PONING... PONING & PONING |
Bermula dengan minggu ni. Membuat kertas kerja untuk program Kenduri Rakyat. Nak hantar ke JASA untuk mohon peruntukan. Tak habis dengan kertas kerja, surat-surat permohonan untuk peruntukan juga aku siapkan semalam.
Kalau nak cerita memang tak habis sehari ni. Tapi aku cuba short kan seberapa yang mungkin. Jangan korang semua tak faham pulak.
Tarikh 19 Oktober 2012 akan datang, aku akan buat jamuan BBQ Gasasan Pemuda Selayang Baru. Syaratnya aku kena kumpulkan seramai yang mungkin belia-belia, pemuda-pemuda yang ada dalam kawasan Selayang Baru ni. Korang rasa, korang boleh bantu aku tak kumpulkan budak?
26 & 27 Oktober 2012 ni korang tahu tak tarikh apa? Apa daa... itupun tak tahu. 26 Oktober 2012 kan kita akan menyambut Hari Raya Aidilahda. Itu pun tak tahu. Choii... Pasal nak menyemarakan Hari Raya Aidiladha kali ni, aku buat program rakyat untuk kampung aku.
Ni yang tengah poning ni. Merata nak mencari dana. Mencari garam dan gula. Semuanya untuk rakyat. Sampai diri aku sendiri pun aku lupa nak menjaga. Tapi tak apa, aku lebih suka membantu rakyat Malaysia ini. Salam 1Malaysia.
Lantas, aku pun membuat keputusan untuk memanggil AJK Pemuda aku untuk membincangkan perkara-perkara ni. Aku buat mesyuarat khas pada hari Sabtu, 13 Oktober 2012 ni, jam 9.30 malam kat rumah bapak aku kat Selayang. Mungkin dengan cara ini akan dapat menyelesaikan serba sedikit masalah kecil yang tak perlu aku fikirkan lagi.
Gatal sangat. Tu yang kena buat kerja lebih. Elok-elok tak perlu buat apa-apa, dah banyak kerja. Tapi tak apa, aku suka kerja amal ni.
Korang kira berapa hari lagi nak tinggal? Hari ni dah 11hb... Sabtu 13hb... Program BBQ Gagasan Pemuda 19hb... seminggu jer masa yer... dan tambah lagi seminggu untuk program Kenduri Rakyat. Memang superb arr aku ni. Kan?
Dalam pada masa yang sama, bila dok memikir hal program yang itu dan yang ini, aku juga tengah membuat kerja hakiki ku di pejabat. So... dapat tak korang bayangkan macam mana keadaan aku sekarang ni? Tak nampak lagi? Tak apa, itu tak penting sangat.
Aku nak bagi tau korang sesuatu sebenarnya. Yang sebenar dan benarnya sekarang ni aku tengah menaip cerita poning.. poning dan poning ni untuk korang. Hahaha... ada aku kesah!
Kah! KAH! KaH! Gelak sepuas hati sampai hilangkan tekanan... |
Kah!KAH!KaH!...
Kalau poning macam mana pun, bab nak bagi salam jangan dilupakan. Salam Sejahtera. Salam 1Malaysia.
No comments:
Post a Comment