Monday, December 31, 2012

SELAMAT TINGGAL 2012 MENJADI KENANGAN, SELAMAT DATANG 2013 DENGAN PENUH KEAZAMAN.

SELAMAT TINGGAL 2012 MENJADI KENANGAN, SELAMAT DATANG 2013 DENGAN PENUH KEAZAMAN.

Pejam celik, pejam celik… rupanya kita dah sampai di penghujung tahun. Cepat sungguh masa berlalu. Semakin pantas angka usia mengejar kita semua.

Masih ada beberapa hajat yang belum tercapai di tahun 2012 ni. Ermmm… Allah maha berkuasa. Semoga 2013 mencapai matlamat.

Korang semua apa cer? Tercapaikah hajat-hajat pada 2012? Kalau tak tercapai tu, jangan pula berputus asa. Jadikan 2013 ini sebagai titik pertemuannya.

Aku, mula mengaktifkan blog ini, pada pertengahan Oktober yang lalu. Dan sebenarnya penghasilan Blog FY ni juga adalah perancangan aku untuk tahun 2012 atas urusan suka-suka dan mencari pengalaman di luar batasan.

Akhirnya, aku berjaya juga menghasilkan blog ini yang agak santai. Aku rasa penulisan aku ni pun memang santai habis. Tapi tak tahulah pada korang yang membacanya.

Ada beberapa perkara yang aku dapat laksanakan pada tahun 2012 ini. Ada juga yang tak dapat aku laksanakan. Tapi apapun aku berharap, perkara yang aku tak dapat capai pada tahun 2012 akan aku usahakan di tahun 2013. InsyaAllah.

Tahun 2012 meninggalkan kita dengan cerita-cerita, peristiwa-peristiwa, serta pengalaman-pengalaman untuk kita jadikan teladan. Jadikan sempadan. Jadikan pedoman.

Aku bersyukur kepada Allah SWT, kerana masih memberikan peluang untuk aku merasai nikmat dunia ini. Dan aku masih diberikan peluang untuk mempelajari dan menimba ilmu tentang kehidupan dunia yang fana.

Sudah tentunya, tahun baru. Azam pun mestilah baru. Bagi aku, aku mempunyai satu azam yang baru untuk aku usahakan. Umrah… Umrah bersama ahli keluarga ku. Semoga Allah dapat menunaikan hajat aku ini.

Dan yang lainnya, apa yang tidak tertunai pada tahun 2012. Akan aku usahakan untuk mencapainya pada tahun ini. InsyaAllah, dengan keizinan-Nya.

Bersama-samalah kita meraikan tahun baru ini dengan penuh kesyukuran dan keinsafan. Tingkatkan taqwa kepada Allah SWT dan ukhwah kita sesama manusia.

Dan yang paling penting, bersyukurlah kita kepada Allah SWT kerana memberikan kita pemimpin yang baik. Malaysia aman dan makmur harus kita pertahankan.

Salam 1Malaysia.

No comments:

Post a Comment