MUNGKINKAH AKU TERGOLONG DALAM GOLONGAN INI?
Nyaman sungguh suhu ruang tamu rumah mak aku di Selayang ni. Mau taknya, hujan dari tadi tak berhenti lagi. Bila aku jenguk kat luar, rasanya, macam dah nak senja. Mau hujan ni sampai ke petang. Sejuk ooo...
Dalam dok termenung ni, depan komputer (tengah layan FB). Tetiba aku teringat gelagat orang-orang politik yang aku kenali dan yang pernah aku perhatikan. Bukan sehari dua, tapi rasanya lama juga aku memerhatikan gelagat-gelagat orang2 politik ini.
Jadi, aku pun tetiba nak cerita sikit gelagat-gelagat mereka ni. Macam-macam perangai ada. Ada yang macam ni. Ada yang macam tu. Mungkin ramai dikalangan masyarakat Malaysia yang dah tahu. Tapi, aku nak cerita ini daripada pandangan mata aku sendiri.
Tapi bagi aku, golongan mereka ini yang mewarnai dunia politik tanah air. Rasanya bukan di tempat aku sahaja. Mungkin di semua peringkat cawangan, bahagian di dalam Malaysia ini. Inilah politik Malaysia yang penuh dengan warna-warni.
Tapi bila difikirkan balik, kenapa mesti terjadi sebegini, bukankah politik ini adalah tempat untuk memperjuangkan hak. Memperjuangkan agama, bangsa dan tanah air. Bukankah politik ini juga tempat untuk mentukan kuasa pemerintahan Malaysia. Benda yang serius. Bukan boleh buat memain.
Aku tulis ni bukan nak memalukan sesiapa. Bukan nak mengaibkan sesiapa. Bukan nak cari salah sesiapa. Bukan nak cari pasal dengan sesiapa. Kalau korang terasa, korang di dalam golongan tertentu yang aku ceritakan di bawah ni. Maknanya, cerita aku ni benar. Bukan rekaan.
Kalau dah macam tu, korang perbetulkanlah hati masing-masing. Jangan buat salah dan silap lagi bila menjadi salah seorang ahli politik. Pada yang tergolong di dalam golongan yang hebat macam aku. Usahlah nak berbangga sangat. Tolong perbetulkan mana yang tak betul tu. Boleh?
Aku melihat di dalam warna politik Malaysia ini terbahagi kepada beberapa golongan. Golongan cerdik pandai. Golongan Reformasi. Golongan Tranformasi. Golongan perjuangan ideologi parti. Golongan perjuangkan periuk nasi sendiri. Kenapa? Salah ker? kalau salah tolong betulkan.
Pertamanya golongan perjuangan. Perjuangan agama, bangsa dan tanah air yang tercinta. Golongan ini, cukup susah nak dapat sekarang. Kalau kita pergi ke kampung-kampung, kalau kampung tu ada 100 orang penduduk mungkin akan dapat 2 ataupun 3 orang yang tergolong dalam golongan perjuangan ini.
Susah dah nak dapat sekarang ni. Yang benar-benar masuk politik untuk memperjuangkan yang hak. Aku masuk politik hanya untuk membela agama, bangsa dan tanah air. Aku masuk politik hanya akan bercakap tentang hala tuju bangsa aku, agama aku dan tanah air aku. Aku masuk politik hanya untuk mempertahankan saudara seagama, dan sebangsa ku demi tanah air tercinta. Korang rasa ada lagi ker orang macam ni?
Tapi, ada juga golongan perjuangan, tetapi tidak berpendidikan. Tidak ada wang dan ringgit. Hanya menggunakan pengalaman dan karisma diri sendiri untuk ke tengah dan ke tepi. Golongan ini masih ramai di dalam politik sekarang. Golongan ini jugalah golongan yang akan bersama ideologi partinya sampai bila-bila. Golongan ini juga yang akan mempertahankan agama, bangsa dan tanah air tercinya. Kenapa? Korang tak percaya?
Aku cakap macam ni, berdasarkan pengalaman aku. Aku melihat bagaimana jatuh bangunnya golongan ini di dalam politiknya. Dari awalnya bagaimana, dan pengakhirannya bagaimana. Tapi, hatinya tak pernah berubah sekalipun sepanjang perjuangannya. Walaupun, dihentam dan dicemuh. Aaa... Ini ada pada orang lama. Orang baru-baru ni, tak payah nak citer sangat soal perjuangan ni.
Ada golongan cerdik pandai. Sekarang ni banyak aku melihat golongan ini sedang meresapi ke dalam dunia politik tanah air. Tapi, yang cerdik pandai ni pun kena ingat. Ada dua katagori. Cerdik pandai dalam bidang pelajarannya. Dalam bidang kemahirannya. Tapi satu katagori pulak termasuk dalam katagori cedik pandai menipu. Cerdik pandai dalam putar belit. Cerdik pandai dalam manapulasikan keadaan. Cerdik pandai temberang jer.
Yang ini sangat bahaya. Bukan sahaja bahaya pada parti. Bahaya pada negara. Kalau orang macam ni yang menjadi pemimpin negara. Subhanallah. Rasanya pada masa itu, mungkin kita sedang dijajah kembali. Mungkin juga nama Malaysia ini sudah bertukar nama. Kita tahu. Mungkin ia akan berlaku. Golongan seperti ini sedang hampir menghampiri kekuasaan politik Malaysia. Kita perlu berjaga-jaga.
