POKOK PISANG BERASAP
Aku teringat kembali kisah kanak-kanak ku sekitar tahun pertengahan tahun 80-an. Masa tu aku berusia 6 tahun. Lama jugalah cerita ni. Nak di imbas pun kabur-kabur gak. Tapi aku cubalah.
Waktu zaman kanak-kanak, antara rakan seangkatan, aku yang terhebat di dalam apa jua bidang. Mengaji, bersukan, berbasikal, berlari, bermain dan sebagainyalah. Segalanya juara.
Ketika itu, aku dan keluarga telah menetap di Selayang Baru. Selayang Baru adalah antara kampung pinggir bandar yang terbaik. Suasan kampung seperti kampung-kampung yang lain dapat dirasai. Cuma tak ada sawah bendang, ladang pokok koko, ladang tebu, dusun durian dan sebagainya seperti di kampung-kampung yang lain. Tapi Selayang Baru adalah kampung yang terbaik.
Kiranya aku membesar di Selayang Barulah. Sehingga sekarang aku masih bermanja di Selayang Baru. Dapat isteripun orang Selayang Baru. Kikiki... Senang aku nak balik raya. Takyah nak gaduh-gaduh.
Aku ada enam sahabat yang rapat. Hapis, Wan, Padil, Sepul, Kamal dan Konjo. Nama-nama ini, telah membesar bersama aku dari kecil hinggalah dewasa. Semuanya dah mendirikan rumahtangga. Cuma Kamal, yang telah terputus hubungan. Tak dapat nak tahu status dia apa sekarang ni. Paling akhir aku jumpa raya dua tahun lepas. Katanya duduk di Puchong, masih bujang. Sekarang tak taulah.
Hapis - Nama sebenarnya Mohd. Hafiz Zakaria. Duduk sebelah rumah aku. Anak Pak Wan & Cik Yah. Dia ni tua daripada aku dua tahun. Dia menjadi orang kuat aku dalam apa jua keadaan. Setia dan taat orangnya. Sehingga mendapat gelaran 'Kambing'.
Gelaran Kambing ni dapat ketika, rumahnya ada buat kenduri kendara. Orang kampung dok sibuk memasak kat belakang kawasan rumahnya. Dia dan adik-beradik dok memain kat situ. Entah macam mana, tengah dok tolak-tolak kat situ. Hapis terlentang kebelakang dan masuk ke periuk yang sedang masak lauk kari kambing.
Dapatlah si Kambing ni geleran Kambing oleh rakan-rakan seperjuangan.
Wan - Ahmad Redzwan Abdul Rahim nama sebenarnya. Anak Pak Rahim Buncit. Dia ni banyak gelaran. Daripada kecik sampai besar ada jer gelaran baru. Dia ni paling rapat dengan aku. Sampai sekarang aku ngan dia masih bersama walaupun masing-masing sibuk.
Geleran pertamanya Wan Mata Udang. Pasal matanya bulat dan besar sewaktu keciknya. Gelaran terahkir Wan Jenayah. Pasal masa sekolah dulu, dia ni masuk muka depan Metro, buat jenayah kat sekolah. Kikiki... Tapi sekarang dah ok.
Padil - Kalau tak silap nama sebenarnya Mohd. Fadhil Khalid. Anak kepada Pak Khalid Vespa. Padil ni kurang sikit dengan aku. Dia ni kurang sikit gelaran tapi, ada satu perangai waktu kecilnya yang tak boleh belah. Tapi, biarlah rahsia itu antara kita bertujuh sahaja.
Sepul - Namanya Saiful Arshad. Ada dua gelarang. Pertamanya Bibir. Keduanya Kulit. Dua-dua ni masih lekat sampai sekarang. Angkara sahabat jua. Pandai main badminton. Rider piang dulu ni. Dan yang kahwin dulu pun si Kulit ni ler.
Dia ni sahabat baik kepada Padil. Manjang jer nak bergaduh. Ada jer yang tak kena. Tanya yang ini, dia cakap dia tu yang mulakan. Tanya ni pulak, dia cakap dia ni yang mulakan. Macam anjing dan kucing. Aku juga yang jadi orang tengahnya. Hurmm...
Konjo - Dengar nama pastinya korang gerun dan takut. Korang belum tengok orangnya lagi. Kalau korang jumpa dia sekarang ni, aku yakin dan kompom korang terkencing dalam seluar. Badan sasa, muka ganas. Perghhh... tak boleh blah sial. Kalau tak kenal tak payah tegurlah kawan.
Nama sebenarnya Mohd Kherol Said. Keturunan Jawa dia ni. Konjo muda tahun daripada kami semua. Kiranya dia ni adik bongsulah dalam kumpulan kami ni. Dia ni suka bega barang-barang rosak. Tah apa dia buat. Ada yang baik, baik ler. Tapi aku tengok banyak yang jahanam jer.
Aku cerita tentang sahabat aku, ni tadi bukan apa. Pasal nak mulakan cerita zaman kanak-kanak akulah. Nanti korang tak kenal pulak siapa mereka yang aku sebutkan nanti.
Kau cakap, apa jer game yang aku tak main pada waktu kanak-kanak. Korang ada main spider? Ni game paling mencabar minda dan tenaga. Mau taknya, nak kena cari spider ni bukan senang. Sampai ke lombong Selayanglah aku cari. Siap masuk gigi air lagi. Seram siot.
