Politikkanlah isu air ini. Biarkan rakyat terus terseksa. Biarkanlah rakyat terus merana. Allah Maha Berkuasa!

“Teringat aku di zaman setinggan di Selayang Baru pada awal 80-an. Beratur dan bergilir-gilir mengangkat air di salah sebuah rumah yang mempunyai paip air. Berkejar-kejar dengan abang aku, sewaktu di simpang tiga rumah, berdentum dengan motosikal. Aku OK, orang yang langgar aku masuk longkang. Kesian.”

Salam 1Malaysia.

Monday, January 7, 2013

Anak Ku Ke Darjah Satu… Pengalaman Baru Untuk Aku


Anak Ku Ke Darjah Satu… Pengalaman Baru Untuk Aku

3 Januari masuklah anak aku yang sulung ke dunia persekolahan. Dunia pembelajaran yang serius daripada pra sekolah dahulu. Pengalaman… cukup untuk aku sehari di sekolah bersamanya.

Kalau nak ikutkan, pengalaman ini bermula seawal bulan 12 yang lalu. Di mana aku dan isteri sibuk membuat persiapan Iris Amni untuk ke sekolah. Macam-macam ada. Tapi aku bersyukur, anak aku ni tak banyak ragam sangat. Tapi kadang kala tu ada gaklah darah aku naik.

Sekarang anak aku sudah masuk darjah 1. Pejam celik… pejam celik… dah darjah satu anak aku. Sungguh cepat masa berlalu. Rasanya macam baru jer si Iris ni belajar berjalan.

Aku bersyukur kepada Allah SWT kerana memberikan aku rezeki untuk aku menyekolahkan anak-anak aku. Kalau tidak diizinkan-Nya, pasti anak ku tidak dapat bersekolah seperti anak-anak yang lain.

Dengan rezeki yang diberikan, dapatlah juga aku dan isteri memberikan yang terbaik dan termampu untuk anak ku mendapat pendidikkan yang sempurna. Dapat beli baju sekolah, dapat beli beg sekolah, dapat beli kasut sekolah, dapat beli alat tulis dan bermacam-macam keperluan untuk ke sekolah.

Iris Amni cukup gembira dengan apa yang dia dapat. Pasti ianya menjadikan semangat untuk Iris belajar bersungguh-sungguh. Aku pun dah pesan, “Papa nak nombor 1. Ingat, papa nak Iris dapat nombor 1 sahaja. Faham?”

“Faham.” Jawab Iris sambil menganggukkan kepalanya.
Semoga Iris Amni dapat menyesuaikan diri di alam persekolahan.
Rasanya, tak salah kalau kita juga berterima kasih dengan kerajaan yang memberikan ruang dan peluang untuk anak-anak kita mendapat pendidikan dengan sempurna. Cara kerajaan meningkatkan taraf pendidikan di sekolah-sekolah nampaknya berjaya.

Dahulunya, ibubapa dibebani dengan masalah yuran, pembelian buku teks. Tapi sekarang tidak lagi. Semuanya disediakan oleh kerajaan. Semuanya subsidi kerajaan Barisan Nasional. Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah SWT.

Anak-anak kita ditempatkan di sekolah yang baik dan sempurna. Keselamatan terjamin. Mempunyai pengawal keselamatan. Ciri-ciri keselamatan juga terbaik. Ini semua hasil daripada kebijaksanaan dan keprihatinan pemimpin-pemimpin kita untuk melihat anak-anak kita diberikan pelajaran yang terbaik.

Semoga anak papa dan anak-anak yang lain mendapat ilmu dan pengalaman yang terbaik di sekolah. Gunakanlah ruang dan peluang yang diberikan ini dengan sebaik mungkin.

“Kita akan nampak kosong pada kain yang putih kerana tiada upaya untuk berfikir. Untuk mewarnai kain yang putih itu kita perlu belajar dan diajar untuk menggunakan daya kreatif kita…”

Salam 1Malaysia.

Thursday, January 3, 2013

KETAGIHAN ROKOK YANG DINAFIKAN...


KETAGIHAN MEROKOK YANG DINAFIKAN...

