Tuesday, June 18, 2013

Kalau Macam Ni... Senang nak buat pilihan untuk Raya nanti...



Kalau Macam Ni... Senang nak buat pilihan untuk Raya nanti...


Kalau rasa baget tu cukup-cukup jer... usah ler tengok yang dalam video ni. Pi order kat proton jer, Saga BLM SV.... murah siot.

Apa yang power sangat Nissan GTR tu sehingga Ferrari Italia pun kena... Tapi kalau panjang lagi aku ingat Ferrari boleh potong Nissan GTR tu... Tak jauh sangat kena tinggal.

Apapun di Malaysia pun kena buat macam ni. Susun semua kereta yang berkenan, dan test yang mana power... baru senang nak buat pilihan. Betul tak?

Salam 1Malaysia.

Monday, June 17, 2013

VIDEO PENDEK HEBAT!!! RUGI KALAU TAK TENGOK...

 

VIDEO PENDEK HEBAT!!! RUGI KALAU TAK TENGOK...

 Siapa boleh terfikir untuk melakukan kreativiti sebegini di dalam sebuah video pendek. Jadi, jangan pening kepala. Serahkan pada yang pakar untuk menghasilkannya...

Thursday, June 13, 2013

Raja-Raja Melayu Kini Sedang Dihina… Apa tindakan kita sebagai orang Melayu?


Wasiat yang hanya di omok-omokkan... apa mungkin tidak akan berubah satu pun?

Raja-Raja Melayu Kini Sedang Dihina… Apa tindakan kita sebagai orang Melayu?


Setiap hari sekarang ni kalau kita baca surat khabar… pasti akan ada cerita tentang rakyat yang menghina Raja kita. Menghina Agong kita. Kenapa? Bagaimana perkara ini boleh berlaku? Apa sebabnya?


Lupakah kita siapa yang membuka ruang untuk rakyat mencari jalan untuk menghina Raja-Raja?
Kenapa pemimpin-pemimpin terdahulu tidak berfikir apa akan jadi di masa akan datang jika mereka berbuat demikian?
Kadang-kadang mengata orang memang seronok. Tapi bila kita lihat sendiri, kutukan itu terkena dibatang hidung sendiri.

Apa pula reaksi kita sebagai seorang rakyat Malaysia. Baca, dengar dan tengok je? Ni yang sedang dihina ketua negara. Payung negara? Payung agama? Nak tengok jer ke? Agong kita di hina dan dicerca, kita hanya duduk melihat. Dok tengok tanpa ada sebarang tindakan?

Rakyat Malaysia yang dihormati. Bangun dan bersatulah hati. Mempertahankan Raja-Raja kita. Siapa lagi yang akan mempertahankan Raja-Raja kita kalau bukan kita rakyatnya. Buatlah sesuuatu yang menunjukan Raja-Raja kita sentiasa di hati rakyat. Bangun, bangkit, untuk mempertahakan Raja-Raja kita.

Siapa yang akan mempertahankan negara kita, agama kita, keluarga kita, isteri dan anak-anak kita?

Raja dan rakyat, berpisah tiada… Raja memerlukan rakyat yang setia. Kita juga memerlukan Raja sebagai payung negara. Raja dan rakyat saling memerlukan untuk membina sebuah negara yang kaya raya. Sebuah negara yang maju.

Kepada mereka yang tidak berpuas hati menjadi rakyat Malaysia ini. Keluarlah dari Malaysia. Buatlah permohanan pertukaran kerakyatan. Semoga negara baru anda akan dapat memuaskan hati anda sekeluarga.

Kenapa mesti nak menghina? Kenapa mesti nak mencaci? Tak perlu semua ini. Tak ada faedahnya.

Dan kepada pemimpin-pemimpin politik, jagalah kestabilan politik dengan baik. Jangan cuba mengherat institusi Raja-Raja Melayu masuk sekali ke arena politik kotor kamu semua. Jika ia terjadi hilanglah daulat institusi Raja-Raja Melayu.

Daulat Tuanku!

Salam 1Malaysia.  

