Friday, December 21, 2012

SUPER HERO PILIHAN AKU

Zaman kanak-kanak sudah pasti watak-watak ini menjadi kegemaran kita. Aku juga ada watak superhero kegemaran aku. Kau ada?

Superman antara watak superhero yang tiada tandingan. Kuasa yang tiada batasan. Macam-macam kuasa ada pada Superman. Yang paling best dia boleh terbang.

Pada masa tu, siap beli baju Supermanlah. Mainan Superman jangan cakap arr… penuh almari. Apa sajalah masa tu mesti ada lambang superman. Seluar baju, kasut selipar, beg sekolah, pensil, pemadam, bekas pensil. Semualah Superman.

Superman sudah pasti menjadi pilihan hatiku.
Nak jadi macam Supermanlah waktu tu. Nak jadi hero.

Itulah dia seronoknya zaman kanak-kanak. Zaman yang pastinya tak akan dilupakan sehingga hujung nyawa. Pada korang yang tak ada pengalaman macam ni, agak rugi juga.

Sekarang, berbagai watak superhero ada. Sampai aku pun dah naik pening. Banyak sangat watak superhero diwujudkan. Macam-macam power ada.

Thor antara watak super hero yang diminati.
Spiderman... aku tak berapa nak suka.
IronMan... watak super hero yang baru.
Dulu, kalau cerita Hulk ni bermain di TV. Pasti aku tak akan melepaskannya.
Batman... aku suka gak watak ni. Ada style...
Kapten Amerika... Orang Amerika je yang bangga kot.
Watak mutan ni antara yang terbaik.

Apapun, dewasa ini fikirkanlah dengan rasional. Janganlah kita terbawa-bawa watak yang hanya diwujudkan untuk kita bersuka-suka, berkhayal semata-mata.

Hanya kuasa Allah SWT sahaja yang dapat menjadikan kuasa-kuasa yang ada pada watak superhero ini wujud. Hanya Allah yang maha berkuasa.

Salam 1Malaysia.

No comments:

Post a Comment