Golongan cerdik pandai dalam bidang pendidikannya pula cukup kurang dalam dunia politk tanah air sewaktu ketika dahulu. Tetapi, sekarang tidak lagi. Ini kerana mungkin meraka ini sudah terbuka mindanya. Ataupun sudah lapang dadanya untuk menjadi seorang pejuang di tanah air sendiri. Ataupun hanya digunakan sebagai batu loncatan kepada orang yang berkepentingan. Ini berlaku.
Pada golongan ini, nasihat aku, jangan terus langgar orang-orang lama yang berada di dalam saf perjuangan yang sama. Masuk bagilah salam. Belajarlah juga daripada bawah. Kalau pemuda, belajar-belajarlah susun kerusi dan meja, gantung bendera, ikat kemas tali rentang. Yang puteri pula, belajarlah dari ibu-ibu lembutnya tangan dan lidah seorang wanita. Barulah cantik. Seperti kanak-kanak. Tak akan boleh berlari selagi dia tak berlajar merangkak, bertatih dan berjalan.
Tapi sekarang ini, aku percaya golongan cerdik pandai dalam pendidikan ini adalah golongan yang amat penting bagi menentukan kepimpinan di masa akan datang. Ini kerana, dunia tanpa sempadan sekarang membuatkan pendidikan adalah penting bagi menentukan hala tuju negara.
Yang ni aku malas nak cakap. Golongan kaki projek. Nama gelaran aku bagi kat dorang ni 'Mamat Fail'. Mereka ni masuk dalam dunia politik mencari peluang dan ruang. Memang Allah SWT menyuruh kita mencari rezeki yang halal. Tak payahlah masuk mana-mana parti politik kalau nak cari rezeki. Politik tempat memperjuangkan ideologi parti.
Kalau asyik dok cerita projek. Tiap-tiap hari bawak fail. Mana amanah yang telah kau bawa, yang kau pikul. Di mana tanggungjawab kau sebagai ahli parti. Sebagai pemimpin. Orang sekeliling mengharapkan membawa suarasa akar umbi. Membawa permasalahan yang timbul. Tapi, Mamat Fail ni, asyik dok bawak fail ke hulu ke hilir. Maaf ler kalau ada yang terasa hati. Ini pandangan aku dari hati nurani.
Bagi aku, tak perlulah orang-orang yang nak meniaga ni masuk politik. Terbabas, terkeluar dari landasan arah perjuangan mereka.. Dah memang terang-terang tersasar. Projek, projek, projek... Fail, fail, fail... macam haram.
Ada juga kaki projek ni yang bagus. Misalnya dia menggunakan kuasa yang ada pada dia sebagai pemimpin politik untuk mendapatkan projek menaikan taraf jalan kampung dia, membuat pembangunan di kawasan dia, memperluaskan sistem parit. Buat dewan seberguna untuk kemudahan orang kampung. Penyelengaraan percuma. Dia tanggung. Sampai musim perayaan, bagi pulak duit raya kat orang kampung, buat kenduri kendara. Apa yang dia dapat, dikongsi bersama dengan masyarakat. Kalau macam ni, tak apalah.
Yang akhirnya, golongan orang kaki bodek. Yang ni aku meyampah tahap cipan. Tapi tak ada orang-orang yang macam ni pun tak seronok gak. Tak ada tempat boleh nak maki. Sebabnya, kaki bodek ni selalu dijadikan tempat orang maki. Lepaskan gram. Dan macam-macam lagi. Kaki bodek ni jugalah seorang yang suka membawa cerita. Jaja cerita buruk orang kat sana. Nanti dia datang kat kau, di citer pulak buruk musuh kau tu. Sudahnya kau pun bagi RM20 kat dia. Ini ada. Berlaku juga dalam politik tanah air.
Jika nak diceritalah, golongan-golongan ahli politik ini memang tak habis. Jadi cukuplah dulu untuk aku menulis hari ni. Hujan pun macam nak berhenti dah.
Buat pilihan yang tepat. Mana hala yang hendak dituju. |
Ingat, kita bukan memperjuangkan hak kita sahaja. Kita memperjuangkan hak semua. Keluarga dan masyarakat. Tolong jadi ahli politik yang tidak mementingkan diri sendiri. Jika di dalam hati sudah mempunyai sifat yang mementingkan diri sendiri. Lupakan lah tentang nak jadi ahli politik.
Sekian. Salam 1Malaysia.
Firhat, ada satu jenis lagi... kita boleh gelar depa ni spesis 'Takdak Kaki' atau "lalang". Kalau sebelah sini kuat, dia mai ke sini, kalau sebelah sana kuat, dia pi ke sana. Kalau sini tak kuat, sana pun tak kuat.. dia LARI kle SANUN!
ReplyDeleteSpesis ni paling bahaya. Cukup punya bahaya.
-Hasrul Halid-
Betul tu bro... aku setuju... yang lalang ni bukan ahli politik... ahli nak selamatkan diri jer...
ReplyDelete