Thursday, May 30, 2013

VIDEO PENDEK KJ MENDAPAT PERHATIAN…



VIDEO PENDEK  KJ MENDAPAT PERHATIAN…


Khairy Jamaluddin atau KJ, Ketua Pemuda UMNO Malaysia merangkap Menteri Belia dan Sukan sememangnya dianugerahkan bakat yang luar biasa.

Bukan sahaja hebat di arena politik. Malah KJ juga hebat di dalam dunia lakonan. Memang terserlah kemampuan lakonan KJ di dalam video pendek yang diberikan tajuk “Meter”.

Aku sebenarnya dengki dengan apa yang dimiliki oelh KJ ni. Dia sentiasa mendapat perhatian. Berketrampilan dan berkarisma. Di usia muda sudah berada dipuncaknya. Hebat.

Kalau nak ikutkan, usianya dengan aku taklah jauh sangat. Tapi, yang menjadikan aku dan KJ berbeza dari segi pencapaiannya. Pencapaian dari semua segi.

Adakah ini takdir? Atau usaha yang telah dilakukan. Mungkin usahanya jauh berbeza dengan usaha aku selama ini.

Apapun KJ mempunyai auranya. Aku juga ada aura aku tersendiri. Cuma yang membezakannya, dia KJ dan aku FY.

Salam 1Malaysia.

Thursday, May 23, 2013

“Kullu nafsin dzaaiqatul maut”…


“Kullu nafsin dzaaiqatul maut”…


Satu potongan ayat dari surah Ali Imran: 185 yang membawa maksud, “Setiap yang bernyawa akan merasai mati…”

Adakah kita sedar akan perkara ini? Adakah kita semua bersedia menghadapinya? Adakah kita tahu tentang perkara ini? Adakah kita mampu mengatasinya?

Sebagai seorang Islam, kita seharusnya sentiasa bersedia akan apa jua yang berlaku dan akan berlaku termaksuklah dengan maut.

Bagi mereka yang masih belum menemuinya. Ataupun masih belum sedar dengan apa yang berlaku disekelilingnya. Mungkin mereka ini perlu mencari cahaya itu.

Sebuah buku terbitan Utusan Karya Sdn. Bhd. Yang berjudul ‘Peringatan Dari Mayat dan Kubur’ mungkin dapat membantu kita yang masih belum sedar dengan keadaan sekeliling.


Banyak pengalaman dan ilmu yang dapat kita perolehi daripada penulis-penulis di dalam buku itu untuk kita jadikan pengajaran. Mungkin dengan memiliki buku tersebut, sedikit sebanyak dapat membantu kita mencari cahaya yang hilang itu.

Pencerita seperti Nasir Bilal Khan, Imam Muda Asyraf, Dr. Robiah K. Hamzah, Ustaz Mohd. Kazim Elias dan banyak lagi pasti dapat membantu kita untuk bersedia menghadapi alam kubur.

Apapun aku dah dapat buku tu, cerita dan pengalaman di dalamnya semuanya menarik. Sedikit sebanyak ada juga pengajarannya untuk aku. Korang bila lagi. Cepat dapatkan dipasaran sekarang!

Salam 1Malaysia.

Tuesday, May 21, 2013

Kembali Ke Kelong Pozi, Lukut Selepas PRU13...



Kembali Ke Kelong Pozi, Lukut Selepas PRU13...


Setelah beberapa bulan sibuk dengan usaha menyakinkan rakyat dengan kemampuan Barisan Nasional. Sehinggalah selesai proses PRU13 yang lalu, barulah boleh plan nak pi mengail pula.

Aku dan rakan-rakan seperjuangan dalam hobi yang suka memancing sekali lagi telah berkomplot ke kelong Pozi di lukut baru-baru ini. Hasilnya… kurang memberangsangkan.

Anak ikan bermain dipermuakaan air. Waktu ni eloklah main apollo untuk mencari anak tamban ataupun selar.
Ini adalah salah satu cara untuk umpan udang hidup kekal lebih lama.

Apapun trip kali ini hanya untuk melepaskan gian yang dah lama tak pi. Sambil berehat setelah penat berkempen pada PRU13 yang lalu. Kata kau!...

