Wednesday, May 15, 2013

PRU13 KIAN REDA, ANWAR IBRAHIM MENGOYAN BAGAI NAK GILA!



PRU13 KIAN REDA, ANWAR IBRAHIM MENGOYAN BAGAI NAK GILA!


Barisan Nasional sekali lagi mendapat mandat daripada rakyat Malaysia untuk menubuhkan kerajaan. Sekaligus membuktikan rakyat sekali lagi menolak Pakatan Rakyat.

Datuk Seri Najib boleh menarik nafas lega bila BN mendapat majoriti mudah dengan memenangi 133 kerusi parlimen daripada 222 kerusi yang dipertandingkan.

Apa lagi fitnah yang nak disampaikan oleh Anwar Ibrahim ni. Bertanggungjawablah sebagai seorang hamba Allah.

Bagaimanapun aku nak ucapkan tahniah kepada DSN dengan segala usaha-usaha yang telah dilakukannya untuk kesenangan rakyat Malaysia. Walaupun tidak mendapat 2/3 majoriti, namun aku berpendapat DSN seharusnya diberikan pujian di atas kemenangan ini Barisan Nasional.

Aku meramalkan Pakatan Rakyat akan mendapat mandat pada PRU13 ini kerana dengan cara mereka berkempen, isu-isu yang ditimbulkan dan persepsi yang dilakukan terhadap sesuatu membuatkan rakyat terpengaruh dan mempercayainya. Bukan itu sahaja, malah di dunia maya juga menampakkan PR dapat mengatasi BN hampir 80 peratus.

Kaum Cina kian menampakkan riaknya untuk berkuasa di Malaysia. Hati-hati bang...

Stratergi PR benar-benar menjadi pada PRU13 ini. Ada satu ketika aku amat risau dengan keadaan ini yang mana memungkinkan matlamat dan cita-cita Anwar Ibrahim akan tercapai. Tapi, Anwar dan PR lupa, walaupun populariti mereka jauh lebih baik daripada BN itu bukanlah satu janji bahawa mereka akan memenangi PRU13 ini.

Tranformasi DSN sedikit sebanyak membantu BN untuk memenangi PRU13 ini. Walaupun dikhianati oleh pengundi Cina yang tidak membeikan sokongan kepada BN, BN tetap menang.

Kepada Anwar, terimalah kekalahan ini dengan hati yang terbuka. Bersihkanlah hati. Fikirkanlah masa depan anak-anak orang-orang Melayu di masa akan datang. Jangan khianati mereka ini.

Mungkin anak-anak, cucu-cucu kau akan selamat bila Malaysia ini huru-hara. Kau mempunyai duit untuk terbang ke mana sahaja. Tapi yang susah nak pergi ke mana?

Kenapa nak heret rakyat ke jalan, bila cita-cita untuk ke Putrajaya tidak kesampaian. Jadilah manusia bertanggungjawab. Jadilah manusia yang beriman kepada Allah SWT. Redhalah dengan keputusan ini.

Apa lagi yang korang nak ni?

Pada Pakatan Rakyat? PRU13 tellah membuktikan sekali lagi bahawa insan yang bernama Anwar Ibrahim tidak direstui oleh Allah SWT untuk memimpin Malaysia yang tercinta ini. Buka mata, buka minda, bukalah mata hati. Fikirkanlah dengan cara yang waras, yang rasional kenapa? Bagaimana?

Islam hanya satu. Baliklah kepada Al-Quran dan Sunnah untuk kembali kepangkal jalan. Jalan yang diterangi dengan kebenaran.

Salam 1Malaysia.

2 comments:

  1. Kita semua percaya adanya Allah. Sifatnya Maha Melihat, Maha Mengetahui, Maha Mendengar, Maha Memahami dsb. Kita juga percaya akan ada balasan baik dan balasan jahat yang membawa sama ada ke syurga atau ke neraka. Semua manusia bertanggungjawab atas apa yang manusia lakukan di dunia. Jawablah nanti di hari perbicaraan agong.

    ReplyDelete
  2. Jika mereka sedar akan kewujudan ini, pasti tidak akan berlaku seperti sekarang ni...

    ReplyDelete