Apa tidaknya. Kebanyakan perokok pasti akan menafikan bahawa tabiat merokok ini bukan dikatagorikan sebabagai penagih. Sebaliknya tabiat ini boleh ditinggalkan pada bila-bila masa.

Persoalannya, adakah mereka yang menjadi perokok ini meninggalkan tabiat ini? Bila nak berhenti merokok? Sampai bila? Bukankah ketagih namanya bila sukar untuk berhenti merokok?

Apapun, rokok menimbulkan bermacam-macam persoalan di Malaysia ini. Daripada hukum hakamnya, imejnya, jenamanya, masalahnya dan macam-macam lagi. Tapi yang pasti, rokok membahayakan kesihatan.

Rokok daun masih mendapat sambutan.
Dunhill antara jenama yang popular di Malaysia.
Dengan kenaikan harga rokok, rokok-rokok seludup, tiruan mula mendapat tempat di pasaran Malaysia.

Aku lihat, kerajaan telah berbuat bermacam-macam kempen kesedaran tentang gejala merokok ini. Macam-macam cara untuk mengubah tabiat orang-orang yang suka merokok ni. Berjuta-juta duit kerajaan habis untuk menyedarkan orang ramai tentang bahayanya merokok ini. Tapi, hasilnya ado!

Rakyat Malaysia tidak menghiraukan kenaikan harga rokok.
Bahaya rokok! Terang lagi bersuluh...

Dinaikan harga rokok. Perokok masih lagi membeli dan menghisapnya. Tak dapat hisap rokok yang mahal, dibelinya rokok yang murah. Entah dari mana datangnya produk rokok murah ni. Berbagai jenama dan citarasa dijual di pasaran gelap.

Tak cukup dengan kenaikan harga rokok. Kerajaan mensyaratkan kepada syarikat pengeluar rokok mencetak gambar amaran yang ngeri di luar kotak rokok. Kalau ikut logik akal, bila kita tengok gambar yang dipaparkan itu sudah pasti kita akan terus berhenti. Tapi, perokok tegar ini buat macam tak ada mende jer. Huhuhu…

Di Malaysia, sering kita lihat di papan-papan iklan kempen tidak merokok seperti ini.
Sekolah-sekolah juga memainkan peranan kempen Tak Nak Rokok!.

Bukan main besar iklan ni. Tapi masih tidak ada kesedaran.
Contoh bahana merokok yang digambarkan di kotak-kotak rokok.
Iklan Tak Nak Merokok! Merata-rata ada. Iklan di billboard, surat khabar, TV dan radio sentiasa ada. Kenapa masih ramai perokok di Negara ini? Kenapa?

Sehingga Majlis Fatwa Kebangsaan telah megeluarkan fatwa bahawa merokok adalah haram. Pun masih ada orang Islam yang buat tak tahu jer. Buat macam halal jer perkara yang haram. Bukankah ketagih namanya tu.



Adakah cara kerajaan melakukan kempen-kempen kesedaran ini salah? Ataupun adakah ini semua salah kerajaan?

Kau yang merokok. Kau nak salahkan kerajaan pulak! Apa puye turr… Kepala dunga. Salah diri sendirilah. Yang kau dah tahu merokok tu membahayakan kesihatan, memudaratkan, gejala yang tidak baik… kenapa kau pilih untuk menjadi perokok?! @#$%^&*…

Keluar berbagai jenama rokok elektronik bagi membantu perokok berhenti merokok.
Adakah dengan keluarnya rokok elektronik ini dapat menyelesaikan masalah perokok tegar.

Cara apa lagi yang mampu mengubah minda, mengubah pemikiran orang-orang yang tergolong dalam kumpulan perokok ini? Kalau difikirkan balik, buang duit jer kerajaan buat kempen itu, kempen ini. Biar jelah pada mereka yang suka pada kemudaratan ini. Dah teruk besok, berhentilah dia hisap rokok.

Pandangan-pandangan daripada mereka merokok, merokok memberikan ketenangan, memberikan idea, menghilangkan stress, dapat mengawal berat badan dan membantu seseorang itu kurang mengantuk apabila sedang melakukan kerja.

