Monday, December 10, 2012

Kasut Yang Macam Mana Menjadi Pilihan?


Kasut Yang Macam Mana Menjadi Pilihan?

Bab memilih kasut ni, aku memang cerewet sikit. Dahlah saiz aku sekarang ni susah nak dapat di kedai-kedai kasut di Malaysia. Bila dah ada saiz tu, tak kena pulak citarasanya. Susah kalau baka Arab ni.

Kali ni aku nak kongsi cerita pasal kasut. Kenapa kasut? Dah tak ada cerita lain ker? Bermacam persoalan pastinya akan bermain diminda. Tapi, suka hati akulah, nib log aku yang puye. Aku puye sukalah nak cerita apapun. Ada aku kesah.

Ada orang bila nak beli kasut. Pertamanya dia akan pilih jenama. Jenama mesti mau klass… kalau tak kaki gatal katanya. Walaupun kasut tu memang tang sesuai dengan dia, tapi pasal jenamanya hebat. Kiranya jenama ni bila orang sebut, wow! Harganya pun mahal. Tetap akan dibelinya.

Orang macam ni boleh dikirakan golongan orang yang berwang dan nak menunjuk. Dengan kata lain, orang ni berlagak macam gagak.

Ada juga manusia bila nak beli kasut ni dia akan ikut zaman. Peredaraan zaman. Dulu zaman rock. Kena beli kasut style rockers lah… Sekarang zaman Kpop, kena beli stlye Kpop. Baru mengikuti peredaran zaman katanya.
Kasut polo sentiasa menjadi pilihan bagi mereka yang biasa mengikut trend.
Clark... Brand ini memang pilihan aku dari dulu sampai sekarang. Terbukti kualitinya terbaik.
Kasut jenama Bally ni bukan aku tak suka. Suka, tapi tak berapa nak mampu buat masa sekarang ni.
LV... tak payah cakap arr... semua orang yang memang suka barangan berjenama, pasti akan memilih kasut ini. Popular dengan nama jer... ahaks.

Orang macam ni akan membeli kasutnya atas dasar fesyen pada zaman tu. Bab jenama tak penting. Mahal ke murah juga tidakmenjadi persoalan. Yang penting hanyalah zaman dan fesyen terkini.

Ada orang akan membeli kasut mengikut keselesaan dan keselamatan kaki. Juga melihat pada kualiti pembuatan. Tidak melihat pada jenama. Tidak membeli dengan membazir.

Kalau mahalpun kasut itu, tetapi ianya berbaloi untuk di beli. Tidak merugikan. Cara ni aku selalu praktikan. Tapi selalunya aku akan beli yang murah. Mengikut kemampuan.

Korang pula bagaimana? Ada cara yang lebih baik untuk memilih kasut? Ataupun sudah ada dalam katagori di atas? Tepuk dada tanya selera. Aku pasti jawapannya sudah ada.
Kasut Adidas ni dah pastinya akan menjadi milik aku. Selain Adidas, Nike juga menjadi pilihan aku. Orang sukan macam aku ni sangat sesuai dengan kasut macam ni.

“Jenama bukan faktor utama untuk membeli kasut. Keselesaan dan keselamatanlah yang perlu kita cari…”

Salam 1Malaysia.

Tuesday, December 4, 2012

PASANG SURUT AIR LAUT...



PASANG SURUT AIR LAUT...

Banyak yang tersirat terdapat dalam ayat ini. Kalau kita menkajinya pasti akan mendapat lebih banyak yang tersirat dengan  perkataan atau ayat ‘pasang surut air laut’.

Yang tersuratnya, sudah pasti diketahui ramai. Bagi pemancing, sudah pasti menjadi mainan di bibir mereka. Pada nelayan apatah lagi. Sudah sebati dengan diri mereka.

Aktiviti memancing semakin digemari ramai.
Berbagai-bagai cara untuk mendapatkan ramalan pasar surut air ini. Bagi orang-orang lama yang telah berkecimpung di dunia lautan ini, pastinya sudah mahir menggunakan hukum akal. Melihat pada bulan sudah tahu ikan banyak ataupun tidak. Merasa kelajuan angin, sudah tahu bahaya ataupun tidak. Keistimewaan ini pasti ada pada sesetengah nelayan yang mahir.