Lombong yang dikatakan terdapat banyak spider yang power tetapi lombong ini berhantu. |
Lombong Berhantu
Abang-abang cakap, kalau nak cari spider yang power, kita kena pi cari kat daun pokok nangka di tepi lombong. Kalau setakat cari kat daun sireh. Tak power spider tu.Lombong yang dah banyak mengorbankan nyawa tu pun jadi tempat aku bermain. Kalau korang tak caya. Pi tanya orang-orang lama kat Selayang, lombong tu berantu ke tidak? Tapi sekarang ni, lombong tu dah tak ada lagi. Dah naik rumah flat.
Aku dan sahabat akan pergi cari spider kat lombong tu waktu petang. Itu jer ada masa terluang untuk kami semua. Itu jer pun waktu untuk kami kanak-kanak ni nak beriadah. Masa lain tak leh. Jadual masa kanak-kanak pun penuh gak. Kalau hari biasa, pagi ke sekolah, petang ke sekolah agama, malam pi menagaji. Kalau hari cuti. Petang baru dapat pi main. Malam masih ada kelas mengaji. (Arwah Tok Wan aku yang mengajar, pasal tu tak ada cuti.)
Seram jer suasana kat lombong tu. Sayup jer. Waktu nak jejak air di gigi lombong tu. Macam-macam doa keluar. Macam-macam ayat al-Quran dibacanya. Tapi, pasal ada kekawan. Rasa takut tu hilang. Pasal semua nak tunjuk hero. Lombong ada hantu pun kita orang langgar.
Akhirnya, aku dan rakan-rakan yang lain berjaya mendapatkan apa yang dihajati. Spider aku warna biru. Taring bukan main besar lagi. Memang best dan power. Kami pun melagakan spider-spider yang kami dapat. Yang pastinya, spider aku menjadi juara. Aku dah tahu sebelum berlawan lagi. Angkuh tak?
Mengaji Di Rumah Tok Wan
Hapis, Wan, Kamal dan Kulit mengaji bersama-sama dengan aku di rumah Tok Wan. Pasal aku cucu kepada Tok Wan, aku kenalah mengaji dengan cara yang betul. Tak nak malukan Tok Wan aku. Dan aku juga tak nak malu bila kena rotan dengan Tok Wan.Selalunya mula mengaji selepas waktu Maghrib. Semua anak murid Tok Wan akan mulakan mengaji bagi melancarkan bacaan sebelum dipanggil Tok Wan dan Tok. (Tok Wan tok lelaki aku, Tok pula panggilan kepada tok perempuan.)
Semua anak murid lelaki dan perempuan pasti akan mengelak untuk berdepan dengan Tok Wan. Semua nak lari ke Tok. Sebab Tok jarang nak rotan. Tapi yang dah tentu selamat, anak murid perempuan, pasal semuanya pasti akan pergi ke Tok. Kalau Tok tak sihat, baru dorang rasa rotan Tok Wan tu... hahaha pandan muka.
Waktu tahun 80-an tu, kalau waktu malamnya. Jam 9 malam pun dah berembun. Tak macam sekarang. Kul 3 pagi masih huru hara lagi. Bayangkan kul 9 malam dah sunyi sepi.
Belakang rumah Tok Wan aku tu adalah beberapa pokok pisang. Pisang apa, aku tak ingat. Tapi adalah beberapa pokok pisang kat belakang. Dan pokok pisang tu dikatakan berpenunggu. Betul ker tidak aku pun tak tahulah.
Pokok pisang tu juga dikatakan sering berasap bila bulan purnama. Macam mana bulan purnama tu aku pun tak tahu. Mungkin bulan penuh kot. Tak pun bulan mengambang.
Ada juga cerita yang mengatakan telah banyak orang hilang di sebalik pokok pisang tu. Ada yang kata pokok pisang tu boleh menyedut orang. Ada juga cerita yang mengatakan, kalau orang berniat jahat berada di kawasan itu. Pasti orang itu akan dimakan pokok pisang tu.
Masa zaman Jepun, kata orang kawasan pokok pisang tu adalah tempat untuk memancung kepala tawanan. Jadi banyaklah agaknya kepala-kepala yang telah dipenggal di situ. Disebabkan itu, kawasan itu menjadi misteri yang tidak terungkai.
Ada juga orang yang memuja pokok pisang tu untuk mendapatkan bantuan syaitan. Ni semua kerja syirik yang dilakukan oleh orang yang tak beriman. Ni semua kerja gila. Korang jangan ada yang nak memuja pulak. Aku nak cerita jer ni.
Jangan marah arr... Saya anak Malaysia. |
Agaknya mungkin terlalu banyak asap rokok dari penghisap rokok tu, menyebakan pokok tu nampak macam berasap kot. Kecoh jer orang kampung ni. Saja nak menakut kanak-kanak supaya tak main kat luar rumah waktu malam.
Ergghh... Seram aku nak cakap. Naik bulu roma aku dah. Dengan bulu-bulu kaki pun dah tegang sekarang ni. Korang seram tak?
Salam 1Malaysia.
No comments:
Post a Comment