Tuesday, July 9, 2013

Kelebihan Bulan Ramadhan dan Sunnah ketika berpuasa

Selamat Berpuasa kepada semua muslimin dan muslimat...


Bulan mulia bulan Ramadan tiba lagi. Bersyukur kepada Allah SWT kerana memberi peluang sekali lagi kapada aku untuk menyambut Ramadan kali ini. Alhamdulillah...





Dikesempatan ini, aku ingin memohon ampun dan maaf kepada semua sahabat2 dan kenalan di FB serta khususnya kepada pembaca blog ini. Mungkin disepanjang perkenalan kita, ayat-ayat dan penulisan saya di blog dan FB ada mengguris hati dan perasaan sahabat semua.

Tidak terlintas di hati ini ingin melukakan perasaan sahabat2 semua. Mungkin kadang kala, keadaan dan masa, ada ayat-ayat yang terkeluar di luar batasan dan jangkaan.

Maka dengan itu, aku memohon ampun dan maaf daripada semua kesilapan yang aku lakukan. Dengan sengaja mahupun tidak sengaja. Dengan tersurat mahupun tersirat.

Selamat menyambut bulan yang mulia... Ramadan al-Mubarak.

Salam 1Malaysia.

Friday, July 5, 2013

Konsert Metallica bakal gegarkan Kuala Lumpur!!!



Konsert Metallica bakal gegarkan Kuala Lumpur!!!


Pada peminat-peminat Metallica jangan melepaskan peluang untuk mendapat tiket konsert Metallica Life In KL pada 21 Ogos 2013 ini....  Cepat brader-brader semua!

Aku pun macam nak percaya dengan tidak, kehadiran kumpulan rock terbesar dunia ni ke Malaysia. Dulu, ada ura-ura nak sampai, tapi akhirnya terbatal. Ni sekali lagi ada bunyi. Jangan tak jadi udah ler.

Kerajaan Malaysia bagi pula kali ni yer. Kalau tak silap dulu, kerajaan Malaysia yang tidak membenarkan kumpulan Metallica ini mengadakan konsert di Kuala Lumpur.

Mungkin disebabkan kumpulan ini mengadakan konsert untuk sambutan Aidilfitri kot... Macam dalam video kat atas tu... Tu yang kerajaan Malaysia lepaskan.

Apapun, brader-brader semua dapatkan tiket dengan harga yang paling murah RM198...  di galaxy.com.my. Jumpa di sana...

Salam 1Malaysia.

Tuesday, June 18, 2013

Kalau Macam Ni... Senang nak buat pilihan untuk Raya nanti...



Kalau Macam Ni... Senang nak buat pilihan untuk Raya nanti...


Kalau rasa baget tu cukup-cukup jer... usah ler tengok yang dalam video ni. Pi order kat proton jer, Saga BLM SV.... murah siot.

Apa yang power sangat Nissan GTR tu sehingga Ferrari Italia pun kena... Tapi kalau panjang lagi aku ingat Ferrari boleh potong Nissan GTR tu... Tak jauh sangat kena tinggal.

Apapun di Malaysia pun kena buat macam ni. Susun semua kereta yang berkenan, dan test yang mana power... baru senang nak buat pilihan. Betul tak?

Salam 1Malaysia.

Monday, June 17, 2013

VIDEO PENDEK HEBAT!!! RUGI KALAU TAK TENGOK...

 

VIDEO PENDEK HEBAT!!! RUGI KALAU TAK TENGOK...

 Siapa boleh terfikir untuk melakukan kreativiti sebegini di dalam sebuah video pendek. Jadi, jangan pening kepala. Serahkan pada yang pakar untuk menghasilkannya...

Thursday, June 13, 2013

Raja-Raja Melayu Kini Sedang Dihina… Apa tindakan kita sebagai orang Melayu?


Wasiat yang hanya di omok-omokkan... apa mungkin tidak akan berubah satu pun?

Raja-Raja Melayu Kini Sedang Dihina… Apa tindakan kita sebagai orang Melayu?


Setiap hari sekarang ni kalau kita baca surat khabar… pasti akan ada cerita tentang rakyat yang menghina Raja kita. Menghina Agong kita. Kenapa? Bagaimana perkara ini boleh berlaku? Apa sebabnya?


Lupakah kita siapa yang membuka ruang untuk rakyat mencari jalan untuk menghina Raja-Raja?
Kenapa pemimpin-pemimpin terdahulu tidak berfikir apa akan jadi di masa akan datang jika mereka berbuat demikian?
Kadang-kadang mengata orang memang seronok. Tapi bila kita lihat sendiri, kutukan itu terkena dibatang hidung sendiri.

Apa pula reaksi kita sebagai seorang rakyat Malaysia. Baca, dengar dan tengok je? Ni yang sedang dihina ketua negara. Payung negara? Payung agama? Nak tengok jer ke? Agong kita di hina dan dicerca, kita hanya duduk melihat. Dok tengok tanpa ada sebarang tindakan?