Bot-bot seperti ini sudah dilengkapi alat-alat moden untuk membantu mereka mendapatkan hasil dengan lebih efisen.
Tapi kini, dengan arus kemajuan telah membantu mereka ini menjadi lebih efisen. Menjadikan mereka lebih baik dari dahulu. Dengan kelengkapan-kelengkapan yang canggih membantu mereka menakluki lautan dengan lebih selamat.

Kepada mereka yang memang gemar memancing, belajarlah daripada orang-orang lama yang berpengalaman. Supaya hobi ataupun kerjaya anda ini memulangkan hasil yang baik. Bukan itu sahaja, keselamatan nyawa diri juga penting.

Pada para penggemar memancing, pasti akan menyimpan jadual pasar surut air laut seperti ini.
Jadi, dapatkan info-info yang berguna sebelum kita meredah lautan. Hasil lumayan, jiwa selamat. Dan mingkin link-link di bawah ini berguna kepada anda semua untuk memastikan keselamatan kita terjamin.


“Beringatlah sahabat. Keseronokan yang berlebihan hanya akan membawa lebih kedukaan di kemudian hari. Ingatlah orang-orang yang tersayang.”

Salam 1Malaysia.  

Tuesday, November 27, 2012

WARISAN

WARISAN

Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Airmata darah bercampur keingat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesama kita
Cita lenyap di arus zaman

Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Pribumi merintih sendiri

Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutp hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang

Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri

Kita sudah tiada masa
Majulah dengan gagah perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayukan gagah di Nusantara

Monday, November 26, 2012

Konflik Pemikiran Yang Lama dan Baru Pasti ada hati yang terguris…


Kematangan akan mengajar orang-orang muda mengenal erti kehidupan.

Konflik Pemikiran Yang Lama dan Baru, Pasti ada hati yang terguris…

Senario ini pasti berlaku bila masa ada perbezaan pendapat dan pandangan di antara orang lama dan baru. Sehinggakan ada yang terguris hati. Betul ke?

Dalam sesebuah keluarga juga pasti akan berlaku pertikaian atas sesuatu isu yang dibangkitkan. Pandangan berbeza-beza pasti akan ada sehinggakan menghangatkan suasana. Hangatnya suasana ini untuk mencari titik persamaan.

Orang lama, pasti akan memberikan pandangannya dengan cara mereka. Mungkin ada segelintir orang lama yang tahu cara untuk berilmiah secara terbuka dengan golongan orang muda. Tapi, banyak juga orang-orang lama ini hanya suka dengan cara mereka yang lama.

Orang muda perlu belajar daripada pengalaman orang lama. Orang muda perlu dengar dan ambil tahu pandangan orang lama. Orang muda juga perlu menghormati yang tua. Tapi, orang muda juga ada pandangan dan pendirian tersendiri di mana orang-orang lama juga perlu menghormati pandangan itu.

Orang lama sentiasa merasakan orang muda ini, kena sentiasa diberikan pentunjuk, dorongan dan bantuan daripada segala isu. Tapi tidak semestinya semua keputusan itu datangnya daripada orang-orang lama. Orang muda berhak juga membuat keputusan jika ianya wajar.

Kajian yang dibuat untuk mendekati golongan muda...
Adakah mereka orang-orang lama ini lupa yang merekalah telah mendidik orang-orang baru ini. Hantar belajar sampai ke universiti. Tak cukup kat dalam negara. Hantar pula ke luar negara. Apa agaknya IQ orang muda yang diberikan pendidikan ini? Masih tak boleh buat keputusan lagi ke?

Berikan peluang dan ruang kepada kami orang-orang muda membuat keputusan. Agar kami juga dapat mencipta sejarah tersendiri dan pengalaman yang berharga. Ilmu yang paling berguna adalah mendapat pengajaran daripada pengalaman. Bukan orang muda mahu melawan. Bukan kami orang muda mahu menunjukkan kehebatan. Hanya mahukan pengalaman yang berharga.