Rencana berkaitan bahaya rokok murah.
Macam-macam cerita tentang rokok. Masih ramai juga yang merokok.
Rokok tiruan memang bahaya. Tapi asalkan murah, pun tak apa.
Jika benar perkara ini, kenapa mesti mahu dihalang mereka daripada merokok? Biarlah mereka dengan dunia mereka. Kerana perokok juga menyumbangkan sesuatu kepada negara. Betul ke? Lu pikirlah sendiri.

Gejala sosial di kalangan pelajar sekolah sering dikaitan dengan merokok juga.
Bukan main santai lagi.
Tidak kurang dengan pelajar perempuan. Sama naik jer.

Kalau dah rasa diri tu jer yang betul. Mana nak tahu ada kesilapan yang dilakukan. Memanjang jerlah betul apa yang kita lakukan walaupun perkara yang kita lakukan itu sebenarnya salah.

Apapun, kerajaan telah memainkan peranan mereka bagi memulihkan kembali perokok-perokok untuk membuang gejala yang tidak sihat ini. Sekurang-kurangnya, 1 daripada 100 orang perokok akan ada kesedaran masalah merokok ini.

“Kenapa mesti memilih jalan yang gelap, sedangkan jalan yang terang masih ada untuk kita laluinya.”

Salam 1Malaysia.

Monday, December 31, 2012

SELAMAT TINGGAL 2012 MENJADI KENANGAN, SELAMAT DATANG 2013 DENGAN PENUH KEAZAMAN.

SELAMAT TINGGAL 2012 MENJADI KENANGAN, SELAMAT DATANG 2013 DENGAN PENUH KEAZAMAN.

Pejam celik, pejam celik… rupanya kita dah sampai di penghujung tahun. Cepat sungguh masa berlalu. Semakin pantas angka usia mengejar kita semua.

Masih ada beberapa hajat yang belum tercapai di tahun 2012 ni. Ermmm… Allah maha berkuasa. Semoga 2013 mencapai matlamat.

Korang semua apa cer? Tercapaikah hajat-hajat pada 2012? Kalau tak tercapai tu, jangan pula berputus asa. Jadikan 2013 ini sebagai titik pertemuannya.

Aku, mula mengaktifkan blog ini, pada pertengahan Oktober yang lalu. Dan sebenarnya penghasilan Blog FY ni juga adalah perancangan aku untuk tahun 2012 atas urusan suka-suka dan mencari pengalaman di luar batasan.

Akhirnya, aku berjaya juga menghasilkan blog ini yang agak santai. Aku rasa penulisan aku ni pun memang santai habis. Tapi tak tahulah pada korang yang membacanya.

Ada beberapa perkara yang aku dapat laksanakan pada tahun 2012 ini. Ada juga yang tak dapat aku laksanakan. Tapi apapun aku berharap, perkara yang aku tak dapat capai pada tahun 2012 akan aku usahakan di tahun 2013. InsyaAllah.

Tahun 2012 meninggalkan kita dengan cerita-cerita, peristiwa-peristiwa, serta pengalaman-pengalaman untuk kita jadikan teladan. Jadikan sempadan. Jadikan pedoman.

Aku bersyukur kepada Allah SWT, kerana masih memberikan peluang untuk aku merasai nikmat dunia ini. Dan aku masih diberikan peluang untuk mempelajari dan menimba ilmu tentang kehidupan dunia yang fana.

Sudah tentunya, tahun baru. Azam pun mestilah baru. Bagi aku, aku mempunyai satu azam yang baru untuk aku usahakan. Umrah… Umrah bersama ahli keluarga ku. Semoga Allah dapat menunaikan hajat aku ini.

Dan yang lainnya, apa yang tidak tertunai pada tahun 2012. Akan aku usahakan untuk mencapainya pada tahun ini. InsyaAllah, dengan keizinan-Nya.

Bersama-samalah kita meraikan tahun baru ini dengan penuh kesyukuran dan keinsafan. Tingkatkan taqwa kepada Allah SWT dan ukhwah kita sesama manusia.

Dan yang paling penting, bersyukurlah kita kepada Allah SWT kerana memberikan kita pemimpin yang baik. Malaysia aman dan makmur harus kita pertahankan.

Salam 1Malaysia.

Friday, December 28, 2012

Isu Amanat Hadi Terus Menjadi Bualan Rakyat Malaysia. Perlukah Hadi Awang Menjawab?