Xpdc bermula...
Batang ni dah dekat 12 tahun... Ni champion punye... ahaks
Sedang menyiapkan perambut....
Boleh tahan banyak gak barang2 nak dibawa..
Mamat ni memang pakar tangkap ikan yang bermacam spesis yang tidak diketahui. Paling rasi dengan dia matsirat. Mana2 pergi pun pasti akan dapat.
Orang cakap ni ikan selipar... Betul ke?
Ikan apa ni?
Ikan yang tak dapat diberikan nama... tak sempat nak google.
Kampung ni tempat kami beli umpan udang hidup.
Kerapu Singa... Boleh makan ker?

Peralatan perang sudah sedia untuk memburu.

Siap sedia untuk pulang... Moh ler kekawan oiii...
Ada kelainan pada kelong Pozi kali ini. Bilik-biliknya telah ada katil untuk beristirehat. Nampak lebih kemas dari dahulunya. Cuma yang masih belum berubah, bilik airnya. (Bro Pozi, harap lepas ni bagi upgrade itu toilet arr).

Bilik rehat yang sudah dinaik taraf disediakan di Kelong Pozi yang selesa.

Tak cukup memancing di atas kelong, kami try memancing pula kat jeti. Tempat di mana Pozi menyediakan ruang untuk memancing di muara Sungai Lukut. Katanya, jemuduk bersaiz 8-9 kilo baru terlepas sehari sebelum kami sampai.

Pakar menjaga umpan udang hidup. 24 jam jadi jaga.
Cantik permandangan ini...
Kelong Pozi ini bukan sahaja untuk orang yang suka memancing. Untuk mereka yang sukakan ketenangan inilah tempatnya.
Mesin baru ni... huhuhu

Apapun, tujuan untuk aku membasuh tali mincing telah berjaya. Ikan buruan ni dah menjadi perkara kedua dan ketiga. Yang penting kami releks.

Pada sahabat-sahabat yang baru nak berjinak-jinak untuk menjadi kaki pancing ni. Apa kata cuba ke kelong Pozi ni. Manalah tahu rezeki anda semua ada di sana.

Tetap bersemangat untuk membuat komplot baru walaupun hasil tidak ada pada trip kali ini.
Tempat memancing yang selesa. Kalau nak try, boleh arr..
Sepasang suami isteri yang kental mencari rezekinya. Berapalah umur pakcik dan macik ni
Tak dapat lesen, bergambar dengan ikan kawan pun jadilah...
Bila ikan nak sentap pancing aku ni?...
Seorang penjaga jeti yang setia dengan Brader Pozi.
Daun Baru...

Tapi, seronok, seronok juga. Keselamatan diri perlu dijaga. Jangan main sondol jer. Kalau tak tahu, bertanyalah dengan otai-otai yang selalu ke sana. Selamat mencuba.

Salam 1Malaysia.

Monday, May 20, 2013

Lelaki! Oh Lelaki... Kuasa Mata Kurniaan Ilahi.



Lelaki! Oh Lelaki... Kuasa Mata Kurniaan Ilahi.


Mungkin inilah yang dikatakan fitrah manusia. Sepasang mata yang dikurniakan oleh Allah SWT ini sering melihat benda-benda yang menarik serta cantik.

Antara benda yang sering dilihat menggunakan mata adalah wanita-wanita yang cantik. Wanita-wanita yang menarik perhatian.

Wanita pasti akan terpukau dengan renungan mata lelaki-lelaki ini.

Bagi lelaki yang belum mendirikan rumahtangga mungkin tidak akan mendatangkan masalah. Tapi yang sudah berumahtangga ia pasti akan ada sedikit masalah. Mungkin juga banyak.

Apapun, mata yang dikurniakan ini gunakanlah sebaik yang mungkin. Aku pun antara lelaki yang suka melihat pada benda-benda yang menarik dan cantik serta indah. Ianya seperti tidak dapat dikawal. Tapi kalau iman kita kuat, insyaAllah pasti tiada masalah.

Ini semua bergantung kepada diri kita sendiri. Menggunakannya itu mencari masalah ataupun menggunakannya untuk menyelesaikan masalah. Tepuk dada tanya sama perasaan.

Kepada lelaki-lelaki, pergunakanlah pancaindera anda dengan sebaik mungkin. Semoga ianya membawa berkat kepad diri anda semua.

Salam 1Malaysia.