Sunday, February 3, 2013

ERTI SABAR…

ERTI SABAR…


Pelbagai cobaan kau harungi,
Engkau tabah menhadapinya,
Pelbagai dugaan yang kau lalui,
Engkau sabar mengharunginya.

Tidak semua mempunyai kekuatan ini,
Hanya manusia yang istimewa di sisi-Nya.
Tidak semua yang akan mendapat dugaan ini,
Hanya mereka yang bertaqwa kepada-Nya.

Iman menjadi landasan,
Kekuatan iman jualah yang mengawal,
Hanya dengan iman engkau dapat menahan,
Iman jualah mutiara.

Segala ujian hanya pada manusia yang dikasihi-Nya,
Segala dugaan hanya pada manusia yang dekat pada-Nya.

Mengawal nafsu untuk manusia bertaqwa,
Daripada terus dihanyut dunia semata,
Supaya manusia tiada yang lupa,
Akhirat jualah tempat kita.

Manusia yang sabar,
Pasti mendapat hidayah-Nya,
Manusia beriman,
Pasti syurga ganjarannya.

Pastikan kesabaran menjadi sifat manusia,
Agar tiada yang akan rosak binasa,
Dunia tiada sengketa sesama manusia,
Aman sejahtera hingga ke hujung nyawa.

Manusia bertamadun tiada sengketa,
Mengawal emosi, amarah dengan akalnya,
Menjadikan dunia aman hendaknya,
Menyekat Syaitan daripada menjadi raja.

Namun tidak semuanya kamu begitu,
Yang dangkal pasti akan terus digunakan,
Makan dek hasutan makhluk perosak dunia,
Kerana iman tidak lekat di hati mereka.

Maka kamu nilailah,
Erti sabar diri sendiri.

Iris Amni
1/1/13

No comments:

Post a Comment