Kadang-kala emosi mengatasi pemikiran yang rasional di kalangan orang-orang lama. Sehinggakan mainan perasaan yang membantutkan kematangan orang-orang muda untuk lebih berani kehadapan. Mungkin juga akan mengakibatkan hilangnya waris kepimpinan di Malaysia ini.

Perbezaan pandangan dan pendapat pastinya akan berlaku. Orang lama dengan orang lama pun ada yang berbeza pemikiran. Inikan pula orang lama dengan orang muda. Bagi aku, berikan ruang kepada orang-orang muda mencipta pengalamannya sendiri. Kalau tidak, manakan tahu mereka orang-orang muda belajar daripada pengalamannya.

“Yang lama perlu lebih rasional untuk menerima pandangan orang muda. Orang muda perlu sentiasa menghormati pandangan orang-orang lama…”

Salam 1Malaysia.

Thursday, November 22, 2012

MENGENALI IKAN SEGAR


 MENGENALI IKAN SEGAR


Sapa yang ada ilmu ni pasti akan disayangi mak mentuanya. Kalau tak percaya korang pakat-pakatlah belajar cara nak tahu ikan yang segar.

Akupun kurang mahir bab nak tahu ikan segar ke tidak. Nama jer kaki pancing, tapi bila ke pasar jenuh gaklah nak menilik ikan mana yang terbaik.

Pada yang berpengalaman, bolehlah berikan tunjuk ajar kepada aku dan rakan-rakan yang lain. Supaya kita semua tidak ditipu oleh peniaga-peniaga dipasar tu.

Ikan segar yang dijual di pasar-pasar tani... Kan susah nak memilih yang mana segar...
Ikan yang segar selalunya tidak akan hancur bila dipotong. Betul ke?
Orang berniaga ni, ikan seminggu pun dikatanya masih segar. Kita tak tahu ni, beli jer terus. Sampai kat umah kena hamun dengan bini pasal beli ikan dah tak berapa elok. Ikan dah tak fresh katanya.

Orang cakap. Bukan aku yang cakap. Kalau nak tahu ikan tu segar ataupun tidak, lihat pada insangnya. Jika masih berwarna merah. Maknanya ikan tu masih ikan yang segar dan elok.

Ada juga yang melihat pada mata ikan. Yang ni aku tak berapa nak ada skill. Sebab bila aku tengok mata ikan tu, semuanya sama jer. Tak ada beza.

Tip yang lain, seperti memegang pada badan ikan tu. Kalau dah lembik. Tak payah belilah. Dah tentu ikan tu ikan dah tak berapa nak fresh. Kalau keras, ikan tu masih dalam keadaan baik. Korang semua ada cara lain tak untuk mengenali ikan segar ni?

Itu tips untuk membeli ikan di pasar-pasar. Tapi bagaimana pula kita nak tahu ikan-ikan yang telah dimasak di restoran-restoran dan kedai-kedai makan segar ataupun tidak?

Kawan aku cakap, contohnya ikan kembong masak cabai. Ikan yang fresh, isinya mesti putih bersih. Tah betul ke tidak aku pun tak tahu. Tapi itu katanya.

Kalau mengikut pengalaman aku, kalau makan di restoran. Kebiasaannya aku akan order ikan kerapu. Masak stim limau ker… Tiga Rasa ker… Masak cili ker… Isinya pasti putih berseri. Bersinar-sinar gaklah isinya. Manis isinya pasti dapat korang rasa.

Tapi kalau ikan yang tak segar, isinya tak berapa nak berseri. Rasanya juga tak berapa nak manis.

Jika ada tip-tip daripa korang semua yang berpengalaman. Bolehlah kita berkongsi bersama. Mungkin ada antara korang yang boleh memberikan tunjuk ajar yang lebih baik untuk kita semua.

“Ada orang pandai memancing ikan, tapi tak semestinya orang itu mengenali ikan-ikan yang dipancing…”

Salam 1Malaysia. 