Rakyat Malaysia yang dihormati. Bangun dan bersatulah hati. Mempertahankan Raja-Raja kita. Siapa lagi yang akan mempertahankan Raja-Raja kita kalau bukan kita rakyatnya. Buatlah sesuuatu yang menunjukan Raja-Raja kita sentiasa di hati rakyat. Bangun, bangkit, untuk mempertahakan Raja-Raja kita.

Siapa yang akan mempertahankan negara kita, agama kita, keluarga kita, isteri dan anak-anak kita?

Raja dan rakyat, berpisah tiada… Raja memerlukan rakyat yang setia. Kita juga memerlukan Raja sebagai payung negara. Raja dan rakyat saling memerlukan untuk membina sebuah negara yang kaya raya. Sebuah negara yang maju.

Kepada mereka yang tidak berpuas hati menjadi rakyat Malaysia ini. Keluarlah dari Malaysia. Buatlah permohanan pertukaran kerakyatan. Semoga negara baru anda akan dapat memuaskan hati anda sekeluarga.

Kenapa mesti nak menghina? Kenapa mesti nak mencaci? Tak perlu semua ini. Tak ada faedahnya.

Dan kepada pemimpin-pemimpin politik, jagalah kestabilan politik dengan baik. Jangan cuba mengherat institusi Raja-Raja Melayu masuk sekali ke arena politik kotor kamu semua. Jika ia terjadi hilanglah daulat institusi Raja-Raja Melayu.

Daulat Tuanku!

Salam 1Malaysia.  

Thursday, May 30, 2013

VIDEO PENDEK KJ MENDAPAT PERHATIAN…



VIDEO PENDEK  KJ MENDAPAT PERHATIAN…


Khairy Jamaluddin atau KJ, Ketua Pemuda UMNO Malaysia merangkap Menteri Belia dan Sukan sememangnya dianugerahkan bakat yang luar biasa.

Bukan sahaja hebat di arena politik. Malah KJ juga hebat di dalam dunia lakonan. Memang terserlah kemampuan lakonan KJ di dalam video pendek yang diberikan tajuk “Meter”.

Aku sebenarnya dengki dengan apa yang dimiliki oelh KJ ni. Dia sentiasa mendapat perhatian. Berketrampilan dan berkarisma. Di usia muda sudah berada dipuncaknya. Hebat.

Kalau nak ikutkan, usianya dengan aku taklah jauh sangat. Tapi, yang menjadikan aku dan KJ berbeza dari segi pencapaiannya. Pencapaian dari semua segi.

Adakah ini takdir? Atau usaha yang telah dilakukan. Mungkin usahanya jauh berbeza dengan usaha aku selama ini.

Apapun KJ mempunyai auranya. Aku juga ada aura aku tersendiri. Cuma yang membezakannya, dia KJ dan aku FY.

Salam 1Malaysia.

Thursday, May 23, 2013

“Kullu nafsin dzaaiqatul maut”…


“Kullu nafsin dzaaiqatul maut”…


Satu potongan ayat dari surah Ali Imran: 185 yang membawa maksud, “Setiap yang bernyawa akan merasai mati…”

Adakah kita sedar akan perkara ini? Adakah kita semua bersedia menghadapinya? Adakah kita tahu tentang perkara ini? Adakah kita mampu mengatasinya?

Sebagai seorang Islam, kita seharusnya sentiasa bersedia akan apa jua yang berlaku dan akan berlaku termaksuklah dengan maut.

Bagi mereka yang masih belum menemuinya. Ataupun masih belum sedar dengan apa yang berlaku disekelilingnya. Mungkin mereka ini perlu mencari cahaya itu.

Sebuah buku terbitan Utusan Karya Sdn. Bhd. Yang berjudul ‘Peringatan Dari Mayat dan Kubur’ mungkin dapat membantu kita yang masih belum sedar dengan keadaan sekeliling.


Banyak pengalaman dan ilmu yang dapat kita perolehi daripada penulis-penulis di dalam buku itu untuk kita jadikan pengajaran. Mungkin dengan memiliki buku tersebut, sedikit sebanyak dapat membantu kita mencari cahaya yang hilang itu.

Pencerita seperti Nasir Bilal Khan, Imam Muda Asyraf, Dr. Robiah K. Hamzah, Ustaz Mohd. Kazim Elias dan banyak lagi pasti dapat membantu kita untuk bersedia menghadapi alam kubur.

Apapun aku dah dapat buku tu, cerita dan pengalaman di dalamnya semuanya menarik. Sedikit sebanyak ada juga pengajarannya untuk aku. Korang bila lagi. Cepat dapatkan dipasaran sekarang!

Salam 1Malaysia.