Isu Amanat Hadi Terus Menjadi Bualan Rakyat Malaysia. Perlukah Hadi Awang Menjawab?


Hadi perlu jawab persoalan. Hadi didesak tarik balik amanat. Abdul Hadi perlu tampil beri penjelasan. Semua ini antara tajuk-tajuk yang mahukan penjelasan daripada Abdul Hadi Awang berkenaan amanatnya yang tersiar di akhbar-akhbar.

Aku rasa dah sebulan isu ini di mainkan di dalam akhbar-akhbar tempatan, tv dan di internet. Rasa bosan dan menyampah pun ada. Korang tak rasa macam tu ker?

Daripada kekerapan isu itu juga, buku Kafirkah Aku? tulisan C.N. Al-Afghani terus mendapat perhatian. Tiba-tiba menjadi popular. Ramai juga yang mahu mendapatkan buku itu untuk mengetahui lebih lanjut apakah sebenarnya yang tertulis di dalam buku itu.

Daripada apa yang aku ketahui, buku Kafirkah Aku? mengupas dan mendedahkan sejauh mana umat Islam terpengaruh dengan amanat Hadi ini. Dan mendedahkan kepincangan dalam ahli-ahli dan pemimpin Pas.

Amanat Hadi dalam tulisan Jawi.
Amanat Hadi yang menjadikan permusuhan sesama Islam dan Melayu.
Amanat Hadi yang menjadi pegangan orang-orang PAS yang taksub, berlakulah beberapa perkara yang tidak diingini. Bagaimana seseorang yang digelar guru boleh mengeluarkan kata-kata sebegitu. Sehingga memecahbelahkan umat Islam.

Sehinggakan terjadilah perkara-perkara yang rasanya tidak masuk akal. Haram makan sembelihan orang-orang UMNO. Terjadinya dua iman dalam satu waktu. Sehingga mendirikan dua masjid berasingan bersebelahan. Tak bayar zakat fitrah kepada imam UMNO. Macam-macam lagilah.

Benarkah apa yang dikatakan ini berlaku?
Amanat Hadi juga dikatakan mengorbankan umat Islam seperti yang kita ketahui, korban Memali. Kenapa sehingga boleh jadi begitu. Begitu kuatkah amanat Hadi ini. Apa ada pada Hadi? Apakah amanat Hadi ini benar-benar mengikut syariat Islam? Tepuk dada, tanya iman.

Isu buku ini terus dimainkan. Siapa yang untung? Aku untung? Kau untung? Hadi Awang untung? UMNO untung atau Pas untung? Orang-orang Islam untung?

Aku rasa, adalah lebih baik isu ini dihentikan segera dengan penjelasan dan jawapan yang terbuka daripada Hadi Awang sendiri. Ini perlu kerana setiap persoalan yang ditimbulkan, mesti ada jawapan untuk diselesaikan.

Hadi Awang perlu jawab, demi agama Islam. Hadi Awang perlu jawab demi bangsa Melayu.

Jangan biarkan ia berlalu sahaja tanpa sebarang jawapan. Jangan biarkan umat Islam di negara ini keliru. Jangan biarkan agama Islam ditempelak.

Perbezaan ideologi politik tu biasa. Ada yang setuju dengan UMNO. Ada yang setuju dengan PAS. Ada setuju dengan PKR. Dan ada juga yang setuju dengan DAP. Tapi janganlah perbezaan ini boleh memutuskan tali persaudaraan sesama Islam.

Keamanan dan kemakmuran negara perlu dijaga. Jangan hanya dendam peribadi dan ego diri yang tinggi memusnahkan apa yang telah Malaysia kecapi hari ini. Kemerdekaan Negara tidak seharusnya dimusnahkan dengan hanya kerakusan merebut kuasa.

Allah SWT Maha Berkuasa. Kenapa sehingga kini, pemimpin-pemimpin UMNO yang dikafirkan Abdul Hadi awang terus mendapat keberkatan daripada-Nya. Kenapa UMNO terus kekal menjadi pemerintah di Malaysia. Kenapa? Bukankah perjalanan hidup kita ini sudah ditentukan oleh-Nya.

Salam 1Malaysia.