Wednesday, November 21, 2012

Memancing Di Kelong Bagan Lalang



Memancing Di Kelong Bagan Lalang


Teruja rasanya bila kali pertama aku dapat bersama rakan-rakan seangkatan memancing di kelong. Macam-macam aku bayangkan. Dapat ikan itu dan ini. Tempat pun mesti best.

Aku yang cadangkan pada rakan-rakan yang lain untuk pergi ke kelong. Antara kelong-kelong yang aku tengok macam menarik dan sesuai. Google puye google, kelong Bagan Lalang menjadi tempat pilihan.

Antara rakan-rakan yang lain, rasanya aku yang selalu bertuah. Setiap tempat pergi memancing, pasti akan ada hasilnya.

Kali ni aku pergi satu kereta, bersama Tajil, Minggo dan Jojo. Sebenarnya ada lagi pemancing lain tapi disaat akhir tidak dapat pergi.

Jojo antara manusia yang baru berjinak-jinak dalam dunia memancing ni. Katanya, dia tak pernah memancing sehinggalah jumpa grup ni. Orang baru. Belum nak hanyir lagi.

Antara kami berempat ni, orang yang paling berpengalaman adalah Tajil. Otai. Katanya semua lubuk dah diredahnya. Hebat orangnya ni. Hebat kat mana aku pun tak tahulah.

Minggo budak peon opis aku. Dia ni pemancing tegar. Ajak jer ke mana lubuk. Siang ataupun malam. Pasti akan dia sampai. Dia ni memang minat nak mancing. Sorang-sorang pun dia boleh pi layan memancing.

Setelah kami sampai di Jeti Kelong Bagan Lalang ni, kami terus di bawa ke kelong menaiki boat fiber. Kapasiti 8 orang kalau tak silap aku. Puas…

Perjalanan hampir 20 minit daripada darat ke Kelong Bagan Lalang. Dalam hati aku berkata, “Pasti ikan siakap dan kerapu banyak. Best… best…” Rakan-rakan yang lain, masing-masing menyimpan hasrat yang sama. Nak menjadi juara trip mincing kali ni.

Sebesar-besar kelong yang berada di tengah-tengah lautan ini, hanya aku berempat dan dua orang kaki mincing yang datangnya dari Gombak. Jadi berenamlah kami di atas kelong tu.

Kalau tsunami ker, ribut ker, ombak besar ker… kami berenam ni jelah yang ada. Perasaan takut pun ada bila melihat keadaan seperti ini. Seram dibuatnya.

Melihat pada keadaan kelong ini yang berharga RM40 seorang, rasanya dah macam rumah tinggal. Tidak terurus. Kayu penghadang ada yang teah rosak. Boleh membahayakan orang yang memancing di situ. Seram dowh!

Bekalan elektrik dan air bersih ada. Bilik untuk beritirehat, bilik sembahyang, dapur dan bilik untuk membuang hajat pun ada. OK ar… tak risaulah kalau-kalau hajat dah sampai.

Kami pun mulakan memancing sehinggalah ke hari esoknya. Lewat malam barulah umpan udang hidup mengena.  Tarik puye tarik, ikan daun baru menjadi lessen untuk aku pada malam tu.
Nampaknya, aku juga masih King...
Ikan apalah ni... bala daripada Minggo...
Posing jerlah... Tu yang bangau memanjang... hahaha
Macam mana tak bangau... huhuhu
Hasil nelayan katanya...
Nuar popularnya hingga di Kelong Bagan Lalang ni... Tak sangka jadi superman...
Ikan daun baru, gelama dan jenahak katanya...
Lesen tak dapat... udahnya dapat todak...
"Sapa cakap aku tak ada lesen... ni dia todak... hahaha..."
Minggo memang digemari makhluk laut seperti ini...
Team Bangau from UKSB... ahaks
Apapun oklah... Walaupun macam rumah hantu...
Bangau dah bersedia...
Cantik gambar ni.
Akulah juara... Hahaha...

