Tuesday, October 30, 2012

MATA TAK BERHIJAB – KELEBIHAN KURNIAAN ALLAH


 

MATA TAK BERHIJAB – KELEBIHAN KURNIAAN ALLAH


Tiba-tiba aku tertarik dengan satu cover buku bertajuk Mata Tak Berhijab daripada penulis Zulkifli Ahmad Idrus. Menarik sehinggakan aku terus mendapatkan satu untuk aku membacanya.

Buku ni diterbitkan oleh Utusan Karya Sdn. Bhd. Hasil daripada cerita-cerita terbaik daripada salah satu majalah terbitan mereka iaitu majalah Mastika.

Tak kisahlah sapapun penulis ataupun penerbitnya. Aku cuma nak tahu apa yang dimaksudkan penulis tentang Mata Tak Berhijab ni daripada pengalaman penulis sendiri.

Mungkin ada antara korang semua pernah mendengar cerita seperti ini. Ataupun ada di kalangan korang yang mempunyai pengalaman sendiri tentang cerita ini. Aku, hanya mahu berkongi pengalaman korang ni semua.

Setelah habis saya membaca buku ini. Saya merenung, lalu beristigfar. Inilah satu hidayah yang Allah kurniakan kepada hambanya yang terpilih. Bukan semua hambanya mendapat kelebihan ini. Aku bersyukur kerana Allah SWT tidak memilih aku.

Kerana apa? Kerana aku mungkin tidak dapat mengawal perasaan aku kalau aku boleh melihat alam ghaib ni. Entah apa akan jadi. Iman kita bukanlah kuat sangat. Maut setiap kali terlihat benda-benda ni terus pengsan. Tak macam penulis yang kuat semangat.

Korang semua yang nak tahu cerita tentang Mata Tak Berhijab ni, eloklah dapatkan segera buku ni di pasaran sekarang dengan harga RM12.90. Aku rasa, korang tak rugi. Dengan apa yang diceritakan di dalam buku ini.

Kalau nak belajar dan mendapatkan ilmu pengetahuan, pasti akan mengeluarkan banyak wang ringgit. Tapi, dengan buku ni, pada yang tak kuat semangat tu, dapatlah belajar serba sedikit cara-cara untuk mengatasinya.

Salam 1Malaysia.

4 comments:

  1. saya dah cari kat kedai buku Popular di KOMTAR tapi tak jumpa pun...kalau ada kedai buku di penang tolng bagitau kat mana kedai tu ye...makasih diucpkan terdahulu....

    ReplyDelete
  2. Mungkin anda boleh menggunkan link ini untuk mendapatkan buku tersebut... http://www.utusankarya.com.my/v2/

    ReplyDelete
  3. xboleh pon buka link tuh..cmner erk?

    ReplyDelete
  4. Kepada sesiapa yg berminat nk memiliki buku Mata Tak Berhijab. Bolehla add FB penulis ni sendiri. Ni linknya:
    https://www.facebook.com/zulkifli.ahmad.7330?fref=ts
    bolehla buat tempahan online dari beliau sendiri..

    ReplyDelete