MATA TAK BERHIJAB – KELEBIHAN KURNIAAN ALLAH
Tiba-tiba aku tertarik dengan satu cover buku bertajuk Mata
Tak Berhijab daripada penulis Zulkifli Ahmad Idrus. Menarik sehinggakan aku
terus mendapatkan satu untuk aku membacanya.
Buku ni diterbitkan oleh Utusan Karya Sdn. Bhd. Hasil
daripada cerita-cerita terbaik daripada salah satu majalah terbitan mereka
iaitu majalah Mastika.
Tak kisahlah sapapun penulis ataupun penerbitnya. Aku cuma
nak tahu apa yang dimaksudkan penulis tentang Mata Tak Berhijab ni daripada
pengalaman penulis sendiri.
Mungkin ada antara korang semua pernah mendengar cerita
seperti ini. Ataupun ada di kalangan korang yang mempunyai pengalaman sendiri
tentang cerita ini. Aku, hanya mahu berkongi pengalaman korang ni semua.
Setelah habis saya membaca buku ini. Saya merenung, lalu
beristigfar. Inilah satu hidayah yang Allah kurniakan kepada hambanya yang
terpilih. Bukan semua hambanya mendapat kelebihan ini. Aku bersyukur kerana
Allah SWT tidak memilih aku.
Kerana apa? Kerana aku mungkin tidak dapat mengawal perasaan
aku kalau aku boleh melihat alam ghaib ni. Entah apa akan jadi. Iman kita
bukanlah kuat sangat. Maut setiap kali terlihat benda-benda ni terus pengsan. Tak
macam penulis yang kuat semangat.
Korang semua yang nak tahu cerita tentang Mata Tak Berhijab
ni, eloklah dapatkan segera buku ni di pasaran sekarang dengan harga RM12.90.
Aku rasa, korang tak rugi. Dengan apa yang diceritakan di dalam buku ini.
Kalau nak belajar dan mendapatkan ilmu pengetahuan, pasti
akan mengeluarkan banyak wang ringgit. Tapi, dengan buku ni, pada yang tak kuat
semangat tu, dapatlah belajar serba sedikit cara-cara untuk mengatasinya.
Salam 1Malaysia.
saya dah cari kat kedai buku Popular di KOMTAR tapi tak jumpa pun...kalau ada kedai buku di penang tolng bagitau kat mana kedai tu ye...makasih diucpkan terdahulu....
ReplyDeleteMungkin anda boleh menggunkan link ini untuk mendapatkan buku tersebut... http://www.utusankarya.com.my/v2/
ReplyDeletexboleh pon buka link tuh..cmner erk?
ReplyDeleteKepada sesiapa yg berminat nk memiliki buku Mata Tak Berhijab. Bolehla add FB penulis ni sendiri. Ni linknya:
ReplyDeletehttps://www.facebook.com/zulkifli.ahmad.7330?fref=ts
bolehla buat tempahan online dari beliau sendiri..