Hasil tangkapan ikan di Kelong Bagan Lalang ni tak berapa cantik. Tapi, aku puas. Puas untuk aku menaikkan ikan daun baru. Dan di sini juga pertama kali aku melihat ikan daun baru ni. Sebelum ni tak kenal ikan pun. Hehehe…

Bagi aku, penggunaan joran memainkan peranan penting. Sekurang-kurangnya, joran sepanjang 9 kaki adalah yang terbaik. Mesin Bannex 4000 memadai digunakan di sini dan tali 50 pound sudah cukup untuk menaikan ikan.

Pelbagaikan umpan. Umpan udang hidup dan anak ikan sangat berguna. Jangan lupa bawa juga umpan ponpon & udang mati. Sangat berguna di masa kecederaan.

“Jangan salahkan umpan jika ikan tidak menyambar, tapi nilaikan kembali kemampuan diri kita adakah sudah bersedia…” Selamat memancing di Kelong Bagan Lalang.

Salam 1Malaysia

Tuesday, November 20, 2012

ADIK DOAKAN KEHANCURAN BN, ABANG MURTADKAN UMNO!




ADIK DOAKAN KEHANCURAN BN, ABANG MURTADKAN UMNO!


Apa yang telah dikatakan oleh Nik Aziz seorang yang dipanggal Tuan Guru ini amat menyedihkan. Aku tak dapat nak menerima apabila seorang yang dianggap mulia ini memurtadkan sahabat lain dengan hanya berbeza pandangan poltik.


Tak cukup dengan itu, adiknya pula mendokan kehancuran untuk UMNO dan BN. Siapakah orang-orang dalam UMNO tu? Bukankah orang-orang Melayu dan beragama Islam.


Semakin jauh pendirian PAS apabila aku melihat mereka semakin terdesak untuk mendapat kuasa dunia ini. Semakin lama semakin tersasar rasanya. Tapi aku bukan Tuhan untuk menentukan kebenaran ini.

Bagi aku, sudah sampai masanya untuk Nik Aziz ini dinasihatkan supaya berundur. Takut-takut ni pelbagai dakwaan yang tidak sepatutnya akan dikeluarkan lagi yang hanya melemahkan umat Islam dan bangsa Melayu di Malaysia ini.

Pemimpin PAS seharusnya patut lebih menunjukkan keIslamannya. Mendoakan kemusnahan untuk sahabat seIslam yang lain tidak mencerminkan seorang mukmin yang baik. Bukankah lebih cantik jika mendoakan kebaikkan walaupun untuk musuh kita.

Islam macam mana yang PAS bawa? Islam apa? Orang yang jahil macam aku tertanya-tanya. Adakah PAS ini memperjuangkan Islam? Islam yang macam mana PAS perjuangkan? Bukankah al-Quran dan Sunnah pegangan kita sebagai umat Islam?

Kalau ditanya kepada aku. Aku yang mewakili orang-orang muda, rasanya PAS sudah jauh tersar dari perjuangan asal. Tersasar dek kerana kerakusan untuk ke Putrajaya. PAS sudah hilang seninya.

PAS akan releven apabila PAS keluar daripada pakatan haramnya bersama DAP dan PKR. Selagi PAS bersama di dalam pakatan haram mereka, maka akan keluarlah lagi perkataan-perkataan, ayat-ayat yang tidak rasional daripada pemimpin-pemimpin mereka.


Aku puji sikap Najib, memberikan jawapan balas dalam keadaan yang tenang dan sentiasa senyum dengan apa berlaku. Kematangan Najib dalam soal ini adalah lebih baik daripada pemimpin-pemimpin PAS yang berwatakan alim.

Siapa yang memahami Islam di sini? Siapa yang lebih Islamik? Siapa yang memperjuankan Islam? Siapa yang mencerminkan orang mukmin yang sejati. Siapa? Akukah? Kaukah? Atau diakah?

Aku bukan Tuhan untuk menentukan siapa yang benar dan siapa yang salah. Aku hanya mampu tersenyum dan berdoa supaya Allah SWT memberikan pentunjuk dan hidayah.

Salam 1Malaysia.