Monday, December 17, 2012

Kelong Pozi, menambat hati...

Kelong Pozi, Lukut yang indah dan tenang...

Kelong Pozi, menambat hati...

Trip mancing kali ini di Lukut. Aku dengan budak-budak opis seramai 6 orang. Tajil, Minggo, Jojo, Ustaz dan Hanapi. Dua biji kereta kau kali ni.

Jangan ada yang tertinggal barang.
Sementara menunggu bot untuk ke kelong.
Jeti ke kelong juga menjadi tempat memancing. Santai habis...
Kapal yang sudah rosak ni juga dijadikan tempat memancing. Siakap banyak katanya.

Dengan harapan dapat menaikkan ikan yang berkualiti. Aku masih lagi memegang rekod. Antara mereka berlima masih belum ada sesiapa yang boleh melawan aku buat masa sekarang ni.
Ustaz dan Hanapi, dua ahli baru team Bangau...
Yang ni otai Bangau... Tajil namanya.
Bangau2 mencuba kelong Pozi di lukut pulak.
Bab ni yang bahaya, kena jaga tangan dan kaki bila nak naik ke kelong ni.
Hubaya... hubaya... kalau angin kuat, pasti ada tangan yang terluka. Berhati-hatilah.
Lukut, Kelong Pozi dikatakan tempat yang menarik. Di sini mempunyai 3 buah kelong. Kelong Mahmod, Kelong Raja dan Kelong Pozi. Ketiga-tiga kelong ini memang dikatakan terbaik bagi mereka yang kaki mincing.

Keadaan kelong Pozi ni lebih baik daripada kelong Bagan Lalang. Yang ni lebih terurus. Tak lah seram sangat. Ada disediakan bilik-bilik untuk beristirehat. Kemudahan bilik air dan dapur masak. Juga bekalan elektrik.
Bangau Team sedang mempersiapkan peralatan perangnya...
Bangau King... "Jangan bangau lagi kat sini udahlah"...
Selamat pagi... Pekena Maggi...
Muka Bangau baru bangun tidur...

Walaupun kali ini, aku juga hampir-hampir menjadi bangau seperti yang lain. Tapi aku puas dengan seekor ikan tuke. Dan aku juga menjadi orang yang pertama menaikkan ikan di kelong itu pada masa itu.

Ini jer rezekinya... Bangau-bangau...

Aku juga puas melihat cikgu menaikkan ikan susu. Ikan susu tu siap main terbang-terbang lain. Memang puas. Puas sehingga terdetik di dalam hati, “aku mesti akan dating lagi di sini.”

Kami Team Bangau... sesiapa nak join grup boleh hubungi saya.
Add caption
Ikan tak dapat... bergambar jelah.

Bukan itu sahaja, aku juga puas melihat ikan ebek ditewaskan bersebelahan dengan aku. Seronok sungguh walaupun ikan itu bukan aku yang naikkan.

Senangin seberat 2 kilo yang terkena mata kail abang din proton dari klang. “Ssreeetttt… Ssreetttt… sapa puya joran tu… perghh…” Joran 15 kaki di hujung kelong itu melengkong mencecah lantai. Memang best.

Sapa yang berhajat untuk ke kelong Pozi ni, persiapkanlah kelengkapan yang sebaik-baiknya. Ikan di dasar laut itu tidak dapat diduga. Tapi kalau datang hari betul. IsyaAllah… pasti puas.

“Memancing menguji kesabaran kita. Jadi berusahalah dengan tekad dan keazaman yang tinggi untuk menewaskan sang buruan…”

Salam 1Malaysia

2 comments:

  1. Terbaik la Firhat... pegi tak pelawe pung.
    Tajil dapat ikan ape?
    Bila mau pegi lagi?
    Poyo je gambo Tajil tu, cam dapat ikan hehehe

    ReplyDelete
  2. terima kaseh atas penulisan positif tentang kelong pozi

    ReplyDelete