Tuesday, May 21, 2013

Kembali Ke Kelong Pozi, Lukut Selepas PRU13...



Kembali Ke Kelong Pozi, Lukut Selepas PRU13...


Setelah beberapa bulan sibuk dengan usaha menyakinkan rakyat dengan kemampuan Barisan Nasional. Sehinggalah selesai proses PRU13 yang lalu, barulah boleh plan nak pi mengail pula.

Aku dan rakan-rakan seperjuangan dalam hobi yang suka memancing sekali lagi telah berkomplot ke kelong Pozi di lukut baru-baru ini. Hasilnya… kurang memberangsangkan.

Anak ikan bermain dipermuakaan air. Waktu ni eloklah main apollo untuk mencari anak tamban ataupun selar.
Ini adalah salah satu cara untuk umpan udang hidup kekal lebih lama.

Apapun trip kali ini hanya untuk melepaskan gian yang dah lama tak pi. Sambil berehat setelah penat berkempen pada PRU13 yang lalu. Kata kau!...

Xpdc bermula...
Batang ni dah dekat 12 tahun... Ni champion punye... ahaks
Sedang menyiapkan perambut....
Boleh tahan banyak gak barang2 nak dibawa..
Mamat ni memang pakar tangkap ikan yang bermacam spesis yang tidak diketahui. Paling rasi dengan dia matsirat. Mana2 pergi pun pasti akan dapat.
Orang cakap ni ikan selipar... Betul ke?
Ikan apa ni?
Ikan yang tak dapat diberikan nama... tak sempat nak google.
Kampung ni tempat kami beli umpan udang hidup.
Kerapu Singa... Boleh makan ker?

Peralatan perang sudah sedia untuk memburu.

Siap sedia untuk pulang... Moh ler kekawan oiii...
Ada kelainan pada kelong Pozi kali ini. Bilik-biliknya telah ada katil untuk beristirehat. Nampak lebih kemas dari dahulunya. Cuma yang masih belum berubah, bilik airnya. (Bro Pozi, harap lepas ni bagi upgrade itu toilet arr).

Bilik rehat yang sudah dinaik taraf disediakan di Kelong Pozi yang selesa.

Tak cukup memancing di atas kelong, kami try memancing pula kat jeti. Tempat di mana Pozi menyediakan ruang untuk memancing di muara Sungai Lukut. Katanya, jemuduk bersaiz 8-9 kilo baru terlepas sehari sebelum kami sampai.

Pakar menjaga umpan udang hidup. 24 jam jadi jaga.
Cantik permandangan ini...
Kelong Pozi ini bukan sahaja untuk orang yang suka memancing. Untuk mereka yang sukakan ketenangan inilah tempatnya.
Mesin baru ni... huhuhu

Apapun, tujuan untuk aku membasuh tali mincing telah berjaya. Ikan buruan ni dah menjadi perkara kedua dan ketiga. Yang penting kami releks.

Pada sahabat-sahabat yang baru nak berjinak-jinak untuk menjadi kaki pancing ni. Apa kata cuba ke kelong Pozi ni. Manalah tahu rezeki anda semua ada di sana.

Tetap bersemangat untuk membuat komplot baru walaupun hasil tidak ada pada trip kali ini.
Tempat memancing yang selesa. Kalau nak try, boleh arr..
Sepasang suami isteri yang kental mencari rezekinya. Berapalah umur pakcik dan macik ni
Tak dapat lesen, bergambar dengan ikan kawan pun jadilah...
Bila ikan nak sentap pancing aku ni?...
Seorang penjaga jeti yang setia dengan Brader Pozi.
Daun Baru...

Tapi, seronok, seronok juga. Keselamatan diri perlu dijaga. Jangan main sondol jer. Kalau tak tahu, bertanyalah dengan otai-otai yang selalu ke sana. Selamat mencuba.

Salam 1Malaysia.

No comments:

Post a Comment