UNTUK APA KITA BERSUKAN?
Bersukan untuk kesihatan. Bersukan untuk menjadi atlet negara. Atau bersukan untuk sekadar mengisi masa lapang untuk berjumpa rakan-rakan.Apapun tujuan kita, matlamat dan visi yang pelbagai. Kita seharusnya kena bersukan, melakukan senaman untuk menjaga kesihatan diri supaya kita sentiasa cergas dan sihat.
Tapi kita harus beringat, sukan yang macam mana kita nak main. Bolasepak, futsal, badminton, lumba lari, jogging, tenis, ping-pong dan macam-macam sukan lain. Kita perlu memilih sukan yang bersesuaian dengan diri kita ni. Jangan main langgar jer... silap2 bukan jadi sihat, sakit lagi dapat.
Pagi minggu semalam, aku telah memulakan satu langkah yang agak bijak. Betul-betul bijak. Aku telah bersukan bersama abang Izhar dengan bermain sukan Tenis. Ya! Tenis. Kenapa kau tak percaya?
Tenis adalah antara sukan yang aku tidak pernah main dari dulu sampai ler tahun ni. Kali pertama aku bermain tenis pada bulan Jun 2012 baru-baru ini. Itupun atas sebab tak cukup pemian untuk mewakili pasukan ofis aku. So aku pun main untuk pihak syarikat.
Jatuh hati aku dengan sukan ini, sejak kali pertama aku mememang raket tenis dan bermain dalam perlawanan antara jabatan tempat aku kerja. Masa tu pertandingan diadakan di Jalan Duta. Memang aku jatuh cinta dengan sukan ni. Releks, tenang, cool, macho, dan hensem sapa yang main tenis ni. Nak-nak orang yang dah hensem macam aku main, lagi nampak sukan tenis ni best.
Rentetan daripada kejadian di Jalan Duta tu, aku, abang Izhar dan Zamani telah berbincang bersama-sama. Ketika tu kita bertiga lepak di Restoran Hamedia Desa Pandan. Cerita punye cerita, lepak-puye lepak... terkeluar cerita nak bersukan. Pada mulanya, abang Izhar ajak main ping pong. Tanya tempat kat mana boleh main ping pong.
Aku terus dengan bangganya menyelak, "daripada kita main ping pong, apa kata kita main tenis. Barang pun dah ada. Amacam?"
"Boleh boy, abang pun dah beli barang, kasut tapi tak main lagi. Boy tanyakan kat Kompleks Sukan Kampung Pandan tu. Berapa sewanya?" Abang Izhar sokong candangan aku dengan muka kontrol hensem.
"Tak payah susah-susah nak sewa bang, kita main free kat rumah kakak. Kuaters Tentera tu ada gelanggang tenis. Nanti saya tanyakan kakak," aku pun terus datang semangat nak bersukan ni.
"Zamani kau macam mana? Kau boleh datang pagi tak?" Abang Izhar bertanyakan kepada Zamani sama ada dia bersedia ke untuk menjadi ulam minggu ni.
Zamani pun menjawab dengan nada yang tak kompom, "Main tenis, argh... Boleh la..."
Daripada pertemuan kami bertiga di Restoran Hamedia Desa Pandan tu, maka terlaksanalah satu perkara yang sangat sihat untuk aku. Daripada tiap-tiap pagi minggu aku terbongkar bertukar kepada aktiviti sihat. Bersukanlah aku selama 2 jam pagi tu.
Apa kaitan dengan tajuk, tentang cerita ni? Jadi jawapan dan kesimpulannya. Mulakanlah langkah untuk bersukan. Aktiviti ini pastinya sihat. Bukan sahaja untuk menjaga kesihatan, malah kita dapat membuang tabiat lama yang kurang sihat tu.
Kita juga akan dapat mencari rezeki daripada perjumpaan rakan-rakan ketika bersukan bersama-sama. Manalah tahu, ada rakan yang memang sering membawa dokumen-dokumen untuk memberikan projek.
Pada anda semua yang nak join main tenis pada hujung minggu, bolehlah menghubungi saya. Kalau nak join ler. Tapi yang tak pandai main jer. Yang dah pandai pi main sendiri. Ahaks...
Sekian. Salam 1Malaysia. Salam Sihat Untuk Semua....
No comments:
Post a Comment