BERDOALAH UNTUK ZURIAT YANG AKAN LAHIR....
Bila lihat anak orang, teringat anak kat rumah... Nengok pulak bini orang teringat bini sendiri. Tapi tak semua lelaki macam. Ada juga ayat yer begini... "Tengok anak orang, teringat anak sendiri. Tengok bini orang, lupa bini kat umah"...Hahaha... kalau macam tulah bunyi yer. Bahaya! Bahaya!... eloklah beringat cepat. Takut nanti ada yang tunggu dengan kuali kat umah tu... hahaha.
Berbalik kepada tajuk... Kenapa kita perlu berdoa untuk zuriat kita? Kenapa? Kalau tak berdoa tak keluar ker? Kalau tak berdoa, nanti baby tu tak jadi ker? Tapi apapun persoalan yang timbul, kita sebagai ayah perlulah berdoa untuk kebaikan zuriat yang akan lahir.
Bukannya apa, takut nanti keluar jer dah boleh berlari. Pi mencuri pulak tu. Dah habis dia mencuri rumah kawan, dia pi rompak pulak anak kawan. Dah Habis dia rompak anak kawan tadi. Ditingalnya kat tepi jalan... kesian anak kawan tadi. Dah kena menanggung pulak 9 bulan... bapak entah ke mana.
Waktu isteri aku nak melahirkan anak yang pertama. Waktu tu dah kecemasan. Perlu di bedah segera, kerana denyutan jantung baby tidak kedengaran. Tak gila... anak pertama aku dah nak keluar macam tak jadi pulak... aku macam nak rebah juga bila doktor katakan begitu. Nasib baik kuat semangat.
Tapi takpa, bila dah doktor kata macam tu, aku pun setuju memberikan kebenaran untuk di bedah. dalam kepala otak teringat pula otai2 sembang. Ada satu ayat bunyinya begini, "... Kalau isteri yang bersalin normal nanti, minta doktor jahit lebih sikit, baru kembali macam anak dara. Tapi kalau bedah lagi cantik, masih original..."
Selepas aku membenarkan untuk melakukan pembedahan, doktor terus membawa isteri dan anak yang masih dalam perut tu ke dalam bilik pembedahan. Aku tidak dibenarkan masuk. Memang hospital kerajaan tidak membenarkan suami masuk ke dalam bilik pembedahan.
Takpa lah... ni anak yang pertama. Nak cool kan diri, cakap yang positif jer. Aku pun tunggu kat luar dewan pembedahan tu. Hampir 45 minit, baby di dalam bekas/katil baby keluar dari bilik pembedahan. Alhamdulillah... aku bersyukur kepada Allah kerana selamatkan anak aku tu.
"Nurse, anak saya ni lelaki ker perempuan? Jawab nurse tu, "Tengohlah sendiri... Ok, baby ni akan masuk wan NICU buat sementara waktu. Kalau tuan nak azankan baby, datang ke wad NICU kat hujung sekali."
Saya tanya lagi, "Nurse, isteri saya macam mana?
"Isteri encik masih berada di dalam, nanti bila dia dah sedar baru dia akan keluar dari bilik pembedahan ni," jawab nurse tu.
Ikuti sambungan cerita ini di masa akan datang...
Berdoalah untuk kebaikan, kekayaan, kesihatan, keimanan dan semua yang baik. Kerana dari doa itu, saya bersyukur anak yang pertama sihat sehingga sekarang. Dah berumur 6 tahun.. tahun depan dah nak darjah satu.
Sekali lagi, berdoalah untuk mendapat hidayah dari-Nya... Salam 1Malaysia.
No comments:
Post a Comment